The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 2022.BOOKLET

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-71142840, 2022-06-15 12:03:47

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 2022.BOOKLET

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 2022.BOOKLET

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN
4-5
1. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

2. ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 6

3. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 7

4. JAWATANKUASA KECIL MESYUARAT AGUNG PIBG 8

5. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 9– 17

6. PENYATA KEWANGAN PIBG 18

7. CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2021/2022 19

8. LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021 / 2022 20-21

9. USUL DAN CADANGAN 22-23

10. USUL YANG DIBAHASKAN 24

11. CATATAN 25

12. PENGHARGAAN 26

3

NOTIS KANDUNGAN

4

5

ATUR CARA MESYUARAT

2.45 Petang : Para ibu bapa dan AJK PIBG SK Tuanku Fatimah mendaftar
3.00 Petang nama dan mengambil tempat di Pentas Perkasa SKTF

3.45 Petang : Ketibaan
YH DATO’ AMIZAR BIN ABU ADAM
PENGERUSI KELAB KHABAR BENTONG

: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Tuanku Fatimah

PUAN ZALEHA BINTI OTHMAN
: Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Tuanku Fatimah

EN ZOHARI BIN MOHAMAD
: Ucapan Perasmian

YH DATO’ AMIZAR BIN ABU ADAM
PENGERUSI KELAB KHABAR BENTONG.
: Jamuan ringan
: Mesyuarat Agung PIBG Kali KE-44 dimulakan
: Mesyuarat Agung PIBG Kali KE-44 ditangguhkan
: Cabutan Bertuah
: Bersurai

6

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG.
AGENDA 2 : Ucapan Penasihat PIBG
AGENDA 3 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
AGENDA 4 : Perkara Berbangkit
AGENDA 5 : Membentang dan menerima Penyata Kewangan sesi 2021/2022.
AGENDA 6 : Penetapan Sumbangan PIBG sesi 2022/2023
AGENDA 7 : Membentang dan membahaskan usul
AGENDA 8 : Hal-hal lain
AGENDA 9 : Ucapan penangguhan

7

JAWATANKUASA KECIL MESYUARAT

TARIKH : 16 JUN 2022 (KHAMIS)
MASA : 2.45 PETANG
PERASMI : YH DATO’ AMIZAR BIN ABU ADAM
: PENGERUSI KELAB KHABAR BENTONG

PENASIHAT : PUAN ZALEHA BINTI OTHMAN
PENGERUSI : ENCIK ZOHARI BIN MOHAMAD
NAIB PENGERUSI : TUAN HJ ABDULLAH BIN AB. HADI
SETIAUSAHA : PUAN AINA JULIYANA BINTI MOHAMED RAMLIS
NAIB SETIAUSAHA : PUAN NURUL HIDAYAHBINTI MOHAMAD
BENDAHARI : TUAN HJ AHMAD FARHAN BIN SHAHARUDIN
AHLI JAWATANKUASA : SEMUA AJK PIBG

