MESYUARAT AGUNG PIBG Kali ke-48 Dirasmikan oleh: YBrs. ENCIK SHAHFULRIZAL BIN A.BAKAR PENGURUS BESAR MELAKA BEKAL SDN. BHD. 22 JUN 2024 (SABTU) 9.00 PAGI DEWAN SK TANJUNG BIDARA SK TANJONG BIDARA, 78300 MASJID TANAH, MELAKA
ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Isi kandungan 2 2 Atur cara Majlis 3 3 Agenda Mesyuarat Agung PIBG 4 4 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 5-8 5 Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2025 9 6 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 10-18 7 Penyata Kewangan PIBG 19 8 Perbahasan Usul/ Cadangan Mesyuarat Agung PIBG 20-21 9 Laporan Pencapaian Sekolah 22 10 Enrolmen Guru dan Staf 23 11 Lampiran 24 2
ATUR CARA MAJLIS 8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa Sarapan pagi 9.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat : Nyanyian - Lagu Negaraku - Lagu Melaka Maju Jaya : Bacaan Doa Ustaz Arif Arrasyidin bin Shafie SRA JAIM Tg Bidara : Ucapan Yang Dipertua PIBG Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu DPSM, BCM, BKT, PPN, PJK Ketua Eksekutif Zakat Melaka : Ucapan Penasihat PIBG En.Mohd Nasri bin Sahat Guru Besar SK Tg. Bidara : Ucapan Timbalan Pendidikan Daerah Alor Gajah, Sektor Pengurusan Sekolah, : En. Abd. Jabar bin Md. Yusup : Ucapan Perasmian YBrs. Encik Shahfulrizal bin A. Bakar Pengurus Besar Melaka Bekal Sdn. Bhd. : Penyampaian Cenderamata : Cabutan Bertuah : Mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru SKTB »Membentang dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 »Perkara Berbangkit »Membentangkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir Disember 2023 »Membahaskan Usul 2024 »Hal-hal lain »Ucapan Penangguhan : Bersurai 3
Agenda mesyuarat agung tahunan 2024/2025 Ucapan Pengerusi Ucapan Penasihat Membentang dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 Perkara Berbangkit Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir Disember 2023 Membahaskan Usul 2024 Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 4
Jawatankuasa pelaksana Mesyuarat agung kali ke-48/2024 Penasihat Encik Mohd Nasri bin Sahat Pengerusi Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu Naib Pengerusi Encik Mohd Nor Fadzil bin Md Salleh Setiausaha Cik Samsinar binti Othman Pen. Setiausaha Pn. Rohana binti Harun Bendahari Pn. Hjh. Siti Rizalina binti Mislan AJK Sambutan Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu Encik Mohd Nor Fadzil bin Md Salleh Encik Mohd Nasri bin Sahat En. Jasmi bin Rahman En. Zainal Abidin bin Ahmad Pn. Noorazwa binti Idris Pn. Zareena binti Md Jenil Juruacara Pn. Zarida binti Jaafar Pn. Noralizah binti Alias Pendaftaran Pn. Noor Yusmiaina binti Yazid Pn. Nurul Adilah binti Che Soh Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Rohana binti Harun Pn. Nurul Ainura binti Khairuddin Pn. Norazlinda binti Adam Pn. Ahlam Zaini binti Ab Rahim Bacaan Doa En. Arif Arrasyidin bin Shafie Buku Program Cik Samsinar binti Othman Pn. Rohana binti Harun Pn. Nor Rahayu binti Mujahid Pn. Norazlinda binti Adam PA Sistem/LCD En. Nor Hazizan bin Hasan En. Mohamad Azrin bin Hamzi En. Khairul Afandi bin Lokman 5
Backdrop & Banner Pn. Nurlizah binti Md Yunas Pn. Zarida binti Jaafar Pn. Fadilah binti Hussin AJK Persediaan Tempat Sebelum & Selesai En. Mohd Rais bin Isha En. Abd Hanif bin Hj Mad Shah En. Mohamad Azrin bin Hamzi En. Abd. Mutalib bin Yahya Pn. Marziah binti Hamzah Pn. Hjh. Juliah binti Ismail Pn. Diana binti Musa En. Mohd Shahid Ahmad bin Roseli Pn. Norashikin binti Musa Pn. Siti Suhaila binti Musa Pn. Zanariah binti Rauh En. Noorsham bin Md Saari En. Fadzil bin Abdul Rahim Pn. Zabidah binti Md Yasin AJK Jamuan VIP Pn. Rosazilah binti Shoib Pn. Marziah binti Hamzah Cik Nurul Aida binti Addnan Pn. Anis Afarina Binti Daud Pn. Norliah Binti Harun AJK Jamuan Ibu Bapa Pn. Zuraida binti Baharuddin Cik Kuziana binti Kubut Pn. Norhafesiah binti Mohamed Hashim Pn. Nurlizah binti Md Yunas Pn. Zuraidah binti Mohd Yusof Pn. Zainab binti Amri Pn. Siti Suhaila binti Musa Pn. Suriana binti Megat Zabidi Pn. Nur Fatini Binti Muhd Ridzuan AJK Jamuan Murid Pn. Maimon binti Mohd Subari@Sarman Pn. Wan Norizah binti Wan Osman Cik Fariza Ezlin binti Zamri Pn. Hjh. Juliah binti Ismail Pn. Noralizah binti Alias Pn.Norashikin binti Musa Pn. Zabidah binti Md Yasin 6
