EDISI APRIL
2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya merakamkan sepatah dua
kata dalam ruangan ini.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pihak
jawatankuasa Buletin Sekolah atas kerjasama dan komitmen
yang telah diberikan bagi menerbitkan buletin sekolah ini pada
setiap bulan dengan memuatkan kandungan dan informasi
yang menarik serta bermanfaat. Buletin Sekolah ini merupakan
manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam
menyampaikan segala maklumat dan aktiviti sekolah yang
telah dijalankan pada setiap bulan.
Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar
buletin sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu
bapa, masyarakat dan semua pihak sebagai medium yang
berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu
melangkah bersama-sama bagi mencapai visi SM Teknik
Kuantan sebagai Penjana Transformasi Insan Berteknologi Tinggi.
ENCIK AMALUDDIN BIN CHE MAT
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
SEK. MEN. TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
TEL : 09-5601442
FAX : 09-5662420
Email :
[email protected]
TARIKH PERKARA CATATAN
4 APRIL PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 5
5 APRIL PERSEKOLAHAN BERSEMUKA PELAJAR TINGKATAN 5
6 APRIL BERMULA PELAJAR TINGKATAN 4
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
7 APRIL AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT UNIFORM
7-9 APRIL MAJLIS JALINAN UKHUWAH (MJU) PELAJAR TINGKATAN 4
8 APRIL MESYUARAT BIDANG/ PANITIA SEMUA BIDANG/ PANITIA
9,10,17,25 BENGKEL KBAT/ ITHINK PELAJAR TINGKATAN 5
& APRIL KELAS INTERVENSI BERMULA PELAJAR TINGKATAN 5
12 APRIL
13 APRIL AWAL RAMADAN SEMUA UMAT ISLAM
14 APRIL AKTIVITI KOKURIKULUM SUKAN & PERMAINAN
22 APRIL ANJURAN PSS
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10
28 APRIL MINIT SEMUA PELAJAR
PELANCARAN SUMUR
29 APRIL CUTI NUZUL QURAN CUTI UMUM
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat.
LAWATAN MUHIBAH DAN
PERKONGSIAN IDEA
DARI EN ROSLI BIN SA’BAN
( PENGARAH KV CHENOR ) DAN
EN AZHAR BIN HAMZAH
( PENGARAH KV KUANTAN )
TARIKH : 1 APRIL 2021
LAWATAN OLEH PEGAWAI
PERPUSTAKAAN AWAM
KUANTAN
BAGI MENYAMPAIKAN POSTER
DAN MAKLUMAT BERKAITAN
PROGRAM JOM BACA BERSAMA
UNTUK 10 MINIT
TARIKH : 14 APRIL 2021
LAWATAN PIHAK TIOSA
UNTUK SUMBANGAN TELEVISYEN, DUIT KEPADA PELAJAR MISKIN DAN
PENYERAHAN TILAM KEPADA ASRAMA
TARIKH : 30 APRIL 2021
TARIKH : 4 APRIL 2021 ( AHAD )
SEMUA WARDEN DAN PENYELIA ASRAMA BERTUGAS DALAM MEMASTIKAN
SEMUA PELAJAR ASRAMA DAPAT MENDAFTAR DENGAN BAIK DAN SENTIASA
MEMATUHI PROSEDUR STANDARD OPERASI PENCEGAHAN KAWALAN
PENYAKIT BERJANGKIT COVID-19
Pemakaian baju batik murid telah ditetapkan pada setiap
hari Khamis. Bagi murid perempuan, pemakaian baju batik
hendaklah dipadankan dengan tudung berwarna putih,
manakala bagi pelajar berjawatan khas, murid tersebut
dikehendaki memakai tudung bewarna hitam.
