PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA
BUKU PENGURUSAN
TAHUN 2022
SMK TAMAN BUKIT MALURI
52100 KEPONG, KUALA LUMPUR
SEJARAH PERKEMBANGAN
Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka
dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor
Sebaya”. Dengan ini, konsep “Kaunselor Sebaya” (sekarang dikenali sebagai Pembimbing
Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara
sistematik dan menyeluruh. Malah ada sekolah telah menjalankan secara ‘ad hoc’ dan
tersendiri dengan menggunakan berbagai nama seperti ‘College Sister’, Adik Angkat, Tutor
Sebaya, Kaunselor Sebaya dan sebagainya.
Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-
sekolah secara tidak formal melalui projek perintis “Kaunselor Sebaya” yang dikendalikan
oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki (IAB) di empat
buah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya iaitu:
a) Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
b) Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang, Petaliing Jaya
c) Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
d) Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur.
Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986
hingga bulan November 1986. Laporan perkembangan latihan projek perintis tersebut telah
disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara, Dr. Yaacob bin Haji
Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd
Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah
sekolah lagi.
Pada 19 hingga 23 Januari 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri
oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling
Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh
Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing
Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar atau bengkel, satu draf modul latihan
yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.
Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus
Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB)
dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah,
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan
Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru
Bimbingan dan Kaunseling (30 orang), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang) telah
mengikuti Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka
inilah yang bergerak cergas memperkenalkan konsep PRS melalui kursus-kursus teragih di
peringkat negeri.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 2
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Pada 21 hingga 24 Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya
modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan
panduan. Pada 13 hingga 14 September 1988, mesyuarat menyelaras program desentralisasi
latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di
peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu:
i. Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
ii. Teknik Tafsiran Keperluan
iii. Teknik-Teknik Latihan.
iv. Teknik Penilaian Program
v. Kemahiran Yang Diperlukan Oleh PRS Seperti Kesedaran Kendiri, Asas Komunikasi,
Asas Kaunseling Dan Kemahiran Lanjutan Yang Spesifik.
vi. PRS Dari Perspektif Islam
Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul latihan PRS telah
diadakan di IAB. IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan Bengkel
Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan
Sebaya pada 21 hingga 22 Februari 1989 untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di
sekolah-sekolah terlibat.
Pada bulan Oktober 1989, satu pasukan pensyarah IAB dan pegawai BS telah keluar
ke sekolah projek pilot dan sekolah jurulatih untuk membuat kajian tersebut. Hasil daripada
kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan
Sebaya pada 16-19 Disember 1990. Pada 25 Februari hingga 1 Jun 1991, kursus Intensif
Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah
pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang
hadir.
Dengan inisiatif Pengarah IAB, Dr Husssin Ahmad, pihak Bank Dunia telah bersetuju
membiayai projek penulisan modul latihan IAB termasuk modul latihan Pengurusan Program
Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya bermula dari bulan Mei hingga Ogos 1991.
Pada 2 hingga 16 September 1991, seramai lima orang kakitangan terpilih telah
mengikuti bengkel konsultasi penulisan modul di Universiti Carolina Selatan,Colombia,
Amerika Syarikat di bawah pakar perunding Profesor Bersekutu Dr. Robert Bowman. Kelima-
lima kakitangan tersebut ialah :
a) Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman (IAB) – Pengurus
b) En. Amiruldin Saad (IPDA)
c) Pn. Hajah Nooriah Ibrahim (S.M. Clifford, Kuala Kangsar)
d) Pn. Asnah Ab. Hamid (MPIK)
e) En.Shahabudin Hj. Ashari (SM Tengku Menteri, Taiping)
Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Unit Bimbingan dan kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya
menerbitkan buku modul bertajuk “Pembimbing Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas”. Pada
11 Mei hingga 18 Julai 1992 pihak IAB telah membiayai kursus Pengurusan Program
Kaunseling dan Rakan Sebaya yang diadakan di Genting Highland yang bertujuan untuk
menambah bilangan jurulatih PRS yang bertauliah.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 3
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Pada 25 Mei hingga 4 Jun 1992, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darusalam
telah mengadakan kursus latihan Pembimbing Rakan Sebaya dengan penglibatan jurulatiha
Malaysia iaitu:
a) Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman (IAB) – Pengurus
b) En. Razmi Majid (IPDA)
c) En.Shahabudin Hj. Ashari (SM Tengku Menteri, Taiping)
Buat pertama kali Malaysia menghantar wakil iaitu Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman
(IAB) dan Pn. Shamsiah Yahya (MARA) ke Amerika Syarikat untuk menghadiri dan
memperkenalkan program Pembimbing Rakan Sebaya dalam 6th Annual National Peer
Helpers Conference pada 17 hingga 23 Jun 1992 di Loyola University, Chicago, USA.
Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan
lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor. Pada 2007, Datuk Razali
Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah memperkenalkan ‘vest’ PRS.
Pada 6 November 2008, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein telah memperkenalkan
e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC,
Melaka. YB Menteri juga berkesempatan untuk mengadakan ‘on-line’ e-PRS pertama dengan
SMK Inanam, Sabah.
Pada 5 hingga 7 Disember 2008, seramai 26 orang Guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling dari Sarawak, Selangor dan Perak telah berjumpa di Hotel Grand Continental,
Kuching, Sarawak untuk menggabung dan memurnikan draf Modul PRS baru untuk
dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pada peringkat kebangsaan dan negeri. Pada
6 hingga 8 Disember 2009, perjumpaan wakil-wakil pembinaan modul PRS baru dari
Sarawak, Selangor dan Perak diadakan semula di Hotel Kuching Park, Kuching untuk
pembentangan dan penambaikan modul.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 4
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi
ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan
mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. PRS harus dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
OBJEKTIF
1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik,
perlakuan, emosi dan peribadi.
