The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naimahderin, 2023-05-12 00:04:49

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUN 2023

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUN 2023

1


2 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Kata Alu-aluan Penasihat Persatuan Ibu Bapa danGuru 3-4 2. Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 5 3. Aturcara Majlis 6 4. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023 7-8 5. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 9 6. Notis MesyuaratAgung PIBG Tahun 2022 10 7. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2022 11 8. Minit MesyuaratAgung PIBG Tahun 2022 12-19 9. Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022-2023 20 10. Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022-2023 21-23 11. Usul / Cadangan Mesyuarat Agung PIBG beserta Maklum Balas 24-30 12. Sekalung Penghargaan 32


3 Kata Alu-aluan Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Alhamdulillah, infiniti kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya juga setelah dua tahun diuji dengan pandemik Covid, hari ini kita dapat bermesyuarat secara bersemuka buat kali pertama. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun 2023 dapat diterjemahkan hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, SMKA Kimanis Menggalas Visi Ke Arah Kecemerlangan Dan Kemenjadian Murid Dalam Aspek Jeri (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelektual) berteraskan cogan kata “Minda Berfikir Jiwa Berzikir” dengan hasrat dan niat “Menyemai Kejayaan Di Dunia, Menuai Kebahagiaan Di Akhirat ke arah mencapai matlamat : Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti, Kemenjadian Murid Dan Sekolah Berkualiti, Sokongan PIBG dan Komuniti. Justeru, matlamat akhir kita semua adalah berjaya mendidik anak- anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya kejayaan anak- anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah sahaja. Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak ini. Saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekali gus dapatmenyuntik semangat belajar dalam sanubari anak- anak. Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu kemenjadian para pelajar.


4 Kata Alu-aluan Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak- anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Sofian Latip yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolahuntuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh. PUAN ZAINAB BINTI DATUK HAJI AHMAD PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMKA KIMANIS PAPAR


5 Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan hidayahNya dapat kita sekali lagi bertemu bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Kimanis bagi tahun 2023. Tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat meluangkan masa untuk sama- sama menjayakan mesyuarat kali ini. Mesyuarat Agung PIBG merupakan medium yang terbaik untuk ibu bapa dapat berkongsi idea dan memberikan pandangan yang bernas untuk sama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, serta dalam usaha pembinaan sahsiah anak- anak. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas semua usul, cadangan yang bernas dan bermanfaat daripada ibu bapa demi kebaikan anak-anak pelajar di SMKA Kimanis, Papar. Barisan AJK PIBG 2022/2023 bersedia dan terbuka tangan untuk menerima apa sahaja cadangan penambahbaikan gerak kerja PIBG SEMANIS. Semoga segala usaha dan gerak kerja kita demi kebaikan SMKA Kimanis dipermudahkan Allah SWT. Akhir bicara, saya juga berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Semoga kita semua akan terus komited dan ikhlas membantu sekolah dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SEMANIS. Sekian, terima kasih. ENCIK SOFIAN BIN LATIF YANG DIPERTUA PIBG SMKA KIMANIS, PAPAR


6 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG MAJLIS PENYERAHAN VAN SEKOLAH SMKA KIMANIS, PAPAR 12 MEI 2023 (JUMAAT) 2.00 pm : KEHADIRAN IBUBAPA & GURU-GURU 2.30 pm : BACAAN DOA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 – 1) Ucapan aluan YDP PIBG 2) Ucapan Penasihat PIBG 3) Pembentangan Minit Mesyuarat MAT PIBG 2022 4) Perkara Berbangkit 5) Laporan Aktiviti 2022-2023 6) Laporan Kewangan 2022-2023 3.30 pm : REHAT & TAYANGAN MULTIMEDIA : CABUTAN BERTUAH (SESI 1) 3.45 pm : Majlis Penyerahan VAN Sekolah (replika kunci) 4.00 pm : Ucapan YDP & Pembubaran AJK : Pengundian MT PIBG dan biro (online) : Pengumuman Keputusan Pemilihan Barisan AJK PIBG 2023 : Pembentangan Usul dan Cadangan : SESI FOTOGRAFI : Gimik Penyerahan VAN


