AGAMA KAUM EKONOMI MASYARAKAT MAKANAN KAUM CINA DI MALAYSIA PERAYAAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM CINA PANTANG LARANG KAUM CINA BAHASA DAN TULISAN YANG DIGUNAKAN ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM CINA DI MALAYSIA ❑JENIS-JENIS TULISAN ❑7 GOLONGAN BAHASA CINA ❑PERKAHWINAN ORANG CINA ❑KONFUSIANISME ❑PERBEZAAN ORANG CINA TRADISIONAL DAN TEMPATAN FOCUS ADAT DAN BUDAYA KAUM CINA DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN 1. Disebalik Takbir 2. Pengenalan 3. Adat Perkahwinan ➢Merisik ➢Meminang ➢Adat Bertunang ➢Majlis Bertunang 4. Budaya(Pemakaian) 5. Tarian Naga 6. Pantang Larang ➢Dilarang Mengganggu Item Sembahyang ➢Dilarang Mengambil Wang ➢Elakkan Memakai Pakaian ➢Tidak Boleh Mengigit Mee 7. Perayaan Dan Festival 8. Bahasa Yang Digunakan 9. Tulisan Kaum Cina 10.Agama Kaum Cina 11.Ekonomi Masyarakat Cina 12.Status Ekonomi Orang Cina 13.Dasar Ekonomi Baru 14.Pemakanan Cina 15.Makanan 16.Gabungan Masakan 17.Kesimpulan 18.Rujukan
DESEBALIK TAKBIR 17DHF22F2052 17DHF22F2031 17DHF22F2043 17DHF22F2021 17DHF22F2033
PENGENALAN Sejarah kedatangan orang cina ke tanah melayu adalah melalui Sistem Tiket Kredit yang merupakan cara untuk membawa imigran daripada negara China untuk masuk bekerja di Tanah Melayu. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh ketua yang dipanggil Kheh-thau bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.Kheh-thau ini akan diupah dengan sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang menerima bayaran daripada bakal majikan imigran tersebut.
ADAT DAN PERKAHWINAN ORANG CINA Masyarakat Cina secara amat memandang serius tentang perkahwinan. Walaupun di zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan tidak lagi diamalkan oleh masyarakat cina ,tetapi ada juga adatadat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan cina. MERISIK keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan akan melihat latar belakang pasangan.Ini disebabkan keluarga kaum Cina mengambil berat tentang nama, keturunan, latar belakang,peribadi atau tingkah laku pasangan anaknya.Biasanya diadakan oleh keluarga pihak lelaki akan mengadakan perbincangan tentang perkahwinan di restorenrestoren. Tradisi ini penting dalam masyarakat Cina supaya keluarga kedua-dua pihak dapat membincangkan perkaraperkara yang berkaitan perkahwinan dan mengeratkan hubungan MEMINANG Tawar menawar tidak akan dilakukan kerana takut satu wakil akan dipilih iaitu menjatuhkan maruah keluarga.Moi-Ngin untuk pergi ke rumah semua Permintaan pihak perempuan membincangkan perkara berkaitan oleh ibu bapa pihak lelaki. Apabila perkahwinan. Ibu pengantin kedua-dua pihak sudah saling perempuanpula akan berbincang mengenal danbersetuju untuk dengan wakil tersebut berkenaan berkahwin, barulah adat bertunang jumlah wang untuk kahwin, dijalankan.peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang ditetapkan
BERTUNANG Satu wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk pergi ke rumah pihak perempuan untuk membincangkanperkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Tawar menawar tidak akan dilakukan kerana takut menjatuhkan maruah keluarga.semua Permintaan pihak perempuan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa pihak lelaki. Apabila kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. upacara bertukar cincin Upacara perakahwinan MAJLIS PERKAHWINAN Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak kepengantin lelaki. Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Disitu upacara-upacara tertentu yang perlu dipatuhi Untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan, pasangan akan memberi penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain. Jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Ada juga upacara menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.
