BAB 1 TING 5
1.3.7 ALAT DASAR KEWANGAN
Bank pusat menggunakan alat dasar kewangan untuk
Mengawal ekonomi dengan mempengaruhi bekalan wang dalam
ekonomi
1. NisbahRizab berkanun
2.Nisbah Rizab Tunai
3. Syarat Sewa Beli
4. Surat Jaminan Kerajaan
5. Kadar faedah
NISBAH RIZAB BERKANUN
1. Nisbah rizab berkanun merupakan simpanan wajib wang jumlah
deposit yang diterima.
2 .Perubahan kadar rizab berkanun akan mempengaruhi jumlah wang
tunai yang perlu disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.
3 Hal ini bermakna:
(a)semakin tinggi nisbah rizab berkanun, maka semakin banyak
simpanan wajib di bank pusat
(b) semakin rendah nisbah rizab berkanun, maka semakinsedikit
simpanan wajib di bank pusat.
4 Keadaan ini seterusnya akan mempengaruhi keupayaan bank untuk
memberikan pinjaman (mencipta kredit) kepada masyarakat.
Nisbah Rizab Berkanun
semasa Inflasi Kemelesetan Ekonomi
Nisbah Rizab Berkanun menaikkan Menurunkan
Simpanan Tunai bank Terpaksa menyimpan Sedikit wang tunai
Perdagangan di Bank lebih banyak Meningkat
Pusat menurun
Bertambah
Keupayaan bank berkurang Meningkat
perdagangan memberi menurun
pinjaman & penciptaan
kredit
Bekalan wang dalam
ekonomi
Kuasa beli masyarakat
Tingkat harga barang menurun meningkat
cenderung
Ekonomi kembali stabil semula
NISBAH RIZAB TUNAI
1. Nisbah rizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank perdagangan itu
sendiri berdasarkan jumlah deposit yang diterima.
2. Simpanan wajib oleh bank perdagangan bertujuan untuk memastikan bank tersebut
mempunyai wang tunai yang cukup apabila pelanggan menuntut wang mereka.
3. Perubahan nisbah rizab tunai akan mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu
disimpan di bank itu sendiri dan seterusnya mempengaruhi keupayaan bank
perdagangan untuk memberikan pinjaman (mencipta kredit).
4. Hal ini bermakna:
(a) semakin tinggi nisbah rizab tunai, maka semakin banyak
simpanan wajib di bank itu sendiri
(b) semakin rendah nisbah rizab tunai, maka semakin sedikit
simpanan wajib di bank itu sendiri
semasa Nisbah Rizab Tunai Kemelesetan Ekonomi
Menurunkan
Nisbah Rizab Tunai Inflasi
Sedikit rizab tunai
Simpanan Tunai bank menaikkan
Perdagangan
Terpaksa menyimpan
lebih banyak rizab tunai
Keupayaan bank menurun Meningkat
perdagangan memberi
pinjaman & penciptaan berkurang Bertambah
kredit menurun Meningkat
Bekalan wang dalam
ekonomi
Kuasa beli masyarakat
Tingkat harga barang menurun meningkat
cenderung
Ekonomi kembali stabil semula
SYARAT SEWA BELI
1. Syarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa membuat pinjaman sewa
beli yang meliputi jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik
pinjaman
2. Bank Pusat boleh menggunakan syarat sewa beli untuk mempengaruhi jumlah
bekalan wang dalam ekonomi iaitu sama ada mengetatkan syarat sewa beli atau
melonggarkan syarat sewa beli.
3. Mengetatkan syarat sewa beli
(a) bertujuan untuk mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi, maka bank
pusat perlu:
i. mengurangkan jumlah pinjaman maksimum;
ii. memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman.
b) kesannya, jumlah pinjaman kepada masyarakat berkurang.
4. Melonggarkan syarat sewa beli
(a) bertujuan untuk meningkatkan bekalan wang dalam ekonomi, maka
bank pusat perlu:
i. menaikkan jumlah pinjaman maksimum;
ii, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman.
(b) kesannya, jumlah pinjaman kepada masyarakat bertambah.
Semasa Syarat Sewa Beli Kemelesetan
Inflasi Ekonomi
Syarat sewa beli Mengetatkan Melonggarkan
Deposit Pinjaman ditingktkan
Tempo bayaran balik dipendekkan diturunkan
Kadar faedah dinaikkan
permintaan menurun Dipanjangkan
Tingkat harga menurun
barangan cenderung Dikurangkan
Meningkat
meningkat
Ekonomi Kembali Stabil Semula
Surat Jaminan Kerajaan
Surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman dari
orang ramai atau institusi kewangan
Kerajaan membuat pinjaman dengan menjual surat jaminan kepada orang ramai
dan institusi kewangan.
Sebaliknya, kerajaan menebus pinjaman apabila bank pusat membeli surat
jaminan daripada orang ramai dan institusi kewangan.
Tindakan bank pusat menjual surat jaminan kerajaan boleh mengurangkan aliran
wang tunai dalam ekonomi.
Ini akan menurunkan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada
masyarakat dan penciptaan kredit.
tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan dapat meningkatkan aliran
wang tunai dalam ekonomi.
Ini akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan memberikan pinjaman
kepada masyarakat dan penciptaan kredit.
Surat Jaminan Kerajaan
Semasa Inflasi Kemelesetan
Ekonomi
Surat jaminan (kerajaan) Menjual kepada
pasaran Membeli dalam
Orang ramai & Institusi membeli pasaran
Kewangan menjual
Aliran wang tunai dalam berkurang
ekonomi Bertambah
Keupayaan Bank menurun
Perdagangan memberi Meningkat
pinjaman & penciptaan
kredit berkurang Bertambah
Bekalan wang dalam menurun meningkat
ekonomi
Kuasa beli masyarakat
Ekonomi Kembali Stabil semula
Kadar Faedah
1. Kadar faedah merupakan kos yang ditanggung oleh peminjam semasa
membuat pinjaman.
2. Bank pusat boleh mengawal penawaran wang dalam ekonomi dengan
mengubah kadar faedah.
3. Perubahan kadar faedah akan memberi kesan terhadap kos meminjam dan
beban hutang peminjam.
4. Kenaikan kadar faedah dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibuat
oleh masyarakat.
5. Penurunan kadar faedah akan menggalakkan masyarakat untuk
menambahkan jumlah pinjaman.
6. Jumlah pinjaman yang diminta oleh masyarakat akan mempengaruhi
penawaran wang dalam pasaran.
Kadar Faedah
Semasa Inflasi Kemelesetan
Kadar Faedah dinaikkan Ekonomi
diturunkan
Kos meminjam & beban meningkat menurun
hutang peminjam berkurang Bertambah
berkurang Bertambah
Jumlah pinjaman yang menurun Meningkat
dibuat
Bekalan wang dalam
ekonomi
Kuasa beli masyarakat
Tingkat harga barang menurun meningkat
cenderung
Ekonomi Kembali Stabil semula