AJK Cenderamata/ Hadiah/ Cabutan Bertuah Pn. Hjh Siti Rizalina binti Mislan Pn. Hasnah binti Don Pn. Buhairoh binti Baharon Pn. Nurainaa Izzati binti Daud Pn. Normala binti Md Sani Pn. Maznah Binti Mohd Yusoff Sijil & Cenderamata Penceramah Pn. Noor Yusmiaina binti Yazid Pn. Nurul Ainura binti Khairuddin Fotografi Pn. Norfarahana binti Mohamad Lajim Pn. Fadilah binti Hussin AJK Kebersihan En. Abd. Mutalib bin Yahya En. Mohamad Azrin bin Hamzi En. Noorsham bin Md Saari En. Fadzil bin Abdul Rahim Pn. Siti Norhana binti Abd Rahman AJK Kecemasan En. Zainal Abidin bin Ahmad Pn. Wan Norizah binti Wan Osman Pn. Zareena binti Md Jenil Pn. Nor Syuhada binti Din Mustafaha AJK Kerohanian Cik Junaidah binti Kidam Pn. Nor Rahayu binti Mujahid Pn. Nurul Adilah binti Che Soh Pn. Siti Hanani binti Ismail Pn. Razdiah binti Bakar @ A.Bakar AJK Kawalan Keselamatan Khas En. Mohd Azizi bin Abdul Halim En. Abdul Rahim bin Mohd Derus En. Mohd Syahir bin Hj Tambi Chik En. Ahmad Mawardi Bin Abu En. Mohamad Al Hafiz Bin Md Hiaris Pemuda UMNO Tg Bidara Pengawal Keselamatan Sekolah 7
Dokumentasi Cik Samsinar binti Othman Pn. Nurul Adilah binti Che Soh AJK Kawalan Murid En. Mohd Shahid Ahmad bin Roseli Pn. Zarida binti Jaafar Cik Samsinar binti Othman En. Nor Hazizan bin Hasan En. Abd. Mutalib bin Yahya Pn. Nor Faizah binti Hj Sabtu Pn. Razdiah binti Bakar @ A.Bakar Cik Fariza Ezlin binti Zamri Cik Kuziana binti Kubut Cik Nur Aqilah Balqis binti Kamaruddin Cik Amyra Hadhirah binti Zainol En. Khairul Afandi bin Lokman Pn. Diana binti Musa Pn. Nur Syahirah binti Suriansah Pn. Siti Hanani binti Ismail Cik Junaidah binti Kidam 8
AHLI JAWATANKUASA PIBG SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2023/2025 Penasihat : En. Mohd Nasri bin Sahat Yang Di Pertua : Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu Naib YDP : En. Mohd Nor Fadzil bin Md Salleh Setiausaha : Cik Samsinar binti Othman Pen. Setiausaha : Pn. Rohana binti Harun Bendahari : Pn. Hjh Siti Rizalina binti Mislan Pk Pentadbiran : En. Jasmi bin Rahman PK Hal Ehwal Murid : En. Zainal Abidin bin Ahmad Pk Kokurikulum : Pn. Noorazwa binti Idris AJK Guru : Pn.Norazlinda binti Adam : Pn. Nurainaa Izzati Daud : Cik Junaidah Kidam : Pn. Noralizah Alias : Pn. Razdiah Bakar @ A.Bakar : En. Nor Hazizan Hasan AJK Ibu Bapa : Pn. Suriana Bt Megat Zabidi : Pn. Zabidah Binti Md Yasin : Pn. Anis Afarina Binti Daud : Pn. Norliah Binti Harun : Pn. Normala Bte Md Sani : Pn. Nur Fatini Binti Muhd Ridzuan : Pn. Nor Syuhada Binti Din Mustafaha : Pn. Maznah Binti Mohd Yusoff : Pn. Siti Norhana Binti Abd Rahman : En. Abdul Rahim Bin Mohd Derus : En. Fadzil Bin Abdul Rahim : En. Mohd Syahir Bin Hj Tambi Chik : En. Ahmad Mawardi Bin Abu : En. Mohamad Al Hafiz Bin Md Hiaris Pemeriksa Kira-kira 1 : Pn. Buhairoh Baharon Pemeriksa Kira-kira 2 : En. Mohd Azizi Abdul Halim 9
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47 10 TARIKH : 23 JUN 2023 (JUMAAT) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SK TANJONG BIDARA KEHADIRAN :130 ORANG PERASMI : YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Hj.Sabtu Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST Merangkap YDP PIBG SK Tanjong Bidara AGENDA 1 UCAPAN PENASIHAT 1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua tetamu.Beliau merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat berkumpul bersama-sama di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ini. 1.2 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Azhar,wakil PPD Alor Gajah dan ibu bapa atas kehadiran. Sesungguhnya kehadiran ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak. 1.3 Guru Besar menyatakan rasa terharu dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak sepanjang tempoh dua bulan menjadi warga SK Tanjong BIdara.Beliau turut mengharapkan kerjasama yang berterusan sepanjang beliau meneraju SKTB.Tanpa sokongan daripada semua pihak pasti sukar untuk beliau meneraju tampuk kepimpinan SK Tanjong Bidara. 