BUKU MINIT MESYUARAT DAN JEMPUTAN CENDERAHATI PERASMI DAN CABUTAN BERTUAH
PUAN AINA JULIYANA BINTI MOHAMED RAMLIS PUAN ROZIEMARHAYANIE BINTI RUSLAN
CIK NOORSUSMAZLIYATON AKMA BINTI JAMALUDDIN PUAN NOOR HIDAYAH BINTI KIAT
ENCIK FAISAL AMILIN BIN IBRAHIM PUAN RAHAYUNI BINTI MOHD NOH
PUAN DINEESHA A/P KANNAPATHY PUAN AZMONA BINTI ZAKORA
CIK SITI HAZITA BINTI CHE MIN
PUAN INA HAIRANI BINTI BAHRUDDIN JURU ACARA (PERASMIAN)
PUAN NORHALIZA BINTI OTHMAN
PENDAFTARAN DAN MAKANAN IBU BAPA PN RAJA RAHMAH BINTI RAJA KASIM
PUAN NORAKBARWATI BINTI YUSOP
PUAN SHUHAIDA BINTI ALI BASHAH SIARAYA DAN FOTOGRAFI
PUAN NORASIAH BINTI ISMAIL ENCIK MOHD SYAHMI BIN ZULKIFLI
PUAN ROSNIDA BINTI SEMAIL ENCIK AMIR ARIFF AZHAN BIN KARIM
PUAN SALBIAH BINTI MOHD SAID ENCIK AHMAD FAIZAL BIN IBRAHIM
PUAN HAIDA BINTI KASIM ENCIK MOHD SHUHAIMI BIN ABD RAHMAN
PUAN MURENIYA BINTI YUSOF
BACAAN DOA
JAMUAN TETAMU ENCIK KHAIRUL AJMAL BIN AHMAD
PUAN SHARIFAH NORAHIMY BINTI SYED IBRAHIM
PUAN AZIMAH BINTI YUSOH SAMBUTAN DAN PERSEMBAHAN
PUAN SITI AISHAH BINTI MOHD YUSOF PUAN JUNIZA BINTI JUNID
PN SITI HAFIZAH AQILAH BINTI SAMSUDIN PUAN NORSHAHNITA BINTI SAHARI
PUAN NURUL HUDA BINTI MD NOOR PUAN LAILA BINTI ADBULLAH @MOHD
PUAN DURRAH HASNAA BINTI AB RAZAK PUAN NURULHIDAYAH BINTI MOHAMAD
PUAN ZUNARIAH BINTI MAT NOOR
PERSIAPAN TEMPAT DAN PENTAS PUAN NOOR SAKINAH BINTI AHMAD
TN HJ AHMAD FARHAN BIN SHAHARUDIN
ENCIK MOHAMAD AZLAN BIN MOHD KAMARZAMAN PENYAMBUT TETAMU
PUAN ISYAH BINTI ROSLI PUAN ZALEHA BINTI OTHMAN
PUAN NORASYIKIN BINTI ABDULLAH ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH
PUAN FAIZATUL SHAZLINA BINTI MUHAMAD SHAH ENCIK MOHD NUR IZHAM BIN MOHD SAID
PUAN RAHAYU BINTI JAAFAR PUAN WAN SRI MAWAR BINTI ARIFIN
ENCIK ZOHARI BIN MOHAMAD
PENCATAT TN HAJI ABDULLAH BIN AB. HADI
PUAN SUBIYANTI BINTI SULAIMAN SEMUA AJK PIBG
PUAN JAMILAH BINTI DARUS
PUAN SITI NUR FAIZAH BT AMIN BURHANUDDIN 8
PUAN MARDHIAH BINTI MOHAMAD YUSOFF

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-43 TAHUN 2021

TARIKH : 2 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (GOGLE MEET)
PERASMI : ENCIK ZOHARI BIN MOHAMAD
YANG DIPERTUA PIBG

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi tahniah kepada Pentadbir, YDP PIBG, AJK
PIBG, guru-guru juga para ibu bapa kerana dapat sama-sama berkumpul untuk berbincang
dan mencapai kata sepakat dalam melaksana program kecemerlangan anak-anak.
Tindakan : Makluman

2.0 BACAAN DOA
2.1 Ustaz Mohd Shuhaimi Bin Abd Rahman mengetuai bacaan doa.

Tindakan : Makluman

3.0 UCAPAN PENASIHAT – GURU BESAR

3.1 Ucapan aluan oleh Puan Zaleha Binti Othman kepada semua AJK dan ibu bapa yang hadir.

3.2 Menyatakan Pandemik Covid-19 menjadi kekangan untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka.

3.3 Pengenalan Guru Besar tentang sejarah perkhidmatan beliau kerana baru pertama kali bersemuka semenjak
menjadi Guru Besar SKTF pada 22 Jun 2020.

3.4 SOP menjadi keutamaan oleh pihak sekolah supaya semua bekerjasama untuk mematuhinya.

3.5 Anak-anak yang sihat sahaja diharap dapat hadir ke sekolah.

3.6 Fasa 3, Pra Sekolah akan mula bersekolah dan tiada penggiliran.

3.7 Guru Besar menerangkan tentang TS25 terdapat 4 keberhasilan utama iaitu Pemimpin Berkesan, Guru
Berkualiti, Sokongan ibu bapa & Komuniti dan Persekitaran PDP bermakna/pofesional. Guru Besar juga
menerangkan mengenai Transformasi Pendidikan Pahang (TPP).