7 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 TUGAS NAMA BACAAN DOA MASRI BIN MOHD ROSDI PENGACARA MAJLIS SITI KHADIJAH BINTI MADAN PENDAFTARAN IBUBAPA/GURU SEMASA MESYUARAT FATIN AMIRAH BINTI ZAINAL AIFA FARAHAINA SYUMAIMA BT MOHAMAD AJK BACKDROP MOHD HAFIFI B. MOHD NASIR DOKUMENTASI SITI NABIHAH BINTI MD SAHAK SHARIFAH ZURAIHAN BT. SY. HAMID HADIAH, SIJIL & CABUTAN BERTUAH HANIJAH BINTI SAINAN FATEN ZULIYANA BTE ABDULLAH AG. HASSAN B. AG. SULAIMAN HAZIMAH BT ABDUL RAHIM NOORAZAHRINA MOHD SYUM (AJK PIBG) AZILAH BINTI HJ ASMAT (AJK PIBG) NORAINAH BINTI SALLEH (AJK PIBG) NURHAIZI ASONG ABDULLAH (AJK PIBG) BUKU MESYUARAT AGUNG NUR AQILAH HUSNA BINTI ALIAS IKAH BT MOHD SAID NAIMAH BT DERIN NUR SYAZA FATIN BT MUSTAFFA AZMI PENCATAT MINIT MESYUARAT NORASMAH BT MOHD DAHLI SARENAH BINTI ASRAL


8 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 MONTAJ & MULTIMEDIA ABDUL AZIM BIN AZMI PENGUNDIAN SHAMSUL BIN SAINAN ASNIATI HAMIDE PA SISTEM & TEKNIKAL DEWAN ABDUL FATTAH BIN HASHIM MOHAMAD FAIZ B IBRAHIM PENYELARAS USUL/CADANGAN IBUBAPA KHAIRUNNISA BT KASA NURUL SYAFIQAH BINTI SAIFUL ANUAR ROHAZIJAH BT MUAININ PERSIAPAN DEWAN & PENTAS ROSMINAH BINTI AG. HASSAN DG NOOR AISAH BT ABD MOMIN NURHIDAYAH BT HAMZAH DG. NORMAH BT A. AHMAD SHAHRONZIE BIN KASIM


9 ORGANISASI PIBG SMKA KIMANIS 2022/2023 BIL NAMA JAWATAN 1 SOFIAN BIN LATIP Yang Dipertua Pibg 2 NORAINAH BINTI SALLEH Timbalan Yang Dipertua 3 YUSMIZAR ABD SALIM Bendahari Agung 4 NOORAZLINAH AWANG Setiausaha Kehormat 5 HUSSIN JIKRI Biro Disiplin & Bina Insan 6 ASNIATI HAMIDE Biro Disiplin & Bina Insan 7 AZILAH BINTI HJ ASMAT Biro Ekonomi & Keusahawanan 8 SULAIMAN BIN TANIH Biro Serata & Hubungan Luar 9 ARIFFIN @ MOHAMAD ARIFFIN BIN HJ. JASRI Biro Kurikulum & Pendidikan 10 NORANITA SARIFUDDIN Biro Kurikulum & Pendidikan 11 NURHAIZI ASONG ABDULLAH Biro Kebajikan & Keceriaan 12 ROSMINAH AG HASSAN Biro Kebajikan & Keceriaan 13 AZLI BIN DULI Biro Kokurikulum, Sukan & Rekreasi 14 NOOR AZAHRINAH BINTI MOHD SYUM Biro Teknologi Maklumat 15 SHAMSUL SAINAN Biro Teknologi Maklumat


