BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BINGO: SAMA @ SEMACAM? Disediakan oleh: Hazwani binti Rahmat Nama sekolah: SMK Sungai Rambai,Melaka MEMBANTU MURID MENGHAFAL DAN MENGINGATI CONTOH PERBANDINGAN SEMACAM DENGAN LEBIH MUDAH MELALUI PENGALAMAN BERMAIN.
GAMBAR
Kumpulan sasaran Murid Peralihan dan tingkatan 1 Kemahiran: Aspek Seni Bahasa
RUNGKAI DSKP 4.2 Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan. 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan dengan betul, tepat dan mengikut konteks.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid sukar memahami konsep perbandingan semacam kerana hampir sama dengan perumpamaan. Murid beranggapan topik perbandingan semacam ini terhad kepada hafalan semata-mata. Murid kurang yakin dan takut tersalah memilih frasa yang sesuai dalam perbandingan semacam.
KAEDAH Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sehelaian kertas bingo. Seorang wakil kumpulan akan ke hadapan dan mengambil 1 nombor dalam kotak "Pilih Saya" Wakil akan membaca nombor yang diperolehi dengan kuat dan meneka perbandingan semacam melalui gambar yang tertera dalam kad bernombor. Kemudian ahli kumpulan yang lain akan memangkah nombor yang telah dipilih rakan sebentar tadi. Permainan diteruskan sehingga terdapat kumpulan yang berjaya dalam permainan bingo. Guru memberikan hadiah/ganjaran kepada kumpulan yang menang.
Murid yang tidak dapat meneka gambar boleh meminta hint/petunjuk daripada ahli kumpulan dengan syarat hanya boleh bersuara 1 perkataan sahaja. PERATURAN Murid boleh hilang giliran sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan.
SEKIAN, TERIMA KASIH -Semoga bermanfaat-