Buku Skrap Digital RUzKUN
NEGARA
z
Disediakan oleh:
Muhammad Irsyad Bin Mohd Najib
Tahun 4
Sekolah Kebangsaan Penchu, Kundang Ulu,
84700 Ledang, Johor
z
Maklumat Pelajar
Nama: MUHAMMAD IRSYAD BIN MOHD NAJIB
Umur: 10 TAHUN
Kelas: TAHUN 4
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN PENCHU,
KUNDANG ULU, 84700 LEDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.
No.Telefon: 011-73723239
Email: [email protected]
PENGHARGAAN DAN KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para juri dan semua pembaca. Alhamdulillah
terima kasih diucapkan kehadrat Ilahi atas rahmat dan kasih sayang-Nya maka dapatlah saya
merealisasikan pembuatan buku skrap digital untuk pertandingan dalam Program Pengukuhan Pendidikan
dan Silang Budaya 2021.
Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan moral agar saya dapat
menyiapkan skrap digital ini agar sempurna dan menepati semua syarat pertandingan yang
telah ditetapkan.Tidak lupa untuk guru pembimbing yang berdedikasi, Cikgu Abdullah Wafi yang selalu
memberi tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu. Buat mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya juga diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tanpa anda semua,buku skrap digital
ini mungkin tidak dapat disempurnakan dengan baik.
Untuk pertandingan ini, saya dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan akademik dalam bentuk
skrap digital. Tajuk penulisan haruslah berkisar tentang Pendidikan Rukun Negara dengan gabungan
elemen atau unsur patriotisma, prihatin, sensiviti masyarakat , jati diri, cinta negara dan juga kesetiaan
demi negara Malaysia tercinta.
Maka dengan ini, alhamdulillah telah terhasil idea untuk skrap digital Rukun Negara dan semoga
ianya dapat memberi sedikit pencerahan kepada semua betapa pentingnya penghayatan Rukun Negara ini
diterapkan sejak dari bangku persekolahan.
SEJARAH RUKUN NEGARA M/S 5-6
TUJUAN DAN BAHAGIAN RUKUN NEGARA M/S 7-10
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI M/S 11
ISI PENDIDIKAN RUKUN NEGARA M/S 12
KANDUNGAN
PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA DI SEKOLAH
z
DAN GALERI GAMBAR M/S 13-14
HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA M/S 15-18
GALERI GAMBAR
KESIMPULAN M/S 19
SEKIAN TERIMA KASIH
SEJARAH RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis
Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara. Pakar Bahasa Melayu Prof Dato Dr Teo Kok Seong mengatakan bahawa sebenarnya
prinsip-prinsip Rukun Negara diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih dahulu berjaya
menyatukan kepelbagaian yang wujud di Indonesia.
Rukun Negara diisytiharkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan
Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Tragedi berdarah yang
mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu
perkauman sensitif. Seperti diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan raya membuktikan cara paling mudah untuk
memancing undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman.
Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa berpunca perasaan tidak puas hati antara satu sama lain kerana orang
Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu juga mengakibatkan etnik lain terasa dianaktirikan dan
peluang ekonomi mereka terancam.
Ini menjelaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat mengenai kedudukan istimewa orang Melayu,
Islam, Bahasa Melayu, institusi beraja dan kewarganegaraan sehingga menimbulkan konflik berpanjangan jika
tidak ditangani dengan baik. 5
(Sumber: en.wikipedia.org)
z
Sumber: 1malaysia.united.blogspot.com
Bharian.com.my
(Sumber: Akhbar Berita Harian 23 MEI 2012)
(Sumber: Akhbar Berita Harian 18 JULAI 2013) 6
TUJUAN RUKUN NEGARA
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan
rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.
Antara matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai
perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima
prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat. Satu daripadanya
adalah Keluhuran Perlembagaan.
Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima perlembagaan
adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Perlembagaan menjadi sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Peranannya adalah untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat mengenai hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai dan memahami maksud serta kandungan dan latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini yang
dikenali sebagai kontrak sosial. Menerusi kontrak sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. 7
Orang Melayu pula diperuntukkan dalam Perlembagaan mengenai agama Islam sebagai agama
Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu
serta kedudukan Raja-Raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai tiang seri dalam
Perlembagaan. Penggunaan istilah tiang seri Perlembagaan lebih tepat dan wajar kerana isu
agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sering menjadi konflik dalam
masyarakat. Ia menggambarkan pentingnya perkara ini dihayati supaya tidak timbul sebarang
pertikaian dalam pelbagai etnik di Malaysia
Dari perspektif hubungan etnik pula, perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu
dalam Perlembagaan Persekutuan diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan
kepada etnik bukan Melayu.
Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan diimbangi dengan
peruntukan kebebasan bagi setiap rakyat menganut dan mengamalkan apa-apa agama dalam
suasana aman dan harmoni.Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, juga diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh
dilarang daripada menggunakan (melainkan bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari
apa-apa bahasa lain.
Hal sama juga berlaku ke atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera Sabah serta Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh
melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.
Maka,perkara ini perlu difahami setiap lapisan masyarakat, khususnya generasi muda
supaya sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu membabitkan bahasa Melayu, Islam dan orang
Melayu dalam Perlembagaan.
