The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pelajaran 15 tingkatan 4 pendidikan islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummuaimi, 2022-07-20 09:34:58

korban dan aqiqah

pelajaran 15 tingkatan 4 pendidikan islam

PELAJARAN 15

Korban dan Akikah

ALYA, UMMU, HASHA, INTAN, SHAZIA

UNIT 1 - orban

Maksud korban
Menyembelih binatang ternakan (Al-An'am) pada 10 Zulhijjah
hingga akhir hari Tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada
Allah SWT.

Hukum
Sunat muakkad dan wajib jika bernazar.

Dalil naqli

Maksud : Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan
berkorbanlah keranaNya.

Binatang Ternakan (Al-An'am) Yang disyariatkan korban:

- unta - biri-biri

- kambing - lembu

- kerbau

Syarat sah korban
⓵ Berniat Korban

berniat korban ketika binatang disembelih.

⓶ Masa Pelaksanaan
selepas solat hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam

⓷ matahari pada akhir hari Tasyrik, iaitu pada 13 Zulhijjah.
Cukup Umur
unta: 5 tahun dan keatas.
lembu atau kerbau: 2 tahun dan keatas.
kambing: 2 tahun dan keatas.
biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6
bulan.

⓸ Sifat Al-An'am
bebas daripada penyakit dan kecacatan.
contoh : cacat yang teruk pada satu matanya, berpenyakit yang
teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Perkara Sunat Korban
⓵ Orang yang berkorban disunatkan tidak bercukur dan memotong

kukunya pada permulaan bulan Zulhijjah sehingga selesai berkorban.

⓶ Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri dan tidak

mewakilkan kepada orang lain jika mampu.

⓷ Melaksanakan segala sunat sembelihan seperti menghadap arah
⓸kiblat dan alat sembelihan yang tajam.

Membaca "bismillah hi wallahhuakhbar" dan berselawat atas

⓹Rasulullah SAW ketika menyembelih.
Berdoa semasa hendak menyembelih:

Maksud: Allah binatang ini daripadamu dan kembali kepadamu,
terimalah korbanku

Tempoh Masa Pelaksanaan Korban

Korban dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari hari Tasyrik.

① 1 ZULHIJJAH.
Orang yang berkorban makruh bercukur dan memotong kuku kemudian
korban tidak sah dilakukan sebelum 10 Zulhijjah.

② 10 ZULHIJJAH.
Waktu penyembelihan yang afdhal bermula selepas naik matahari selepas

③ solat sunat Aidiladha dan 2 khutbah.
11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.

④ Sunat pelaksanaan korban.
14 ZULHIJJAH.
Korban tidak sah dilakukan selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah.

SPEKTRUM ILMU

Apa-apa sahaja daripada bahagian korban
tidak dibenarkan untuk diberikan kepada
tukang sembelih sebagai upah.

WAJIB: Semua daging korban bagi korban
nazar disedekahkan kepada fakir dan miskin.
HARAM: Orang yang berkorban haram
menjual daging korban, termasuk kulit,
lemak, susu, kaki, kepala dan bulu binatang
korban.

Hikmah Korban

Mengagungkan syiar Islam yang Mengeratkan persaudaraan antara
merupakan tanda taqwa bagi umat Islam kerana solat sunat
mendekatkan diri kepada Allah Aidiladha menghimpunkan
SWT. seluruh umat Islam.

Menghayati semangat
Tanda bersyukur kepada Allah
pengorbanan agung yang telah SWT atas segala nikmat supaya
dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS rezeki yang diperoleh sentiasa
supaya semangat tersebut diberkati.
menaikkan semangat jihad.

UNIT 2 - kikah

Maksud akikah
Binatang ternakan (Al-An'am) yang disembelih sempena kelahiran
bayi.

Hukum
Sunat muakkad dan wajib jika bernazar.

Dalil Naqli

Maksud : Setiap anak tergadai dengan akikahnya, maka pada hari
ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya.

Binatang Ternakan (Al-An'am) yang disyariatkan aqiqah:
- unta - biri-biri - kerbau

- kambing - lembu

Syarat sah korban
⓵ Berniat Akikah

berniat akikah ketika binatang disembelih.

⓶ Masa Pelaksanaan
setelah bayi dilahirkan.

⓷ Cukup Umur
unta: 5 tahun dan keatas.
lembu atau kerbau: 2 tahun dan keatas.
kambing: 2 tahun dan keatas.
biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6
bulan.

⓸ Sifat Al-An'am
bebas daripada penyakit dan kecacatan.
contoh : cacat yang teruk pada satu matanya, berpenyakit yang
teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Perkara Sunat Korban
⓵ Berdoa semasa hendak menyembelih :

Maksud : Dengan Nama Allah, Allah Maha
Besar. Ya Allah binatang ini daripadamu
dan kembali kepadamu, ini aqiqah......
(sebut nama anak)

⓶ Menyembelih ketika matahari sedang naik.
⓷ Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.
⓸ Tidak dipatah-patahkan tulang binatang semasa memotong daging
⓹kecuali mengikut sendi-sendinya.

Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan. Memberikan nama

⓺yang baik kepada bayi.
Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang telah
dicukur.

①Tempoh Pelaksanaan Akikah
Sunat

② setelah sempurna kelahiran sehingga bayi itu baligh.
Sunat muakkad
pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Pembahagian Daging Akikah
1. Sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan
sesudah dimasak.
2. Masakan itu afdhal disedekahkan kepada orang yang miskin.
3. Masakan itu sunat dimakan oleh orang yang berakikah.

Hikmah Korban

Menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan
cahaya mata.

Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak timbul


prasangka.

Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.



SOALAN
1. a) Jelaskan dua syarat sah akikah.

b) Jelaskan dua hikmah akikah.

2. a) Jelaskan cara pembahagian daging akikah.
b) Terangkan dua perbezaan antara ibadat korban dan akikah.

3. Korban dan akikah merupakan ibadat yang digalakkan kepada mereka
yang mampu bagi menzahirkan nikmat harta kurniaan Allah SWT.
Pada pendapat anda, bagaimanakah orang Islam boleh mengambil iktibar
daripada ibadat korban yang dilakukan saban tahun di kampung atau di
bandar?


Click to View FlipBook Version