Taklimat SOP Keselamatan Sekolah
Oleh Pegawai Perhubungan Sekolah
kepada semua warga SMT Kuantan
Setelah hampir beberapa bulan mengikuti
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR), tanggal 5 April 2021 pelajar
Tingkatan 5 telah mula hadir ke sekolah
untuk mengikuti Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPC) secara
bersemuka. Walaupun sesi persekolahan
dibuka, hal ini tidak bermakna semua
pihak perlu alpa dengan SOP yang telah
ditetapkan bagi mengekang penularan
wabak Covid-19. Pada hari pertama
persekolahan ini, didapati pelajar yang
tinggal di luar asrama memasuki pintu
pagar sekolah seawal jam 7 pagi,
mamakai pelitup muka dan menjalani
saringan suhu badan. Begitu juga dengan
pelajar yang tinggal di asrama, mereka
turut mengimbas suhu badan sebelum
memasuki kawasan sekolah dan
seterusnya menggunakan pensanitasi
tangan sebagai langkah berjaga-jaga
dalam mengekang penularan wabak yang
telah menjadi pandemik ini. Pada hari itu
juga, 2 orang Pegawai Perhubungan
Sekolah telah hadir ke sekolah bagi
memastikan kelancaran aktiviti pada hari
pertama persekolahan ini.
Dalam pada itu, pihak SPBT turut
memastikan setiap pelajar dapat
memulangkan buku teks tingkatan 4 dan
digantikan dengan buku teks tingkatan 5
yang digunakan oleh mereka pada tahun
ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pelajar tingkatan empat yang berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah
Teknik Kuantan telah mendaftar pada 6 April 2021 iaitu pada hari Khamis. Sesi
pendaftaran pelajar baharu pada hari ini telah diadakan bermula pada pukul
8.30 pagi. Terdapat 4 lokasi pendaftaran iaitu di Bengkel Awam, Bengkel Elektrik,
Bengkel Mekanikal, Studio LK dan Dewan Ibnu Sina. Kehadiran pelajar untuk
pendaftaran kelas bermula pada awal pagi mengikut jurusan masing-masing.
Bagi pelajar yang mendapat tawaran asrama, pendaftaran dijalankan di blok
asrama bersama-sama penyelia dan pihak warden. Sesi pendaftaran berakhir
pada pukul 2 petang. Seramai 234 orang telah berjaya mendaftar pada hari ini.
Terbang helang tatkala senja
Gunung Ledang indah menawan,
Di medan pendidikan bersua kita,
Demi merealisasikan sebuah kejayaan.
Selepas pendaftaran pada hari pertama yang dijalankan pada 6 April bagi
pelajar tingkatan empat, pendaftaran pada hari berikutnya telah berjaya
menempatkan lebih ramai pelajar yang mendapat tawaran ke sekolah ini.
Seramai 183 orang pelajar lelaki dan 95 orang pelajar perempuan berjaya
mendapat tempat mengikut jurusan masing-masing. Hal ini bermakna, jumlah
pelajar tingkatan empat di sekolah ini secara keseluruhannya sehingga 30 April
adalah seramai 283 orang.
Program Minggu Jalinan Ukhuwah
telah dapat dijalankan seperti yang
dijadualkan. Semua guru dan pelajar
tingkatan 5 yang terlibat dengan
program ini telah berjaya
memastikan aktiviti yang dijalankan
mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
AKTIVITI KOKURIKULUM
( UNIT UNIFORM )
RABU ( 9 APRIL 2021 )
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang.
Perjumpaan kali pertama secara bersemuka tetapi dikira
sebagai perjumpaan kali ke-3 selepas 2 kali perjumpaan
secara dalam talian sebelum ini bagi pelajar tingkatan 5.
Pendaftaran unit kokurikulum bagi pelajar tingkatan empat
dijalankan pada hari ini bermula pukul 2.00 petang.