BUDAYA PEMAKAIAN Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di hadapan dan berkolar tinggi serta dipakai Bersama seluar longgar. Pakaian ini bukan pakaian tradisional kaum cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching.Ia adalah pakaian tradisional kepada orang Manchu. Hanfu merupakan pakaian tradisional sebenar kaun cina.Orang cina merupakan suku Han. Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya,cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu,bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian Ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembu. SAMFOO HANFU CHEONGSAM
Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaandan tuah dala kehidupn seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari peryaan seperti Tahun Baru Cinadan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan dengan perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga. Sejenis tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa.Tarian ini berbentuk akrobatik dan memungut ”angpau” atau ”keuntungan JENIS TARIAN CINA TARIAN SINGA Replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ”peluang” atau ”keuntungan”. Tarian Naga
Kaum cina mempunyai pantang larang yang tidak boleh dilanggar , unik dan ianya dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling MEMBIARKAN COPSTIK TEGAK DIDALAM MANGKUK Sekiranya anda lihat, amat jarang sekali masyarakat Cina membiarkan kayu sepit atau chopstick yang mereka gunakan tegak dalam mangkuk, selepas mereka selesai makan.Ini sebenarnya berpunca daripada kepercayaan mereka bahawa kayu sepit yang tegak menyerupai kayu colok yang dibakar, seolah-olah upacara makan itu sama seperti melakukan member makan kepada anggota keluarga yang telah meninggal dunia di pusara. BERKONGSI BUAH PEAR Masyarakat Cina percaya berkongsi makan sebiji buah pear membawa nasib malang.Ini kerana ayat 'berkongsi buah pear' dalam bahasa Cina mempunyai bunyi yang hampir sama dengan 'akan berpisah' . Jadi, jangan berkongsi buah pear dengan rakanCina melainkan memang anda tak nak berkawan dengan dia lagi selepas itu. PANTANG LARANG
3.MEMAKAI TOPI BEWARNA HIJAU Orang Cina juga percaya memakai topi berwarna hijau melambangkan pemakainya seorang yang tidak baik. Ini berdasarkan beberapa kepercayaan lama. Ada sebuah kisah menyebut kerajaan Dinasti Ming mewajibkan lelaki yang melacurkan diri memakai topi hijau untuk mudah dikenali Selain itu terdapat sebuah kisah legenda bila seorang suami di China zaman dahulu, diwajibkan memakai topi hijau oleh isterinya setiap kali suaminya keluar. Ini kerana isterinya berlaku curang dan topi hijau itu memudahkan isterinya mengenalpasti suaminya semasa dia dalam perjalanan pulang. 4.JANGAN GIGIT MEE SEHINGGA PUTUS Ragi meraikan lang tahun kelahiran, orang Cina kebiasaannya akan menghidangkan mee sebagai hidang sekeluarga. Mee itu pula mempunyai gelaran khas iaitu 'mee umur panjang.' Setiap helaian mee itu dibuat panjang sebagai satu simbol melambangkan harapan mereka agar individu yang memakannya akan mempunyai hayat panjang serta kesihatan yang baik. Sekiranya mereka dihidangkan me in, setiap individu yang makan dilarang daripada menggigit atau memutuskan helaian mee yang ada. Sebab itulah kita bole nampak orang Cina makan mee dengan menyedutnya tanpa henti, walaupun sudah 30 saat menyedut.
Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan.Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun. Difahamkan, terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan pada waktu ini. PERAYAAN DAN FESTIVAL KAUM TAHUN BARU CINA PESTA TANGLUNG
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan kebiasaannya akan disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar Lunar. Ketika perayaan ini, kaum Cina akan mengadakan perlumbaan perahu naga dan dan memakan zongzi. Zongzi adalah sejenis makanan tradisional Cina berbentuk tiga segi diperbuat daripada pulut. Rupa macam ketupat pun ada jugak.Perayaan ini juga dikatakan jadi simbol semangat dan kebudayaan bangsa Cina. Diadakan setiap tahun, pelbagai perahu beraneka warna yang dihiasi kepala naga, ekor naga dan lukisan badan naga sepanjang perahu Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai menyambut kemenangan orang Cina kalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun ia adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina. PERAYAAN KUIH BULAN PESTA PERAHU NAGA
BAHASA & TULISAN YANG DIGUNAKAN Bahasa-bahasa yang digunakan oleh etnik Cina di Malaysia boleh dikategorikan kepada 2 kelompok besar, iaitu bahasa-bahasa dari wilayah Fujian dan dari wilayah Guangdong. Dalam kumpulan Bahasa dari Fujian , adalah Bahasa Hokkien , Bahasa Foochow dan Bahasa Teochew . Manakala Bahasa-Bahasa dari wilayah Guangdong pula adalah Bahasa Kantonis dan Bahasa Hakka . Aksara Cina atau Aksara Han (Cina Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: 汉字, pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang digunakan untuk menulis Bahasa Cina, Jepun (Kanji), Korea(Hanja) dan pada suatu ketika dahulu, Vietnam (Chữ Hán). Tulisan yang serupa sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina dikenali sebagai Hanzidalam bahasa Cina yang bermaksud tulisan bangsa Han. Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.
AGAMA KAUM CINA Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya. Kepercayaan Primitif / Animisme ( menyembah unsur alam )ZAMAN SHANG Pemujaan alam semula jadi seperti angina,bumi dan sungai Pemujaan roh nenek moyang dan dewa dewi. Upacara sembahyang /pemujaan dilakukan oleh pawing Manusia dan binatang dikorbankan dengan ‘’ tulang dawata‘’ Tulang dawata diukir pada tulang kerbau dan kulit kurakura. Raja akan mengikut tafsiran pawang berdasarkan tulang dawata. ZAMAN CHOU Penyembahan nenek moyang,bulan,sungai dan Binatang . Mereka percaya roh nenek moyang boleh menghukum mereka atau membantu mereka membuat keputusan yang bijak . Penghormatan diberi dengan menyediakan makanan dan miinuman keras untuk mereka . Jika nenek moyang ditanam di tempat yang baik ,, keturunananya akan memberi rezeki banyak .
