The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadzuhairizolkiplee, 2023-01-29 20:21:38

Kajian Tahap Pengetahuan Berkaitan Vape Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Di Daerah Seberang Perai Selatan

Kajian vape sps

BIL. 1/2023 KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN BERKAITAN VAPE DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN UNIT HAL EHWAL MURID PPD SEBERANG PRAI SELATAN


TAJUK Kajian Tahap Pengetahuan Berkaitan Vape Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Di Daerah Seberang Perai Selatan PENGENALAN Rokok elektronik juga dikenali sebagai vape atau vapor merupakan antara aktiviti yang semakin popular dalam kalangan muda mudi. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2015 telah mengharamkan pengguna rokok elektronik atau vape namun penggunaan masih berleluasa. Ramai pengguna mendakwa ia menggantikan rokok yang mereka hisap, ataupun ia mencegah mereka dari merokok yang jauh lebih merbahaya. Di Malaysia, pengguna rokok elektronik adalah dari pelbagai latar belakang umur, pendapatan, status sosial dan pendidikan. Consumers Association of Penang (CAP) (2015) melaporkan bahawa aduan yang mereka terima dari para guru bahawa kanak-kanak berumur 12 tahun sudah mula menggunakan rokok elektronik. Penggunaan vape bukan hanya berlaku di Malaysia malah di banyak negara. Dalam kajian Public Health England, McNeill, Brose, Calder, Hitchman, Hajek dan McRobbie (2015) mendapati sebab utama masyarakat khususnya di United Kingdom mengamalkan aktiviti vape adalah atas sebab ingin berhenti merokok dan terdapat sebilangan kecil golongan ini mengatakan mereka mencuba vape kerana perasaan ingin tahu. Mereka menganggarkan 5.5% daripada populasi dewasa di England menggunakan rokok elektronik pada suku pertama tahun 2015, iaitu peningkatan 0.5% dari tahun 2011. Tinjauan oleh National Center for Health Statistics (NCHS,2014) pada 2014 dalam kalangan sejumlah 36,697 orang di Amerika Syarikat mendapati 14.2% laki-laki dan 11.2% perempuan pernah menggunakan vape. Pecahan umur pengguna vape adalah 18-24 tahun (21.6%); 25-44 tahun (16.6%); 45-64 tahun (10.2%) dan hanya 3.7% dalam kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Data ini menunjukkan aktiviti vape menjadi pilihan golongan yang muda. Disebabkan fenomena vape ini semakin berleluasa sehingga ada murid di daerah ini tular di media sosial akibat penggunaan vape, Unit Hal Ehwal Murid (Sahsiah dan Disiplin) PPD Seberang Prai Selatan menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan murid sekolah menengah (remaja berusia 13-18 tahun) di daerah Seberang Perai Selatan berkaitan sebab memilih untuk vape serta kesan daripada penggunaannya. OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Mengenalpasti tahap pengetahuan dan faktor penggunaan vape dalam kalangan murid menengah. 3.2 Objektif Khusus • Mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai vape dalam kalangan murid.. • Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan vape dalam kalangan murid.


RESPONDEN Seramai 1178 orang murid di daerah Seberang Perai Selatan terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (remaja berusia 13-18 tahun) telah menyertai kajian ini melalui persampelan secara rawak berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Cohen et al. (2001). JADUAL 1 : Jadual penentuan saiz sampel KAEDAH PERLAKSANAAN Menggunakan medium Google Form dan disebarluaskan melalui Telegram, kumpulan WhatsApp Guru Bimbingan dan Kaunseling daerah dan Channel Telegram PK HEM daerah. DAPATAN Kajian ini melibatkan seramai 1178 orang murid yang menjawab secara sukarela secara rawak daripada enam tingkatan sekolah menengah terdiri daripada 238 orang murid Tingkatan 1 (20.2%), 253 orang murid Tingkatan 2 (21.5%), 212 orang murid Tingkatan 3 (18.0%), 196 orang murid Tingkatan 4 (16.7%), 159 orang murid Tingkatan 5 (13.5%) dan 119 orang murid Tingkatan 6 (11.1%). Seramai 511 orang (43.4%) responden adalah lelaki manakala 666 orang (56.6%) adalah perempuan.


