julai 2023 rm9.90 Edisi A222 Tentangan Peluang DIERA MODERN kepentingan Pendidikan Kepada Golongan Belia kepentingan Pendidikan Kepada Golongan Belia Membongkat Permasalahan Inflasi Global Membongkat Permasalahan Inflasi Global "Lemas Ditenggelami Keasyikan Dunia" "Aku, Dunia, Dan Makna" Membangun Dunia yang Lebih Baik S B L M 1 0 2 3
Ketua Editor WINNIE VIVIAN JULIET BINTI JEPRINUS 277713 FATINI NAJMINA BINTI MOHD NASIR 279459 DAISBBERRI BIN SOBBERRI 281946 FAIZ SAFIQRI AFHAM 278168 TAN XIN XUAN 277786 Editor Pereka Grafik Penulis I Penulis II Pa n el Majala h
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEPADA GOLONGAN BELIA MEMBONGKAR PERMASALAHAN GLOBAL YANG MEMBUAT DUNIA GELISAH KL WELLNESS CITY KIAN MENINGKAT : GAYA HIDUP VEGETARIAN DAN VEGAN GUNA KESEDARAN LINGKUNGAN, KECERGASAN, DAN ETIKA SAJAK: "LEMAS DITENGGELAMI KEASYIKAN DUNIA" SAJAK: "AKU,DUNIA DAN MAKNA" SAJAK: "PEMBUNUH BERTOPENGKAN RASA" TINTA EDITOR BERITA UTAMA BERITA SAMPINGAN RUANGAN KREATIF RUANGAN IKLAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEPADA GOLONGAN BELIA MEMBONGKAR PERMASALAHAN GLOBAL YANG MEMBUAT DUNIA GELISAH KL WELLNESS CITY KIAN MENINGKAT : GAYA HIDUP VEGETARIAN DAN VEGAN GUNA KESEDARAN LINGKUNGAN, KECERGASAN, DAN ETIKA SAJAK: "LEMAS DITENGGELAMI KEASYIKAN DUNIA" SAJAK: "AKU,DUNIA DAN MAKNA" SAJAK: "PEMBUNUH BERTOPENGKAN RASA" TINTA EDITOR BERITA UTAMA BERITA SAMPINGAN RUANGAN KREATIF RUANGAN IKLAN NEOTERIK| 01 02 03-04 05-06 07-09 10-13 Isi Kandungan
TINTA EDITOR Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya. Majalah ini yang bertemakan "Membangun Dunia yang Lebih Baik: Tantangan dan Peluang di Era Moden" berlandaskan fakta-fakta serta pelbagai tauladan yang dapat kita sama-sama mengambil iktibar dan kesedaran telah berjaya dihasilkan. Saya serta rakan-rakan seperjuangan mengharapkan sepenuhnya agar majalah ini dapat menjadi satu medium untuk menyampaikan serta berkongsi kepada semua para pembaca tanpa mengira usia di samping dapat memberikan kesedaran kepada para pembaca tentang dunia kini yang telah menjadi sebuah medium untuk kemodenan terus menerajui dan mengubah cara kita berinteraksi serta bertingkah laku. Sudah tentu tidak dinafikan lagi akan ada banyak cabaran serta gelora yang harus ditempuhi dalam membina dunia yang lebih baik bersama. Justeru kita berupaya untuk mempertimbangkan beberapa cadangan. Pertama sekali kita perlulah berfikiran serta berpandangan jauh. Hal ini dapat kita terapkan pada pemimpin-pemimpin muda kita yang akan menerajui masa depan global kita. Mereka perlu diberi pendedahan mengenai isu yang besar berkaitan perubahan iklim, konflik kemanusiaan, kelestarian alam sekitar politik ekonomi global serta peperangan yang telah tercetus baru-baru ini. Anak muda kita sudah cukup banyak dicurahkan dengan pelbagai hiburan yang membuang masa semata, sudah tiba masanya mereka diheret ke kancah perbincangan meja bulat serta perdebatan terbuka yang dapat menghasilkan idea-idea baru dan bernas berlandaskan keterbukaan dan kematangan. Inilah yang saya panggil sebagai proses mencari semula jiwa serta potensi kita. Idea-idea baru amatlah ditagih lebih-lebih lagi di era global yang penuh dengan cabaran kini. Di akhir kata, ingin saya seru agar sama-sama kita menaikkan lagi dunia ini dengan pelbagai idea-idea bernas berlandaskan dunia yang lebih baik bersama. Harapan saya agar pembaca e-majalah ini berpuas hati dengan hasil yang telah diterbitkan dan juga mendapat serba sedikit manfaat dalam hasil pembacaan pengguna. Sekian terima kasih. Penulis I, Faiz Afham. NEOTERIK| 02
