NURERISYA DALILA BT MOHD AMIR 14DPR22F2020 NUR NIESA EZANI BT AZIZ 14DPR22F2025 MUHAMMAD IMAN DANIAL BIN KHAIRUL NIZAM 14DPR22F2038 AMIRA ADAWIYAH BT MOHAD AZRAI 14DPR22F2025 NURFARISHA NAJWA BT AHMAD ZAMRI 14DPR22F2005
PENGENALAN Orang Melayu Malaysia ialah bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia diperkirakan sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Mereka ditakrifkan secara umum sebagai "Bangsa Melayu". Bangsa Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara ini. Sub kategori Melayu Malaysia boleh dikelaskan secara meluas kepada dua kategori utama; Anak Jati (Melayu asli atau Melayu tempatan) dan Anak Dagang (Melayu berdagang atau Melayu asing). Melayu peranakan juga dikelaskan di dalam kategori Melayu Malaysia. Anak Jati Sunting Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka ialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Anak Dagang Sunting Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain.
PAKAIAN KAUM MELAYU (LELAKI) BAJU MELAYU CEKAK MUSANG 1.BAJU MELAYU CEKAK MUSANG Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. BAJU MELAYU TELUK BELANGA 2.BAJU MELAYU TELUK BELANGA Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.
PAKAIAN KAUM MELAYU (PEREMPUAN) BAJU KURUNG BAJU KURUNG Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu. Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maju. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-pejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-acara rasmi dan protokol di istana. Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. BAJU KEBAYA KEBAYA Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda. Wanita-wanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen mengikut peredaran masa. Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyarakat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-Riau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju kebaya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya.
PERAYAAN KAUM MELAYU Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari RayaAidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya inisetelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. HARI RAYA AIDILFITRI HARI RAYA AIDILADHA Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaanagama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.
PERAYAAN KAUM MELAYU AWAL MUHARRAM Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. MAULIDUL RASUL Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabiladisebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan JunjunganBesar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. NASI LEMAK LEMANG Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 KETUPAT Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU BELACAN Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. TAPAI Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit RENDANG Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta.
AGAMA KAUM MELAYU Pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmana dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja yaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu kerajaan Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah. Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat melayu dan ia mempunyai pertalian dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengakomodiran dengan unsur-unsur agama Hindu Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan kekejaman karena ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Ajaran agama Buddha ini mudah diterima karena anggapan mereka bahawa pengasas agama Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu. AGAMA HINDU AGAMA BUDHA AGAMA ISLAM Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan kepercayaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu. Masuknya agama islam itu sendiri sebenarnya dari berbagai cara, yaitu: 1.Melalui jalur perdagangan 2.Melalui pernikahan, 3.Mendekati kaum bangsawan, Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu.
1. Dilarang mencaci atau meceritakan kecacatan, dikhuatiri anak bakal lahir juga akan mengalami cacat. 2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. 3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan sumbing. 4. Dilarang melihat sesuatu yang ganjil, takut akan terkenan. ADAT KAUM MELAYU (ADATRESAM) Kehamilan Antara pantang larang semasa kehamilan:-
ADAT KAUM MELAYU (ADATRESAM) PERKAHWINAN Antara pantang larang sebelum majlis perkahwinan: 1. Pasangan dilarang bebas keluar kerana takut disantau. 2. Sebelum menjadi pengantin, elakkan tidur di katil pengantin kerana tak elok dipandang. 3. Tak boleh makan nasi dengan gulai berkuah untuk elak perut buncit bila di atas pelamin 4. Dilarang bercermin selepas Maghrib bagi mengelak sihir. 5. Dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air (sungai) kerana boleh melemahkan organ seks. 6. Tiga bulan sebelum diijabkabulkan, amalkan urutan untuk kuatkan kembali tenaga yang hilang.
Kenduri arwah/tahlil hari pertama, ke-3, ke-44 dan ke-100 hari 1. 2. Bina hiasan diatas kubur 3. Berkabung 40 hari Biasanya kalau ada pembesar negara yang meninggal dunia, pasti rakyat akan berkabung selama 40 hari dengan diharuskan memakai pakaian tertentu. ADAT KAUM MELAYU (ADATRESAM) KEMATIAN Bagi masyarakat Melayu Islam, mereka wajib menuruti kaedah pengebumian berasakan garis panduan al-Quran. Namun ada juga masyarakat yang selitkannya dengan sedikit adat-adat kemelayuan dan ianya juga tak salah jika tak bertentangan dengan syarak.
KAUM MELAYU MERUPAKAN SALAH SATU KAUM YANG AGAK TERKENAL DI DALAM NEGARA MELAYSIA. OLEH ITU, JANGAN PERNAH KECEWA MENJADI ORANG MELAYU WALUPUN MEMPUNYAI LAIN BUDAYA,AGAMA DAN SEBAGAINYA.
SEKIAN TERIMA KASIH❤️