JADUAL 2 Pengetahuan berkaitan sebab penggunaan vape Skala Bil. Responden Peratus (%) Pengaruh rakan Sangat Setuju 466 39.6 Setuju 440 37.4 Tidak Pasti 166 14.1 Tidak Setuju 41 3.5 Sangat Tidak Setuju 65 5.5 Keinginan sendiri Sangat Setuju 206 17.5 Setuju 512 43.5 Tidak Pasti 339 28.8 Tidak Setuju 58 4.9 Sangat Tidak Setuju 63 5.3 Mudah didapati di pasaran Sangat Setuju 279 23.7 Setuju 310 26.3 Tidak Pasti 390 33.1 Tidak Setuju 128 10.9 Sangat Tidak Setuju 71 6.0 Pengaruh media Sangat Setuju 288 24.4 Setuju 417 35.4 Tidak Pasti 321 27.2 Tidak Setuju 88 7.5 Sangat Tidak Setuju 64 5.4 Mengikuti gaya terkini Sangat Setuju 378 32.1 Setuju 405 34.4 Tidak Pasti 251 21.3 Tidak Setuju 79 6.7 Sangat Tidak Setuju 65 5.5 Berdasarkan Jadual 2, responden merasakan sebab utama remaja menggunakan vape adalah pengaruh rakan (77.0%) diikuti ingin mengikuti gaya terkini (66.5%). Ini menunjukkan remaja merupakan golongan yang mudah terikut-ikut dan terdedah kepada pengaruh luar apabila melibatkan diri dengan vape berbanding keinginan sendiri (61.0%). JADUAL 3 Pengetahuan berkaitan aktiviti penggunaan vape Skala Bil. Responden Peratus (%) Rasa relaks kepada Sangat Setuju 76 6.5 penggunanya Setuju 148 12.6 Tidak Pasti 524 44.5 Tidak Setuju 143 12.1 Sangat Tidak Setuju 287 24.4 Diterima oleh kawan-kawan Sangat Setuju 54 4.6 Setuju 174 14.8 Tidak Pasti 356 30.2 Tidak Setuju 238 20.2 Sangat Tidak Setuju 356 30.2


Kelihatan bergaya Sangat Setuju 77 6.5 Setuju 146 12.4 Tidak Pasti 262 22.2 Tidak Setuju 243 20.6 Sangat Tidak Setuju 450 38.2 Mengisi masa lapang Sangat Setuju 36 3.1 Setuju 78 6.6 Tidak Pasti 273 23.2 Tidak Setuju 252 21.4 Sangat Tidak Setuju 539 45.8 Tidak merbahaya seperti Sangat Setuju 35 3.0 rokok konvensional Setuju 31 2.6 Tidak Pasti 276 23.4 Tidak Setuju 235 19.9 Sangat Tidak Setuju 601 51.0 Motivasi sebelum memulakan Sangat Setuju 25 2.1 kerja atau belajar Setuju 22 1.9 Tidak Pasti 237 20.1 Tidak Setuju 258 21.9 Sangat Tidak Setuju 636 54.0 Perkara biasa dalam Sangat Setuju 94 8.0 kalangan remaja Setuju 238 20.2 Tidak Pasti 311 26.4 Tidak Setuju 201 17.1 Sangat Tidak Setuju 334 28.4 Lebih sedap berbanding Sangat Setuju 149 12.6 rokok konvensional Setuju 279 23.7 Tidak Pasti 494 41.9 Tidak Setuju 76 6.5 Sangat Tidak Setuju 180 15.3 Lebih mudah dibawa Sangat Setuju 157 13.3 Setuju 318 27.0 Tidak Pasti 463 39.3 Tidak Setuju 93 7.9 Sangat Tidak Setuju 147 12.5 Membantu perokok biasa Sangat Setuju 67 5.7 berhenti merokok Setuju 140 11.9 Tidak Pasti 439 37.3 Tidak Setuju 197 16.7 Sangat Tidak Setuju 335 28.4 Berdasarkan Jadual 3, , didapati tahap pengetahuan murid-murid adalah baik di mana mereka dapat memberikan respon yang rasional. Responden tidak bersetuju dengan pendapatpendapat yang mengatakan bahawa menghisap vape memberi manfaat yang baik iaitu memberi rasa relaks (36.5%), diterima oleh kawan (50.4%), kelihatan bergaya (58.8%) mengisi masa lapang (67.2%) dan memberi motivasi sebelum melakukan sesuatu (75.9%). Selain itu, responden tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan menghisap vape tidak berbahaya seperti menghisap rokok konvensional (70.9%). Hanya 28.2% responden bersetuju bahawa menghisap vape adalah berkara biasa dalam kalangan remaja manakala