BERITA UTAMA "Menjadi hasrat Madani bahawa ekosistem pendidikan Malaysia harus segar dengan menyinngkirkan dogmadogma lapuk dan menggalakkan rentas disiplin sains, teknologi, sukan, seni liberal dan kreatif. Pendekatan rentas bidang ini akan menggalakkan pemikiran kritis, celik masa hadapan dan tinggi susila serta pekerti mulia. Pembangunan potensi kanak-kanak harus bersifat multi dimensi dan bukannya semata-mata akademik" YB Menteri Pendidikan NEOTERIK| 03 Kepentingan Pendidikan Kepada Golongan Belia Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam pembangunan negara dan masa depan golongan belia. Pendidikan bukan sahaja memberi impak kepada perkembangan individu, malah ianya juga memainkan peranan penting dalam memajukan masyarakatdan negara secara keseluruhannya. Pendidikan memberikan [eluang kepada golongan belia untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan asas seperti membaca, menulis dan menghitung, serta kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang keminatan masing-masing. Pendidikan juga memupuk sikap kritis, pemikiran analitikal, dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah, yang penting dalam menghadapi cabaran dunia moden yang kompleks. Pembangunan belia harus dijana melalui pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Ini amat signifikan dalam usaha menjana pembangunan negara bangsa dan agama. Ia juga menegaskan pendidikan bersepadu yang menggabungkan kepentingan menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. beliau juga berpendapat, adalah amat penting kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang boleh meningkakan ekonomi selain melahirkan golongan belia supaya berfikiran positif, berwawasan, kreatif dan cekal.
30 JUN - Inflasi kini merupakan salah satu isu yang amat penting dan menjadi perhatian di seluruh dunia. Kenaikan harga barang-barang yang amat laju telah menghantui banyak negara di seluruh dunia, dan menyebabkan keadaan ekonomi menjadi tidak stabil. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan yang meluas di kalangan rakyat, kerajaan, dan usahawan. Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak negara adalah kenaikan harga. Kenaikan ini merangkumi pelbagai sektor, seperti makanan, minyak, perumahan, dan pengangkutan. Keadaan ini telah menyebabkan daya beli rakyat menurun, yang seterusnya memberi kesan kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial secara menyeluruh. Inflasi global sekarang ini boleh menjadi sebab dari beberapa faktor yang berkait rapat. Satu punca ialah kos pengeluaran yang meningkat, termasuk harga bahan mentah dan tenaga kerja, yang semakin melonjak tinggi. Tambahan pula, pergolakan politik dan konflik di beberapa kawasan juga menjadi musibah dalam menjaga harga supaya tetap stabil. Jangan lupa juga tentang dasar kewangan yang terlalu longgar yang digunakan oleh bank pusat di beberapa negara, yang lagi memburukkan keadaan dan menyebabkan inflasi semakin meningkat. Kesan inflasi yang meluas dapat dirasai dalam pelbagai aspek ekonomi. Pertama, inflasi merosakkan kuasa beli rakyat, yang pada gilirannya boleh menghalang pertumbuhan ekonomi. Kedua, inflasi juga boleh merosakkan kestabilan mata wang negara, menyebabkan penurunan nilai tukar dan mengganggu perdagangan antarabangsa. Ketiga, inflasi yang tinggi juga memberi kesan negatif kepada pelabur dan peniaga, kerana ia menjadikan perancangan perniagaan sukar dan tidak pasti. Akhir kata, adalah penting bagi negara-negara untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan dalam mengawal inflasi ini demi kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Perlu dilakukan penilaian semula terhadap kos pengeluaran, pemantauan politik dan konflik yang berpotensi meningkatkan inflasi, serta penyelarasan dasar kewangan agar inflasi dapat dikawal dengan lebih baik. Tahun 2023 akan menjadi tahun yang mencabar bagi ekonomi Malaysia kerana pertumbuhan ekonomi diunjurkan lebih sederhana dan pada masa yang sama, kadar inflasi diunjurkan kekal tinggi. Dalam persekitaran ini, dasar monetari akan memberikan tumpuan terhadap pengurusan risiko inflasi dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. MALAYSIA GAZZETTE BERITA UTAMA NEOTERIK| 04 Membongkar Permasalahan Inflasi Global yang Membuat Dunia Gelisah
