The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian ini ini dijalankan dalam kalangan pelajar lelaki Tingkatan 4 dan 5 SMKA Syeikh Abdullah Fahim untuk mengetahui tahap penglibatan mereka dengan aktiviti merokok serta pengetahuan berkaitan rokok.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadzuhairizolkiplee, 2021-10-01 19:27:02

KAJIAN TAHAP PENGLIBATAN DENGAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TINGKATAN 4 DAN 5 SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM, NIBONG TEBAL

Kajian ini ini dijalankan dalam kalangan pelajar lelaki Tingkatan 4 dan 5 SMKA Syeikh Abdullah Fahim untuk mengetahui tahap penglibatan mereka dengan aktiviti merokok serta pengetahuan berkaitan rokok.

Keywords: SMKASAF,PPDa,Rokok,PPD SPS

2021

KAJIAN TAHAP PENGLIBATAN DENGAN
ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI

TINGKATAN 4 DAN 5 SMKA SYEIKH
ABDULLAH FAHIM, NIBONG TEBAL

Oleh :

UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING, SMKA
SYEIKH ABDULLAH FAHIM

TAJUK KAJIAN :
Kajian Tahap Penglibatan Dengan Rokok Dalam Kalangan Murid Lelaki Tingkatan 4
Dan 5 SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal

PENGENALAN :
Menurut data yang dikeluarkan World Health Organisation (WHO), lebih enam juta
kematian akibat daripada tabiat merokok dalam kalangan masyarakat dunia.
Dianggarkan pada tahun 2020 angka kematian akibat daripada tabiat merokok akan
mencecah kepada 10 juta. Sekiranya pelan tindakan yang berkesan tidak
dilaksanakan, angka ini akan terus meningkat saban tahun. Data WHO dalam Sufean
(2004) menunjukkan bilangan perokok di dunia diangarkan seramai satu bilion.
Statistik juga menunjukkan bahawa 49% daripada lelaki dewasa di negara ini merokok
dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain 38%,
Amerika Syarikat 35% dan Sweden 30%.

Pada setiap tahun, daripada 3 juta orang perokok yang dianggarkan pada
tahun 2006 atau lebih 20 peratus rakyat Malaysia, dianggarkan berlaku peningkatan
sebanyak 1 peratus atau 30,000 orang perokok setiap tahun. Sebanyak 30 peratus
daripada jumlah ini merupaka nperokok yang berusia 12 hingga 18 tahun (Daing
Diana binti Maarof & Mohd Nizam bin Osman, 2013). Laporan Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001),
yang menunjukkan 20% perokok terdiri daripada kalangan remaja. Laporan
tersebut turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang
remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari.

Merokok menyebabkan seseorang individu yang merokok atau yang menghidu
asap rokok mendapat kanser paru-paru. Menurut Dr. Helmy Hazmi di dalam laman
sesawang Malaysia Medical Gazette, ketahanan bagi setiap orang yang menghidu
asap rokok sama ada secara aktif atau pasif untuk mendapat kanser paru-paru adalah
berbeza. Hal ini kerana setiap orang mempunyai sistem ketahanan badan terhadap
penyakit yang berbeza. Namun begitu, perokok tegar dan individu sekelilingnya
merupakan individu yang sangat berisiko untuk mendapatkan kanser paru-paru.

Justeru itu, kajian ini ini dijalankan dalam kalangan pelajar lelaki Tingkatan 4
dan 5 SMKA Syeikh Abdullah Fahim untuk mengetahui tahap penglibatan mereka
dengan aktiviti merokok serta pengetahuan berkaitan rokok.

OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum

Mengenalpasti tahap penglibatan dengan rokok dan pengetahuan berkaitan
rokok dalam kalangan murid di SMKA Syeikh Abdullah Fahim.
3.2 Objektif Khusus
• Mengenalpasti tahap penglibatan dengan rokok dalam kalangan murid lelaki
menengah atas.
• Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang rokok dalam kalangan murid lelaki
menengah atas.