2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara
berkesan dengan rakan dan individu lain.
4. Menubuhkan kumpulan murid yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan
aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
VISI
Sistem Pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang
Cemerlang dan Berkualiti.
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
dan cemerlang berdasarkan Falsafah dan Etika Pembimbing Rakan Sebaya.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 5
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 6
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
MATLAMAT
Melahirkan PRS yang Membina budaya kasih mesra
berkemampuan dan saling membantu dalam
membantu rakan kalangan murid.
sebaya secara positif,
berkesan, Membina murid yang yakin diri
berkemahiran dan dan menghayati nilai-nilai murni
berketrampilan berasaskan kepada kepercayaan
antaranya: kepada Tuhan.
Memupuk potensi atau bakat
kepemimpinan dan menjadi
individu yang peka,
bertimbangrasa, rela, taat,
menolong dan berupaya hidup
selesa dalam masyarakat
majmuk.
Melalui pengaruh positif dan
persepaduan dalam aktiviti, PRS
dapat memainkan peranan
membantu mengurangkan
masalah salahlaku di kalangan
murid.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 7
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
ETIKA
PRS perlu sentiasa ingat dan patuh kepada
Etika, iaitu:
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3. Memahami batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes
yang boleh merosakkan diri dan/atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
7. Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan
agama.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 8
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
FALSAFAH
BANTU DIRI
SUPAYA
BERUSAHA
MEMBANTU
ORANG LAIN
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan,
perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan
keimanan.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 9
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Lagu PRS Kebangsaan 10
Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan Negara
Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra
(korus)
PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu beramal,bentuk jati diri
amanah diberi,janji ditepati
amalan mulia,jadikan panduan
. Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina
hidup yang bermakna
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
PERANAN
i. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan
keadaan sekeliling.
ii. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
iii. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat
bantuan.
iv. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukan jika perlu.
v. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
vi. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
vii. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
berasa selesa dan berempati.
viii. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 11
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
ix. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa
alternatif sebelum membuat keputusan.
x. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah
positif.
xi. Mematuhi etika kerahsiaan.
xii. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
xiii. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa (normal).
xiv. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar
melalui pengalamannya.
xv. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan
lain supaya melibatkan diri.
xvi. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri
untuk membantu.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 12
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
2022
SESI 2022/2023
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
#kitakansahabat
BUKU LOG
AKTIVITI
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 MODUL PRS
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat) PENILAIAN MODUL
SKEMA PEMARKAHAN
PENGANUGERAHAN 13
BIODATA DIRI
Nama : 14
Kelas :
Jantina :
Tarikh Lahir :
Nombor Telefon :
Tahap :
Jawatan :
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
IKRAR
Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan
mematuhi serta mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2022 / 2023
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab
serta amanah yang diberikan tanpa mengira
tempat, masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada Etika Pembimbing
Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi murid contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan
disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan
kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan PRS.
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 15
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
TAKWIM
• Majlis Apresiasi Lembaga PRS 2021/2022
26 Mac 2022 • Mesyuarat AJK PRS Bil 1/2022
• Mesyuarat Awal Tahun PRS 2022
14 Mei 2022 • LDK 1 - Kursus Asas PRS
• LDK 2 - Modul PRS
• Aktiviti 1 - Kelab Bimbingan Kerjaya
26 - 28 Ogos • LDK 3 - Kem Kepimpinan PRS
2022
• LDK 4 - Modul PRS
• Aktiviti 2 - Kelab Bimbingan Kerjaya
15 Oktober • Mesyuarat AJK PRS Bil 1/2022
2022
• Ujian Lisan/Bertulis
12 November • Mesyuarat Akhir Tahun PRS
2022
• Majlis Pentauliahan
• Majlis Apresiasi Lembaga PRS 2022/2023
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 16
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
JAWATANKUASA
Pengetua
Masliah Talib
PK Pentadbiran PK HEM PK Kokurikulum PK Petang
Rosnah Samlee Shamsul Kamar Abdul Aziz Yong Lai Yeng
Abdullah
Mohamed
Ketua GBK GBK GBK GBK
Chai Chian Rou Suzaine Tengku Nor Hazlyda Shahiera
Abdullah Azieziey Jaafar
Tengku Abdullah
Pengerusi
Teh Liang Yu
Naib Pengerusi
Lai Pei Ying
Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari
Chow Shu Yan Seraphina Lau Sim Ning Law Min Yee
Chuah
AJK AJK AJK AJK
Chung Pin Chai Xiao Lau Jia Xuan Arneesh A/L
Sheng Xuan Pragash
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 17
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
KERANGKA MODUL PRS
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 18
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
SKEMA PEMARKAHAN PENGANUGERAHAN
LATIHAN TAHAP PRS
BONGSU
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 19
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
SKEMA PEMARKAHAN PENGANUGERAHAN
LATIHAN TAHAP PRS
MUDA
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 20
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
SKEMA PEMARKAHAN PENGANUGERAHAN
LATIHAN TAHAP PRS
SULONG
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 21
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
SKEMA PEMARKAHAN PENGANUGERAHAN
LATIHAN TAHAP PRS BESTARI
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 22
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 23
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 24
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 25
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 26
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 27
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 28
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 29
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 30
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 31
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 32
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 33
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 34
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 35
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 36
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 37
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 38
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 39
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 40
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 41
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 42
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 43
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 44
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 45
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 46
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Isu : -
Tindakan PRS : -
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 47
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Isu : -
Tindakan PRS : -
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 48
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Isu : -
Tindakan PRS : -
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 49
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)
Isu : -
Tindakan PRS : -
BUKU PENGURUSAN PRS TAHUN 2022 50
BUKU LOG AKTIVITI PRS (#kitakansahabat)