PERATURAN
AKADEMIK
DIPLOMA
VOKASIONAL
MALAYSIA
TEMPOH PENGAJIAN
▪ Tempoh pengajian diploma adalah selama 2 tahun 6
bulan.
▪ Tempoh maksimum pengajian program diploma
adalah 5 tahun dengan kelulusan Senat Kolej
Vokasional KPM.
PROGRAM TAHUN SEMESTER
DIPLOMA TAHUN 1 SEMESTER 1
TAHUN 2 SEMESTER 2
TAHUN 3
SEMESTER 3
SEMESTER 4
SEMESTER 5
(OJT)
KOMPONEN PENGAJIAN
1. Pelaksanaan pengajian Diploma meliputi :
❖pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara
kuliah, praktikal dan tutorial,
❖berdasarkan Student Learning Time (SLT)
dan jam kredit bagi setiap kursus mengikut
struktur kurikulum program yang
ditawarkan.
2. Kursus - kursus bagi setiap semester peringkat
DVM diklasifikasi kepada empat (4) kategori:
❖ Kursus Wajib Institusi
❖ Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU)
❖ Kursus Teras: Modul Spesifik Disiplin dan
Umum
❖ Kursus Elektif
KOMPONEN PENGAJIAN
3. Projek Tahun Akhir (PTA)
Kursus wajib dalam program Diploma yang
memerlukan pelajar menghasilkan :
❖satu penulisan ilmiah
❖membangunkan produk, perisian atau
perkhidmatan berdasarkan program
pengajian mengikut kaedah-kaedah yang
sesuai.
4. On-The-Job Training (OJT)
Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di
agensi kerajaan atau swasta yang wajib diikuti
oleh setiap pelajar selama tempoh yang
ditetapkan mengikut keperluan standard program
pengajian.
SYARAT KELAYAKAN
KE
PROGRAM DIPLOMA
❖ Lulus SIjil Vokasional Malaysia
❖ Memperoleh sekurang-kurangnya 3
kepujian dalam mata pelajaran setara SPM
termasuk Kepujian Bahasa Melayu SVM
1104.
❖ Pelajar yang tidak memperoleh kepujian
Bahasa Melayu 1104 SVM boleh melanjutkan
pengajian dengan syarat mengambil kursus
Bahasa Kebangsaan A.
❖ Syarat-syarat tambahan tertakluk kepada
pematuhan standard program.
PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan
surat tawaran kepada pelajar yang layak.
Pelajar mesti melapor diri mengikut program
yang ditawarkan sebelum memulakan
pengajian di peringkat Diploma.
Pelajar perlu menyerahkan surat setuju terima
tawaran kemasukan yang ditawarkan semasa
melapor diri .
Rayuan kemasukan lewat bersebab hendaklah
dikemukakan dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh pendaftaran.
PENDAFTARAN
KURSUS
1. Pelajar mesti membuat pendaftaran kursus
sebelum sesi pengajian bermula bagi setiap
semester.
2. Rayuan pendaftaran lewat bersebab
hendaklah dikemukakan dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran.
KEHADIRAN
❖ Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran yang
telah ditetapkan bagi sesuatu kursus.
❖ Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran
setiap pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran yang
dijalankan.
❖ Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang
munasabah) dari jumlah jam pertemuan yang telah
diperuntukkan bagi sesuatu kursus MPU, Teras dan Elektif
boleh menyebabkan pelajar berkenaan tidak dibenarkan
menduduki Penilaian Akhir
Peratus kehadiran pelajar dikira seperti berikut:
% kehadiran =
❖ Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh
satu (1) minggu selepas menerima keputusan tidak layak
menduduki Penilaian Akhir (PA).
❖ Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional akan
memutuskan status pelajar yang dibenarkan menduduki
Penilaian Akhir.
PENANGGUHAN
PENGAJIAN
❖Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian
dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional dan dimaklumkan kepada BPLTV.
❖Kelulusan penangguhan pengajian adalah
tertakluk di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik
Kolej Vokasional.
❖Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah
seperti berikut:
i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan
oleh pegawai perubatan.
ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan
daripada Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional.
iii.
❖Tempoh penangguhan tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional.
PENGGANTUNGAN
PENGAJIAN
❖Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah
didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib
Kolej Vokasional dan disahkan oleh
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
❖Kelulusan tempoh penggantungan adalah
tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
❖ Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak
boleh meneruskan pengajian dan tidak boleh
berada di premis Kolej Vokasional tanpa sebab
yang munasabah.
MENGULANG
KURSUS (GAGAL)
❖ Pelajar dibenarkan menduduki semula (menebus) tidak lebih 2
kali (tertakluk kepada perkara 3.1.2).
