PERJUMPAAN6 AKTIVITI 6 TAKNAK MEROKOK! 25 OGOS UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT AKTIVITI: MEWARNA POSTER ANTI ROKOK DAN VAPE OBJEKTIF: Meningkatkan kesadaran tentang bahaya merokok. 1. 2.Meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
PERJUMPAAN7 AKTIVITI 7 SAYA DAN KERJAYA 22 SEPTEMBER AKTIVITI: Murid berkongsi pengetahuan mereka berkenaan dengan pekerjaan yang mereka tahu seperti: 1. - Tempat bekerja - Pakaian ketika bekerja - Tugas kerjaya tersebut UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT OBJEKTIF: Meningkatkan kefahaman murid terhadap cita-cita dan pekerjaan. 1. Membina keyakinan diri murid untuk bercakap di hadapan kelas. 2.
PERJUMPAAN8 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) AKTIVITI 8 27 OKTOBER UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT OBJEKTIF: Mewujudkan amalan sayang-menyayangi dan menghargai murid. 1. 2.Mengingati dan meraikan hari lahir murid. AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID
PERJUMPAAN9 AKTIVITI 9 SENAMROBIK 24 NOVEMBER AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMA MENTOR UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT OBJEKTIF: Mengurangi stres dan meningkatkan kesehatan mental. 1. 2.Meningkatkan koordinasi dan keseimbangan
JOM HENTI BULI! PERJUMPAAN10 AKTIVITI 10 AKTIVITI: Guru menjelaskan tentang kempen henti buli. 1. Menerangkan tentang kesan buli terhadap mangsa dan pelaku. 2. UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT OBJEKTIF: Meningkatkan Kesedaran Mengenai Kesan Buli 1. Membentuk Persekitaran yang Aman dan Harmoni 2. 15 DISEMBER 2025
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT TAHUN4 2025 MODUL MENTORMENTEE MODUL MENTORMENTEE
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT AKTIVITI TAHUN4 AKTIVITI TAHUN4 PERJUMPAAN TARIKH BIDANG AKTIVITI 1 24 MAC 2025 PPS 3S (SENYUM, SALAM, SAPA) 2 28 APRIL 2025 PPS SENTUHAN OKDAN TAK OK 3 26 MEI 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 4 23 JUN 2025 PKM SENAMROBIK 5 28 JULAI 2025 PD POSKAD CINTAI MALAYSIA 6 25 OGOS 2025 PD DADAH BERBAHAYA 7 22 SEPT 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 8 27 OKT 2025 PK KUIZ KERJAYA 9 24 NOV 2025 PKM SENAMROBIK 10 15 DIS 2025 PD JOM HENTI BULI PPS : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH MURID PD : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PK : PENDIDIKAN KERJAYA MURID PKM : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI MURID
PERJUMPAAN1 AKTIVITI 1 AMALAN 3S (SENYUM, SALAM, SAPA) 24 MAC AKTIVITI: Mentor menjelaskan tentang apa itu Program Mentor Mentee dan tujuan pelaksanaan. 1. 2.Mentee diminta menyatakan apakah maksud akronim bagi 3S 3.Mentor bersoal jawab dengan murid tentang amalan 3S Mentor membuat aktiviti Permainan “Senyum, Salam, Sapa” bersama Mentee 4. Mentee berpasangan dan menjalankan simulasi memberi salam dan menyapa rakan dengan betul 5. KEPENTINGAN AMALAN 3S: 1.Mewujudkan Persekitaran Harmoni (Amalan ini membantu membentuk masyarakat yang lebih mesra dan positif.) 2.Menghormati Orang Lain (Salam dan sapa menunjukkan adab serta nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan rakan sebaya). 3.Menjalin Hubungan Baik (Mudah mendapatkan kawan dan menjadikan komunikasi lebih lancar.) 4.Memberikan Tenaga Positif (Senyuman dapat menceriakan hari seseorang dan menjadikan diri kita lebih gembira.)