KAEDAH PERLAKSANAAN :
Menggunakan medium Google Form dan disebarluaskan melalui Telegram, kumpulan
WhatsApp tingkatan dan Channel Telegram UBK.

RESPONDEN :
Seramai 84 orang daripada keseluruhan 99 orang murid lelaki Tingkatan 4 dan 5
(remaja berusia 16-17 tahun) SMKA Syeikh Abdullah Fahim Nibong Tebal telah
menyertai kajian ini secara rawak.

DAPATAN
Kajian ini melibatkan seramai 84 orang murid yang menjawab secara sukarela secara
rawak daripada dua tingkatan menengah atas terdiri daripada 41 orang murid lelaki
Tingkatan 4 (48.8%), 43 orang murid Tingkatan 5 (51.2%)

Jadual 1 Pembolehubah Bil. Peratus
Penglibatan dengan rokok Responden (%)
8.3
Perokok/pernah menghisap rokok Ya 7 91.7
Tidak 77 100
Merokok dan/atau pernah mencuba JUMLAH 84 9.5
rokok elektronik, vape, pod, shisha Ya 8 90.5
Hanya rokok elektronik, vape, pod Tidak 76 100
dan/atau shisha JUMLAH 84 7.1
Kurang 30 minit untuk mula Ya 6 92.9
merokok sebaik bangun tidur Tidak 78 100
Merokok 1-9 batang sehari JUMLAH 84 1.2
Ya 1 98.8
Merokok 10 batang atau lebih Tidak 83 100
sehari JUMLAH 84 1.2
Bercadang berhenti dalam tempoh Ya 1 98.8
30 hari Tidak 83 100
JUMLAH 84 0
Bercadang untuk berhenti tetapi Ya 0 100
tidak dalam masa 6 bulan Tidak 84 100
JUMLAH 84 4.8
Ya 4 2.4
Tidak 2 92.9
Tidak 78
Berkenaan 100
JUMLAH 84 3.6
Ya 3 4.8
Tidak 4 91.7
Tidak 77
Berkenaan 100
JUMLAH 84

Tidak bercadang untuk berhenti Ya 1 1.2
Tidak 6 7.1
Ahli keluarga dan rakan-rakan Tidak 77 91.7
melarang untuk merokok Berkenaan
JUMLAH 84 100
Ya 66 78.6
Tidak 18 21.4
JUMLAH 84 100

Berdasarkan Jadual 1, didapati hanya tujuh orang (8.3%) daripada keseluruhan
responden adalah perokok atau pernah cuba menghisap rokok serta lapan orang
(9.5%) merupakan perokok dan/atau pernah mencuba rokok elektronik, vape, pod
dan/atau shisha. Enam orang (7.1%) responden pula merupakan pengguna vape.
Ini menunjukkan bahawa hanya sebahagian kecil murid lelaki terlibat dengan rokok.
Dalam kalangan mereka juga tiada perokok tegar. Seramai tujuh orang responden
(8.3%) mempunyai niat untuk berhenti merokok manakala hanya seorang (1.2%)
tidak berhajat untuk berhenti merokok. Ini menunjukkan terdapat kesedaran untuk
berhenti merokok demi kesihatan yang lebih baik. Majoriti responden iaitu 66 orang
(78.6%) mengatakan ada ahli keluarga dan rakan-rakan melarang mereka untuk
merokok. Ini menunjukkan sekiranya terdapat individu di sekeliling yang memberi
nasihat dan peringatan, remaja dapat mengelakkan diri dari kegiatan merokok.