MESYUARAT
BIDANG/ PANITIA
9 April 2021 ( KHAMIS )
Mesyuarat setiap bidang telah dijalankan seperti yang dijadualkan
iaitu pada hari Khamis, 9 April di lokasi masing-masing. Mesyuarat
bidang kali ke-2 tahun 2021 ini bermula pada pukul 3.30 petang.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli bidang masing-masing
bagi membincangkan segala permasalahan yang berlaku dalam
bidang masing-masing dan berusaha mencari solusi terbaik bagi
menyelesaikannya. Sejurus selesai mesyuarat bidang, mesyuarat
panitia pula diteruskan bersama-sama ketua panitia masing-masing.
BIDANG KEMANUSIAAN
BIDANG SAINS & MATEMATIK
MESYUARAT BIDANG/ PANITIA
BIDANG BAHASA
BIDANG TEKNIKAL
BENGKEL KBAT/ ITHINK
BAHASA INGGERIS
PRINSIP AKAUN
LUKISAN
KEJURUTERAAN
KIMIA
SAINS
SEJARAH
MATEMATIK
BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN ISLAM
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
KELAS INTERVENSI
U
N
I
T
K
O
K
U
R
I
K
U
L
U
M
Unit kokurikulum melalui Kelab Sukan dan Permainan dan unit Kelab dan
Persatuan telah menganjurkan 2 aktiviti secara dalam talian kepada
semua pelajar tingkatan 5 sebelum ini. Semua pemenang bagi setiap
pertandingan ini telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuan
Pengetua, Encik Amaluddin bin Che Mat pada 12 April 2021. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua pemenang yang bertuah.
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN
UNIT KOKURIKULUM
Tarikh Penyampaian Hadiah : 12 April 2021
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG KELAB
JOHAN NAJIHA ZAHARI (5KE2) SOFBOL
KEDUA MIMI ANTASHA NAJWA (5PD2) SOFBOL
KETIGA BOLA JARING
KEEMPAT NURUL IZZAH (5PD2) BOLA JARING
KELIMA NIK NUR IRFAH MAISARAH (5KM1) OLAHRAGA
LAILATUL ZAYYANI (5PD1)
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG KELAB
JOHAN MUHAMMAD HAZMI (5KE1) BOLA TAMPAR
KEDUA MUHAMMAD ZUHAILY (5KE3)
KETIGA MUHAMMAD AQIL SYADHAMEER (5KE3) OLAHRAGA
KEEMPAT NASS RIZAIN MAHADHIR (5KE3) OLAHRAGA
KELIMA MUHAMMAD HUSNAZRIN (5KA3) OLAHRAGA
BADMINTON
KEDUDUKAN NAMA PEMENANG KELAB/ PERSATUAN
JOHAN NUR ADLINA ARFIAN (5PD2) RADIO AMATUR
KEDUA BAHASA MELAYU
KETIGA HANA HUMAIRA (5KA1) PENGGUNA
KEEMPAT NYLEA QAYYUMI SYAFIQAH (5KA3) BAHASA MELAYU
KELIMA FOTOGRAFI
ALYSYA QYSTINA (5KA1)
MUHAMMAD RADHI ISHAQ (5KM3)
PEMENANG PERTANDINGAN
MEMBUAT VIDEO PENGULAS SUKAN
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
Tarikh Penyampaian Hadiah : 12 April 2021
PEMENANG PERTANDINGAN
MEMBUAT BUKU SKRAP
KELAB DAN PERSATUAN
Tarikh Penyampaian Hadiah : 12 April 2021
AWAL RAMADAN
13 APRIL 2021 BERSAMAAN DENGAN
1 RAMADAN 1442 HIJRAH
Perjumpaan pada hari ini dikira BIL KELAB SUKAN &
sebagai perjumpaan kali ke-7 PERMAINAN
selepas 6 kali perjumpaan unit
kelab sukan dan permainan 1. OLAHRAGA
sebelum ini telah dijalankan 2. BOLING TENPIN
secara dalam talian. Antara 3. BOLA JARING
aktiviti yang telah dijalankan 4. BOLA TAMPAR
sebelum ini iaitu : 5. SOFBOL
1. Kuiz kelab sukan & 6. SEPAK TAKRAW
7. BADMINTON
permainan 8 CATUR
2. Taklimat aktiviti online 9. RAGBI
kokurikulum
3. Taklimat online
pertandingan video
pengulas sukan
4. Aktiviti kendiri video
pengulas sukan
5. Penyerahan video pengulas
sukan
6. Pembentangan/
pentaksiran video pengulas
sukan
7. Pelantikan AJK dan
melengkapkan data kak
kokurikulum dan mengemas
kini papan kenyataan kelab
sukan/ permainan.