EKONOMI MASYARAKAT CHINA Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta. Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.
STATUS EKONOMI ORANG CINA Penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[2] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan. Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.
DASAR EKONOMI BARU • Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi Mahathir Mohamad ‘s Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu.
PEMAKANAN MASYARAKAT CINA Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambing kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. . . Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum. Menjelang sambutan tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah
MAKANAN Dumpling atau Jiaozi sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia juga boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus. Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat. Dumpling atau atau juga dikenali sebagai Jiaoi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga Kuih Bulan Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman.
Kuih Bakul Jika masyarakat Melayu popular dengan dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan dengan kuih bakul. Kuih ini seakan – akan dodol, namun lebih kenyal berbanding dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao. Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.. Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan begitu sahaja. Bak Chang Bak Chang merupakan makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan daun khas. Ia terdiri daripada beras pulut serta berintikan kacang tanah. Kuih ini sangat terkenal semasa Perayaan Duan Wu. Daun yang digunakan untuk membungkusnya pula mempunyai sejarah yang tersendiri. Pada suatu tika dahulu, Quan Yu yang merupakan seorang raja telah membunuh diri kerana tertekan dengan kejatuhan negaranya. Malah, beliau telah dibuang daerah pada ketika itu. Quan Yu telah bertindak terjunn ke dalam Sungai Mi Lou dan mayatnya tidak dapat ditemui. Rakyat yang begitu sedih dengan peristiwa tersebut telah melemparkan bak chang ke dalam sungai tersebut supaya ikan serta haiwan di dalam sungai tersebut tidak mengganggu mayatnya. Sejak dari itu, bak chang telah menjadi symbol bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku.
GABUNGAN MASAKAN Laksa Nyonya Masyarakat Peranakan di Melaka adalah keturunan puteri Cina yang bernikah dengan Sultan Melaka pada abad ke-15. Mereka mempunyai tradisi dan resipi mereka sendiri yang merupakan perpaduan kedua budaya ini – Melayu dan Cina. Oleh itu, hidangan laksa Nyonya ini dipengaruhi oleh gabungan dua budaya maka terhasillah hidangan ini. Ayam Pongteh Ayam Pongteh adalah hidangan Baba dan Nyonya. Ia diperbuat daripada ayam, kentang dan kicap manis dan gula Melaka sebagai penambah perisa. Hidangan ini begitu enak sekali dan sering dijadikan hidangan tengahari mahupun malam. Ayam Pongteh adalah hidangan khas Peranakan yang menggunakan kacang soya fermentasi sebagai bahan utamanya. Ia direbus bersamasama dengan kentang di atas api yang kecil bersama kicap dan gula Melaka sehingga lembut. Hidangan ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan terbaik disajikan dengan nasi. Itik Tim Itik Tim merupakan hidangan sup yang terdiri dari itik, sayuran seperti sawi, tomato, cendawam cina, kubis, cili serta buah pala. Ia merupakan hidangan wajib semasa menyambut hari perayaan. Ini adalah kerana ia merupakan makanan tradisional yang masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.
KESIMPULAN Kedatagan orang Cina ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu menyebabkan wujudnya kepelbagaian di negara ini yang mana ia telah menjadi salah satu elemen keunikan negara ini di mata masyarakat dunia. Sedar atau tidak banyak negara dunia merasa kagum dengan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai agama dan kepercayaan, kaum dan bangsa tetapi mereka tetap hidup aman dan tenteram berbanding sesetengah negara yang ada hanya satu bangsa tetapi mereka sukar untuk hidup bersama sehingga wujud konflik dan perang berpanjangan.
SUMBER RUJUKAN WEB. ❑ https://iluminasi.com/bm/5-taboo-masyarakat-cina-yangjarang-kita-ketahui.html ❑ https://lobakmerah.com/5-perayaan-disambut-olehkaum-cina-di-malaysia-bukan-tahun-baru-cina-je-tau/ ❑ http://lisasyafiqah.blogspot.com/2011/04/tarian-kaumcina.html?m=1 ❑ https://sivikmaresmag.wordpress.com/ ❑ http://4mmalaysskdoj-fariz.blogspot.com/ ❑ https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url =https://www.thepatriots.asia/jom-kenali-masyarakatcina-di-malaysia/&ved=2ahUKEwj8qqnzxKTAhVFXmwGHRAtDBkQFnoECCEQAQ&usg=AOvVaw09snIK UKzgs_T3OfdWNebP ❑ https://malay.wiki/content/Orang%20Cina%20Malaysia/Ek onomi.html ❑ https://pendidikansivik8.wordpress.com/kenalimasyarakat-malaysia/kaum-cina/