1.4 Guru Besar memaklumkan aktiviti luar bilik darjah sudah boleh dijalankan seperti biasa dan mengharapkan semua murid dapat melibatkan diri secara aktif kerana ini dapat membantu untuk meningkatkan markah PAJSK. 1.5 Guru Besar turut mengharapkan ibu bapa memberi dorongan ,galakan dan keizinan untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sama ada aktiviti akademik mahupun kokurikulum. 1.6 Guru Besar sangat mengharapkan ibu bapa agar dapat memanyau perilaku anakanak di rumah agar tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang berpunca daripada penggunaan media sosial secara berleluasa dan tidak terkawal. 1.7 Guru Besar memaklumkan Ujian Saringan Minda Sihat akan diadakan sepanjang tahun bagi pelajar tahun 5 dan 6. Jika murid didapati cenderung ke arah kemurungan, murid akan dirujuk ke doktor pakar untuk pemeriksaan selanjutnya. 1.8 Akhir sekali,Guru Besar sangat mengharapkan kerjasama yang baik,komitmen yang berterusan bagi memastikan kecemerlangan dan kemenjadian murid SK Tanjong Bidara.
11 AGENDA 2 UCAPAN TIMBALAN PENDIDIKAN DAERAH ALOR GAJAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, ENCIK AZHAR BIN MD.NOH 2.1 En.Azhar bin Md.Noh mengucapkan kata-kata aluan dan mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada barisan jawatankuasa PIBG,pentadbir sekolah dan ibu bapa yang sudi hadir bagi membincangkan masa depan anak-anak SK Tanjong Bidara pada petang ini. 2.2 Beliau sangat mengharapkan ibu bapa sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi anak-anak SK Tanjong Bidara.Beliau mengharapkan kerjasasama yang erat dari kedua pihak dan tidak mengharapkan pihak sekolah semata-mata dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. 2.3 Beliau turut menyatakan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membantu ke arah meningkatkan kualiti kemenjadian secara menyeluruh dari pelbagai aspek. 2.4 Beliau turut memaklumkan peranan PIBG bukan sekadar mengharapkan guru semata-mata,bahkan peranan PIBG perlu diperkembangkan melibatkan komuniti yang lebih besar seperti NGO,komuniti setempat dan juga badan-badan swasta. 2.5 Beliau mengharapkan PIBG SK Tanjong Bidara dapat mencontohi PIBG sekolahsekolah yang cemerlang yang banyak membantu dan banyak memberi sumbangan terhadap kecemerlangan sekolah dan murid-murid khususnya. 2.6 Beliau turut mencadangkan agar PIBG dapat menubuhkan alumni bagi membantu pihak sekolah dalam pelbagai bentuk samada dari segi sumbangan tenaga,wang ringgit dan membantu meningkatkan prasarana sekolah. 2.7 Beliau turut menyatakan beliau sebagai Timbalan PPD Bahagian Pembangunan Murid yang di bawahnya terdapat Hal Ehwal Murid dan Pembangunan Bakat Murid. Beliau sangat mengharapkan anak-anak SK Tanjong Bidara dapat melibatkan diri secara aktif dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2.8 Beliau turut memaklumkan pihak kementerian bersama PPD dan JPN telah membuat satu program menjejak dan mengesan pelajar-pelajar yang keciciran. Beliau meluahkan rasa terkilan kerana terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengendahkan kehadiran anak-anak ke sekolah dan turut merasa sedih dengan anak-anak yang terlibat dengan pengaruh rakan sebaya juga media sosial sehingga pelajaran mereka terabai. 2.9 Akhir sekali,beliau mengharapkan perkara-perkasa yang berkaitan dengan isu kehadiran ke sekolah dan ponteng ini dapat dibanteras dan dikurangkan di masa akan datang.Beliau juga menjelaskan kepentingan Pendidikan demi masa depan anak-anak.