PERJUMPAAN2 AKTIVITI 2 SENTUHAN OK DAN TIDAK OK 28 APRIL Hasil Pembelajaran: 1.Murid dapat memahami apa itu salah laku seksual dan bentuk-bentuknya. 2.Murid dapat mengenal pasti situasi yang tidak selamat dan mengambil langkah berjaga-jaga. 3.Murid dapat mengetahui hak mereka terhadap keselamatan diri dan cara melaporkan kejadian yang mencurigakan. Definisi Salah Laku Seksual Salah laku seksual merangkumi perbuatan seperti: Sentuhan tidak sesuai pada bahagian tubuh. Kata-kata berunsur seksual yang tidakwajar. Meminta atau memaksa seseorang menunjukkan bahagian tubuhnya. Contoh: -Seorang dewasa meminta kanak-kanak merahsiakan perbuatan mereka. -Pelajar diganggu dengan kata-kata yang tidak sopan oleh rakan sekelas. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk: -Berasa selamat dirumah, sekolah, dan komuniti. -Menolak sentuhan yang tidak diingini. -Melaporkan perbuatan yang mencurigakan kepada orang dewasa yang dipercayai. CaraMelindungi Diri: -Kenal pasti"bahagian peribadi" badan yang tidak boleh disentuh orang lain. -Katakan "tidak" dengan tegas jika berasa tidak selesa. -Beritahu orang dewasa yang dipercayaitentang apa yang berlaku.
PERJUMPAAN2 AKTIVITI 2 SENTUHAN OK DAN TIDAK OK 28 APRIL Aktiviti: 1.Mentor menerangkan maksud salah laku seksual 2.Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang sentuhan yang ok dan tidak ok 3.Mentee menyenaraikan cara melindungi diri daripada gangguan seksual 4.Mentee melukis 5 jari atas kertas A4 sebagai simbol Katakan Tidak Pada Sentuhan Tidak OK (lihat contoh) 5.Mentor membuat ulasan tajuk
PERJUMPAAN3 AKTIVITI 3 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 26 MEI AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN4 AKTIVITI 4 SENAMROBIK 23 JUN AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN5 TAJUK: POSKAD CINTAIMALAYSIA 1.Mentor menunjukkan/melukis contoh poskad kepada murid. 2.Mentee menyenaraikan tempat menarik diMalaysia 3.Mentee diminta menghasilkan poskad bertemakan CintaiMalaysia dengan memilih 1 negeri di Malaysia untuk dilawati 4.Mentee menceritakan tempat menarik untuk dilawati kepada penerima poskad 5.Mentor membuatrumusan tajuk AKTIVITI 5 CINTAI MALAYSIA 28 JULAI
PERJUMPAAN6 Definisi Dadah Dadah ialah bahan yang boleh mengubah cara tubuh badan dan minda seseorang berfungsi. Ada dadah yang digunakan untuk tujuan perubatan,tetapi ada juga yang disalahgunakan sehingga menyebabkan ketagihan dan kemudaratan. Contoh Dadah Berbahaya Ganja –Menyebabkan hilang tumpuan dan mengganggu sistem saraf. Syabu –Menyebabkan ketagihan, halusinasi, dan kerosakan otak. Heroin – Dadah yang sangat berbahaya dan boleh membawa mautjika berlebihan. Pil Ecstasy –Mengganggu fungsi otak dan menyebabkan ketagihan. Aktiviti : 1.Mentor menunjukkan gambar dadah (ecstacy, ganja, heroin dan syabu) kepada mentee 2.Mentee menyatakan jenis-jenis dadah berdasarkan gambar 3.Mentor menerangkan definisi dadah dan menulis contoh-contoh dadah berbahaya kepada murid di papan putih 4.Mentee menyalin nota yang diberi 5.Mentor memberikan soalan kuiz kepada murid. 6.Mentor membuatrumusan tajuk Kuiz 1.Apakah yang dimaksudkan dengan dadah? 2.Berikan dua contoh dadah berbahaya. 3.Adakah semua jenis dadah berbahaya?Mengapa? DADAH BERBAHAYA 25 OGOS UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT
PERJUMPAAN7 AKTIVITI 7 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 22 SEPTEMBER AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN8 Mentee dapat mengenali jenis-jenis pekerjaan 1. Mentee mengetahui fungsi tugas setiap kerjaya 2. 27 OKTOBER 1 AKTIVITI Mentor meminta mentee menyenaraikan pekerjaan 1. Mentor memberikan soalan kuiz berkaitan kerjaya 2. Mentor membuat rumusan aktiviti 3. CONTOH SOALAN CONTOH SOALAN CONTOH SOALAN CONTOH SOALAN 2 3 4 5 6 KUIZ KERJAYA Apakah tugas utama seorang doktor? A)Mengajar murid di sekolah B)Merawat pesakit di hospital C)Membina bangunan D)Menjual barang di kedai Apakah alat yang biasa digunakan oleh seorang jurutera? A) Stetoskop B) Pemutar skru C) Kuali D) Buku cerita Apakah yang dilakukan oleh seorang petani? A)Menanam tanaman dan menternak haiwan B)Menjual pakaian di pasar C)Membaiki kereta D)Mengajar muzik Apakah pakaian seragam yang dipakai oleh seorang anggota bomba? A) Baju putih dan seluar hitam B) Baju biru dan topi keledar C) Baju merah dengan jaket keselamatan D) Baju hijau dan seluar coklat OBJEKTIF
PERJUMPAAN9 AKTIVITI 9 SENAMROBIK 24 NOVEMBER AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN10 JOM HENTI BULI AKTIVITI 10 15 DISEMBER Hasil Pembelajaran: 1.Mentee dapat memahami apa itu buli, jenis-jenis buli, dan kesannya kepada individu serta masyarakat. 2.Mentee dapat mengenal pasti cara mencegah dan menangani situasi buli. 3.Mentee dapat mempraktikkan nilai-nilai positif seperti empati, hormat, dan keberanian. Definisi : Buli merujuk kepada tindakan yang dilakukan berulang kali untuk menyakitkan individu lain secara fizikal, emosi, atau mental. Jenis-jenis buli: Buli Fizikal:Memukul, menendang, atau menggunakan kekerasan terhadap orang lain. Buli Verbal:Menghina, mengejek, atau menggunakan kata-kata kasar. Buli Emosi:Mengasingkan seseorang daripada kumpulan atau menyebarkan khabar angin. Buli Siber:Menggunakan teknologi untuk menakut-nakutkan, memalukan, atau menghina orang lain. Contoh: Seorang murid sering dikejek kerana penampilannya (buli verbal). Seorang murid ditolak semasa bermain ditaman permainan (bulifizikal).
PERJUMPAAN10 Aktiviti: 1.Mentor menunjukkan gambar/video tentang buli 2.Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang gambar/video buli 3.Mentee menerangkan maksud buli 4.Mentor menulis jenis-jenis buli di papan putih 5.Mentee menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh guru AKTIVITI 10 JOM HENTI BULI 28 JULAI Kuiz: -Apakah maksud buli? -Nyatakan dua jenis buli. -Berikan satu contoh buli verbal.
