The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD ARRAUWI BIN GINSING, 2021-07-22 01:05:59

KERTAS KERJA GURU MUDA 2021

KERTAS KERJA GURU MUDA 2021

Program Guru Muda SM Sains Labuan 2021

1.0 LATAR BELAKANG
Guru Muda adalah program yang dirancang khas bagi membantu pelajar lemah bagi
setiap mata pelajaran melalui rakan sebaya yang berprestasi tinggi bertindak sebagai
Guru Muda untuk membimbing mereka. Program ini dirangka khas sebagai salah satu
usaha membantu meningkatkan prestasi pelajar khasnya dan meningkatkan
kecemerlangan akademik SM Sains Labuan.

2.0 OBJEKTIF
Program Guru Muda ini diadakan bagi mencapai objektifnya:
2.1 Meningkatkan pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran
2.2 Memupuk kerjasama murid melalui amalan membantu sambil belajar
2.3 Melahirkan murid yang berkepimpinan dan berkeyakinan tinggi
2.4 Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan Guru Muda bagi meningkatkan
prestasi akademik rakan sebaya.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Bil Perkara Tarikh / Masa Catatan

1 Pemilihan Calon Guru Muda 13-19 Julai 2021 Guru Mata Pelajaran

2 Watikah Pelantikan Guru Muda 26 Julai 2021 JK Guru Muda /

Online

3 Bengkel Guru Muda 29 Julai 2021 En. Mohd Zulhisham

4 Bimbingan Guru Muda - Mentee / Guru MP dan GM
30 Julai 2021 – Online / bersemuka /

SPM (Mac 2022) dokumentasi

5 Majlis Anugerah Guru Muda Terbaik Feb 2022 JK Guru Muda

4.0 SASARAN
Pelajar tingkatan Tingkatan 5 M Sains Labuan. Guru Muda akan membimbing antara 4-5
orang Mentee yang berprestasi rendah bagi setiap mata pelajaran peperiksaan SPM.

5.0 KONSEP
5.1 Guru Muda terdiri daripada murid pilihan yang mempunyai pencapaian terbaik
bagi setiap mata pelajaran.
5.2 Guru Muda dilantik oleh Guru Mata Pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang
melibatkan peperiksaan SPM.

1

Program Guru Muda SM Sains Labuan 2021

5.3 Setiap Guru Muda tersebut diberikan 4 - 5 orang pelajar kategori lemah / sederhana
untuk diberikan bimbingan secara berterusan kearah meningkatkan prestasi
pelajar tersebut.

5.4 Guru Muda turut memainkan peranan sebagai guru pengganti dan menjalankan
PdPc dan PdPR sekiranya guru tiada di sekolah / tidak hadir.

5.5 Guru Muda ini juga memainkan peranan sebagai ‘tempat rujukan’ kepada pelajar
lemah sekiranya mempunyai masalah dalam pembelajaran.

6.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GURU MUDA

Penasihat : Tn. Haji Mahamad Shukri bin Said

Pengerusi : Pn. Rohana binti Yasin

Timbalan Pengerusi I : En. Nik Afandi Nik Mahmud

Timbalan Pengerusi II : Pn. Jurizah binti Jali

Setiausaha : En. Mohd Zulhisham bin Abu Seman

Penyelaras : En. Samsuri bin Amin

JK Aktiviti / Program : En. Aliakbar bin Asri

: En. Rasman bin Sabar

: Cik. Herwana binti Herman

JK Dokumentasi /

Pelaporan / Analisis Data: Cik. Atikah binti Ali

: Cik. Fatin Nurulizyan binti Mohd Yakof

JK Penilai : En. Samsuri bin Amin

En. Mohd Zulhisham bin Abu Seman

JK Guru Pembimbing : Semua Guru Mata Pelajaran Teras & Elektif Tingkatan 5

JK Majlis Pelancaran / Watikah Pelantikan

Pengacara Majlis : En. Yahya bin Burhanuddin

Bacaan Doa : Sdr. Mohd Khairuddin bin Mat Jislim

JK Siaraya : Pn. Nordiane binti Nordin

JK Jemputan : Pn. Rosiah binti Kadir

JKTeks Ucapan : Pn. Norliza binti Bamsuani

Cik. Nurul Asita binti Abdul Wahab

JK Backdrop : En. Azizan bin Ibrahim

JK Buku Program : En. Mohd Arrauwi bin Ginsing

2

Program Guru Muda SM Sains Labuan 2021

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM GURU MUDA JUMLAH [RM]
RM 300.00
BIL PERKARA RM 200.00
Johan Anugerah Guru Muda Terbaik RM 100.00
Naib Johan Anugerah Guru Muda Terbaik
Tempat Ketiga Anugerah Guru Muda Terbaik RM 300.00
RM 200.00
1 Johan Anugerah Guru Pembimbing GM Terbaik RM 100.00
Naib Johan Anugerah Guru Pembimbing GM Terbaik
Tempat Ketiga Anugerah Guru Pembimbing GM Terbaik

2 Sijil Pelantikan / Sijil Penghargaan / Sijil Anugerah RM 100.00
3 Jamuan Majlis Penutupan / Penghargaan Guru Muda RM 500.00
RM 1800.00
Jumlah

8.0 PENUTUP
Diharapkan program Guru Muda ini dapat membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru
dan pelajar dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan khasnya dalam bidang
akademik. Melalui program ini juga diharapkan agar pelajar dapat menerap nilai
kerjasama dan saling membantu dalam kalangan pelajar agar kejayaan dan
kecemerlangan dapat dinikmati bersama. Semoga program yang dirancang ini berjalan
dengan lancar melalui kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir, ibu bapa, guru-
guru dan warga pelajar SM Sains Labuan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… …………………………....
MOHD ZULHISHAM BIN ABU SEMAN ROHANA BINTI YASIN
Setiausaha Program Guru Muda, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Menengah Sains Labuan. Sekolah Menengah Sains Labuan.

Diluluskan oleh,

……………………………………..
MAHAMAD SHUKRI BIN SAID
Pengetua Cemerlang,
Sekolah Menengah Sains Labuan.

3


Click to View FlipBook Version