AIMY HAYANI | NASYA ILLIYINA | SITI HAJAR -PortFolio-
Isi Kandungan Penyataan Masalah Ojektif Kajian Kaedah Kajian Analisis Data Hasil Dapatan Kesimpulan Rujukan atau Bibliografi Lampiran
PENYATAAN MASALAH Malaysia terlibat dalam temasya sukan pada peringkat antarabangsa. Negara kita diberikan kepercayaan sebagai tuan rumah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa kerana memiliki infrastruktur sukan yang lengkap. Antara pelibatan Malaysia ialah menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017, kejohanan hoki piala dunia, tuan rumah sukan komanwel dan banyak lagi. Semua penganjuran ini telah mendatangkan imej yang gemilang dan penyumbang khususnya kepada ekonomi negara serta beberapa manfaat yang lain.
OBJEKTIF KAJIAN Menyatakan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara kita Membuat perkaitan penganjuran sukan antarabangsa dengan pembangunan negara Menghuraikan kesan pembangunan negara kepada rakyat
KAEDAH KAJIAN Terdapat 4 jenis kaedah kajian telah dijalankan oleh kami bagi memastikan tugasan kajian ......kami di siapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta yang tepat iaitu: a. Analisis Dokumen b. Internet c. Temubual c. Bimbingan guru dan keluarga
ANALISIS DOKUMEN Bagi memastikan fakta yang digunakan dalam kajian ini tepat, saya telah merujuk kepada dokumen dan laporan berita daripada laman web berita yang sah. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang keraguan terhadap fakta peristiwa bersejarah. INTERNET Internet merupakan sumber yang paling banyak membantu dalam kajian kes ini. Laman sesawang yang dipercayai dan sumber blog yang diyakini telah dijadikan bahan rujukan tambahan untuk mendapatkan bahan berkaitan kajian. TEMUBUAL Peristiwa bersejarah ini telah meninggalkan kesan yang bermakna buat ahli keluarga saya yang lahir antara tahun 1980 hingga 1999. Perkongsian pengalaman Puan Adibah Bahari dan bapanya melihat perkembangan dan penganjuran sukan diperingkat antarabangsa amat membantu dalam menjayakan kajian kes ini. BIMBINGAN GURU DAN KELUARGA Kami mendapat bimbingan daripada guru dalam melaksanakan tugasan kajian secra sistematik. Kejayaan tugasan ini juga turut bergantung kepada kerjasama pihak ahli keluarga yang berkongsi pengalaman mereka dalam melihat sendiri peristiwa bersejarah negara dalam penganjuran sukan peringkat antarabangsa.
ANALISIS DATA Berikut ialah analisis data yang telah diperoleh melalui carian dalam internet dan bahan bertulis. Kami telah senaraikan dalam bentuk jadual. Berdasarkan jadual yang didapati, pada tahun 1984 sehingga 1998, Malaysia mengalami fasa kegemilangan dalam penganjuran sukan di peringkat antarabangsa.
HASIL DAPATAN
Sukan Sea Negara kita menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. Pada tahun 1965 hingga tahun 1971 penganjuran ini dikenali sebagai Kejohanan Sukan SEAP. Piala Thomas Penganjuran kejohanan badminton Piala Thomas berlangsung di negara kita sebanyak enam kali. Berlangsung dengan jaya dan meriah pada tahun 1970, 1984, 1988 dan 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Berlangsung pada tahun 2000 dan 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Hoki Piala Dunia Tuan rumah kepada dua edisi Kejohanan Hoki Piala Dunia. Berlangsung di Stadium Merdeka pada tahun 1975 yang melibatkan persaingan daripada 12 buah negara. Berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada tahun 2002 dengan jumlah penyertaan terbanyak, iaitu 16 buah negara. Le Tour de Langkawi Penganjuran kejohanan lumba basikal antarabangsa ini merupakan acara tahunan di negara kita bermula pada tahun 1996. Nama kejohanan ini diambil bersempena dengan lokasi pelepasan perlumbaan, iaitu di Pulau Langkawi, Kedah.
Sukan Komanwel Malaysia merupakan negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, iaitu pada tahun 1998. Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama kejohanan. Imej Orang Utan dipilih sebagai maskot dan bunga raya menjadi logo kejohanan. Formula One dan Formula E Menjadi tuan rumah Formula One sejak tahun 2000. Berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) yang merupakan litar perlumbaan bertaraf dunia. Penganjuran sukan antarabangsa Formula E diadakan di Putrajaya pada tahun 2014. Piala Monsun Menjadi tuan rumah siri kejohanan sukan perahu layar sejak tahun 2005. Lokasi pertandingan di Pulau Duyong, Terengganu. Sukan Permotoran Diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah sukan permotoran antarabangsa bermula pada tahun 1991. Sukan permotoran yang dianjurkan ialah: Grand Prix Motorcycle Racing (MotoGP). Superbike World Championship (SBK).
Berdasarkan huraian dan contoh yang dipaparkan tadi, jelas terbukti bahawa sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ia berperanan uantuk memupuk perpaduan di antara kita. Sukan tidak pernah mengira latar belakang, keturunan agama kita. Oleh itu, sukan mampu menggalakkan permainan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi. Bidang sukan dapat mendidik masyarakat majmuk negara ini untuk saling menghargai dan membawa semangat satu negara, satu matlamat. Kesimpulannya, sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi yang cergas, cerdas dan sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani. Tetapi, berjaya mengukuhkan kesejahteraan masyarakat dalam memastikan perpaduan terus terpelihara. KESIMPULAN
Buku Teks Sejarah Tahun 6 Orang rasmi: Ibu Bapa dan Ahli Keluarga yang lain Pencarian di Internet https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2 021/08/856950/paralimpik-bonnie-raih-emaspertama-malaysia RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI
Lee Chong Wei Pandelela Rinong Mohamad Azizul Hasni Awang Nicol Ann David Nur Dhabitah Sabri Muhamad Ridzuan Farah Ann Abdul Latif bin Romly Bonnie Bunyau Gustin ATLET PARALIMPIK LAMPIRAN
Sekian, terima kasih K ami in g in memohon ma a f j i k a ada y an g t e r kur an g s e r t a jut a an t e r ima k a s ih k epada y an g t e l ah membantu k ami meny i apk an tu g a s an ini . -THE END-