Perkara 3.1.2 : Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan
kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM.
❖ Pelajar boleh memohon untuk mengulang kursus tersebut pada
semester yang ditawarkan.
❖ Pengiraan PNGK baharu adalah berdasarkan Jam Kredit dan Nilai
Mata Gred terakhir kursus yang diulang manakala Jam Kredit
serta Nilai Mata Gred asal dimansuhkan.
❖ Pelajar yang gagal mengulang kursus layak untuk
mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat
(tertakluk kepada perkara 3.1.2).
Perkara 3.1.2 : Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan kelulusan
Senat Kolej Vokasional KPM
❖ Pelajar yang memperoleh kedudukan bersyarat (KS) layak untuk
mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat
(tertakluk kepada perkara 3.1.2).
Perkara 3.1.2 : Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan kelulusan
Senat Kolej Vokasional KPM.
PEPERIKSAAN KHAS
Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk pelajar tahun akhir
bagi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian
dalam tempoh yang ditetapkan :
❖ Pelajar tahun akhir yang tidak mencapai syarat
bergraduat atau telah mengulang kursus , layak
menduduki Peperiksaan Khas dengan membuat
permohonan kepada Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional .
❖ Pelajar tahun akhir dengan status berikut TIDAK
LAYAK memohon menduduki peperiksaan khas:
i. Pelajar yang tidak hadir Penilaian Akhir tanpa
kebenaran (tanpa alasan yang munasabah); dan
ii. Pelajar yang telah disabitkan dengan tindakan
mahkamah dihalang/tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.
iii. Pelajar tidak pernah mengulang kursus yang
gagal pada semester biasa.
PEMBERHENTIAN
PENGAJIAN
❖ Pelajar boleh diberhentikan daripada pengajian kerana
perkara -perkara berikut:
i. Status Akademik dalam kedudukan gagal; atau
ii. Tidak Berjaya dalam permohonan rayuan
meneruskan pengajian; atau
iii. Gagal On - The – Job Training (OJT) sebanyak dua
kali; atau
iv. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian
sesuatu program ; atau
v. Didapati bersalah oleh Jawatankuasa Akademik
Kolej Vokasional.
❖ Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional
bertanggungjawab untuk mengesahkan pemberhentian
pengajian pelajar.
❖ Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan
diberi Surat Akuan Pengajian daripada Kolej Vokasional.
PERTUKARAN TEMPAT
PENGAJIAN
❖ Pelajar boleh memohon untuk pertukaran tempat
pengajian berdasarkan justifikasi yang munasabah
dengan persetujuan Jawatankuasa Akademik Kolej
Vokasional dan mendapat kelulusan Sektor Pengurusan
Murid, BPLTV.
• Semua dokumen berkaitan penilaian dan pentaksiran
bagi pelajar yang bertukar tempat pengajian adalah
menjadi tanggungjawab Kolej Vokasional asal untuk
menyerahkan kepada Kolej Vokasional yang baharu.
• Pelajar yang bertukar tempat pengajian WAJIB
menyelesaikan PB bagi tempoh pengajian di Kolej
Vokasional asal terlebih dahulu.
• Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu
kelapan (8) pengajian kecuali kes-kes tertentu yang
mendapat kebenaran khas Sektor Pengurusan Murid
BPLTV.
PERATURAN PENILAIAN
DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis
Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang
dikeluarkan oleh BPLTV.
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
i. PB dilaksanakan sepenuhnya oleh Kolej Vokasional berdasarkan
kepada Course Outline (CO) yang telah ditetapkan.
ii. PB perlu dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang
mengikut Garis Panduan Pengurusan Penilaian & Pentaksiran
Diploma.
PENILAIAN AKHIR (PA)
i. Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej Vokasional
berdasarkan arahan pentadbiran mengikut SOP Pengurusan
Penilaian dan Pentaksiran, takwim pengajian dan jadual
peperiksaan.
ii. Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah dilaksanakan
oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kolej Vokasional.
iii. Pelajar wajib menduduki PA bagi kursus-kursus yang ditetapkan.