12 AGENDA 3 UCAPAN PERASMI 3.1 YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu mengucapkan kata-kata aluan kepada Pegawai PPD yang hadir,Tuan Guru Besar para pentadbir, AJK PIBG, Pengerusi JKKK, guru-guru dan semua ibu bapa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat agong PIBG pada petang ini. Namun, beliau sedikit kesal kerana kehadiran ibu bapa agak kurang memberangsangkan pada mesyuarat kali ini. 3.2 YDP memulakan ucapan dengan mengingatkan ibu bapa tentang isu ponteng yang membimbangkan. Sebagai mantan barisan pentadbir sekolah, beliau telah beberapa kali turut serta dalam ziarah cakna yang melibatkan guru bimbingan dan kaunseling dan para pentadbir. Amat menyedihkan apabila ibu bapa sendiri tiada usaha untuk mengejut anak-anak bangun tidur apabila guru-guru datang ke rumah. Beliau mengingatkan ibu bapa agar lebih tegas untuk mendisiplinkan anakanak di rumah kerana anak-anak harus dibentuk daripada kecil. 3.3 YDP juga turut mengulas isu aduan daripada ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp yang kebanyakannya bertujuan provokasi. Beliau mencadangkan agar aplikasi tersebut dibuka sehala sahaja sebagai medium penyampaian maklumat daripada pihak sekolah. Beliau juga menjelaskan tujuan mesyuarat agong PIBG diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan anak-anak di sekolah. 3.4 YDP menerangkan berkaitan yuran tahunan PIBG SK Tanjong Bidara sebanyak RM 30 per keluarga merupakan antara yuran terendah berbanding sekolah lain yang kebanyakannya RM50 sekeluarga atau seorang murid. Oleh sebab itu, beliau amat memohon kerjasama dan sokongan ibu bapa untuk memakmurkan tabung PIBG sekolah demi kepentingan anak-anak SK Tanjong Bidara. 3.5 YDP turut menjawab isu Kad RAYATHON yang banyak diutarakan oleh ibu bapa di dalam group Whatsapp kelas. Beliau menjelaskan bahawa Program Kutipan kad RAYATHON ini telah bermula pada dua tahun lepas iaitu pada tahun 2020 dan telah berjaya mendapat RM25 000. Hasil kutipan tersebut telah berjaya menambah baik prasarana sekolah seperti melengkapkan Bilik Serbaguna SKTB yang menelan belanja lebih kurang RM 15 000. Beliau menegaskan kutipan dibuat hanyalah dalam kalangan ahli keluarga dan tempoh kutipan yang dibenarkan adalah sepanjang bulan Syawal sahaja. Bagi isu denda akibat kehilangan kad, beliau menerangkan hal tersebut adalah untuk mengajar murid-murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi di sekolah.
13 3.6 Sebelum merasmikan majlis ini, YDP turut memaklumkan berkenaan pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa PIBG yang baru bagi penggal 2023/2025. Oleh itu beliau berharap agar semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat memilih AJK yang terbaik yang dapat meneruskan kerja kuat pembangunan SKTB. Beliau turut menegaskan mengenai bantuan pelbagai yang diperoleh anak-anak daripada keluarga B40 dalam sekolah antaranya RMT, KWAMP, BAP dan TAPeM yang memerlukan ibu bapa untuk mengisi dan memulangkan borang berkaitan kepada pihak sekolah untuk diproses. Oleh itu, beliau berharap agar ibu bapa lebih peka demi kelancaran proses bantuan disalurkan kepada murid-murid. 3.7 Akhir kata, YDP memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan menyatakan bahawa beliau sedaya upaya menyampaikan amanah sebagai YDP PIBG SKTB Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, beliau telah merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 pada pukul 4:40 petang. AGENDA 4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT 4.1 Cadangan : Puan Nor Syuhada binti Din Mustafaha Sokongan : Disokong sebulat suara AGENDA 5 PERKARA BERBANGKIT 5.1 Tiada perkara berbangkit AGENDA 6 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR DISEMBER 2022 6.1 En. Haji Mohd Nor Fadzil bin Abd. Rahim bertanya apakah maksud tumpang lalu yang terdapat di dalam akaun kira-kira PIBG. Adakah PIBG mengenakan sebarang caj bayaran kepada jumlah wang tumpang lalu itu. 6.2 Ybhg. Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu menjelaskan bahawa PIBG bukan Syarikat Enterprise dan tidak mengambil sebarang keuntungan melalui kewangan tumpang akaun itu perlu diaudit. YDP PIBG juga menjelaskan sumbangan yang diterima Parlimen Masjid Tanah telahpun diagihkan iaitu PIBG sebanyak RM 2000 dan sekolah sebanyak RM 3000. 6.3 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan bagi Tahun 2022 dan meminta hadirin mencadangkan agar penyata kewangan tersebut disahkan dan disokong. 6.4 Cadangan : En. Haji Fadil bin Abd. Rahim Sokongan : Disokong sebulat suara