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT TAHUN5/2025 MODUL MENTORMENTEE MODUL MENTORMENTEE Masa : 7.30-8.00 pagi (30 Minit)
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT AKTIVITI TAHUN5 AKTIVITI TAHUN5 PERJUMPAAN TARIKH BIDANG AKTIVITI 1 24 MAC 2025 PPS ASAS KOMUNIKASI BERKESAN: TELEFON ROSAK 2 28 APRIL 2025 PKM DIRIKU BEGITU BERHARGA 3 26 MEI 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 4 23 JUN 2025 PKM SENAMROBIK 5 28 JULAI 2025 PK TEKA KERJAYA 6 25 OGOS 2024 PD DADAH BERBAHAYA 7 22 SEPT 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 8 27 OKT 2025 PK RIASEC 9 24 NOV 2025 PKM SENAMROBIK 10 15 DIS 2025 PD JOM HENTI BULI PPS : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH MURID PD : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PK : PENDIDIKAN KERJAYA MURID PKM : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI MURID
PERJUMPAAN1 AKTIVITI 1 ASAS KOMUNIKASI BERKESAN: TELEFON ROSAK 24 MAC 2025 Objektif: 1.Mentee memahami konsep asas komunikasi yang baik. 2.Mentee mengenal pasti elemen penting dalam perbualan yang berkesan. Aktiviti: 1.Mentor menerangkan tujuan Program MentorMentee dijalankan 2.Mentor menjalankan aktiviti Permainan "Telefon Rosak" (1 kumpulan 10 orang) 3.Mentee pertama setiap kumpulan menerima mesej berikut” Emak suruh Abu pergi kedai beli gula, bawang,roti dan sardin tapi Abu lupa beli bawang dan roti. –Mentee menyampaikan mesej secara berbisik dari seorang ke seorang dan melihat perubahan mesej akibat komunikasi yang kurang jelas. 3. Latihan Komunikasi –Mentee terakhir akan menyampaikan mesej yang diterima di hadapan kelas 4.DiskusiMentor-Mentee –Mentor membimbing mentee dalam menyampaikan mesej yang berkesan Unsur-Asas Komunikasi yang Berkesan Penghantar: Orang yang menyampaikan mesej. Mesej:Maklumat atau idea yang disampaikan. Saluran: Cara mesej disampaikan (contoh: bercakap, isyarat, atau tulisan). Penerima: Orang yang menerima mesej. Maklum Balas: Respon daripada penerima yang menunjukkan mesej difahami. Tips untuk komunikasi berkesan: -Gunakan bahasa yang mudah difahami. -Gunakan nada suara yang sesuai. -Kekalkan hubungan mata. -Dengar dengan teliti dan beri maklum balas.
PERJUMPAAN2 AKTIVITI 2 DIRIKU BEGITU BERHARGA 28 APRIL 2025 Hasil Pembelajaran: 1.Mentee dapat memahami apa itu salah laku seksual dan bentuk-bentuknya. 2.Mentee dapat mengenal pasti situasi yang tidak selamat dan mengambil langkah berjaga-jaga. 3.Mentee dapat mengetahui hak mereka terhadap keselamatan diri dan cara melaporkan kejadian yang mencurigakan. Langkah yang boleh diambil jika berhadapan situasi mencurigakan: Segera berlari ke tempat yang selamat. Berteriak untuk menarik perhatian orang lain. Melaporkan kepada guru, ibu bapa, atau polis. Contoh Situasi: Jika seseorang yang tidak dikenali meminta anda masuk ke dalam keretanya. Tindakan: Tolak, lari ke tempatramai, dan beritahu orang dewasa. Aktiviti: 1.Murid diminta menulis satu slogan pendek dan berkesan yang mempromosikan keselamatan diri dan pencegahan salah laku seksual. 2.Slogan tersebut boleh digabungkan dengan lukisan untuk dijadikan poster. Contoh Slogan: "Hak Saya, Keselamatan Saya!" "Katakan 'Tidak' pada Sentuhan yang Tidak Selamat!" "Jangan Takut, Laporkan!" “’Diriku Begitu Berharga” Tujuan: Menggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menyampaikan mesej penting kepada rakan-rakan dan komuniti.