10 10


11 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2022 1- Ucapan YDP PIBG 2- Ucapan Pengetua 3- Pembentangan Minit Mesyuarat MAT PIBG 2022 4- Perkara Berbangkit 5- Laporan Aktiviti 2022-2023 6- Laporan Kewangan 2022-2023 7- Pembentangan Usul dan Cadangan


12


1313


14


15


16


17


18


19


20


21 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022-2023


22 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022-2023


23 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022-2023


24 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG BERSERTA MAKLUMBALAS KATEGORI: KURIKULUM NO. NAMA PENCADANG USUL & PENCADANG MAKLUM BALAS 01. raymondmond707@gmail. com Buku kerja yang di beli tidak dibiarkan kosong kerana ianya merupakan contoh pembaziran. Semakan buku latihan dibuat mengikut takwim sekolah melibatkan semua SLT, GKMP dan Ketua Panitia. 02. [email protected] Memohon Guru Kelas dan Guru Mata pelajaran membuat LAPORAN PBD Kepada Ibu bapa setiap dua atau tiga bulan sekali melalui “Group Whatsapp dengan tujuan untuk mengetahui Prestasi Perkembangan Pelajaran anak-anak. Sekaligus kami Ibu bapa dapat membantu Guru untuk memberi nasihat , Bimbingan dan galakan kepada anak-anaka apabila pelajar balik ke rumah. Ibu Bapa boleh memohon secara peribadi kepada guru kelas. Laporan PBD murid diberikan dua kali setahun semasa “Program Bicara Muafakat”. 03. Dg Masniah dan [email protected] Kelas tambahan yang dibuat pada sebelah malam yuran ditanggung oleh ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak kelas tambahan Pihak sekolah telah merancang Program Kecemerlangan dan dimasukkan dalam takwim setiap tahun. 04. Dg Masniah Dicadangkan diwujudkan Kelas belajar mengaji yang mana yuran akan ditanggung oleh ibubapa yang berminat untuk menghantar anak- anak kelas mengaji. Kumpulan murid mengaji telah diwujudkan untuk murid tingkatan 1 iaitu Program “IQRA” Di sekolah juga ada Kelas KKQ


25 05. Norahimee Awg lampoh Pihak Sekolah perlu memberi info awal mengenai bayaran buku-buku yang perlu dibeli dan bayaran yuran Kelab sekiranya ada. Semua info mengenai yuran yang perlu dibayar telah dimaklumkan dalam Grop Telegram PIBG dan juga melalui group Guru Kelas masing- masing. 06. Lany Ocena Andan Latihan (homework) untuk murid perlu dipertingkatkan. Pemberian Latihan atau kerja sekolah murid sedang dilaksanakan iaitu Program ABC. Namun ada dalam kalangan murid yang tidak membuat tugasan tersebut. Oleh itu, mohon bantuan Ibu bapa memantau kerja-kerja atau tugasan yang dibekalkan untuk anak-anak. 07. Siera Eusninda dan [email protected] Pihak sekolah perlu membuat ceramah terutama berkaitan dengan akhlak murid. Ceramah disiplin telah dilaksanakan melibatkan semua pelajar. 08. Borhan bin Sinsuat Bagi meningkatkan minat murid terhadap program NILAM ulasan mengenai buku yang telah dibaca perlu dibuat.Contohnya ulasan terus selepas membaca bagi cerita pendek atau cerpen. Program NILAM sudah ada dalam Takwim sekolah dan dilancarkan secara besar- besaran.