14 AGENDA 7 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AJK BAHARU 2023-2025 7.1 Ybhg. Datuk membubarkan AJK PIBG SK Tanjong Bidara bagi sesi 2021-2023 dengan rasminya dan beliau mencadangkan pelantikan AJK Baharu PIBG SK Tanjong bagi sesi 2023-2025. 7.2 En. Ahmad Mawardi mencadangkan Timbalan Pengerusi iaitu En Mohd Nor Fadhil Salleh untuk menjadi pengerusi sementara. Pengerusi sementara membuka cadangan kepada semua untuk cadangan nama calon jawatan YDP PIBG SK Tanjong Bidara. 7.3 En Ahmad Mawardi mencadangkan Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023 – 2025 dan disokong oleh Pn Syuhada. 7.4 Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023 – 2025 membuka cadangan kepada semua bagi menamakan calon NYDP bagi sesi 2023- 2025. En. Ahmad Mawardi mencadangkan En. Mohd Nor Fadzil bin Salleh sebagai NYDP PIBG SK Tanjong Bidara bagi sesi 2023-2025 dan disokong oleh En. Abd Rahim Bin Md. Derus. 7.5 YDP membuka cadangan untuk barisan AJK PIBG SK Tanjong Bidara bagi sesi 2023-2025 kepada semua hadirin. Pn. Nor Syuhada binti Mustafaha melantik dirinya sendiri dan diteruskan lagi dengan cadangan AJK baharu.Di samping itu, En Syahir, En Azizi, En Rahim, Pn Zarina, Pn Syuhada dan En Ahmad Mawardi diminta dikekalkan sebagai AJK PIBG bagi sesi 2023-2025. 7.6 Pn Razdiah mencadangkan Pn Suriana Megat Zabidi dan Pn Zabidah Md Yasin sebagai AJK PIBG bagi sesi 2023 – 2025. 7.7 En Junaidi bin Abdullah mencadangkan Pn Anis Safarina Daud sebagai AJK PIBG bagi sesi 2023-2025. 7.8 YDP turut mencalonkan En Luqman Hakim, Pn Noormala, Pn Fatini, En Hafiz, Pn. Maznah, Pn Norhana dan Pn Norliah. 7.9 Akhir sekali, YDP PIBG meminta nama-nama AJK PIBG bagi sesi 2023-2025 telah dicadangkan untuk ke hadapan dewan dan memaparkan wajah-wajah AJK yang bakal bekerjasama dalam PIBG SK Tanjong Bidara. Beliau berbesar hati menerima sumbangan idea, tenaga dan masa dari pembentukan AJK baru untuk menjayakan hasrat dalam PIBG SK Tanjong Bidara bagi sesi 2023 – 2025 seperti dewan terbuka dan lain-lain . Beliau telah menangguhkan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 pada pukul 6.00 petang.
15 AGENDA 8 MEMBAHASKAN USUL 2023 8.1 USUL 1 : Nama Pencadang : En. Nor Fadzil bin Md Salleh Cadangan: Mengosongkan ruang depan pagar utama sewaktu balik bagi memudahkan van sekolah mengambil murid-murid. YDP PIBG: Usul diterima dan diminta untuk Pengawal Keselamatan membantu supaya depan pagar utama dikosongkan bagi memudahkan van sekolah untuk mengambil murid sekolah ketika pulang. 8.2 USUL 2: Nama Pencadang : Puan Nor Syuhada binti Din Mustafaha Cadangan 1: Pemasangan solar bagi mengurangkan kos elektrik. Cadangan 2: Mengadakan aktiviti gotong-royong melibatkan PIBG YDP PIBG: Pemasangan solar adalah bertujuan mengurangkan kos elektrik dan sedang diusahakan kerana prosesnya agak rumit dan memerlukan kebenaran daripada kementerian. Program kecerian kelas dan gotong-royong telah dilaksanakan dan YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir. Usul ini diterima dan ibubapa dapat memberikan kerjasama untuk hadir bersama-sama apabila program sebegini diadakan. Notis awal akan dikeluarkan oleh pihak sekolah sebagai Makluman tentang program yang akan dijalankan. 8.3 USUL 3: Nama Pencadang : Puan Noorasyikin binti Abd Rahman Cadangan: Mewujudkan laluan sehala sewaktu murid pulanh dari sekolah. YDP PIBG: Laluan yang dicadangkan memang sudah ada dan diminta Pengawal Keselamatan membuat traffic seperti hari biasa terutama pada hari Rabu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 8.4 USUL 4: Nama Pencadang : Encik Mohd Hairul bin Talib Cadangan: Menghentikan kutipan Kad Rayathon YDP PIBG: membuat undian kepada tetamu yang hadir untuk memilih sama ada Kutipan Kad Rayathon diteruskan atau dihentikan. Majoriti bersetuju supaya Kad Rayathon diteruskan. Banyak manfaat yang diperolehi daripada kutipan Rayathon. Usul diterima.
