The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-09-20 00:20:44

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3a

MINIT MESYUARAT GURU BIL 3a

SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING DALAM
MINIT MESYUARAT GURU BIL 3/2018

Tarikh : 25 Jun 2018
Hari : Isnin
Masa : 2.15 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 32/36
Hadir :

1. Pn. Nurshakina binti Ahmad Halidin (Guru Besar)
2. En. Abdul Razak bin Rashidin (GPK Pentadbiran)
3. Pn. Haniza binti Hanif (GPK Kokurikulum)
4. Cik Ainun Jariah binti Jameran
5. Pn. Aminiza binti Badarudin - cuti bersalin
6. Pn. Faridah Haryani binti Abd Hadi - cuti bersalin
7. Pn. Fazidah binti Abd Ghani
8. En. Fazilan binti Othman
9. Pn. Hamizah binti Ismail
10. Tn. Hj. Helmirizal bin Che Long
11. En. Herman Shah binti Ghazali
12. Pn. Jamakyah binti Sulaiman
13. En. Kamarudin bin Abu Hasan
14. Pn. Khadijah binti Lawang
15. Pn. Maimunah binti Mohd Amin
16. Pn. Maisarah binti Mohd Hanif
17. Pn. Mardiah Hayati binti Norazlim
18. En. Mohamad Hairil Azwan bin Ramli
19. En. Mohd Uswardi bin Ab Rahim
20. En. Mohd Zamri bin Arshad
21. En. Muhammad Shafiq bin Ab Ghani
22. Pn. Norizan binti Abu
23. Pn. Norlizawati binti Sujak
24. Pn. Nur Naimi binti Awang
25. Pn. Nur Shahida binti Mohamad Yusof
26. Pn. Puspa A/P Govindan
27. Rosidah binti Mohammed Mustafa
28. Pn. Shafarina binti Shahidan
29. Pn. Suryana binti Saedan Mukhtar
30. En. Yusry bin Ahlan
31. Pn. Zaini Aziah binti Othman
32. Pn. Zainorhanim binti Zainal

Tidak Hadir : 4/36

1. Pn. Masrurah binti Dzulkefli
2. Pn. Junaidah binti Merah@Shamsuddin
3. Pn. Tuty Martini binti Amid
4. En. Salim bin Mohamed

1

AGENDA 1

ALUAN PENGERUSI – PN. NURSHAKINA BINTI AHMAD HALIDIN (GURU BESAR)
1.1 Bacaan Umul Kitab
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada Mesyuarat Guru kali

Ketiga ini.
1.3 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Guru pada kali ni lebih berfokus kepada PBPPP (Penilaian

Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
1.4 Memaklumkan tentang perpindahan Puan Norhida ke Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
1.5 Memaklumkan sekolah akan menerima seorang guru baru untuk PPKI iaitu Encik Syafiq yang akan

melapor diri pada 2 Julai 2018 dan seorang lagi guru baru untuk aliran perdana.
(Makluman : Semua Guru)

1.6 Mengingatkan tentang persaraan Encik Mechek iaitu pembantu pejabat sekolah pada 1 Ogos 2018.
Meminta Kelab Staf mengadakan Majlis Persaraan untuk beliau.
(Tindakan : Kelab Staf)

1.7 Meminta semua setiausaha menggunakan aplikasi AnyFlip untuk memuat naik atau untuk berkongsi
minit mesyurat dengan guru-guru lain tanpa mencetak minit mesyuarat untuk diedarkan kepada
semua guru. Hanya untuk simpanan fail sahaja yang perlu dicetak.

(Tindakan : Semua setiausaha bagi semua unit atau bahagian)

AGENDA 2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Guru kali Kedua 2018 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Puan

Jamakyah binti Sulaiman dan disokong oleh Puan Rosidah binti Mohamed Mustafa

AGENDA 3

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Minit Mesyuarat Guru kali Kedua 2018 (Perkara 3.1)

- Puan Ainun Jariah mengemukakan pertanyaan tentang status guru Pendidikan Islam PPKI
kerana beliau perlu menyediakan laporan J-Qaf untuk murid-murid PPKI. Pada masa
sekarang penilaian tersebut dilaksanakan oleh guru PPKI yang bukan berkelayakan dalam
bidang tersebut.