26 9. njanida7681@gm ail.com Pertandingan persahabatan seperti perbahasan/pidato/kuiz/sukan dengan sekolah lain perlu diadakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid. Murid mewakili sekolah setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya “Program Daie Muda”. 10. Musah Gguru yang sibuk dengan tugas sampingan seperti editor sekolah perlu diganti dengan guru lain kerana ia menjejaskan pembelajaran murid,contohnya guru sains dari kelas 1 Alf- Farabie tahun lepas masuk kelas boleh dikatakan sebulan sekali kerana menjadi editor sekolah kesannya, keputusan murid dalam kelas 1 Al-Farabie nyawa-nyawa ikan iaitu hanya tiga orang saja murid yang lulus dalam satu kelas. Kalau tidak boleh beri komitmen sila ganti dengan guru lain. Manakala guru sakit juga perlu diganti segera bagi mengelakkan murid daripada ketinggalan dalam sesuatu subjek penting seperti matematik. Merujuk Kes sebenar guru matematik kena serangan stroke, selama sakit tiada pengganti. Semua guru yang terlibat dengan “TUGAS RASMI” di luar perlu mendapat kelulusan dan kelas yang ditinggalkan akan digantikan dengan guru lain. Pihak pentadbir hanya akan memberi kebenaran guru bertugas diluar sekiranya mendapat arahan daripada JPN. Guru yang sakit tersebut telah digantikan dengan guru lain, Namun Sistem Relif/Ganti tidak dapat memenuhi kehendak kepakaran (Guru Subjek Sebenar atau Guru Opsyen). Guru ganti bergaji hanya akan dapat dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 11. [email protected] om Program Qiyamullail perlu dilaksanakan sebulan sekali manakala Program Solat Dhuha perlu dibuat seminggu sekali, Sudah dilaksanakan mengikut takwim asrama dalam program: Imarah Masjid SUMUR Salah satu sebab murid tidak dibenarkan balik setiap hujung minggu. 12. julainahsn@gmail .com Kelastambahan perlu dilaksanakan. Kelas tambahan sedang dilaksanakan seperti yang telah dirancang.


27 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG BERSERTA MAKLUMBALAS KATEGORI: HAL EHWAL MURID NO. NAMA PENCADANG USUL & PENCADANG MAKLUM BALAS 01. Raymondmond707@ gmail.com Menyediakan sistem berbayar mesin basuh. Hasil kutipan digunakan untuk membaikpulih mesin basuh yang rosak. 6 buah mesin basuh didermakan oleh PIBG Tiada bayaran dikenakan kepada murid Penggunaan mesin basuh mengikut penggiliran mengikut tingkatan. 02. Lany Ocena Adnan Menambah atau menyediakan kain telekung untuk tetamu di masjid Cadangan akan dipertimbangkan. Sumbangan dari ibu bapa dialu- alukan. 03. Roslinah Kassim Kebenaran membawa seterika sendiri bagi menjimatkan masa pelajar. Perkara yang melibatkan keselamatan pelajar menjadi keutamaan dan keprihatinan pihak sekolah. Pihak sekolah akan berusaha menambah seterika bagi memudahkan pelajar menggosok baju. 04. Satia Bin Damit Keperluan asrama seperti penggunaan loker/almari yang sentiasa berkunci. Almari/loker telah disediakan dari pihak sekolah. Bagi kunci almari/loker yang rosak, ibu bapa dibenarkan memasang kunci mengikut masa yang ditetapkan.


28 05. Siera Eusninda Minta diperbaiki kemudahan tandas. Tandas telah dibaiki. Kerjasama dari pelajar amat diharapkan agar dapat menjaga kemudahan yang disediakan pihak sekolah. 06. Hussin Bin Jikri Harap diselesaikan isu air dengan membina tangki yang besar dan mencukupi. Tangki besar telah disediakan. Namun begitu, air tidak mengalir ke tingkat atas atas faktor pam air yang sering rosak. Pihak sekolah akan cuba mengatasi masalah ini scepat mungkin. 07. Dg Masniah Menyediakan laluan pejalan kaki yang berbumbung ke kawasan sekolah berikutan cuaca panas Penghantaran barang dibenarkan terus kepada pelajar bagi mengelakkan kehilangan barang Bumbung pejalan kaki telah disediakan dan dibaiki.Namun,berikutan cuaca yang tidak menentu menyebabkan bumbung sering tercabut. Pihak sekolah akan sedaya upaya membaikpulih bumbung yang rosak. Bagi mengelakkan kehilangan barang dan keselamatan pelajar,ibu bapa dan penjaga dibenarkan menghantar barang di pondok pengawal keselamatan,pelajar akan mengambil barang tersebut di pondok pengawal. 08. [email protected] m Juariah Tasrip Kepulangan wajib diadakan 2 kali sebulan Kepulangan pilihan 2 minggu sekali Masa lawatan pelajar Kepulangan wajib (1 bulan 1 kali), ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak pada setiap kali cuti yang telah ditetapkan berdasarkan takwim sesi 2023. Kepulangan pilihan, ibu bapa diberi pilihan membawa pulang anak. Masa lawatan telah difleksibelkan kepada satu kali dalam seminggu.