3.8 Ucapan terima kasih kepada PIBG sekolah atas sokongan kepada pihak sekolah.

3.9 Pendekatan musyawarah harap dapat dijalinkan antara ibu bapa dan guru jika ada
masalah berkaitan pendidikan anak-anak.

9

3.10 Semua aktiviti Ko-kurikulum dijalankan secara atas talian.

3.11 Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini
kerana ianya menggambarkan kesungguhan ibu bapa.

Tindakan : Makluman

4.0 UCAPAN DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG OLEH YANG DIPERTUA PIBG

4.1 Encik Zohari Bin Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan
ucapan aluan diberikan serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTF
kali ke-43 bagi tahun 2021.

4.2 Terima kasih atas kerjasama semua yang hadir Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43.

4.3 Terima kasih juga kepada semua yang berjaya melaksanakan mesyuarat pada hari
ini.

4.4 Hubungan PIBG dan sekolah tidak dapat dipisahkan demi kecemerlangan anak-
anak.

4.5 Terima kasih kepada pihak sekolah atas segala inisiatif yang diambil dalam
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) demi pendidikan
murid-murid ataupun anak-anak.

4.6 Diharap ada kerjasama yang baik daripada ibu bapa demi kecemerlangan anak-
anak.

4.7 YDP PIBG memohon ibu bapa mengambil kesempatan dalam mesyuarat untuk
berunding tentang cara yang terbaik demi kecemerlangan anak-anak.

Tindakan : Makluman

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-42

5.1 Puan Aina Juliyana Binti Mohamed Ramlis selaku setiausaha PIBG sesi 2020/2021
membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-42 dan untuk pengesahan ahli
mesyuarat.

5.2 Encik Mohd Adid Bin Mohd Yusof mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali
ke-42 diterima dan disahkan. Puan Roslina Binti Hassan menyokong minit
mesyuarat disahkan.

Tindakan : Makluman

10

6.0 PERKARA BERBANGKIT
6.1 Tiada perkara berbangkit.

7.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN SESI 2020/2021
7.1 Encik Akhmal Fadhil Bin Azaman selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 September 2021.
7.2 Encik Mohd Syahmi Bin Zulkaflee@Zulkifli mencadangkan penyata kewangan
berakhir 30 September 2021 disahkan.
7.3 Puan Shafiza Binti Shahrom menyokong untuk mengesahkan penyata kewangan.
Tindakan : Makluman

8.0 MEMBUBARKAN AJK PIBG SESI 2020/2021
8.1 Encik Zohari Bin Mohamad selaku YDP PIBG dengan rasminya membubarkan Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.

Tindakan : Makluman
9.0 LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

9.1 Encik Zohari Bin Mohamad mencadangkan Encik Ahmad Farhan bin Shaharuddin
dilantik sebagai Pengerusi Sementara dan disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.
Tindakan : Encik Ahmad Farhan bin Shaharudin

10.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2021/2022
10.1 Encik Mohd Shuhaimi Bin Abd Rahman mencadangkan AJK PIBG sesi 2020/2021
dikekalkan.

10.2 Puan Azizah Binti Azman menyokong cadangan tersebut. Encik Mohd Adid Bin
Mat Yusoff mencadangkan cadangan ditutup. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju
sebulat suara mengekalkan AJK PIBG sesi 2021/2022.

10.3 Oleh itu, jawatan YDP PIBG masih kekal dipegang oleh Encik Zohari Bin
Mohamad.

11

10.4 Bagi jawatan Naib YDP, Encik Mohd Nur Izham bin Mohd Said mencadangkan Tn.
Hj. Abdullah bin Ab Hadi sebagai Naib Yang Dipertua PIBG memandangkan NYDP
sebelum ini Encik Mohd Khairul Nizam Bin Alias yang menarik diri daripada
jawatan NYDP.