8.5 USUL 5: Nama Pencadang : Puan Suriana binti Megat Zaidi Cadangan: Melatih murid berdidiplin dengan mencuci tandas sendiri secara bergilir. YDP PIBG: PM ke-10 telah mencadangkan untuk membuat aktiviti membersihkan tandas ini kerana apabila tandas bersih, tempat lain juga akan bersih. Secara psikologi ia adalah suatu amalan yang baik bagi mengajar seseorang anak untuk menjaga kebersihan. Puan Nor Syuhada binti Mustafaha juga mencadangkan supaya murid yang berpakaian sukan mengambil giliran membersihkan tandas. YDP mencadangkan agar diadakan penggiliran untuk membersihkan tandas di kalangan murid.Usul diterima. 8.6 USUL 6: Nama Pencadang : Encik Hazlyzan bin Ab Hamid Cadangan: Guru tidak terlalu garang sewaktu mengajar di kelas. YDP PIBG: Menyatakan bahawa tidak semua guru yang ada adalah garang. Garang dan marahnya seseorang guru adalah bersebab sebagai contoh, murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Sesekali guru garang adalah wajar selagi tidak memudaratkan seseorang murid. Usul diterima. 8.7 TAMBAHAN USUL: Nama Pencadang: Encik Mohd Azizi bin Abdul Halim Cadangan: membuat soyok bagi ibubapa yang membawa motorsikal di ruang menunggu motorsikal. Soyok yang dicadangkan adalah dari pondok telefon terus ke pintu pagar. Ianya sangat penting terutama ketika waktu hujan. YDP PIBG: Akan diusahakan untuk membina soyok berkenaan. Untuk makluman ketika hujan kedua-dua pagar akan dibuka dan kenderaan dibenarkan untuk masuk bagi menghantar anak terus ke dalam kawasan sekolah. 8.8 Nama Pencadang: Encik Ahmad Mawardi bin Abu Khir Cadangan: mencadangkan agar ibubapa yang lambat mengambil anak di sekolah agar beratur di belakang dan ikut giliran bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah. Encik Ahmad juga telah mempersoalkan tentang kotak parking bagi van sekolah yang telah digunakan oleh ibubapa yang bermotorsikal. Ini menyebabkan pihak van sekolah tiada tempat untuk mengambil murid-murid sekolah. YDP PIBG: cadangan motorsikal masuk terus ke dalam pagar sekolah ini tidak diterima kerana murid akan berkejaran dan membahayakan murid-murid. YDP mencadangkan agar van sekolah masuk ke dalam kawasan pagar sekolah bagi mengambil murid-murid sekolah dan menasihatkan agar keselamatan murid mestilah diutamakan. Motorsikal pula dicadangkan untuk parking ditempat van sekarang. Cadangan ini dipersetujui oleh Guru Besar SKTB. Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak parking di tempat penutup longkang. 16
17 8.9 Nama Pencadang: Puan Normala binti Md.Sani Cadangan: mencadangkan agar pemantauan dilakukan terhadap barangan yang dijual di kedai buku sekolah ini kerana didapati banyak barang berbentuk permainan telah dijual. 8.10 Nama Pencadang: Encik Ahmad Mawardi bin Abu Khir Cadangan: Mencadangkan agar guru yang berada pada waktu akhir dapat melepaskan murid-murid sebagaimana jadual. Kelewatan ini menyebabkan murid tidak dapat hadir ke sekolah agama petang terutama murid yang pulang menaiki van sekolah. YDP PIBG: Diterima dan mencadangkan tepat sahaja 1.30 murid hendaklah dilepaskan oleh guru yang berada pada masa akhir. Guru Besar menyokong cadangan YDP PIBG agar guru menepati masa pulang murid. AGENDA 9 HAL-HAL LAIN. 9.1 GPK Pentadbiran, En Jasmi bin Rahman, berharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah kerana pembelajaran setiap hari amat penting bagi melihat perkembangan anak-anak. 9.2 GPK Pentadbiran menegaskan bahawa garang guru bukanlah untuk menghukum tetapi untuk memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dan ini janganlah dijadikan sebagai alasan untuk murid tidak hadir ke sekolah. 9.3 GPK Pentadbiran turut menyatakan bahawa pembelajaran sekarang tidak hanya melihat kepada sijil akademik yang diperoleh tetapi tingkah laku keseluruhan. Segala aktiviti yang dilaksanakan di sekolah, berikan peluang kepada anak-anak untuk sertai dan sentiasa beri galakan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah. 9.4 Beliau turut memberi galakan kepada anak-anak untuk mendalami IR dan juga ICT. 9.5 Beliau berharap pemantauan terhadap anak-anak dari segi penggunaan media sosial dibuat agar mereka dapat sesuatu yang positif bukan terpesong daripada cara penggunaan yang sebenar ke arah yang tidak sepatutnya. 9.6 GPK Pentadbiran juga amat berharap ibu bapa perlu memberi sokongan kepada semua guru di peringkat sekolah untuk mendidik anak-anak agar mereka dapat mencapai kecemerlangan yang sebenar.