29 09. Dg Masniah Memohon kebenaran ibu bapa menghantar anak ke asrama sebelum jam 12.30 atas faktor waktu bekerja. Kebenaran menghantar anak pada hari persekolahan bagi ibu bapa yang mempunyai kekangan tinggal jauh. Pelajar dibenarkan kembali ke asrama sebelum jam 12.30 petang, pelajar hendaklah tunggu di masjid sehingga selepas waktu zohor untuk pemeriksaan barang. Ibu bapa dibenarkan menghantar anak selewatnya jam 8.00 pagi pada waktu persekolahan dan mengisi borang di pejabat.


30 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG BERSERTA MAKLUMBALAS KATEGORI: KO-KURIKULUM NO. NAMA PENCADANG USUL & PENCADANG MAKLUM BALAS 01. [email protected] Pihak Koperasi Sekolah perlu menyediakan kelengkapan pakaian uniform untuk memudahkan murid atau ibu bapa / penjaga membeli di koperasisahaja. Termasuk dalam perancangan sekolah dan dalam proses penggumpulan melengkapkan pakaian uniform. 02. Juariah tasrip dan Azanani Daiman Menyediakan pelbagai peralatan sukan untuk kegunaan murid beriadah dan keperluan sukan. Telah disediakan di peringkat sekolah dan asrama. 03. Osman Bin Ali dan Borhan bin Sinsuat Pihak sekolah perlu mengambil kira pilihan unit kokurikulum yang murid pilih melalui borang yang diberikan. Pengurusan unit kokurikulum telah menyediakan borang kepada murid dan memilih unit kokurikulum masing-masing. Namun, penetapan ahli baru dalam setiap unit kokurikulum adalah berdasarkan jumlah keseluruhan ahli setiap unit bagi mengelakkan ketidakseimbangan bilangan ahli. 04. Jamaliah binti Seroji Penambahbaikan untuk pihak koperasi menjual kain batik kepada murid bagi memudahkan membuat sendiri baju mengikut ukuran badan masing-masing. Telah dilaksanakan bermula pada tahun ini.


31 05. Lany Ocena Andan Menyediakan minuman kotak khas kepada murid yang bersukan. Penyediaan minuman khas kepada murid dalam sukan peringkat sekolah disediakan oleh rumah sukan. Manakala, murid yang mewakili sekolah disediakan oleh pihak sekolah. Sumbangan daripada pihak PIBG sangat dialu-alukan untuk menyediakan minuman kotak khas kepada murid. 06. Borhan bin Sinsuat Ibu bapa / penjaga diberi kelonggaran dan tempoh masa kepada murid baharu untuk membeli kelengkapan pakaian unit beruniform. Pihak sekolah tidak menetapkan tempoh masa yang khusus bagi murid memiliki baju uniform yang lengkap. Namun, pihak sekolah perlu dimaklumkan sekiranya murid mempunyai masalah dalam penyediaan baju unit beruniform. 07. [email protected] m Memberi galakan kepada murid yang aktif sukan supaya berpotensi mengharumkan nama sekolah. Pelbagai program/aktiviti telah dirancang pada tahun ini bagi mengalakkan murid bergerak aktif bersukan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah mengambil saranan dan garis panduan semasa cuaca panas terik. 30


32 SEKALUNG PENGHARGAAN


33


Click to View FlipBook Version