10.5 Memandangkan tiada bantahan dan pencalonan lain, cadangan beliau disokong
sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

10.6 AJK dalam kalangan guru dilantik oleh Guru Besar seperti berikut:
1. Bendahari : Tn Hj Ahmad Farhan Bin Shaharudin
2. AJK di kalangan guru:
a) Encik Mohd Adid Bin Mat Yusoff
b) Encik Mohd Nur Izham Bin Mohd Said
c) Pun Wan Seri Mawar Binti Arifin
d) Puan Nuruhidayah Binti Mohamad

Keputusan perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

YDP : En. Zohari bin Mohamad
Naib YDP : Tn Hj Abdullah bin Ab Hadi
Setiausaha : Pn. Aina Juliyana binti Mohamed Ramlis
Bendahari : Tn. Hj. Ahmad Farhan bin Shaharudin
AJK : 1) Pn Nurulhidayah Binti Mohamad
: 2) Pn. Shafida Hazlin binti Safee
: 3) Pn. Norhayati binti Che Isa
: 4) Pn. Komathi a/p Sukumaran
: 5) En. Rosli bin Rahmat
: 6) En. Kamarul Hatta bin Kadir
: 7) En. Nor Hamdan bin Sayuti
: 8) En Shahrizal bin Mohd Arof
: 9) En Mohd Adid bin Mat Yusoff
: 10) En. Mohd Nur Izham bin Mohd Said
: 11) Pn Wan Seri Mawar Bint Arifin

Mesyuarat bersetuju mengekalkan perlantikan dua orang Juruaudit :
1. En. Khairul Azhar bin Abdul Wahab
2. Pn Zunariah binti Mat Noor

12

10.7 Majoriti ahli mesyuarat bersetuju bahawa dua daripada tiga orang
penandatangan bagi urusan pengeluaran wang PIBG terdiri daripada Pengerusi
PIBG, Setiausaha PIBG dan Bendahari PIBG.

10.8 Majoriti ahli mesyurat juga bersetuju untuk membuka akaun tambahan di bank
CIMB Berhad dengan tiga orang penandatangan yang terdiri daripada Pengerusi
PIBG, Setiausaha PIBG dan Bendahari PIBG.

Tindakan : Makluman

11.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL

11.1 Encik Rosli Bin Rahmat mengusulkan bahawa supaya mengekalkan Sumbangan
PIBG sebanyak RM50 bagi satu keluarga. Encik Khairil Adzaha Bin Ab Wahab
menyokong usul tersebut. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong
sebulat suara.

11.2 Encik Ron Asreen Bin Bujang mengusulkan bahawa pemilihan AJK PIBG diadakan
setiap 2 tahun sekali. Majoriti ahli mesyuarat menyokong cadangan tersebut.

11.3 Puan Siti Maizura Binti Ishak mengusulkan semua guru dan subjek boleh
melaksanakan kelas pdpr secara atas talian melalui aplikasi Google Meet, Microsoft
Teams dan sebagainya sepanjang pandemik ini.
a) Hal ini supaya sesi PDPR lebih berkesan kepada pelajar. Pelajar lebih faham dan
seronok.

b) Sebahagian subjek masih lagi berjalan melalui arahan ‘whatsapp’ dan video
‘youtube’ yang dikongsi sahaja. Tiada komunikasi dua hala antara pelajar dan guru.

c) Ibu bapa juga kurang kemahiran untuk mengajar anak dengan berkesan. Hampir 2
tahun malaysia melalui Covid19 tetapi kaedah PDPR masih sama ‘whatsapp’ dan
‘youtube’. Saya yakin tiada murid yang akan ketinggalan kerana sesi ini
boleh direkod.

d) Tahniah kepada guru yang menjalankan kelas secara Google Meet. Harap guru tidak
terasa hati dengan usul ini kerana saya juga seorang guru. Segala apa yang kita
usahakan demi menjadikan anak-anak pelajar kita cemerlang.

11.4 Encik Ab Rahim Bin Mohamed mengusulkan perbaiki perlaksanaan PDPR bagi atasi isu
keciciran pelajar yang kurang faham belajar dalam talian.

13

11.5 Puan Nur Farah Ayu Yusoff mengusulkan mencadangkan penambahbaikan PDPR iaitu
sekolah menetapkan senarai pautan link Google Meet(GM) setiap guru/subjek bagi
memudahkan ibubapa mengakses kelas.
a) sekolah memasukkan dalam jadual waktu kelas, samada kelas akan dijalankan
secara Google Meet/GC/’offline’ bagi memudahkan persediaan awal ibubapa.