- Encik Abdul Razak memaklumkan sekolah belum dapat dipastikan lagi tentang status
terkini guru Pendidikan Islam untuk PPKI.
2

- Guru Besar meminta Cik Ainun untuk mencatat dibahagian catatan sebagai dinilai oleh
guru yang bukan berkelayakan atau guru biasa.
(Tindakan : Cik Ainun)

AGENDA 4
POST MORTEM PBPPP (PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN)
4.1 Penilaian yang berfokus kepada pembangunan kompentensi 90% dan keberhasilan 10%
4.2 Guru iaitu Pegawai yang dinilai (PYD) perlu berjumpa dan berbincang dengan Pegawai Penilai

(PP) untuk menetapkan sasaran keberhasilan. Ini merupakan SOP yang diberikan dan
terkandung dalam SPI.

(Tindakan : Semua guru)
4.3 Pentadbir akan berbincang untuk memberi skor sepatutnya dalam penilaian kompentensi PYD.

Pentadbir akan membuat penilaian secara telus.
(Makluman : Semua guru)

4.4 Meminta guru-guru mengemaskini dan mengisi borang PBPPP mengikut ruang yang
disediakan dan menyusun tugas dengan betul mengikut bidang Kurikulum, Hal-ehwal Murid
dan Kokurikulum tanpa mencampur adukan tugas antara bidang-bidang tersebut.
(Tindakan : Semua Guru)

4.5 Mengingatkan guru-guru supaya tidak terlalu mudah melatakkan target dan perlulah
berdasarkan headcount yang dibuat.
(Tindakan : Semua guru)

4.6 Meminta guru-guru menyenaraikan semua kerja dan tugas masing-masing dalam borang
PBPPP mengikut senarai tugas yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah 2018.
(Tindakan : Semua guru)

4.7 Mengharapkan penilaian kedua akan ada peningkatan daripada skor yang diperoleh.
4.8 Meminta semua guru supaya selaraskan pemberian target dalam kehadiran murid mengikut

bidang kokurikulum masing-masing.
(Tindakan : Semua guru)

4.9 Memaklumkan cadangan untuk mengadakan Ladap kepada guru-guru tentang PBPPP oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah pada 2 Julai 2018. Ladap ini akan berfokus tentang
cara penulisan bidang keberhasilan.
(Makluman : Semua guru)

3

4.10 Ustaz Helmirizal bertanyakan bagaimanakah untuk selaraskan skor untuk semua guru
contohnya dalam bidang kokurikulum sedangkan keberadaan guru tidak sama kerana terlibat
dalam hal-hal yang lain.
Respon Guru Besar : Tidak semua perkara perlu diselaraskan hanya perkara tertentu
sahaja seperti kehadiran murid.

4.11 Puan Maimunah bertanyakan tentang eviden yang perlu dihantar bersama borang PBPPP
Respon Guru Besar : Semua perkara yang disenaraikan dan yang diletakkan skor
perlulah disertakan dengan evidennya sekali.

AGENDA 5
HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Nurshakina binti Ahmad Halidin (Guru Besar)
5.1.1 Guru besar mengingatkan semua guru supaya tidak mengetik punch card guru-guru
lain. Perkara ini telah terkandung dalam SPI.
5.1.2 Punch card akan berwarna merah sekiranya pegawai atau kakitangan yang masuk dan
keluar dari sekolah tidak mengikut waktu tugas masing-masing. Oleh itu, sekiranya
pegawai atau kakitangan yang perlu pulang awal atau keluar sekolah untuk
menguruskan perkara lain perlulah menulis alasan dibahagian catatan seperti ‘Pulang
awal dengan kebenaran Guru Besar’ atau ‘Keluar dengan kebenaran Guru Besar’
(Tindakan : Semua guru)
5.1.3 Memaklumkan tentang Sambutan Hari Raya. Meminta cadangan kepada semua guru
sama ada untuk mengadakan Sambutan hari Raya peringkat sekolah ataupun tidak.
5.1.4 Beliau tidak menggalakkan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya tersebut atas
faktor keberadaan guru pada waktu majlis berlangsung tetapi beliau memberi
pandangan sekiranya hendak mengadakan juga majlis tersebut perlulah dirancang
dengan teliti, kertas kerja perlulah lengkap dan tentatif program yang teratur. Dengan
ini, keberadaan guru tidak boleh dipersoalkan dan keselamatan murid dapat
diutamakan.
(Makluman dan tindakan : Kelab Staf)

Respon daripada Ustaz Fazilan : - memaklumkan kelab staf telah berbincang
tentang majlis ini. Sambutan Hari Raya untuk
semua guru dan staf adalah dibawah kelolaan
kelab staf manakala sambutan hari raya murid-

4

murid adalah dibawah kelolaan Pentadbiran HEM.