18 AGENDA 10 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu bapa di atas Kesudian menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47. 10.2 YDP mengharapkan segala usaha dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak sekolah akan kembali kepada anak-anak SKTB. 10.3 YDP turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas usaha mendidik anak-anak SKTB 10.4 YDP memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTB Kali ke-47 ditangguhkan pada jam 6.00 minit petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ..................................... ....................................................... (ROHANA BINTI HARUN) (DATUK MOHAMAD AZMI BIN HJ SABTU) PEN.SETIAUSAHA PIBG 2023/2024 YANG DI PERTUA PIBG SK TANJUNG BIDARA
PENYATA KEWANGAN pibg PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TANJUNG BIDARA, 78300 MASJID TANAH, MELAKA PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PIBG 1 JAN 2023 SEHINGGA 31 DIS 2023 19
USUL-USUL YANG DICADANGKAN OLEH IBU BAPA DAN GURU 2024 Usul 1: Mencadangkan agar ibu bapa dimaklumkan tentang keputusan peperiksaan anak-anak dan mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru. Daripada: Puan Norziela binti Pilus Nama anak: Mohammad Fattah Amin (2 Ibnu Sina) & Mohammad Fayyad Iman (4 Ibnu Sina) Usul 2: Mencadangkan untuk kembalikan semula peperiksaan pertengahan dan mengadakan perjumpaan ibu bapa dan guru untuk mengetahui perkembangan anak-anak berkaitan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Nama Pencadang: Puan Siti Khairiah binti Mohamad Sahudi Nama anak: Mohamad Harith Iqbal bin Rohaizad (6 Ibnu Sina) & Nur Auni Damia Bt Rohaizad (4 Ibnu Nafis) Usul 3: Mencadangkan agar pengisian perjawatan PPM di Pra Hayyan dipercepatkan untuk membantu guru prasekolah. Daripada: Puan Siti Norashikin binti Ahmad Nama anak: Nur Faqeeha Binti Fathiyuddin (Pra Hayyan) Usul 4: Mencadangkan untuk menukar meja yang rosak untuk keselesaan kegunaan murid. Daripada: En Mohd Zuraidy bin Abd Ghani Nama anak: Muhammad Izz Naufal ( 1 Ibnu Sina) Usul 5: Mencadangkan agar mewujudkan kelas pertahanan diri seperti taekwando dan sukan memanah atau sukan yang bersesuaian. Daripada: Puan Nurul Akhma binti Ahmad Khairi Nama anak: Nur Khayla Medina Bt Mohd Hirizal (2 Ibnu Sina) 20
Usul 6: Mencadangkan agar mengekalkan bayaran RM5 bagi setiap murid untuk persediaan makanan dan minuman murid semasa sukan tahunan pada 13 Julai 2024. Daripada: Puan Noorazwa binti Idris Nama anak: Nur Adeeba Husna Binti Rusly ( 6 Ibnu Nafis) Usul 7: Mencadangkan agar menjemput badan beruniform seperti polis atau jabatan penjara untuk memberi ceramah sempena program anti buli. Nama Pencadang: Puan Azlina binti Sumali Nama anak: Nur Zahrah Syahirah (2 Ibnu Sina) Usul 8: Mencadangkan untuk mengenakan tindakan disiplin mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan terhadap ibu bapa yang anaknya tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut setelah surat amaran sebanyak tiga kali dikeluarkan oleh pihak sekolah. Daripada: Puan Razdiah binti Bakar @A.Bakar Nama anak: Nurkhairin Rasyada binti Mohamad Khalid (2 Ibnu Majah) Usul 9: Mencadangkan agar sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM 50 / RM70 satu keluarga. Daripada: Datuk Mohamad Azmi bin Hj Sabtu 21