11.6 Puan Nor Azlina Binti Ghani mengusulkan meneruskan pembelajaran secara PDPR.

11.7 Puan Noraneza Binti Mohd Roslan mengusulkan
a) PDPR setiap guru matapelajaran diusulkan untuk mengadakan pembelajaran
bersemuka dalam talian (GM) paling kurang seminggu sekali bagi setiap
matapelajaran untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
bersemuka dalam talian.

b) Setiap penyertaan kuiz dan koko peringkat sekolah bagi murid tahap 2 diberikan
sijil penyertaan bagi menggalakkan murid untuk menyertai.

 Bagi usul 11.3 hingga 11.7, Guru Besar memaklumkan bahawa sebahagian besar guru telah
melaksanakan ‘Google Meet’ semasa sesi PDPR, walau bagaimanapun sedaya upaya akan
meneruskan usaha PDPR melalui medium ‘online’ dan ‘offline’ seperti yang telah ditetapkan
oleh KPM.

11.8 Puan Komathi a/p Sukumaran mengusulkan pertanyaan mengenai pemarkahan
peperiksaan pertengahan tahun 2021 yang telah diduduki oleh pelajar-pelajar, sebab
sehingga hari ini kami tidak peroleh apa-apa markah melalui ‘group whatsapp’
sekolah ataupun dikemaskini di sistem SAPS.

 Guru Besar memaklumkan bahawa sistem SAPS ‘online’ masih belum dibuka untuk pengisian
markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Markah PPT akan diberikan setelah semua murid
menjawab soalan-soalan PPT kerana masih terdapat murid yang belum menjawab atau
menghantar tugas/form jawapan kepada guru subjek.

11.9 Puan Suzifadli Bin Mansor mengusulkan sekolah menyediakan bumbung untuk ibu
bapa menunggu anak-anak balik sekolah di laluan pejalan kaki luar sekolah.

 Guru Besar memaklumkan bahawa perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG
memandangkan untuk menyediakan bumbung di laluan pejalan kaki luar sekolah memerlukan
belanja yang besar, kita perlu mencari dana dengan mencari sumbangan daripada NGO dan
pemimpin-pemimpin tertentu.

11.10 Encik Mohd Rossedi Bin Yusop mengusulkan sekolah menyediakan Majalah
Tahunan Sekolah

 Guru Besar memaklumkan bahawa untuk menerbitkan majalah sekolah memerlukan kos yang
tinggi. Pihak sekolah bimbang akan membebankan ibu bapa.

14

11.11 Encik Mohamad Sobri Bin Sidek mengusulkan pertanyaan pengambilan vaksin
Adakah perlu untuk semua pelajar sekolah rendah dan bagaimana pula jika kita ibu
bapa menolak pengambilan vaksin tersebut.

 Guru Besar memaklumkan bahawa suntikan vaksin hanya akan diberikan kepada murid yang telah
cukup berumur 12 tahun iaitu yg lahir pada 1 Januari hingg 30 September sahaja. Program Imunisasi
Remaja berusia 12 tahun di daerah Bentong akan dijalankan pada 7 Oktober 2021.

 Bagi Fasa Satu, daripada 113 murid Tahun 6, suntikan akan diberikan kepada 90 orang murid yang
telah berumur 12 tahun iaitu lahir pada 1 Januari hingga 30 September.

 Bagi baki murid yang lahir pada 1 Oktober hingga 31 Disember, pihak sekolah akan menunggu
maklumat selanjutnya daripada pihak PPD dan KKM. Setakat ini pihak sekolah tidak menerima
sebarang maklumat tentang ibu bapa yang menolak pengambilan vaksin.

11.12 Puan Nurulhuda Ismail mengusulkan mencadangkan supaya kantin dibuka seperti
biasa.

 Guru Besar memaklumkan bahawa perkara ini di luar bidang kuasa sekolahkerana berpandukan garis
panduan pembukaan semula sekolah iaitu :
a) memastikan pengusaha kantin menyediakan makanan berbungkus.
enggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan.

b) memastikan murid makan di dalam bilik PDP di bawah seliaan guru
pada waktu rehat.