PERJUMPAAN UNIT UNIFORM
Aktiviti yang dijalankan bermula pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang di
lokasi masing-masing bersama-sama guru penasihat. Perjumpaan kali
ke-7 ini dikira untuk pelajar tingkatan lima manakala bagi pelajar
tingkatan empat, aktiviti pada hari ini merupakan perjumpaan kali
pertama mereka di sekolah ini.
19 APRIL 2021
PENYAMPAIAN HADIAH UNIT
KOKURIKULUM
PEMENANG MCO VIRTUAL RUN
Penyertaan dalam MCO Virtual Run Challenge 2020:
1. MOHD ARIF DANIEL BIN ISMAIL - 5KE1
2. MUHAMMAD IKHMAL BIN MUHAMMADAN - 5KA3
3. MUHAMMAD SHAHFAIZ BIN MOHD SA'ARIZAN - 5KE1
19 APRIL 2021
PENYAMPAIAN HADIAH UNIT
KOKURIKULUM
1. Muhammad Azim Syahmi bin Abdul Rahim
Johan
Pertandingan Online Bermain Alat Muzik Kategori Bass
Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang 2020
2. Nanie Amiera bt Mohd Azmi
Sijil Penyertaan dan Penghargaan Saguhati
Pertandingan Video Digital STEM
STEM Online Challenge 2020
Peringkat Negeri Pahang
3. Lailatul Zayyani bt Awaludin
Sijil Penyertaan
Pertandingan Online Nyanyian Solo Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Pahang 2020
Program ini dikendalikan oleh Pusat Sumber Darul Hikmah
yang diketuai oleh Puan Surayni (Penyelaras PSS) dan guru-
guru PSS serta dibantu oleh pengawas PSS. Program ini
adalah untuk memastikan semua warga SMT Kuantan
dapat menyertai program ini dengan jayanya.
Taklimat Kerjaya dan “English is Easy” bersama
UNIKL melalui aplikasi google meet di Makmal TMK
pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang.
Penglibatan : Semua ahli Kelab Kaunseling dan
Kerjaya.
EN. WAHIDAN BIN HAJI WAHAB
Ketua Panitia
Pengajian Kejuruteraan Awam
Dalam meningkatkan akses ke arah pendidikan berkualiti, slot pengajaran yang
dikendalikan oleh pendidik berpengalaman dalam bidang kepakaran masing-
masing telah diwujudkan. Program yang dimaksudkan tersebut ialah Road To
Success SPM 2021, melalui saluran Didik TV. Bagi subjek Kejuruteraan Awam,
seorang guru dari sekolah ini telah terpilih untuk berkongsi ilmu iaitu Encik
Wahidan bin Haji Wahab. Rakaman bagi program tersebut telah diadakan pada 13
April 2021 (Selasa) di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor dan telah bersiaran di
kaca televisyen pada hari Ahad, 25 April 2021. Tiga orang pelajar yang terlibat
membuat rakaman video tentang kelebihan mempelajari subjek PKA ini iaitu :
1. Shabiel Nafiz bin Shamshul Bahari (5KA3)
2. Nanie Amiera bt Mohd Azmi (5KA3) dan
3. Siti Wirdani bt. Wahidan (5KA3).
Empat orang pelajar juga turut terlibat dengan menggunakan aplikasi Google Meet
sewaktu rakaman iaitu :
1. Mohamad Husnazrin bin Adnan (5KA3)
2. Nur Aleeya ‘Izzati bt Mohd Shuaimi (5KA3)
3. Ahmad Basyiruddin bin Mohd Hafizulrahman (5KA2) dan
4. Khairunnisa binti Khairudin (5KA2).
Semasa rakaman, Cikgu Wahidan memberikan penerangan tentang format baharu
subjek PKA bagi Peperiksaan SPM 2021 dan mengajar tajuk 1 tingkatan 4 iaitu
Pengenalan kepada Kejuruteraan Awam serta contoh soalan SPM.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Wahidan dan pelajar yang terlibat.