Pelajar yang tidak menduduki PA akan gagal kursus tersebut secara
automatik.
iv. Pelajar yang tidak dapat menduduki PA di atas sebab-sebab
munasabah boleh membuat rayuan untuk menduduki PA dengan
kebenaran Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
MENGULANG
PENILAIAN AKHIR
i. Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum
atau Kursus Teras Disiplin bagi Penilaian Akhir dibenarkan
mengulang sebelum tamat pengajian.
ii. Pelajar yang mengulang PA akan turun satu mata gred
daripada mata gred yang diperolehi bagi Kursus Pendidikan
Umum dan Kursus Vokasional.
iii.PA ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa,
selepas keputusan rasmi diumumkan.
iv. Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah di
bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
MENGULANG KURSUS
i. Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum
atau Kursus Teras Disiplin dibenarkan mengulang kursus
mengikut semester semasa.
ii. Pelajar yang mengulang kursus layak dalam semester
semasa mendapat gred Tertinggi bagi Kursus Pendidikan
Umum atau Kursus Vokasional.
iii.Kelulusan untuk mengulang kursus adalah di bawah kuasa
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
KELAYAKAN
MENDUDUKI PENILAIAN
AKHIR
❖ Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut
sebelum layak menduduki Penilaian Akhir:
a. Telah mendaftar kursus yang berkenaan.
b. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah / tutorial /
amali bagi jangka masa yang ditetapkan.
❖ Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk
menduduki Penilaian Akhir tanpa alasan yang
munasabah, tindakan berikut boleh diambil:
a. Pelajar tidak layak menduduki Penilaian Akhir.
b. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata Gred
0.00
bagi kursus berkenaan.
❖ Kes Luar Jangka
Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar
jangka dan munasabah boleh dirujuk kepada
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional untuk
tindakan selanjutnya.
PENYELEWENGAN
PENTAKSIRAN DAN
PENILAIAN
❖ Pelajar yang melakukan penyelewengan pentaksiran dan
penilaian boleh dikenakan Tindakan tataretib mengikut
peruntukan Akta Pendidikan 996 (AKTA 550).
❖ Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar mana
-mana arahan PA boleh dimansuhkan markah penilaian
dan diberi GRED F dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi
kursus berkenaan.
STATUS GAGAL
❖ Bagi status gagal, rujuk kepada Kedudukan Akademik
Pelajar untuk kenaikan semester.
❖ Pelajar yang masih gagal mana-mana Kursus
Pendidikan Umum dan Kursus Vokasional setelah
menduduki penilaian ulangan adalah tidak layak untuk
dianugerahkan Diploma.
KEPUTUSAN PENILAIAN
DAN PENTAKSIRAN
❖ Keputusan Penilaian dan Pentaksiran setiap semester
akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Kolej Vokasional.
❖ Kolej Vokasional akan mencetak Slip Keputusan bagi
setiap Semester dan diedar kepada semua pelajar.
RAYUAN SEMAKAN
KEPUTUSAN PENILAIAN
DAN PENTAKSIRAN
❖ Rayuan semakan keputusan penilaian dan pentaksiran
boleh dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada Pengarah
Kolej Vokasional dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
i. Rayuan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
ii. Keputusan rayuan adalah muktamad
SISTEM GRED
PENILAIAN&PENTAKSIRAN
PROGRAM DIPLOMA
Secara umumnya, Gred D+ adalah Gred Lulus minimum.
MARKAH GRED NILAI GRED
90 – 100 A 4.00
80 – 89 A- 3.67
70 – 79 B+ 3.33
65 – 69 B 3.00
60 – 64 B- 2.67
55 – 59 C+ 2.33
50 – 54 2.00
45 – 49 C- 1.67
40 – 44 D+ 1.33
35 – 39 1.00
20 - 34 E 0.67
F 0.00
0 – 19 T 0.00
TIDAK HADIR
KEDUDUKAN
AKADEMIK PELAJAR
KEDUDUKAN KETERANGAN CATATAN
AKADEMIK
• Lulus semua Layak meneruskan
Keputusan Baik Kursus MPU pengajian ke
(KB) • Lulus Kursus teras. semester
• PNGK ≥ 2.00 berikutnya.
Keputusan
Bersyarat (KS) • Tidak Lulus Perlu mengulang
Keputusan Gagal mana- mana MPU sehingga lulus.
(KG)
Kursus MPU Manakala Kursus
• Tidak Lulus mana- Teras dibenarkan
mana Kursus teras. mengulang dua (2)
• 1.33 ≤ PNGK < 2.00 kali sahaja.
• Gagal di dalam Tidak layak
Penilaian meneruskan
Ulangan. pengajian ke
• PNGK < 1.33 semester
• Kedudukan berikutnya.
bersyarat 2
semester berturut.
SYARAT-SYARAT
PENGANUGERAHAN
Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar
yang berjaya menamatkan pengajian dengan
memenuhi segala keperluan dan syarat
ditetapkan:
I. Lulus semua kursus yang diwajibkan bagi
keperluan program
II. Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan PNGK
≥ 2.00
III. Lulus On -The-Job Training (OJT)
IV. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej
Vokasional KPM