PERJUMPAAN3 AKTIVITI 3 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 26 MEI 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN4 AKTIVITI 4 SENAMROBIK 23 JUN 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN5 AKTIVITI 5 TEKA KERJAYA 28 JULAI 2025 Aktiviti: 1.Bahagikan mentee ke dalam kumpulan kecil (6 0rang) 2.Setiap kumpulan memilih satu kerjaya dan memberikan petunjuk dalam bentuk mimik, pergerakan, atau isyarat(tanpa bercakap). 3.Rakan sekelas perlu meneka kerjaya yang dimaksudkan. 4.Mentor membuat ulasan tajuk dan aktiviti Objektif: 1.Memberi pendedahan kepada mentee tentang pelbagai jenis kerjaya. 2.Membantu mentee mengenal pasti minat dan bakat mereka. 3.Mengajar mentee kemahiran asas seperti komunikasi, penyelesaian masalah, dan perancangan. 4.Membimbing mentee merancang laluan kerjaya yang sesuai dengan matlamat mereka. 5.Memupuk keyakinan diri dan kesedaran tentang kepentingan kerjaya dalam masyarakat. Tujuan: Menggalakkan kemahiran komunikasi dan kerja berkumpulan. Hasil Pembelajaran: Mentee belajar bekerjasama dan memahami ciri-ciri khas kerjaya tertentu.
PERJUMPAAN5 AKTIVITI 5 TEKA KERJAYA 28 JULAI 2025 ktiviti 5:“Permainan Teka Kerjaya” Masa Diperuntukkan: 30 minit Objektif: Membantu pelajar mengenal pekerjaan melalui elemen permainan. Melatih mereka memberikan petunjuk dengan cara kreatif. Langkah-langkah: Pengenalan (5 minit): Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan. Permainan Teka (20 minit): Setiap kumpulan bergilir-gilir menghantar seorangwakil untuk mengambil kad kerjaya yang telah disediakan oleh guru. Wakiltersebut perlu: Memberi petunjuk tentang kerjaya itu kepada kumpulannya tanpa menyebut nama kerjaya tersebut. Contoh: Jika kerjaya ialah "Chef", mereka boleh berkata,“Saya memasak di dapur.” Kumpulan yang meneka dengan betul mendapat mata. Penutup (5 minit):Guru bertanya: “Pekerjaan mana yang paling menarik?” “Apakah pekerjaan baru yang kamu pelajari?” KenapaMenarik? Elemen kompetitif membuatkan pelajarlebih bersemangat. Aktiviti ini membantu pelajar belajar melalui permainan.
PERJUMPAAN6 DADAH: MITOS ATAU FAKTA 25 OGOS 2025 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT Kuiz Interaktif"Mitos atau Fakta?" Tujuan:Menyedarkan mentee tentang fakta sebenar berkaitan dadah. Arahan: 1.Mentor menyediakan kenyataan berkaitan dadah, seperti: "Dadah boleh membantu anda menjadi lebih kuat"(Mitos). "Ketagihan dadah boleh berlaku selepas sekali penggunaan"(Fakta). 2.Mentee perlu menjawab "Mitos" atau "Fakta" berdasarkan kenyataan yang dibacakan. 3.Mentor memberikan penjelasan ringkas selepas setiap jawapan. Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat membezakan fakta sebenar daripada salah tanggapan tentang dadah.