11.13 Encik Muhamad Kasim Bin Kamal mengusulkan bahawa menyediakan makanan
anak dalam bentuk pek serta penuh nutrisi dan juga seimbang seperti sesetengah
sekolah. Kutipan mingguan bulanan juga boleh dipraktikkan. Tidak untuk semua
tetapi kepada yang setuju sahaja.

 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan makanan untuk murid dalam
bentuk pek bagi memudahkan murid. Makanan yang dibekalkan juga telah mengikut menu yang
dipersetujui oleh pihak sekolah dan pihak kantin dengan tidak mengabaikan aspek makanan yang
berkhasiat dan harga yang berpatutan.

 Bayaran kantin juga dilaksanakan menggunakan kaedah kutipan mingguan dan bulanan mengikut
kemampuan setiap keluarga.

Tindakan : Makluman

15

12.0 PENETAPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2021/2022
12.1 Encik Rosli Bin Rahmat mencadangkan supaya mengekalkan Sumbangan
PIBG sebanyak RM50 bagi satu keluarga. Encik Khairil Adzaha Bin Ab Wahab
menyokong usul tersebut. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong
sebulat suara.
12.1 YDP memaklumkan bahawa ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk
mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 bagi satu keluarga.
Tindakan : Makluman

13.0 HAL-HAL LAIN
13.1 Encik Mohd Adid Bin Mat Yusoff mencadangkan supaya sumbangan PIBG
sebanyak RM50 tahun 2021 ditangguhkan ke tahun hadapan. Jadi sumbangan
PIBG boleh dilakukan pada tahun 2022. Majoriti ahli mesyuarat bersetuju
sebulat suara.
13.2 Guru Besar memberikan penerangan tentang pembukaan sekolah :
a) Pra Sekolah sahaja akan bersekolah untuk fasa 3 pada 11 Oktober 2021.
b) SOP seperti biasa tidak berubah. Ibu bapa perlu mengisi borang kesihatan
murid.
c) Murid lain masih meneruskan pembelajaran dengan kaedah PDPR.
Tindakan : Makluman

14.0 UCAPAN PENANGGUHAN
14.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas perlantikan yang dibuat.
14.2 Semoga pandemik ini cepat reda supaya pergerakan kita tidak terbatas.
14.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.26 pagi.
Tindakan : Makluman

16

17

PENYATA KEWANGAN PIBG

18

CARTA ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SESI 2021/2022

PENAUNG
GURU BESAR
PUAN ZALEHA BINTI OTHMAN

YANG DIPERTUA
ENCIK ZOHARI BIN MOHAMAD

NAIB YANG DIPERTUA
TN HJ ABDULLAH BIN AB HADI

SETIAUSAHA BENDAHARI
PN. AINA JUIYANA BINTI MOHAMED RAMLIS TN. HJ. AHMAD FARHAN BIN SHAHARUDIN

NAIB SETIAUSAHA
PN. NURULHIDAYAH BINTI MOHAMAD

PN. SHAFIDA HAZLIN BINTI SAFEE AJK
PN. NORHAYATI BINTI CHE ISA EN. NOR HAMDAN BIN SAYUTI
PN. KOMATHY A/P SUKUMARAN EN. KAMARUL HATTA BIN KADIR
EN. ROSLI BIN RAHMAT EN. SHAHRIZAL BIN MOHD AROF
EN. MUHAMMAD RON ASREEN EN MOHD ADID BIN MAT YUSOFF
BIN BUJANG EN. MOHD NUR IZHAM BIN MOHD SAID
PN. WAN SERI MAWAR BINTI ARIFIN

Seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang guru dan 9 orang ibu bapa telah di-
lantik menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tuanku Fatimah bagi sesi 2019 / 2020. Pel-
bagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bersama bagi meningkatkan prestasi
murid-murid dan kecemerlangan sekolah.