LAPORAN PENCAPAIAN SEKOLAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2023 SUKAN DAN PERMAINAN BIL NAMA PROGRAM NAMA MURID/ACARA 1 KEJOHANAN CATUR PERINGKAT KAWASAN MASJID TANAH HANAH ARISSA BINTI ABDUL RAHIM ( TEMPAT KE-9) 2 PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT KAWASAN MASJID TANAH MUHAMMAD ADIB IMAN BIN MUHAMMAD HAFIZ (JOHAN) NUFAIL DANI BIN MOHD FIRDAUS (NAIB JOHAN) 3 PERTANDINGAN SOFBOL MSSN MELAKA PERINGKAT NEGERI TEMPAT KE-4 4 MERIAH KOKURIKULUM DI SK JERAM JOHAN ACARA 4X100 M (LELAKI) AKIF FATHI ALIFF MUI’ZZ MUHAMMAD FARIS FURQAN THAQIF 5 PERTANDINGAN RUBIC CUBE CHALLENGE MUHAMMAD IKHWAN BIN MUHAMMAD ZULKARNAIN (TEMPAT KE-2) ASHRAF QUESHAIRY BIN ABDUL MAHMOD (TEMPAT KE-3) 6 KEM KECEKAPAN KANAK-KANAK (BSMM) PERINGKAT NEGERI MELAKA PESERTA LELAKI TERBAIK MUHAMMAD AZRIL IRFAN BIN MOHD PADLISHAM PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2023 KO- AKADEMIK 1 PROGRAM GREEN CAMP PESERTA LELAKI & KUMPULAN TERBAIK MUHAMMAD AIMAN DANIAL BIN SHIFUL NIZAR 2 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO IRAMA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI NOR HAZIEROTUL HUDA BINTI NOR HAZIZAN TEMPAT KE-2 3 NYANYIAN PATRIOTIK SEKOLAH RENDAH (PPIM) PERINGKAT NEGERI NOR HAZIEROTUL HUDA BINTI NOR HAZIZAN JOHAN 4 PERTANDINGAN STEM 2023 KAPAL TERBANG KERTAS AHMAD ZAKIR BIN MOHD FARDAUS TEMPAT KE-4 MUHAMMAD AIMAN DANIAL BIN SHIFUL NIZAR TEMPAT KE-8 5 PERTANDINGAN STEM 2023 WIND RACER MUHAMMAD AZRIL IRFAN BIN MOHD PADLISHAM MUHAMMAD QASHAH BIN MOHD KHAIRUL TEMPAT KE-2 6 PERTANDINGAN STEM 2023 UNBREAKABLE EGG CHALLENGE SITI NORAINA QISTINA BINTI MOHD ZIKRI HAKIM NURKHALIESHAH ZULAIKHA BINTI MOHD FUAD TEMPAT KE-3 7 KARNIVAL MEET-UP @ SK OTHMAN SYAWAL PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023 NOR HAZIEROTUL HUDA BINTI NOR HAZIZAN JOHAN 8 ANUGERAH PUTERI BONGSU CEMERLANG & PUTERI KAYYISA PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN 2023 HANAH ARISSA BINTI ABDUL RAHIM 22
ENROLMEN GURU DAN STAF SK TANJUNG BIDARA GURU/STAF LELAKI PEREMPUAN JUMLAH GURU 10 32 42 STAF SOKONGAN 0 3 3 PEKERJA SWASTA KEBERSIHAN 2 3 5 PENGAWAL KESELAMATAN 4 0 4 JUMLAH KESELURUHAN 16 38 54 23
LAMPIRAN 24
SEKALUNG PENGHARGAAN Warga SKTB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Datuk Mohamad Azmi bin Hj. Sabtu ( DPSM, BCM, BKT, PPN, PJK ) Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Merangkap Yang Dipertua PIBG En. Mohd Nor Fadzil bin Md Salleh Naib Yang Dipertua PIBG Semua AJK PIBG Guru-guru dan Staf Sokongan SKTB Guru-guru SRA JAIM Tanjung Bidara AJK Masjid Pasir Gembor Pemuda UMNO Tanjung Bidara Semua Ibu Bapa yang telah memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha murni ini memperolehi keberkatan daripada Allah S.W.T TERIMA KASIH