Bahasa Melayu
Tahun 1 Abu Bakar
Disediakan oleh :
Cikgu Rose Azilah binti Abdullah
SR Arab JAIM Selandar, Melaka.
Tema : 8 - Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan.
Tajuk : Catatan (Halaman 150 dalam buku teks)
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
a) Mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam petikan ringkas
bertajuk Catatan dengan betul dan tepat.
b) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan.
Aktiviti
Murid diminta membaca petikan ringkas
bertajuk Catatan yang terdapat pada
halaman 150 dalam buku teks.
Murid diminta meneliti nota Kata Hubung
yang dibekalkan oleh guru.
Apa itu Kata Hubung ?
Kata Hubung ialah kata yang
digunakan untuk menghubungkan
ayat.
dan atau tetapi
sambil untuk kerana
Sila lihat petikan di bawah, kenal
pasti kata hubung yang terdapat
dalam petikan tersebut.
Murid diminta membina ayat tunggal dan
ayat majmuk berdasarkan gambar dan
bahan yang terdapat pada halaman 150.
Contoh
Gambar yang pertama :
Ayat tunggal
Membeli beg
Aimi membeli beg untuk ibunya.
Membeli penyepit rambut.
Aimi membeli penyepit rambut untuk ibunya.
Ayat majmuk :
Aimi membeli beg dan penyepit rambut untuk ibunya.
Latihan (Gambar yang kedua dan ketiga)
Gambar yang kedua :
Ayat tunggal
Menyimpan resit bayaran
-
Mencatatkan perbelanjaan
-
Ayat majmuk :
-
Latihan (Gambar yang kedua dan ketiga)
Gambar yang ketiga :
Ayat tunggal
Menyimpan wang ke dalam tabung.
-
Menyimpan wang di bank.
-
Ayat majmuk :
-
Penjaga diminta mengambil gambar latihan
yang telah siap dan menghantar gambar
tersebut kepada saya secara personal.
Sekian, terima kasih………