Jadual 2 Bil. Peratus
Pengetahuan Berkaitan Rokok Skala Responden (%)
73.8
Kawasan sekolah (termasuk Sangat Setuju 62 13.1
asrama) adalah kawasan Setuju 11 6
larangan merokok Tidak Pasti 5 3.6
Tidak Setuju 3 3.6
Bukan perokok perlu bernafas Sangat Tidak Setuju 3 100
dengan udara yang bebas JUMLAH 84 76.2
daripada asap rokok Sangat Setuju 64 11.9
Setuju 10 4.8
Saya tahu mengenai Peraturan- Tidak Pasti 4 1.2
Peraturan Sekolah dan Asrama Tidak Setuju 1 6
dan hukuman jika ditangkap Sangat Tidak Setuju 5 100
melakukan kesalahan JUMLAH 84 60.7
Sangat Setuju 51 27.4
Setuju 23 4.8
Tidak Pasti 4 4.8
Tidak Setuju 4 2.4
Sangat Tidak Setuju 2 100
JUMLAH 84

Bukan perokok yang berada di Sangat Setuju 45 53.6
dalam bilik yang dipenuhi asap Setuju 16 19
rokok menyedut bahan kimia Tidak Pasti 10 11.9
yang sama seperti perokok Tidak Setuju 3 3.6
Sangat Tidak Setuju 10 11.9
Saya tahu tentang perokok JUMLAH 84 100
kedua (secondhand smoker) Sangat Setuju 29 34.5
Setuju 17 20.2
Saya tahu tentang perokok Tidak Pasti 28 33.3
ketiga (thirdhand smoker) Tidak Setuju 6 7.1
Sangat Tidak Setuju 4 4.8
Ahli keluarga saya ada yang JUMLAH 84 100
merokok di dalam rumah Sangat Setuju 20 23.8
dan/atau di dalam kereta Setuju 14 16.7
Tidak Pasti 39 46.4
Ahli keluarga saya hanya Tidak Setuju 7 8.3
merokok di luar rumah Sangat Tidak Setuju 4 4.8
JUMLAH 84 100
Saya akan menjauhkan diri Sangat Setuju 10 11.9
apabila terdapat orang merokok Setuju 10 11.9
Tidak Pasti 6 7.1
Saya akan melarang/menegur Tidak Setuju 5 6
orang yang dikenali apabila Sangat Tidak Setuju 53 63.1
merokok di kawasan larangan JUMLAH 84 100
merokok Sangat Setuju 12 14.3
Setuju 14 16.7
Tidak Pasti 7 8.3
Tidak Setuju 8 9.5
Sangat Tidak Setuju 43 51.2
JUMLAH 84 100
Sangat Setuju 46 54.8
Setuju 19 22.6
Tidak Pasti 14 16.7
Tidak Setuju 2 2.4
Sangat Tidak Setuju 3 3.6
JUMLAH 84 100
Sangat Setuju 26 31
Setuju 27 32.1
Tidak Pasti 22 26.2
Tidak Setuju 5 6
Sangat Tidak Setuju 4 4.8
JUMLAH 84 100

Berdasarkan Jadual 2, seramai 73 orang (86.9%) respoden mengetahui bahawa
kawasan sekolah dan asrama merupakan kawasan yang diwartakan sebagai
kawasan larangan merokok. 74 orang (88.1%) pula mengetahui tentang Peraturan-
Peraturan Sekolah dan Asrama dan hukuman jika ditangkap melakukan kesalahan.
Pendedahan berkaitan peraturan dan disiplin didapati dapat membantu
mengelakkan murid terlibat dengan rokok. Kesedaran tentang hak orang sekeliling
juga agak baik di mana 74 orang (88.1%) menyedari bahawa bukan perokok yang
berada di dalam bilik yang dipenuhi asap rokok menyedut bahan kimia yang sama
seperti perokok. Seramai 46 orang (54.7%) mengetahui kesan asap rokok kepada
perokok kedua (secondhand smoker) dan 34 orang (40.5%) mengetahui tentang
perokok ketiga (thirdhand smoker).

Tingkahlaku ahli keluarga juga mempengaruhi remaja tertarik untuk merokok.
Seramai 20 orang (23.8%) responden mengatakan ada ahli keluarga mereka
merokok di dalam rumah dan/atau di dalam kereta. Ini mungkin mendedahkan
responden tersebut sebagai perokok kedua. Seramai 26 orang (31%) mengatakan
ahli keluarga mereka hanya merokok di luar rumah. Ini mungkin menyelamatkan
mereka daripada menjadi perokok kedua namun perbuatan ahli keluarga tersebut
berpotensi mempengaruhi remaja untuk mencuba rokok.