45.5% responden tidak bersetuju. Seramai 26.4% responden tidak pasti dengan fenomena ini. Seramai 36.3% responden juga bersetuju bahawa vape menjadi pilihan remaja masa kini disebabkan oleh faktor lebih sedap berbanding rokok konvensional yang terdapat dalam pelbagai perisa berbanding 21.8% tidak bersetuju disamping faktor lebih mudah dibawa seramai 40.3% berbanding 20.4% tidak setuju. Seramai 45.1% responden bersetuju bahawa vape tidak dapat membantu perokok biasa berhenti merokok manakala 17.6% tidak bersetuju dan 37.3% responden tidak pasti. JADUAL 4 Pengetahuan berkaitan kesan penggunaan vape Skala Bil. Responden Peratus (%) Memberi kesan buruk yang Sangat Setuju 613 52.0 sama seperti rokok Setuju 306 26.0 konvensional Tidak Pasti 153 13.0 Tidak Setuju 39 3.3 Sangat Tidak Setuju 67 5.7 Ada pihak yang memasukkan Sangat Setuju 491 41.7 bahan terlarang di Setuju 342 29.0 dalam flavour vape Tidak Pasti 280 23.8 Tidak Setuju 21 1.8 Sangat Tidak Setuju 44 3.7 Individu dikenali mengalami kesan buruk selepas mencuba flavour vape tertentu Ada 233 19.8 Tiada 945 80.2 Pernah mencuba flavour vape tertentu dan berasakan sesuatu yang luar biasa Ada 33 2.8 Tiada 1145 97.2 Menawarkan untuk mencuba flavour vape yang tidak pernah saya cuba dan mencurigakan Ada 145 12.3 Tiada 1033 87.7 Berdasarkan Jadual 4, 78.0% responden bersetuju bahawa penggunaan vape memberi kesan buruk yang sama seperti rokok konvensional manakala hanya 9.0% responden tidak bersetuju. Responden juga peka bahawa ada pihak yang memasukkan bahan terlarang di dalam flavour vape di mana 70.7% bersetuju manakala hanya 5.5% responden tidak bersetuju. Seramai 233 orang daripada keseluruhan responden mengatakan ada rakan atau individu yang mereka kenali mengalami kesan buruk seperti muntah, pengsan, khayal atau hilang kawalan selepas mencuba jenis flavour vape tertentu. 33 orang responden pula mengakui bahawa mereka pernah mencuba flavour vape tertentu dan berasakan sesuatu yang luar biasa seperti pening, loya atau pitam selepas menggunakannya. Selain itu, seramai 145 responden mendedahkan ada individu samada yang mereka kenal atau tidak kenal pernah menawarkan kepada mereka untuk mencuba flavour vape yang tidak pernah saya cuba dan kelihatan mencurigakan.


PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Penggunaan vape mempunyai banyak kesan buruk kepada tubuh badan manusia sepertimana rokok biasa. Banyak negara telah melarang penjualan dan penggunaannya, namun masih banyak lagi yang tidak mengharamkannya termasuk Malaysia. Majlis fatwa juga telah mengharamkan vape sama seperti rokok dan shisha bagi orang Islam di Malaysia. Remaja juga mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan (77.0%). Ramai juga yang tertarik dengan teknologi vape yang membuat mereka ingin mencuba vape. Ini disebabkan golongan remaja dari segi psikologinya masih belum matang dari segi membuat keputusan serta mudah terpengaruh dengan rakan mahupun sesuatu yang baru serta yang bergaya. Penggunaan vape secara berleluasa boleh meninggalkan kesan negatif kepada remaja dan ia perlu ditangani segera melalui usaha bersepadu seperti pengharaman jualan dan penggunaan, pendidikan pencegahan serta kaedah intervensi yang berkesan. Dapatan daripada soal selidik ini juga menunjukkan sudah ada murid di daerah ini yang pernah mencuba vape yang mengandungi bahan yang mencurigakan dan yang menjadi kebimbangan adalah flavour mushroom yang juga dikenali sebagai “mantul”, “pening” dan sebagainya sudah mula mempengaruhi mereka. Penggunaan bahan terlarang ini masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memandangkan ia adalah jenis baharu dan belum diklasifikasikan samada dadah, racun atau yang seumpanya. Apa yang merisaukan ialah kesan penggunaan bahan ini di dalam vape menyebabkan penggunanya khayal, muntah, pengsan dan lain-lain kesan negatif terhadap tubuh badan. Antara teori yang boleh diterapkan dalam mengawal penggunaan vape dalam kalangan remaja ialah Cognitive Behavior Therapy (CBT). Menurut teori ini, walaupun seseorang individu tidak dapat mengawal setiap aspek di sekeliling mereka, mereka dapat mengawal bagaimana mereka mentafsirkan dan menangani perkara-perkara dalam persekitaran mereka. Tumpuan kognitif-tingkah laku ialah mengubah fikiran negatif dengan meneliti pemikiran ini dan digalakkan untuk melihat bukti dari reality yang sama ada menyokong atau membantah pemikiran ini. Sebagai contoh mengubah persepsi remaja yang merasakan menghisap vape tidak merbahaya seperti menghisap rokok biasa kepada pemikiran bahawa bahaya menghisap vape adalah sama seperti menghisap rokok biasa. Antara intervensi yang boleh dilakukan di peringkat sekolah ialah: 1. Memberi pendedahan tentang keburukan vape sejak dari peringkat awal. Murid-murid perlu tahu bahawa cecair vape yang menghasilkan asap dengan menggunakan suhu yang tinggi bersama bahan kimia yang mengandungi formaldehyde adalah amat berbahaya kepada kesihatan disamping kandungan nikotin dalam cecair vape juga boleh meninggalkan kesan ketagihan yang serius kerana di dapati ada cecair vape mengandungi nikotin yang jauh lebih tinggi berbanding rokok biasa. 2. Memberi pendedahan bahawa mereka mungkin boleh terjerumus dengan ketagihan kerana terdapat laporan mengatakan terdapat cecair vape yang dijual dipasaran dicampur dengan dadah atau bahan lain yang menyebabkan ketagihan (Sinar Harian, 2015).


3. Memberi penegasan dan peneguhan bahawa pengharaman rokok, vape, shisha dan seumpamanya adalah sama seperti pengharaman minum arak atau makan daging khinzir yang tidak boleh dipandang ringan dan enteng terutamanya bagi murid beragama Islam. Kesimpulannya, jati diri murid perlu diperkukuhkan pada peringkat awal lagi agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan kawan dalam aktiviti negatif, membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan risiko serta terlalu terikut-ikut dengan gaya terkini yang berkemungkinan boleh merosakkan diri dalam jangka masa panjang. RUJUKAN Consumers Association of Penang (CAP). 2015. Consumer Group : Malaysian Students Starting To Vape. http://www.tnp.sg/news/world-news/consumer-group-msianstudents-starting-vape McNeill, A., Brose, L.S., Calder, R., Hitchman, S.C., Hajek, P. & McRobbie, H. (2015). Ecigarettes : an evidence updates. A report commissioned by Public Health England. Public Health England. www.gov.uk/phe National Center for Health Statistics (NCHS) (2014). https://www.cdc.gov/nchs/products/databriefs/db217.htm Laman Sesawang Astro Awani. 2015. Penggunaan Vape Haram - Majlis Fatwa Kebangsaan. 18 Ogos 2015. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/erokok-haram-katamajlis-fatwa-kebangsaan-70322 Kendra Cherry. 2019. Apakah Terapi Tingkah Laku Kognitif? 3 Oktober 2019. https://ms.reoveme.com/apakah-terapi-tingkah-laku-kognitif/ Disediakan oleh : Unit Hal Ehwal Murid (Sahsiah dan Disiplin) Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Selatan


UNIT HAL EHWAL MURID 2023


Click to View FlipBook Version