J U N 2 0 2 3 BERITA SAMPINGAN KL Wellness City NEOTERIK| 05 KL Wellness City, projek perbandaran yang dibina khas untuk penjagaan kesihatan pertama di Asia Tenggara, dilancarkan secara rasminya. Visi KL Wellness City adalah untuk menyediakan ekosistem yang bersepadu, saling berkait, dan komprehensif. Dengan sokongan MIDA yang membawa pelaburan bernilai sebanyak RM860 juta, sebuah hospital swasta (Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur) akan dibangun di dalam KL Wellness City. Projek ini diharapkan akan bermula beroperasi pada tahun 2026 dan ia akan menciptakan lebih 3.000 peluang pekerjaan tenaga profesional perubatan seperti ahli pembedahan, ahli farmasi,juruteknik dan pelbagai lagi.Selain itu, projek ini juga menyediakan peluang pelaburan dan perniagaan secara umum kepada masyarakat. Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur yang diluluskan sebagai hospital tertiari dengan 624 katil dan boleh diskalakan kepada kapasiti 1,000 katil, akan berada pada kedudukan yang sama dengan institusi terkenal seperti di Thailand dan Singapura. Selain itu, hospital ini diharapkan meningkatkan tahap kehidupan dan kesejahteraan masyarakat, sesuai dengan arah yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Wellness City Suite kesejahteraan akan dibina berdekatan dengan hospital dan berkelengkapan penuh sesuai untuk dua golongan, iaitu pesakit dari luar kawasan atau luar negara dan pesakit yang sudah menjalani pembedahan. Pengarah Urusan KL Wellness City, Datuk Seri Vincent Tiew mengatakan bahawa suite kesejahteraan memberi pulangan pelaburan sewa yang tinggi. Bandar Kesejahteraan & Kesihatan Pertama di Asia Tenggara
KIAN MENINGKAT : GAYA HIDUP VEGETARIAN DAN VEGAN GUNA KESEDARAN LINGKUNGAN, KECERGASAN, DAN ETIKA KIAN MENINGKAT : GAYA HIDUP VEGETARIAN DAN VEGAN GUNA KESEDARAN LINGKUNGAN, KECERGASAN, DAN ETIKA J U N 2 0 2 3 NEOTERIK| 06 Trend gaya hidup vegetarian dan vegan semakin popular di kalangan masyarakat. Kini, semakin ramai individu memilih untuk beralih menjadi vegetarian atau vegan, diilhamkan oleh sebab-sebab seperti kesedaran terhadap isu lingkungan, keperluan untuk menjaga kesihatan diri, dan etika terhadap perlakuan haiwan. Tahukah anda bahawa gaya hidup vegetarian dan vegan mengalami pertumbuhan yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Semakin banyak orang memilih untuk meninggalkan makanan berbahan haiwan dan beralih kepada diet yang lebih bersifat tumbuhan. Salah satu sebab utama di sebalik pilihan ini adalah kesedaran terhadap kesan negatif yang diberikan kepada alam sekitar oleh industri ternakan dan pemprosesan makanan. Pengeluaran makanan dari sumber haiwan diketahui menyumbang kepada pencemaran udara dan air, kehilangan hutan, dan pemanasan global. Dengan mengurangkan pengambilan produk haiwan dan beralih kepada makanan tumbuhan, para vegetarian dan vegan percaya mereka dapat memberi sumbangan positif kepada usaha pelestarian alam sekitar. Namun, keputusan untuk menjadi vegetarian atau vegan tidak hanya terpaku pada aspek lingkungan semata-mata. Kebimbangan terhadap kesihatan juga turut menjadi pertimbangan. Banyak penelitian saintifik telah menunjukkan bahawa diet berorientasikan tumbuhan dapat memberi manfaat kesihatan yang signifikan. Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan kacang-kacangan yang menjadi asas diet vegetarian dan vegan kaya dengan nutrien, serat, dan antioksidan, yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, dan beberapa jenis kanser. Selain itu, sebahagian besar individu vegetarian dan vegan juga membawa etika dalam pertimbangan mereka. Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap perlakuan terhadap haiwan dan menolak penindasan haiwan untuk tujuan makanan. Mereka lebih cenderung memilih gaya hidup yang menghormati hak-hak haiwan dan memilih alternatif tumbuhan yang lebih etika dan mesra haiwan. Trend ini juga disokong oleh banyak selebriti dan influencer sosial yang terkenal, yang turut membantu memperkenalkan kebaikan gaya hidup vegetarian dan vegan kepada peminat mereka. Media sosial menjadi platform utama yang membolehkan perkongsian pandangan, resepi, dan pengalaman gaya hidup sebegini dengan mudah. Walaupun keputusan untuk menjadi vegetarian atau vegan adalah bergantung pada individu, fenomena ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Penglibatan aktif dalam kesedaran terhadap alam sekitar, kesihatan diri, dan etika menjadi pemacu utama populariti gaya hidup ini. Dengan kefahaman yang lebih mendalam tentang manfaat dan sumbangan positif gaya hidup ini, mungkin jumlah individu yang beralih ke arah vegetarianisme atau veganisme akan terus meningkat di masa depan.
