PAMERAN BERTEMA :
ULAM – ULAMAN
DI MALAYSIA
PSS AL-FARABI
SMK KUALA SELANGOR
KM1 JALAN RAWANG
45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR
Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian
tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun,
batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang
dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus
sebelum makan.
Selalunya bagi menambah rasa kepada
ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal
belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-
cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi
dan lauk-pauk yang lain.
Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama
di kalangan masyarakat Melayu di kampung-
kampung dan kini mulai terdapat di kawasan
bandar-bandar juga.
Ulam Raja/ Kenikir
Asal : Kawasan tropika dari Amerika Latin, tetapi
tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika
Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Ciri-ciri:
- Daun herba mengeluarkan bau apabila diramas.
- Pokok bunga yang berwarna kuning jarang
digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu
dimakan mentah bersama nasi.
- Mengandungi peratus protein peratus lemak
dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan
vitamin A.
Dalam perubatan
Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki
peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan
tulang dalam kalangan orang Melayu dan Jawa.
Famili : Fabaceae
Nama Botani :Parkia speciosa
Asal :
- kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas
lembap.
- Tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Thailand.
Ciri –ciri :
- Isi kacangnya yang berwarna hijau terang .
- Rasanya agak pahit jika dimakan mentah.
- Bau busuk yang agak kuat adalah bau gas
metana semulajadi yang tersimpan dalam isi
kekacangnya
Khasiat :
mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi iaitu
sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak
mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
Nama Botani : Oenanthe Javanica
Asal :
- Oenanthe (perkataan Greek yang bermaksud jambak
bunga). Javanica (merujuk kepada Pulau Jawa yang
merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula
dikutip untuk dibuat kajian).
- Tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di
kawasan tanah lembap.
Ciri-ciri :
- Tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara
akuatik.
- Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang
jelas berongga. Ia tumbuh tegak dari batang
mendatar, mempunyai banyak dahan .
- Berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan
- Bunganya tumbuh berjambak pada bahagian pucuk
batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.
Pegaga/pennywort / gotu kola
Nama Saintifik : Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Asal : Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia,
Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian
Asia lagi.
Ciri-ciri :
- Tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka
yang hidup melata di atas tanah.
- Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah.
- Sedikit beraroma, rasa sedikit pahit.
- Matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk
akar dituai secara manual.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein,
gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C.
Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh
mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah
kegemukan
Asal :Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN.
Ciri-ciri :
- Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau.
- enak dimakan bersama sos ataupun kelapa parut
bergula.
- Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan
pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan
mengeluarkan air kencing yang berbau hancing
kuat.
Dari segi perubatan : biji jering mengandungi sejenis
bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk
membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing
manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan
sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang
sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam
jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam
badan.
Kerdas / genuak
Nama saintifik : archidendron bubalinum
Ciri-ciri :
- Mengeluarkan bau yang agak kuat
- Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok
berkayu, dan malar hijau.
- Kulit kerdas agak keras dan liat
- Saiznya memanjang dan isi di dalamnya
berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara
( mm- mm)
- Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah
ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya
akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih
muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning
pucat (keputih-putihan).
Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik
di sekeliling dalam satu induk.
Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang
dimakan mentah yang dicicah dengan sambal,
budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga
dibuat kerabu.
Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang
tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang
(selepas bersalin) untuk mempercepatkan
penyembuhan luka dalaman dan juga untuk
kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk
tubuh yang asal.
Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan
untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar
dan dalam.
Jantung pisang adalah bunga pisang yang akan
bertukar menjadi buah pisang apabila matang.
Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk
dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu.
Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan
untuk dimakan bersama sambal belacan.
Jantung pisang dikenali sebagai ‘banana blossom’
atau ‘banana flower’ dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya jantung pisang ini juga sedap dimakan
dan ada banyak kebaikannya yang tersembunyi.
Kacang Botor /kacang botol/ kacang kelisa/ kacang
sirek, atau kalkang
(Inggeris: winged bean atau Goa bean)
Asal : Tumbuhan kekacang tropika, dikatakan
berasal dari Papua New Guinea.
Ciri-ciri :
- Tumbuhan memanjat separa berkayu, batang
berbentuk silinder dan licin tanpa bulu.
- Berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang
setelah tua.
- Buah memanjang, bersegi empat dengan sayap di
setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil.
- Mengandungi banyak biji benih di tengahnya. Biji
sederhana besar, berwarna hijau ketika muda,
coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk
bulat membujur, keras seperti biji kacang soya.
Nama botani: Momordica charantia
Keluarga :Cucurbitaceae.
Ciri-ciri :
- Kulitnya menggerutu, berwarna hijau muda
ketika mentah.
- Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter),
dengan berat antara 300-600 gram sebiji.
- Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika
masih mentah.
- Biji buah mentah berwarna putih, tetapi
menjadi merah ketika masak.
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan
kuinin yang tinggi, telah dianggap oleh orang-orang Asia,
serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah
dan merawat demam malaria.
Nama botani: Kaempferia galanga Linn
Keluarga: Zingiberaceae
Asal: Tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia
Ciri-ciri :
- tumbuh mencecah cm, tumbuh merumpun.
- Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat
keperangan.
- Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk
panjang memujur dengan hujung meruncing,,
permukaan berkilat,
- berbau wangi.
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi
mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim.
Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai
antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan
mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal
tulang, awet muda dan dapat antioksidan.
SUMBER RUJUKAN
• uLaM-uLaMan: KHASIAT DAUN SELOM
(ayumawaddah.blogspot.com)
• Selain Dijadikan Ulam, Ini Khasiat Bunga Kunyit Yang Patut Anda
Tahu | Murai MY
• Rugi Siapa Tak Makan, Ini 6 Khasiat Jantung Pisang Yang Ramai
Tak Tahu (siraplimau.com)
• Wikipedia, ensiklopedia bebas