Dari aspek pengetahuan tentang bahaya asap rokok kepada secondhand
smoker, seramai 65 orang (77.4%) akan menjauhkan diri apabila terdapat orang
merokok berhampiran mereka. Selain itu, seramai 53 orang (63.1%) akan
melarang/menegur orang yang dikenali apabila merokok di kawasan larangan
merokok.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Menurut Sufean Russin Mariani Md Nor (2004), golongan remaja tidak terus menjadi
seorang perokok yang serius atau terus menjadi ketagih pada rokok. Terdapat
beberapa fasa perkembangan merokok yang bermula dengan fasa pemerhatian
diikuti dengan fasa induksi, fasa peneguhan, fasa menikmati, fasa terbiasa, dan fasa
ketagihan. Kebanyakan fasa-fasa ini dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Ketika
fasa pemerhatian, kanak-kanak dan remaja akan memerhati tabiat merokok yang
wujud dalam masyarakat yang memberi tanggapan menghisap rokok memberi satu
kenikmatan kepada perokok. Dalam fasa induksi, pengaruh rakan sebaya mula
mengambil peranan di mana remaja tersebut akan mula terdedah kepada merokok
kerana pengaruh rakan sebaya. Pada peringkat peneguhan, perokok awal akan
berasa selesa semasa merokok kerana sudah cekap menyedut dan menghisap asap
rokok dan mereka dipuji dengan kelakuan tersebut. Fasa menikmati bermula apabila
remaja tersebut mula menikmati keunikan pelbagai jenama rokok sehingga deria
mereka sudah peka dengan asap rokok. Pada peringkat terlazim, perokok remaja
menghisap rokok pada kadar tertentu menurut keadaan dan keperluan diri individu.
Kebiasaan merokok untuk beberapa tahun tanpa henti boleh membawa kepada fasa
ketagihan kerana badan sudah serasi dengan nikotin.

Melalui data yang diperolehi, hanya sebilangan kecil murid lelaki Tingkatan 4
dan 5 SMKA Syeikh Abdullah Fahim iaitu lapan orang (9.5%) daripada keseluruhan
responden terlibat dengan rokok. Walaupun dapat dirumuskan bahawa jumlah
tersebut adalah kecil, intervensi perlu dilakukan bagi membantu mereka berhenti
daripada tabiat merokok serta mengelakkan murid lain terlibat dengan rokok. Selain
pihak sekolah, ahli keluarga juga memainkan peranan penting. Mereka perlu sentiasa
mengingatkan dan melarang remaja daripada terlibat dengan rokok. Mereka juga
perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan tidak merokok dihadapan anak-anak
bagi mengelakkan remaja terpengaruh untuk merokok disamping mengelakkan anak-
anak menjadi secondhand smoker.

Bagi menangani isu merokok dalam kalangan murid, antara pendekatan yang
boleh diambil adalah berasaskan kognitif-tingkahlaku di dalam Cognitive Behavior
Therapy (CBT). Matlamat pendekatan ini ialah mengubah pemikiran negatif dengan
meneliti pemikiran ini dan digalakkan untuk melihat bukti dari realiti yang sama ada
menyokong atau membantah pemikiran ini. Ia melibatkan cara berfikir seperti belajar
menyelesaikan masalah atau menyingkirkan pemikiran yang merosakkan diri;
contohnya mengubah pemikiran daripada merokok itu seronok kepada merokok akan
menyakitkan dan merosakkan kesihatan diri. Pendekatan ini melihat tabiat merokok
adalah tingkah laku yang dipelajari. Ia berkembang menjadi cara untuk mengatasi
stres harian kerana rokok mudah diperolehi dan kesannya yang cepat menyebabkan
ia diutamakan daripada strategi mengatasi stres yang lain. Tabiat ini akhirnya menjadi
norma dalam kehidupan seharian walaupun tiada sebarang tekanan.