(Sumber: www.bharian.com.my 8
2 BAHAGIAN RUKUN NEGARA
BAHAGIAN Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk:-
PERTAMA
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
z masyarakat,
Memelihara satu cara hidup demokratik,
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai corak.
Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.
(Sumber: bernama.com.my) 9
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara BAHAGIAN
yang berikut:- KEDUA
(Sumber: bernama.com.my) 10
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
"Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan
dan perpaduan yang melambangkan "kesatuan hati".
Manakala perpecahan dan permusuhan hanya membawa
konflik yang tidak berkesudahan dalam masyarakat. Oleh
demikian, membentuk sebuah negara yang kuat dan padu
harus ada prinsip atau etika yang tersendiri. Ini
dibuktikan dengan penggunaan falsafah kenegaraan yang
terdapat dalam rukun negara demi membina kecintaan atau
sifat patriotisma kepada negara, kesetiaan,
permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. "
11
PENDIDIKAN RUKUN NEGARA
Pendidikan Rukun Negara adalah paling tepat bermula dari rumah. Didikan awal ibu bapa
amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni kecintaan kepada negara bangsa. Oleh
yang demikian, ibu bapa juga mesti mempunyai ilmu berkaitan sejarah negara
agar penceritaan dan penghayatan yang ingin diterapkan dalam diri anak-anak
akan lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu, usaha kerajaan dalam mewujudkan Pendidikan Rukun Negara
di setiap sekolah merupakan satu usaha murni dan harus disokong sewajarnya.
Sebagai contoh, penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah dan institusi pendidikan
Secara tidak langsung dapat membantu membina sahsiah dan jati diri anak-anak
agar mereka membesar dengan sifat cintakan negara.
Namun demikian, Rukun Negara bukanlah bermakna hanya perlu dipelajari di sekolah
Tetapi ia harus diberikan pendekatan lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat. Ini
kerana Rukun Negara bergantung kepada 3 faktor yang dikenali sebagai
4P iaitu pendidikan , pemahaman, penghayatan dan pengamalan.
12
PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA SEBAGAI
KELAB KO-KURIKULUM DI SEKOLAH
Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan
sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika
merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar
seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin
perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan.
Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut
supaya mereka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan
budaya hidup seharian.
Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang
berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun
Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid
tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama
ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum.
(Sumber rujukan: www.jpnin.gov.my) 13
Sumber: (Pendidikan kenegaraan bina negara
bangsa - Berita Harian, 2 Mac 2016)
Sumber:(Akhbar berita harian 10 JULAI 2020) 14
HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip pertama ini menggambarkan bahawa agama merupakan asas kepada
kehidupan rakyat di negara Malaysia. Mereka yang tidak mempercayai agama dan
menolak kepercayaan kepada Tuhan( Atheis) seperti fahaman komunis tidak akan
mendapat tempat di negara ini.
Ini kerana kepercayaan beragama dapat membentuk spiritual masyarakat kita.
Sebagai contoh, di dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa agama
Islam adalah agama rasmi negara kita. Namun demikian, rakyat yang berlainan agama
bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing kerana Malaysia umumnya mempunyai
masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina dan India.
15
~ GALERI GAMBAR ~
ISLAM
Masyarakat di negara
Malaysia bebas
menjalankan
tanggungjawab kepada
agama masing-masing
KRISTIAN INDIA CINA
SUMBER: (astroawani.com) 196
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Seperti umum tahu, di negara kita Raja dan Negara sangat berkait rapat antara satu sama lain. Ini
kerana Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh negara
Malaysia telah menetapkan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai ketua negara dan merupakan
sebahagian daripada komponen yang membentuk parlimen. Oleh yang demikian prinsip rukun negara
yang kedua ini merupakan unsur penting dalam soal kewarganegaraan. Setiap ahli masyarakat perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Di-Pertuan Agong ini.
Maka institusi raja bukanlah suatu institusi yang boleh dileceh atau diremehkan dengan
sewenang-wenangnya. Penghinaan terhadap institusi raja ini wajar diambil tindakan keras apatah lagi
jika kerakusan politik turut memberi tempias buruk pada institusi raja.
Sumber: Bharian.com.my( 14 Disember 2016 170
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ketiga ini menekankan tentang perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara. Ini kerana Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan tertinggi dan berfungsi memberi hak dan keistimewaan kepada setiap warganegara. Prinsip
ini juga berkait rapat untuk menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat negara ini.
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan yang berasaskan prinsip Kedaulatan Undang-undang menggambarkan bahawa setiap rakyat
adalah sama taraf di sisi undang-undang. Kebebasan asasi juga terkandung di dalam prinsip ini demi
kemaslahatan rakyat. Menerusi undang-undang juga, sensitiviti kaum dapat dipelihara
disamping mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta.
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Akhir sekali, prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menekankan tentang
personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Prinsip ini bertujuan membentuk sahsiah rakyat yang bersopan
santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Kesinambungan dari pembentukan sahsiah peribadi yang baik ini
akan membantu menaikkan imej negara dan masyarakat itu sendiri. Secara tidak langsung,
silaturahim masyarakat majmuk di dalam negara akan terpelihara sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni. 18
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia
yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun
Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan
yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari
semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya
pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan.
Pengetahuan, Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan (4P) terhadap
falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan
murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih
bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah negara majmuk.
1159