1."Dadah hanya akan memberi kesan buruk jika diambil dalam jumlah yang banyak." Jawapan:Mitos Penjelasan:Walaupun dalam jumlah kecil, dadah boleh menyebabkan ketagihan dan merosakkan tubuh badan. 2."Merokok ganja sekali-sekala tidak berbahaya." Jawapan:Mitos Penjelasan: Ganja boleh menjejaskan otak, menyebabkan kecelaruan emosi, dan menjadi pintu kepada penggunaan dadah yang lebih berbahaya. 3."Ketagihan dadah boleh berlaku selepas penggunaan kali pertama." Jawapan: Fakta Penjelasan: Banyak dadah, seperti heroin atau syabu, boleh menyebabkan ketagihanwalaupun hanya digunakan sekali. 4."Menghidu gam bukanlah dadah." Jawapan:Mitos Penjelasan:Menghidu gam adalah satu bentuk penyalahgunaan bahan yang memberi kesan seperti dadah dan sangat berbahaya kepada otak. 5."Dadah hanya diambil oleh orang dewasa." Jawapan:Mitos Penjelasan: Ramairemaja dan pelajar sekolah juga terdedah kepada bahaya dadah akibat pengaruh rakan sebaya. 6."Dadah boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya." Jawapan:Mitos Penjelasan: Dadah hanya memberi ilusi sementara dan akhirnya membawa lebih banyak masalah, seperti ketagihan, kesihatan yang merosot, dan masalah undang-undang. 7."Vape adalah alternatif yang selamat kepada rokok." Jawapan:Mitos Penjelasan: Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerosakan paruparu dan ketagihan. 8."Dadah boleh membahayakan perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan." Jawapan: Fakta Penjelasan: Ketagihan dadah sering membawa kepada masalah sosial seperti kehilangan kepercayaan, pertengkaran, dan pengasingan diri. DADAH: MITOS ATAU FAKTA 25 OGOS 2025 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT
PERJUMPAAN7 AKTIVITI 7 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 22 SEPTEMBER 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN8 AKTIVITI 7 27 OKTOBER 2025 Aktiviti RIASEC (Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional) untuk murid Tahun 5 boleh direka dengan cara kreatif supaya mentee dapat meneroka kecenderungan kerjaya mereka sambil berseronok. RIASEK : KERJAYA DALAM LAKONAN “KERJAYA DALAMLAKONAN” Objektif: 1.Membantu mentee memahamitugas kerjaya dengan cara yang menyeronokkan. 2.Melatih komunikasi lisan dan bukan lisan. Langkah-langkah: 1.Mentor menyediakan kadwatak berdasarkan pekerjaan dalam setiap kategori RIASEC. Contoh: Realistic: Tukang masak yang sedang memasak untuk ramai pelanggan. Investigative: Doktor yang sedang membuat diagnosis penyakit. Artistic: Seorang pelukis yang menerangkan maksud lukisan mereka. Social: Guru yang sedang mengajar kanak-kanak Prasekolah. Enterprising: Content Creator yang membuatjualan secaralive di Tik Tok Conventional: Pustakawan yang menyusun buku dengan teratur. 2. Setiap kumpulan memilih satu kad dan ahli melakonkan situasitersebut. 3.Mentee lain meneka pekerjaan yang dilakonkan dan kategori RIASEC yang berkaitan. 4.Mentor membuatrumusan aktiviti
PERJUMPAAN9 AKTIVITI 9 SENAMROBIK 24 NOVEMBER 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN10 AKTIVITI 10 JOM HENTI BULI 15 DISEMBER 2025 Hasil Pembelajaran: 1.Murid dapat memahami apa tanda-tanda dan kesan buli kepada individu serta masyarakat. 2.Murid dapat mengenal pasti cara mencegah dan menangani situasi buli. 3.Murid dapat mempraktikkan nilai-nilai positif seperti empati, hormat, dan keberanian. Tanda-Tanda Buli: Mangsa sering kelihatan takut, murung, atau mengelak pergi ke sekolah. Barang peribadi mereka sering rosak atau hilang. Terdapatlebam atau luka yang sukar dijelaskan. Kesan Buli: KepadaMangsa:Masalah emosi, kehilangan keyakinan diri, atau prestasi akademik yang menurun. Kepada Pembuli:Membentuk tabiat buruk yang boleh berlanjutan hingga dewasa. Kepada Komuniti:Membina suasana yang tidak harmoni. Aktiviti: 1.Guru menunjukkan poster buli kepada murid 2.Murid memberikan tanda-tanda seseorang pembuli dan mangsa buli 3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesan buli kepada mangsa 4.Murid diminta menunjukkan simbol dan tagline henti buli dengan membuat simulasi di hadapan kelas secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing 5.Guru membuatrumusan aktiviti