- waktu makan guru adalah pada waktu rehat
ataupun pada waktu lapang sahaja dan ini tidak
akan mengganggu proses pdpc.

5.2 Puan Haniza binti Mohd Hanif (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5.2.1 Mengingatkan kembali tentang penulisan borang keberhasilan PBPPP. Guru-guru
perlu membuat semakan dan mengemaskini maklumat kokurikulum yang ditulis
supaya tiada kesalahan yang berlaku.
(Makluman : Semua guru)
5.2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan dalam
menjalankan aktiviti dan program kokurikulum pada penggal pertama.
5.2.3 Mengingatkan guru-guru penasihat setiap unit kokurikulum untuk melengkapkan buku
laporan aktiviti kokurikulum dari segi kehadiran murid, aktiviti murid dan
perlembagaan unit masing-masing.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat Unit Kokurikulum)
5.2.4 Meminta ketua untuk setiap unit kokurikulum mengemaskini dan membetulkan tarikh
untuk setiap aktiviti dalam buku laporan aktiviti kokurikulum mengikut takwim dan
susunan tarikh yang telah diberikan.
(Tindakan : Ketua setiap unit kokurikulum)
5.2.5 Memaklumkan, setakat ini perjumpaan untuk aktiviti kokurikulum untuk setiap hari
Selasa adalah sudah 6 kali perjumpaan.
5.2.6 Mengingatkan kembali kepada ketua untuk setiap unit kokurikulum merancang aktiviti
mingguan berdasarkan perancangan tahunan yang telah dibuat.
(Tindakan : Ketua setiap unit kokurikulum)
5.2.7 Meminta guru-guru penasihat untuk setiap unit kokurikulum mengingatkan murid-
murid untuk mencatat kejayaan yang mereka peroleh dalam borang pencapaian murid
di bahagian belakang buku laporan aktiviti kokurikulum mereka. Perkara ini akan
memudahkan guru-guru kelas untuk memberikan markah dalam PAJSK nanti.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat unit Kokurikulum)
5.2.8 Mengingatkan guru-guru untuk mengemaskini dan melengkapkan kehadiran masing-
masing dalam buku kehadiran kokurikulum.
(Tindakan : semua guru)
5.2.9 Meminta penyelaras untuk memastikan kehadiran guru dicatat pada setiap minggu.
( Tindakan : Penyelaras Kokurikulum)

5

5.3 Encik Uswardi memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku pada tandas murid lelaki.
5.4 Encik Kamarudin bertanyakan tentang Program Jaya Waris sama ada diteruskan ataupun tidak

kerana ada masalah pada sistem SAPS. Memaklumkan ada empat buah kelas yang masih lagi
belum mencetak slip peperiksaan murid-murid.

Respon daripada Puan Maimunah : Meminta guru kelas untuk empat buah kelas tersebut
mencetak slip peperiksaan yang diisi markah secara
manual oleh guru-guru mata pelajaran yang terlibat.

Respon Pn. Nurshakina (Guru Besar) : Program Jaya Waris akan ditunda kepada tarikh 5 Julai
2018 iaitu pada hari Khamis kerana kegagalan sistem
SAPS tersebut.

5.5 Cik Ainun Jariah bertanyakan semula tentang guru Pendidikan Islam PPKI untuk penggal
persekolahan yang kedua ini.

Respon daripada En. Abdul Razak (GPK 1) : Keberadaan guru agama untuk setiap daerah
adalah berada pada tahap kritikal. Beliau
meminta Cik Ainun menunggu Pn. Junaidah
kembali bertugas selepas cuti bersalin nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ………………………………………..
(NUR SHAHIDA BINTI MOHAMAD YUSOF) (PN. NURSHAKINA BT AHMAD HALIDIN)
Setiausaha Mesyuarat Guru, Guru Besar,
SK. Belimbing Dalam. SK. Belimbing Dalam.

6


Click to View FlipBook Version