"Lemas ditenggelami keasyikan dunia" Ku menapaki zaman yang semakin maju, Di arus kemodenan yang serba cepat. Namun, hatiku serasa ingin terdampar, Tersedu-sedu dalam lautan teknologi. Di malam yang gelap, ku terhanyut, Dalam lautan informasi yang terus mengalir. Pertanyaan-pertanyaan yang tak terjawab, Menghantui pikiranku, membuatku penasaran. Dulu, jalan menuju pengetahuan terhampar luas, Buku-buku menjadi teman setia dalam petualangan. Namun kini, layar kecil menggantikan lembaran, Mengisi pikiran dengan gosip dan kekosongan. Dalam arus yang bergulir, ku hampir lemas, Tidak tahu arah, tidak tahu tujuan. Identitasku terhanyut dalam kabut teknologi, Sosial media mempengaruhi kehidupan nyataku. Namun, dalam kegelapan yang menyelimuti, Ku berusaha menemukan cahaya kebijaksanaan. Menggunakan teknologi sebagai alat, bukan tujuan, Mengikuti nurani dan nilai-nilai kemanusiaan. Meskipun terjebak dalam arus kemodenan, Aku berjuang untuk tetap teguh dan kuat. Kembali kepada diri, menemukan kebenaran, Dan menghidupi esensi yang sesungguhnya. Aku hampir lemas, tapi takkan menyerah, Kuatkan langkah, kembalikan kepedulian. Dalam arus yang menghempaskan manusia, Aku ingin bersama-sama mewarnai dunia. Winnie Vivian, Julai 2023 Ruangan Kreatif NEOTERIK| 07
A k u s e p e r t i b u k a n d i d u n i a y a n g n y a t a , K e m o d e n a n m e r a s u k j i w a y a n g t e r c e n g a n g . D a l a m g e l o m b a n g t e k n o l o g i y a n g m e l i m p a h , S e g a l a - g a l a n y a b e g i t u m e g a h . B a n g u n a n m e n j u l a n g t i n g g i d i k o t a b e r l a m p u , L a y a r s e n t u h m e m e r i n t a h k e h i d u p a n y a n g b e r h a m p a r a n . S e p e r t i m i m p i y a n g t i a d a b e r t e p i , A k u t e r h a n y u t d a l a m d u n i a y a n g b e r l a i n a n . S o s i a l m e d i a b e r k u a s a m e n g a t u r r e n t a k , T i a d a l a g i k a t a t e m u d i b a w a h b i n t a n g m a l a m . S e g a l a - g a l a n y a d i k o n g s i d a l a m s e k e l i p m a t a , T e t a p i k e h a d i r a n d i d e p a n m a t a t e r a s a s u n y i m e n c e n g k a m . T e k n o l o g i t e r u s b e r k e m b a n g p e s a t , K e a j a i b a n d u n i a t e r b e n t a n g d i g e n g g a m a n t a n g a n . N a m u n , k a d a n g - k a d a n g r a s a k e h i l a n g a n m e l a n d a , A k u r i n d u p a d a z a m a n y a n g l e b i h m e r d e k a . N a m u n , d i t e n g a h k e c a n g g i h a n d a n k e t i d a k t e n t u a n , A k u s e d a r k e h a d i r a n d i r i m a s i h b e r e r t i . M e n g h a r g a i h u b u n g a n d a n k a s i h s a y a n g y a n g n y a t a , B e r a d a d a l a m d u n i a i n i b u k a n h a n y a s e m a t a m e n g e j a r m a t e r i a l . A k u s e p e r t i b u k a n d i d u n i a y a n g n y a t a , T e t a p i d i d a l a m h a t i m a s i h a d a c e r i t a . M e l a l u i k e m o d e n a n y a n g s e r b a c a n g g i h , A k u m e n c a r i m a k n a y a n g t a k t e r g a n t i k a n . B i