Antara intervensi yang boleh dibuat di peringkat SMKA Syeikh Abdullah Fahim
ialah :

1. Peranan perkhidmatan kaunseling individu di sekolah. Murid yang terlibat
dengan rokok perlu diteroka puncanya samada dari dalam diri, pengaruh rakan
sebaya, ibu bapa dan budaya luar yang kerap diperhatikan murid.

2. Kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah. Murid yang terlibat dengan
rokok mengikuti sesi khas bersama pegawai perubatan untuk diberi
pendedahan tentang kesan buruk merokok secara selih mendalam dari sudut
perubatan.

3. Program SAF MUMTAZ SIFAR ROKOK. Antara pengisian ialah ceramah
kesedaran bahaya merokok oleh doktor perubatan. Murid juga boleh diberi
pendedahan potensi mereka terlibat dengan ketagihan yang lebih buruk seperti
penagihan dadah oleh pihak PDRM atau AADK kerana kebiasaannya
penagihan dadah bermula dengan tabiat merokok.

4. Penguatkuasaan peraturan sekolah yang lebih tegas. Murid perlu sentiasa
diberi peringatan dengan kerjasama Unit Disiplin. Pemeriksaan atau spot
check dijalankan dengan lebih kerap supaya murid lebih berwaspada dan tidak
membawa rokok ke asrama bagi mengelakkan diri tertangkap dan dikenakan
hukuman. Tanpa bekalan rokok, murid yang terlibat dengan rokok boleh
mengurangkan tabiat ini semasa di asrama.

5. Pembangunan kerekter Huffaz Mutadayyin. UBK dengan kerjasama Unit
Disiplin dan Jabatan Tahfiz Model Ulul Albab membina modul pembinaan
karekter melalui peranan emosi yang positif. Emosi positif dapat membentuk
jati diri yang kukuh dalam diri murid sebagai banteng mengelakkan diri dari
perbuatan merosakkan diri seperti merokok.

Sebagai kesimpulan, perbuatan negatif dan merosakkan diri sendiri seperti
penglibatan dengan rokok seharusnya dibendung dari peringkat remaja bagi
merealisasikan hasrat melahirkan generasi ulul albab yang hafaz al-Quran,
profesional dan teknokrat. Makna sebenarnya ialah lahirnya seorang individu yang
bekerjaya dalam apa jua bidang yang memiliki ilmu agama yang secukupnya.

Disediakan Oleh :
Unit Bimbingan & Kaunseling
SMKA Syeikh Abdullah Fahim

RUJUKAN

Sufean Hussin, Lai Chin Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Abd Rashid
(2004). “Merokok Di Kalangan Remaja Malaysia”. Shah Alam. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Daing Diana binti Maarof & Mohd Nizam bin Osman. 2013. Pengaruh Faktor Sosial
Kesan Kempen Media Tak Nak Merokok Kementerian Kesihatan
Malaysia.Universiti Putra Malaysia

Laman Sesawang Malaysia Medical Gazette. 2015. Merokok & Kanser Paru-Paru –
Dr Helmy Hazmi, 17 Ogos 2015, https://www.mmgazette.com/merokok-kanser-
paru-paru-dr-helmy-hazmi/

Sufean Russin Mariani Md Nor. 2004. Dasar Warga Sihat : Isu Psikologi Faktor
Remaja Sekolah Merokok. Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Laman Sesawang Astro Awani (2019). Umat Islam Harus Hormat Fatwa
Pengharaman Rokok. 5 Januari 2019, https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/umat-islam-harus-hormat-fatwa-pengharaman-rokok-195175

Association for Behavioral and Cognitive Therapies. 2021. Tobacco Dependence. 11
Mac 2021. https://www.abct.org/fact-sheets/tobacco-dependence/

TERIMA KASIH

JAWATANKUASA PPDa
UBK SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM


Click to View FlipBook Version