PN.HARTINI BT MOHD.
REJAB
Ketua Panitia
Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal
Kementerian Pendidikan Malaysia menambah baik pendekatan kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) termasuk program TV
Pendidikan khusus iaitu Didik TV melalui program Road To Success SPM
2021. Slot tersebut telah mengetengahkan bakat beberapa orang guru
dari sekolah ini untuk muncul di kaca televisyen. Antara guru yang
pernah telibat dalam siaran ini ialah Cikgu Surimaruzi (PKEE) dan Cikgu
Wahidan (PKA). Kini, tibalah giliran guru mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal untuk menonjolkan bakat serta keterampilan di
hadapan lensa kamera. Guru yang dimaksudkan tersebut ialah Puan
Hartini binti Mohd Rejab. Rakaman siaran ini telah dijalankan pada 17
April, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Slot ini disiarkan untuk tayangan umum pada 29 April 2021, jam 5
petang. Empat orang pelajar sekolah ini yang terlibat dengan aplikasi
Google Meet sewaktu rakaman iaitu :
1. Mohamad Akhbar Daniel bin Shamsudin (5KM2)
2. Rahmaah Hayati binti Rozali (5KM2)
3. Harith Deen bin Abdullah Deen (5KM2) dan
4. Zaim Irsyadi bin Ghazali (5KM3)
Tiga orang pelajar yang terlibat dengan rakaman video iaitu :
1. Wan Nur Marsya Adriana binti Wan Shukri (5KM2)
2. Nurul Amerah bt Mahazan (5KM2)
3. Danish Muazzim bin Ahmad Bazli (5KM)
Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Hartini dan pelajar yang
terlibat.
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)
Pelancaran PROGRAM
SAHSIAH UNGGUL MURID
(SUMUR)
PERINGKAT SM TEKNIK KUANTAN
G TARIKH : 28 APRIL 2021
A
M
B
A
R
A
K
T
I
V
I
T
I
SMT Kuantan merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih dalam projek rintis
program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). Program yang dikendalikan oleh pihak
jawatankuasa SUMUR telah berjaya melancarkan program ini kepada semua murid
tingkatan empat bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi di lokasi yang telah
ditetapkan di kawasan sekolah bersama-sama guru masing-masing. Semoga
program ini dapat membentuk keperibadian pelajar ke arah yang lebih baik.
EN. AMZAR ZAFRI BIN ALIMI
Guru Ganti Subjek Kimia & Sains
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada En. Amzar Zafri kerana telah berkhidmat beberapa
bulan di sekolah ini bermula bulan Julai hingga September 2020
dan bulan Januari hingga April 2021sebagai guru ganti bagi
subjek Kimia dan Sains.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains)
Kesihatan dan Keselamatan dan Ijazah Sarjana (Kejuruteraan)
Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran.
Tanggal 28 April 2021 merupakan tarikh terakhir beliau
berkhidmat di sekolah ini sebagai guru ganti kerana beliau telah
mendapat tawaran sebagai pensyarah bidang Kesihatan &
Keselamatan Pekerjaan (OSH) di Kolej SMART, Cheras, Selangor.
Kami, warga Sekolah Menengah Teknik Kuantan
mengucapkan selamat maju jaya buat Encik Amzar Zafri.
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai Siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN 5
SEKIAN,
TERIMA
KASIH.
Disediakan oleh : Puan Fauziani binti Ismail