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT TAHUN6/2025 MODUL MENTORMENTEE MODUL MENTORMENTEE Masa : 7.30-8.00 pagi (30 minit)
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT AKTIVITI TAHUN6 AKTIVITI TAHUN6 PERJUMPAAN TARIKH BIDANG AKTIVITI 1 24 MAC 2025 PPS ASAS KOMUNIKASI BERKESAN 2 28 APRIL 2025 PKM POSTER HENTIKAN SALAH LAKU SEKSUAL 3 26 MEI 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 4 23 JUN 2025 PKM SENAMROBIK 5 28 JULAI 2025 PD RODA MASA KEEMASAN 6 25 OGOS 2025 PK RIASEK: RODA IMPIAN KERJAYA 7 22 SEPT 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 8 27 OKT 2025 PD KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN VAPE 9 24 NOV 2025 PKM SENAMROBIK 10 15 DIS 2025 PD JOM CEGAH BULI PPS : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH MURID PD : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PK : PENDIDIKAN KERJAYA MURID PKM : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI MURID
PERJUMPAAN1 AKTIVITI 1 ASAS KOMUNIKASI BERKESAN 24 MAC 2025 AKTIVITI: RANTAIAN KOMUNIKASI Langkah-langkah: 1.Mentee duduk ditempat masing-masing. 2.Mentee bertanya satu soalan keoada mentee di sebelah contoh:“Apa makanan kegemaran kamu?” “Siapa nama guruMatematik?” “Bulan apa selepas bulan Rejab?” 3.Mentee seterusnya perlu menjawab soalan tersebut dan bertanya satu soalan baharu. 4.Aktiviti diteruskan sehingga semua mentee mengambil bahagian. 5.Mentor membuatrumusan tajuk Objektif: 1.Melatih mentee bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. 2.Membina kemahiran mendengar dan bertindak balas dengan pantas. Pengenalan : Komunikasi ialah kemahiran asas yang penting untuk dikuasai oleh mentee dalam kehidupan harian mereka. Aktiviti berkumpulan dapat memberi peluang kepada mentee untuk bekerjasama, mengaplikasikan kemahiran komunikasi, dan meningkatkan keyakinan diri mereka.Melalui pendekatan ini, mentee bukan sahaja dapat memahamiteori asas komunikasitetapi juga mempraktikkannya dalam situasi sebenar.
PERJUMPAAN2 AKTIVITI 2 POSTER HENTIKAN SALAH LAKU SEKSUAL 28 APRIL 2025 Aktiviti: 1.Murid diberikan sehelai kertas A4 putih 2.Murid melukis poster berdasarkan panduan berikut: Tajuk Utama (pilih salah 1): "Hentikan Salah Laku Seksual!" "Keselamatan Saya, Hak Saya!" "Katakan Tidak kepada Salah Laku Seksual!" “Diriku Begitu Berharga” Gambar atau Ilustrasi: -Ilustrasi kanak-kanak yang melindungi diri dengan berani (contohnya, mengatakan "Tidak" dengan tangan diangkat). -Simbol"STOP" dengan latar belakang merah. -Kartun yang menunjukkan situasi selamat dan tidak selamat. -Lukis Nombor Talian Bantuan (Malaysia): Talian Kasih: 15999 Warna: Gunakanwarna terang seperti merah, kuning, dan biru untuk menarik perhatian. Hijau dan putih untuk simbol keamanan.
PERJUMPAAN3 AKTIVITI 3 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 26 MEI 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN4 AKTIVITI 4 SENAMROBIK 23 JUN 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN5 AKTIVITI 5 RODA MASA KEEMASAN 28 JULAI 2025 Objektif: 1.Murid mengenal pasti aktiviti penting dan kurang penting dalam sehari. 2.Murid tahu kepentingan menjaga masa Bahan: Murid diberikan lukisan carta berbentuk roda dibahagikan kepada 24 bahagian (satu bahagian untuk setiap jam). Cara: Minta murid mencatat aktiviti harian mereka pada roda mengikutjam (contoh:tidur, belajar, makan,main games). Bincangkan berapa banyak masa yang mereka habiskan untuk aktiviti produktif berbanding aktiviti kurang penting. Rumusan: Galakkan murid membuat perubahan kecil untuk menggunakan masa dengan lebih bijak.