19

Sepanjang sesi 2021 / 2022, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak tiga kali.
Berikut adalah jadual kehadiran mesyuarat AJK PIBG SKTF;

TARIKH

BIL NAMA JAWATAN MESYUARAT
1 PN. ZALEHA BINTI OTHMAN DIPEGANG
2 Dis 10 FEB 20 MEI
PENASIHAT 2022
2021 2022
/
//

2 EN ZOHARI BIN MOHAMAD PENGERUSI / / /
THS / /
3 TN. HJ. ABDULLAH BIN AB HADI NAIB THS /
PENGERUSI / / /
4 PN. AINA JULIYANA BT MOHAMED / /
RAMLIS SETIAUSAHA / / /
/
5 PN NURULHIDAYAH BINTI MOHAMAD NAIB /
SETIAUSAHA
6 TN. HJ. AHMAD FARHAN BIN
SHAHARUDIN BENDAHARI

7 EN. KAMARUL HATTA BIN KADIR AJK

8 EN. NORHAMDAN BIN SAYUTI AJK / / /

9 PN. SHAFIDA HAZLIN BINTI SAFEE AJK THS THS THS

10 EN. ROSLI BIN RAHMAT AJK / / /

11 PN. KOMATHI A/P SUKUMARAN AJK THS / /

12 EN. MUHAMMAD RON ASREEN BIN AJK / THS THS
BUJANG

13 EN. SHAHRIZAL BIN MOHD AROF AJK / THS /

14 PN. NORHAYATI BINTI CHE ISA AJK / / THS

15 EN. MOHD ADID BIN MAT YUSOFF AJK / THS THS

16 EN. WAN SERI MAWAR BINTI ARIFIN AJK THS THS THS

17 EN. MOHD NUR IZHAM BIN MOHD SAID AJK / / THS

18 EN. KHAIRRIL ADHZAHA BIN AWAHAB PEMERIKSA / / /
KIRA-KIRA

19 PN. ZUNARIAH BINTI MAT NOOR PEMERIKSA THS / /
KIRA-KIRA

/ = HADIR | THS = TIDAK HADIR BERSEBAB | TH = TIDAK HADIR

20

Pada tahun ini, PIBG SKTF terus melibatkan diri secara aktif bersama pihak sekolah
dalam memastikan beberapa aktiviti anjuran sekolah terlaksana dengan baik.

AKTIVITI PIBG 2021/2022

BIL TARIKH/HARI AKTIVITI TINDAKAN

1. 2 Oktober 2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 Semua
Tahun2021 guru dan
2. 2 Disember AJK PIBG
2021 Mesyuarat JK PIBG Kali Pertama
Sesi 2021/2022 AJK PIBG
3. 26 Januari 2022
Program Pemeriksaan Mata dan Ahli PIBG &
4. 10 Februari Sumbangan Cermin Mata CIMB
2022
Mesyuarat JK PIBG Kali Kedua Sesi Foundation
5. 28 April 2022 2021/2022
AJK PIBG
6.. 13 Mei 2022 Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang
Syawal Semua
7. 20 Mei 2022 Guru
Merentas Desa Peringkat Sekolah Semua
8. 27 Mei 2022 guru dan
Mesyuarat JK PIBG Kali Ketiga Sesi AJK PIBG
9. 2 Jun 2022 2021/2022
AJK PIBG
10. 16 Jun 2022 Majlis Sambutan Hari Raya SKTF
Semua
Kem Kepimpinan Kokurikulum 2022 guru dan
AJK PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 Semua
Tahun 2022 guru dan
ahli PIBG
Semua
guru dan
AJK PIBG

Segala aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya. Terima
kasih kepada semua ahli di atas kerjasama, usaha gigih serta dedikasi mereka dalam
melaksanakan semua akitiviti tersebut.

Disediakan oleh,

Aina Juliyana

AINA JULIYANA BINTI MOHAMED RAMLIS
Setiausaha PIBG
SK Tuanku Fatimah

21

CADANGAN / USUL YANG DITERIMA

1. (a) Lengan panjang untuk baju sukan perempuan, bukan tiga suku.
(b) Wujudkan KAFA di sekolah di sebelah petang.
[ Hafizah binti Mohamad Ali ]

2. Besarkan kantin sekolah dan ruang makan untuk murid.

[ Abdullah Umar ]

3. (a) Ada anak 2 orang, boleh atau tidak turnkan anak itu pada satu pintu sahaja agar tid-
ak sesak.

(b) Boleh letak papan tanda jalan satu hala untuk satu masa ambil dan hantar anak.

