The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 - BMMB3183
KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL NADIAH BINTI MOHD JAMILI IPG-Pelajar, 2024-02-22 12:18:20

MENGAPA ARNAB BERLARI?

TUGASAN 1 - BMMB3183
KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Mengapa Arnab Berlari? Mengapa Arnab Berlari? N U R U L N A D I A H M O H D J A M I L I | B M F


Di sebuah hutan yang indah, terdapat seekor Arnab betina yang sangat cantik. Sang Arnab mempunyai bulu yang lebat, gebu dan sangat memukau mata bagi yang melihatnya. Namun begitu, kelebihan yang ada pada diri Sang Arnab menyebabkan Sang Arnab berasa sombong dan bongkak kerana tiada haiwan di hutan tersebut yang dapat menandingi kecantikannya. Sang Arnab juga dikenali dengan sikap sombong dalam kalangan haiwan-haiwan di hutan. Dia hanya mahu bergaul dengan Sang Tupai yang merupakan sahabat karibnya dan tidak suka bergaul dengan haiwan lain. “Haiwan yang cantik itulah aku, Pergi ke mana semua memandang, Tiada yang dapat menandingi aku, Kecantikkan diriku tidak terbayang.” 1


Pada suatu hari yang cerah, Sang Tupai mengajak Sang Arnab untuk bersiar-siar di dalam hutan tersebut untuk mencari makanan. “Wahai Sang Arnab, mari kita pergi bersiarsiar. Aku lihat cuaca hari ini sangat baik dan sesuai untuk kita mencari makanan sebelum musim hujan tiba.” Sang Arnab tersenyum memandang Sang Tupai dan berkata “Marilah, aku sudah lama tidak bersiar-siar menikmati pemandangan di hutan ini.” Lalu, mereka berdua pergi bersiar-bersiar dengan perasaan gembira sambil menyanyi untuk mencari makanan. 2


“Rasa cinta, hey! Rasa cinta cinta hey Hey lihat bunga itu Rasa cinta cinta hey! Kapal berlayar di laut Kedah, Singgah sebentar bersama dinda, Pemandangan begitu indah Semoga dapat lebih gembira Rasa cinta, hey! Rasa cinta cinta hey Hey lihat bunga itu Rasa cinta cinta hey!” (Lagu Rasa Sayang) 2


Ketika sedang berjalan, mereka terjumpa sebuah dusun yang dipenuhi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. “Wahai sahabatku, adakah kau lihat dusun yang dipenuhi makanan itu? Aku tidak sabar untuk menikmatinya.” Kata Sang Arnab. Sang Arnab dan Sang Tupai berlari ke arah dusun itu untuk mengambil makanan tersebut. “Adakah ini syurga dunia?” kata Sang Tupai. 3


Sedang mereka asyik memetik sayur dan buah di dusun itu, tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat. “Wahai Sang Tupai, hujan telah turun dengan lebat. Kita perlu mencari tempat berteduh dahulu sehingga hujan berhenti.” Kata Sang Arnab sambil menarik tangan Sang Tupai. Mereka berdua berlari meninggalkan buah dan sayur yang telah dipetik untuk mencari tempat berteduh. Sang Arnab dan Sang Tupai terus berlari sehingga mereka menjumpai sebuah gua yang terletak tidak jauh daripada dusun tersebut. 4


“Wahai sahabatku, di hadapan itu terdapat sebuah gua yang sesuai menjadi tempat untuk kita berteduh, mari kita ke sana.” Kata Sang Tupai. Tanpa berfikir panjang, mereka terus masuk ke dalam gua itu untuk berteduh daripada hujan yang lebat. 4


Sang Arnab dan Sang Tupai masuk kedalam gua tersebut dan alangkah terkejutnya, mereka mendapati di dalam gua tersebut terdapat banyak makanan yang enak. Sang Tupai berkata “Makanan elok terhidang rapi, Penghilang lelah berlari jauh, Elok sudah kita kemari, Serasa mendapat durian runtuh.” Mereka menyangkakan bahawa tuah telah menyebelahi mereka. Mereka menikmati makanan tersebut sehingga akhirnya mereka tertidur kekenyangan tanpa menyedari akan bahaya yang mendatang. 5


