TOKOH – TOKOH DI NEGER JOHOR.
Dato Jaafar bin Haji Muhammad
Nama : Thulaasi A/P Gunaselan
Kelas : 6 Muthamil
Alamat e-mail : [email protected]
Nama sekolah : SJKT Gelang Patah
Alamat sekolah :
SJKT Gelang Patah Kampong Bukit Tempurung, 81550, Gelang Patah
Kandungan
. Pendahuluan
. Biodata tokoh pemimpin
. Pendidikan tokoh yang dipilih
. Kerjaya tokoh
. Sumbangan tokoh
. Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
. Penutup / kesimpulan
. Sumber rujukan
Dato' Jaafar bin Haji Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya
menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.
Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah
berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.Lima anaknya menjadi Menteri Besar Johor.
Beliau mempunyai lima isteri . Isteri 1 :Esah bte Ibrahim; 3 Wan Emon bte Abu Talib; 5 Datin Selamah Ambak ;Rogayah
Hanim
Anaknya, Dato' Abdullah Jaafar juga menjadi Menteri Besar Johor ke-3.(September 1923 - 1928). Dato Abdullah adalah anak
Wan Emon. Dato Abdullah 'berbeza pendapat' dengan Sultan lalu mengundurkan diri dan tinggal di Singapura. Selepas itu
Dato' Mustapha Jaafar menjadi Menteri Besar Johor dari 16 September 1928 - 23 November 1931. Mustapha adalah anak Jaafar
dengan isteri pertamanya Esah bte Ibrahim.
Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan Barat, agama Islam dan kebudayaan Melayu.
Beliau menetap di istana Bukit Senyum yang terletak berhadapan dengan Selat Johor/Selat Tebrau.
Anak-anaknya dimestikan membaca Hikayat dan Syair, sastera dan puisi Inggeris disamping mengaji al
Quran, makanan dan pakaian Melayu. Sejak 1991, rumah itu mempunyai tutor iaitu seorang perempuan
Inggeris dari Singapura bernama Nanny. Guru tersebut dijemput dengan kuda dari Woodlands dan
menyeberang Selat Johor dengan feri dan menaiki beca ke Bukit Senyum.Seorang mualim/guru buta
bernama Sheikh Salimi mengajar agama Islam. Kemudian Cikgu Sharifah Enson dari Johor Bahru
mengajar tulisan Jawi dan membaca al Quran.
Anak-anaknya diajar alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu
sejenis gendang kecil. Mereka membentuk kumpulan Ghazal dan membuat persembahan di sekitat
Johor Bahru.Seorang tukang masak dari Turki memperkenalkan masakan Timur Tengah seperti 'harisa'.
Tukang masak India, Thambi Shah memperkenalkan nasih beriyani kepad British yang berkhidmat di
Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera
kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua
surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan Putera Arthur (of
Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu
dirakamkan oleh Florence Caddy.
Kemunculan Dato' Ja’afar sebagai orang penting dalam sejarah Johor bermula dengan perlantikan bapa saudaranya, Encik Abdullah bin Tok Muhammad Tahir
sebagai ‘menteri’ kepada Temenggung Daing Ibrahim (1810— 1862).
Dato' Ja’afar mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim.
Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri. Kemudian beliau dilantik sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor
menggantikan bapa saudaranya Encik Abdullah, di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an.
Semasa dilantik ke jawatan itu, beliau telah banyak melakukan perubahan dalam pentadbiran Negeri Johor. Antaranya pada 1868, Majlis Mesyuarat Negeri Johor
ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1873, pelbagai jabatan diwujudkan, antaranya Jabatan Perbendaharaan & Pesuruhjaya Polis.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam
menjalankan tugasnya.
Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Dato' Bentara yang setara jawatannya dengan Menteri Besar kini. Kemudiannya beliau terus
memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu Bakar.
Perlantikan Dato' Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah
julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri
Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau
telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
Sumbangan Jaafar bin Haji Muhammad
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera
Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa
Melayu.
Di samping terkenal sebagai seorang Pegawai kerajaan yang setia, cekap, bijak, amanah dan berterus terang beliau juga adalah salah seorang tokoh pentadbir Negeri Johor yang
menentang cubaan campurtangan Inggeris di Johor pada tahun 1910.
Beliau menjadi Menteri Besar dan penasihat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1909, melalui sepucuk surat, Dato’ Ja’afar telah menasihatkan Sultan Ibrahim supaya tidak memasukkan
seorang penasihat British ke dalam pentadbiran Johor. Dato’ Ja’afar bimbang dengan kesan campur tangan British dalam pentadhiran Johor. Beliau disokong oleh Dato’ Ab.
Rahman Andak, seorang pembesar Johor, yang lebih lantang daripada Dato’ Ja’afar. Walaupun Dato’ Ja’afar gagal menahan keputusan Sultan Ibrahim, namun, beliau telah
bersuara menentang kemasukan British ke Johor. Usianya yang lanjut mengetepikan kepentingan beliau di mata Sultan Ibrahim.
Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan Abu Bakar telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada
beliau. Beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England.
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
* Akhlak yang baik
• Adil dan saksama
• Kemantangan emosi
• Jujur dan amanah
• Menghormati yang lain
Gambar – gambar tokoh tokog lain .
Saya melayari Wikipedia untuk mencari maklumat tentang Dato
Jaafar bin Haji Muhammad