[ Abdul Rahman bin Mohd Zain]

4. Untuk subjek Pendidikan Seni , bahan disediakan oleh pihak sekolah, jika perlu ibu
bapa boleh menyediakan peruntukan (yuran bahan seni) tahunan. Ini kerana kerap kali, ba-
han seni diketahui perlu beli beli saat akhir dan portion bahan yang dijual dalam kuantiti ban-
yak, sedangkan nak digunakan sedikit sahaja.

[ Khairiana Razali ]

5. Mecadangkan berikut:

(a) Membuat seminar atau memberi penerangan keapda pelajar-pelajar tentang
masaah membuli di sekolah sejak pembukaan sekolah musim ini.

(b) Meminta guru-guru dua hari sebelum meminta anak-anak murid menyediakan ba-
han-bahan untuk ke sekolah seperti bahan Pendidikan Seni untuk memudahkan ibu
bapa mnyediakan kelengkapan yang diminta oleh guru.

( c) Pihak sekolah membuat pemeriksaan serta memberi tahu kepada pelajar-pelajar
menjaga keterampilan ke sekolah dengan memberi tahu etika-etika menjadi pelajar
yang kemas.

[ Mohd Sufpian]

22

6.1 Menyediakan atau memberi kebenaran kepada murid untuk meletakkan bekas/ tong plastik di
kelas khas untuk buku-buku, supaya semua murid-murid tifak membawa beg sekolah yang berat.

[ Asrina Abdul Rahman]
6.2 Penyediaan box bagi buku teks pelajar, untuk mengatasi isu beg sekolah yang berat. Kutiipan
dana boleh dilakukan melaui PIBG.

[Noraina]
6.3 Membeli atau menyediakan kotak yang boleh dikunci di dalam kelas untuk meletakkan buku
tekds pelajar, untuk meringankan bebanan pelajar untuk mebawa beg berat ke sekolah.

[M. Amirul Ashraf bin Azizan]
7. Pihak sekolah menambah baiknsistem pengudaraan di dalam kelas seperti menambah
bilangan kipas atau aircond kerana cuaca yang panas.

[Fatimahton]

8. Menganjurkan program keusahawanan untuk murid-murid . Ini dapat melatih murid-murid
berniaga dengan adanya program/ karnival keusahawanan dengan menyediakan gerai-gerai
jualan kepada murid-murid dan dipantau oleh guru. Karnival ini juga pihak sekolah boleh
membuka gerai-gerai jualan kepada peniahga luar dan duit tapak jualan boleh disumbangkan ke
tabung PIBG.

[Noordiana bt Ab. Rahman]

23

USUL YANG DIBAHASKAN

1. Mengekalkan sumbangan PIBG sebnayak RM50 untuk satu keluarga.
[Khairul Azhar bin Abdul Wahab+

2. Bayaran sumbangan PIBG secara tas talian (online).

* Tn Hj Ahmad Farhan bin Shahrudin+

3. Memohon kedai buku atau koperasi menjual buku tulis yang ‘high quality’ iaitu kertas lebih
keras dan kulit buku yang sedikit tebal.

[Rosnani Mamat]

24

CATATAN

PERBINCANGAN BERKAITAN AGENDA 6;

1. Sumbangan PIBG Sesi 2021/2022 (1 keluarga, 1 Sumbangan) = ____________
 Pecahan sumbangan PIBG;
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________

2. Sumbangan Tahun 6 (Tahun 6 sahaja) = ____________
3. Sumbangan Prasekolah (Prasekolah sahaja) = ____________

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

25

**************
SEKALUNG PENGHARGAAN

DAN
TERIMA KASIH

**************

DARIPADA
AHLI JAWATANKUASA PIBG DAN WARGA SKTF

KHAS KEPADA
DATO’AMIZAR BIN ABU ADAM
PENGERUSI KELAB KHABAR BENTONG

GURU BESAR SKTF
WARGA SEKOLAH
IBU BAPA DAN PENJAGA
SEMUA DERMAWAN

SERTA SEMUA PIHAK YANG SUDI MENYUMBANG TENAGA DAN
MEMBERI KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

26

27


Click to View FlipBook Version