The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9563391, 2021-08-11 01:03:17

Pakaian Tradisional Di Malaysia

Pakaian Tradisional Di Malaysia

TEMA : BUDAYA MALAYSIA

TAJUK : PAKAIAN TRADISIONAL
MALAYSIA
KELAB PELANCONGAN
DISEDIAKAN OLEH JOEY CHIN JOO YEE
KELAS : 6SS1-2
SEKOLAH : SMK TUN ABDUL RAZAK



PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju Melayu

• Pakaian tradisional kaum Melayu
untuk lelaki dinamakan Baju Melayu.

• Biasanya, ia disertai dengan sejenis
sarung iaitu sampin yang diikat di
pinggang.

• Ia juga sering disertai dengan
songkok atau kopiah.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju Kurung
• Pakaian tradisional kaum Melayu untuk

Wanita dinamakan Baju Kurung.
• Melayu wanita memakai baju

kurung berlengan panjang berserta kain skirt
yang labuh sehingga ke tumit.
• Para pemakai baju kurung juga akan
mengenakan sehelai tudung bagi
melambangkan kepatuhan terhadap agama
Islam yang mewajibkan penganutnya
menutup aurat.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

Baju Bidayuh Lelaki

• Pakaian tradisional kaum Bidayuh
bagi lelaki baju dan seluar
dari satin dihiasi pita merah dan
putih.

• Bahagian luar memakai jipo Boyuh
dari kulit kayu dan kalung gigi
beruang.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

Baju Bidayuh Perempuan
• Pakaian tradisional kaum Bidayuh bagi

perempuan menggayakan baju jipo
pendek dan skirt bidang fabrik satin
rona hitam berhias selempang merah
perhiasan pinggang daripada syiling
perak.
• Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari
tiga warna hitam, merah dan putih
berhias manik, labuci dan syiling
perak.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Baju Burung

• Pakaian tradisional kaum Iban bagi lelaki
akan memakai Baju Burung dan sirat serta
tali pinggang lampit dan manik-manik atau
jaket tenunan motif Iban dan sirat atau
cawat dari kain tenun kasar dan puncanya
dihiasi tenunan bercorak.

• Mereka juga mengenakan ikat kepala dari
kain tenun dan tali pinggang perak.

• Kepala memakai setapok tunjang dan bulu
kenyalang.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Ngepan Iban

• Pakaian tradisional kaum Iban bagi perempuan
memakai bidang berhias syiling dan loceng serta
selampai dan marek empang.

• Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng,
gelang kelunchong dan sugu tinggi.

• Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua.
• Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan

dilindungi dengan marek empang dari manik.
• Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang,

rawai dan sudu tinggi.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

Samfoo
• Pakaian tradisional kaum Cina bagi lelaki ialah

Samfoo yang membawa maksud “baju dan
seluar” dalam perkataan Kantonis.
• Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi.
• Biasanya dibuat daripada kain yang lembut
seperti kain sutera.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

Cheongsam
• Pakaian tradisional kaum Cina bagi perempuan

ialah Cheongsam, sehelai pakaian dengan leher
yang tinggi dan menyerong yang ditutup dengan
klip kecil atau bertukar-tukar (kain kancing).
• Ia kadang-kadang boleh mempunyai belahan di
sisi, seperti yang dibuat dengan kain lembut
seperti sutera.
• Cheongsam adalah sangat popular di sekitar
waktu Tahun Baru Cina dan majlis-majlis formal.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Dhoti

• Pakaian tradisional kaum India bagi lelaki ialah Dhoti yang
merupakan pakaian untuk kamum lelaki.

• Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
• Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan

sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut.
• Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
• Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah
paha dan kemudian disangkukan pada bahu.
• Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik.
• Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Sari
• Pakaian tradisional kaum India bagi perempuan

ialah Sari, pakaian seharian dan turut dipakai
pada musim perayaan.
• Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai.
• Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut.
• Warna dan corak sari ditentukan oleh pemakai.


Click to View FlipBook Version