a r l a h d u n i a m a y a m e n y e r t a i l a n g k a h , N a m u n h a t i t e t a p d i j a d i k a n p a n d u a n . D a l a m p e r j a l a n a n k e h i d u p a n y a n g p e l b a g a i , A k u i n g i n m e n j a d i m a n u s i a y a n g s e j a t i . M u n g k i n a k u t i d a k s e p e r t i y a n g l a i n , T e t a p i a k u a d a l a h a k u , t a k b e r u b a h m e n j a d i l a i n . W a l a u p u n d a l a m d u n i a y a n g m o d e n y a n g m e l a l a i k a n , A k u t e t a p i n g i n h i d u p d e n g a n m a k n a y a n g s e j a t i . W i n n i e V i v i a n , J u l a i 2 0 2 3 "Aku, dunia dan makna " NEOTERIK| 08
Di kesunyian yang menyesakkan, hatiku terjerat, Dalam senyap malam, tangis pilu mengalir, Sepi melilit, menghancurkan perasaan yang tersisa, Kesunyian ini menghirup jiwa dan merenggut hidup. Hening membunuh dalam gelap yang menyiksa, Tak ada suara, hanya bisikan kesepian yang membisu, Hatiku terhempas, terikat oleh duka yang tak terucap, Kesunyian mematikan, menawan ruang dan waktu. Lagu sunyi berdendang di keheningan malam, Seolah mimpi tak tercapai yang terbunuh dalam diam, Kisah cinta berakhir dalam derita yang tak tersentuh, Kesunyian menghantui, mencabik rasa dan merenggut rindu. Langit kelam menemani kekosongan hati yang terluka, Riang tertawa sirna, tergantikan oleh kehampaan tak berujung, Sepi membunuh perhalan, membelenggu jiwa dalam keputusasaan, Kesunyian menggenggam nyawa, merenggut harapan dan impian. Dalam senyap yang mematikan, ku mencoba bertahan, Melawan kesunyian, mencari cahaya dalam kegelapan, Namun, rintihan sunyi tetap merajai alam batin, Kesunyian membunuh, merobek jiwaku tanpa belas kasihan. Hanya doa yang terucap di keheningan hampa ini, Menggema di ruang kosong, mencari penghiburan dalam sunyi, Tapi kesunyian tak memberi jawapan, hanya membiarkan rasa pilu, Kesunyian yang membunuh, merenggut nyawa dalam diam yang mematikan. " p e m b u n u h B E R T O P E N G K A N r a S A " NEOTERIK| 09 WINNIEVIVIAN, MEI2023
Potongan harga sebanyak 50% Hubungi: 018-255 8787 Stok adalah terhad!!!! PenghantaranPercuma seluruhUUM!!! Kedai Aisyah Hubungi 010-898 6556 untuk membuat tempahan 12.30 Tgh Hari - 6.30 Petang Taman Melur, Jitra Kedah Kopi Rumah Sekali cuba pasti nak lagi!!! 10.00 Pagi - 8.30 Malam Taman Sayang Changlun Kedah Ruangan Iklan NEOTERIK| 10
Anda berminat untuk mengikuti Kelas Bahasa Isyarat? Tunggu apa lagi, Jom tambah ilmu pengetahuan!! P e l b a g a i k a n k ema h ir a n k omun i k a si d emi ma s a d e p a n g l o b a l is a si Hubungi 014-5567767 untuk pertanyaan lebih lanjut NEOTERIK| 11
Bengkel Menulis Resume bersama Bengkel Menulis Resume bersama Encik Houston Hubungi 012-9907675 untuk membuat tempahan slot NEOTERIK| 12
Bengkel Seni Khat Terbuka kepada kanak-kanak, belia dan dewasa! Indahnya Seni Khat Tenaga pengajar berpengalaman lebih dari 12 tahun Hubungi 017-564 3456 untuk pertanyaan lanjut NEOTERIK| 13 Hubungi talian di bawah untuk pertanyaan lanjut: 04-9282558 (Ustazah Madihah) 04-9282571 (Ust. Aus Korni)