Ketika sedang enak tidur, Sang Arnab dikejutkan dengan bunyi rengusan kuat yang sangat hampir dengannya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan menyangkakan sahabatnya Sang Tupai ingin mengusiknya. Apabila Sang Arnab membuka mata, alangkah terkejutnya dia apabila melihat sepasang mata sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat menakutkan. “Wahh, aku sangat bertuah hari ini dapat menikmati seekor arnab yang gebu dan cantik!”. Kata Sang Harimau. Sang Arnab menggigil ketakutan. Pada masa yang sama, dia melihat sang tupai sedang berlari untuk menyelamatkan diri dan meninggalkan dirinya keseorangan menghadap Sang Harimau yang sedang kelaparan. 6


Tidak menunggu lama, Sang Arnab terus berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri dengan membawa perasaan marah yang membuakbuak kerana pengkhianatan Sang Tupai. Sang Arnab terus berlari tanpa arah tuju dan mendapati Sang Harimau masih mengejarnya. Sang Arnab berkata; “Buah Salak rasanya kelat, Dimakan oleh si anak dara, Disangka jujur hati sahabat, Rupanya hanya berpura-pura.” 6


Sang Arnab terus berlari sehingga dia menjumpai sebuah lubang yang agak tersorok di bahagian bawah pokok. Tanpa membuang masa, sang Arnab terus berlari dan melompat masuk ke dalam lubang itu untuk bersembunyi daripada sang harimau. Di dalam lubang itu, Sang Arnab telah berjumpa dengan sang labah-labah. Sang labah-labah terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. 7


“Mengapa engkau kemari wahai sang Arnab? Aku lihat engkau seperti memerlukan pertolongan. Adakah engkau mengiginkan pertolonganku?”. Sang Labah-labah bertanya dengan wajah hairan. “Siapa engkau? Sudahlah kecil. Bagaimana engkau mahu membantuku?”. Sang Arnab berkata dengan wajah angkuh. Dia memandang rendah akan kebolehan Sang Labah-labah. Tiba-tiba Sang Arnab terdengar ngauman Sang Harimau yang sangat kuat dan menakutkan. “RAWRRR! Di mana engkau bersembunyi wahai Sang Arnab?”. Sang Arnab menggigil ketakutan. Dengan nada sinis harimau berkata; “Mana nak lari mana kau nak menghilang, Kini kau seorang saja, Mana nak lari mana kau nak menghilang, Jadi santapanku saja”. 7


Sang Labah-labah akhirnya memahami punca sebenar Sang Arnab berlari ketakutan dan bersembunyi ni kawasannya. Sang Labah-labah keluar daripada lubang persembunyian Sang Arnab untuk meninjau keadaan. Badan Sang Labah-labah yang kecik membantu penyamarannya sehingga Sang Harimau tidak menyedari akan kehadirannya di situ. “Tenanglah wahai Sang Arnab, aku akan membantumu untuk bersembunyi sehingga Sang harimau itu pergi”. Kata Sang Labah-labah. Lalu sang Labah-labah mula membuat sarang di pintu masuk lubang persembunyian itu sehingga ia terlihat sangat usang. 8


Sang Arnab pada mulanya tidak mempercayai akan kebolehan Sang Labah-labah untuk membantunya mengalahkan Sang Harimau yang gagah itu. Namun, apabila melihat kegigihan dan kepintaran Sang Labah-labah, Sang Arnab mula mempercayainya. Sang harimau berjalan menghampiri tempat persembunyian Sang Arnab. Namun, Sang harimau tidak menyedari keberadaan lubang tersebut kerana Sang Labah-labah berjaya menutupnya dengan sarang sehingga terlihat sangat usang. Selepas beberapa detik, Sang Harimau beredar daripada Kawasan tersebut. Sang Arnab berasa sangat lega dan bersyukur kerana telah diselamatkan daripada Sang Harimau yang menakutkan. 9


9


Sang Arnab sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Sang Labah-labah yang telah menyelamatkannya. Walaupun dia telah memandang rendah akan fizikal Sang Labahlabah, Sang Labah-labah masih sudi untuk membantunya. Sang Arnab telah menginsafi diri kerana bersikap angkuh dengan haiwan lain. Dia juga berasa sangat menyesal kerana bersikap sombong dan tidak pernah bergaul dengan haiwan-haiwan lain di hutan itu. Tanpa dia sedari, sikap sombong itu akan memakan diri sendiri dan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. Sejak daripada itu, Sang Arnab memulakan hidup baru yang lebih bahagia bersama rakanrakannya di hutan tersebut. 10


TAMAT 11


Click to View FlipBook Version