PERJUMPAAN6 AKTIVITI : RODA IMPIAN KERJAYA 25 OGOS 2025 Objektif: 1.Membantu mentee mengenali pelbagai jenis kerjaya. 2.Mendorong mentee membayangkan kerjaya impian mereka . Bahan Diperlukan: Kertaswarna. Penanda/penselwarna. Gunting. Langkah-langkah: 1. Pengenalan (5 minit) -Mentor memulakan dengan bertanya: "Siapa ada kerjaya impian?" "Apakah pekerjaan yang anda kenal, contohnya doktor, guru, polis?" -Mentor menerangkan bahawa terdapat banyak jenis pekerjaan dalam dunia ini yang penting dan menarik.
PERJUMPAAN6 AKTIVITI : RODA IMPIAN KERJAYA 25 OGOS 2025 Aktiviti Kreatif:Membuat“Roda Kerjaya”(15 minit) Persediaan: -Setiap mentee diberi sekeping kertaswarna. -Mentor meminta mentee melukis sebuah bulatan besar di atas kertaswarna -Bahagikan bulatan kepada 6 bahagian seperti kepingan piza. Isi Bahagian Roda: -Mentor meminta mentee menulis atau melukis 6 kerjaya yang mereka minat dalam setiap bahagian roda (contoh: guru, doktor, polis, artis, chef, jurutera). -Mentee boleh menghias roda tersebut denganwarna dan lukisan untuk menjadikannya lebih menarik. Kerjaya Impian: -Di bahagian tengah roda, mereka menulis atau melukis kerjaya impian mereka. 3. Pembentangan & Perkongsian (10 minit) -Setiap mentee berkongsiroda mereka dengan rakan sekelas, menerangkan: 1.Mengapa mereka memilih kerjaya impian tersebut. 2.Apa yang mereka suka tentang pekerjaan itu. Penutup -Mentor menggalakkan mentee untuk sentiasa berusaha mencapai kerjaya impian mereka. Pesan:"Setiap kerjaya penting dalam masyarakat, jadi apa sahaja yang kamu pilih, pastikan kamu melakukannya dengan baik!"
PERJUMPAAN7 AKTIVITI 7 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 22 SEPTEMBER 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek
PERJUMPAAN8 27 OKTOBER 2025 ASAP BERHENTI KARBON PARU-PARU TAR ASID JANTUNG NIKOTIN PENYAKIT UDARA BAHAYA KANSER RACUN VAPE AKTIVITI 8 KATAKAN TIDAK PADA VAPE DAN ROKOK
PERJUMPAAN9 AKTIVITI 9 SENAMROBIK 24 NOVEMBER 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK
PERJUMPAAN10 AKTIVITI 10 JOM CEGAH BULI 15 DISEMBER 2025 Hasil Pembelajaran: 1.Murid dapat mengetahui langkah pencegahan buli 2.Murid dapat mengenal pasti cara menangani situasi buli. 3.Murid dapat mempraktikkan nilai-nilai positif seperti empati, hormat, dan keberanian. Peranan Individu: Setiap murid mempunyaitanggungjawab untuk mencegah buli: BeraniMenyuarakan Kebenaran: Jangan takut melaporkan kejadian buli kepada guru. Menjadi Teman yang Baik: Tunjukkan sokongan kepada mangsa. TidakMenjadi Penonton: Jangan hanya melihat,tetapi bertindak dengan membantu. Contoh: Jika melihatrakan dianiaya, ajak rakan lain untuk membantu atau segera maklumkan kepada guru. Peranan Sekolah: Menyediakan program pendidikan tentang buli. Menggalakkan pelajar melaporkan kejadian buli. Peranan Komuniti: Mengadakan kempen kesedaran. Menyediakan sokongan kepada mangsa buli melalui kaunseling.