Jenis-jenis
Pantun
AISYAH RADHIAH BINTI MAMAT BM5
Pantun terbahagi kepada 3 :
1. Tema
2. Bentuk
3. Khalayak
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
A) AGAMA
Pantun agama dikenali berdasrkan isinya yang bersifat memberi nasihat.
Pantun ini juga memberi teguran untuk melakukan kebaikan.
Contoh pantun bertemakan agama :
Bakar gaharu dalam taman,
Asamkan karat si pisau raut,
Kalau berguru salah pedoman,
Sesat di darat karam di laut.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
B) ADAT
Isi yang disampaikan lebih serius & mendalam maksudnya berbanding
pantun-pantun lain.
Ianya lebih kepada perihal adat, undang-undang, peraturan-peraturan.
Contoh pantun bertemakan adat :
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenang masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
C) JENAKA
Isi yang terkandung di dalam pantun ini adalah semata-mata untuk
hiburan.
Contoh pantun bertemakan jenaka :
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang,
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
D) TEKA-TEKI
Isi yang terkandung di dalam pantun ini adalah untuk berseronok &
menduga kebolehan seseorang untuk berfikir.
Contoh pantun bertemakan teka-teki :
Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya ?
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
E) KASIH SAYANG
Pantun yang mengandungi makna tentang kasih sayang sesama makhluk
tidak kira sesama manusia mahupun yang lain.
Contoh pantun bertemakan kasih sayang:
Burung merbuk membuat sarang ,
Anak enggang meniti di paya,
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
F) NASIHAT
Pantun yang mengandungi beberapa nasihat & bertujuan untuk memberi
nasihat kepada orang ramai.
Contoh pantun bertemakan nasihat :
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
G) PERIBAHASA
Pantun yang berasaskan peribahasa.
Contoh pantun bertemakan peribahasa :
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
H) BUDI
Pantun yang menerangkan mengenai budi bahasa untuk memberi
pengajaran & panduan kepada masyarakat Melayu.
Contoh pantun bertemakan budi :
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
I ) NASIB
Pantun ini mengandungi makna yang berkaitan nasib yang dilalui oleh
seseorang.
Contoh pantun bertemakan nasib :
Payang retak tali bersimpul,
Kendi lokan airnya tumpah,
Hidup tidak kerana kaul,
Mati bukan kerana sumpah.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
J ) KEPAHLAWANAN
Pantun ini mengisahkan tentang perang atau sifat kepahlawanan
seseorang demi mempertahankan sesuatu.
Contoh pantun bertemakan kepahlawanan :
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal,
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
K ) KIASAN
Pantun kiasan adalah jenis pantun berdasarkan isi yang memuat sejumlah
kalimat kiasan yang disampaikan secara tersirat.
Contoh pantun bertemakan kiasan :
Berburu ke padang datar,
Dapatkan rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagaikan bunga kembang tak jadi.
1. Tema
Terdapat beberapa jenis pantun iaitu :
L ) PERSAHABATAN
Pantun persahabatan adalah jenis pantun berdasarkan isi yang terkait dengan
persahabatan.
Contoh pantun bertemakan persahabatan :
Siang hari akan berlalu,
Malam hari gegas ke sini,
Sampai jumpa kawan baikku,
Semoga sempat jumpa kembali.
2. B e n t u k
4 bentuk
PANTUN DUA KERAT
Pantun yang mengandungi 2 baris pantun sahaja :
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
PANTUN EMPAT KERAT
Pantun yang mengandungi 4 baris pantun
sahaja :
Pulau pandan jauh ke tengah, Baik-baik menebang jati,
Gunung Daik bercabang tiga, Biar serpih tumbang jangan,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga. Baik-baik mencari ganti,
Biar terlebih kurang jangan.
PANTUN TALIBUN
Pantun ini mempunyai lebih daripada 4 baris. :
Walau pandai berkain panjang, SAMPIRAN
Lebih baik berkain sarung, ISI
Jika pandai memakainya,
Kalau pandai berinduk semang,
Lebih umpama bunda kandung,
Jika pandai membawakannya.
PANTUN BERKAIT
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan, memunggah barang,
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
maksud : Pemuisi menyeru sekalian kenalan,
kawan dan sahabat supaya bingkas
bangun melakukan sesuatu yang
bermanfaat.
3. Khalayak
Kana-kanak Orang Tua Orang Muda
Pantun Kanak-kanak
Pantun yang bermaksud nasihat terutamanya dalam hal-hal
pendidikan kepada kanak-kanak.
Buai laju-laju, Burung kenek-kenek, Lompat Si Ktak lompat,
Sampai puncak sana, Hinggap bawah batang, Lompat di rumput muda,
Apa dalam baju, Apa pesan nenek, Belajar kuat-kuat,
Sekuntum bunga Cina. Cepat-cepat pulang. Buat ilmu hari tua.
Pantun Orang Tua
Pantun yang mengandungi maksud nasihat, adat resam, kias
ibarat serta nilai kemasyarakatan dan juga kebudayaan.
Langit biru kini terang, Burung dara turun rawa,
Bumi bergoncang kerana gempa, Terbang tinggi ke atas awan,
Dari dahulu sampai sekarang, Belajarlah dari yang tua,
Ajaran baik jangan dilupa. Orang tua banyak pengalaman.
Padi baru di dalam tampah,
Gelas jatuh tentu pecah,
Apa gunanya harga melimpah,
Kalau caranya tidak berkah.
Pantun Orang Muda
Pantun ini lebih bertemakan kepada usik mengusik, kasih
sayang, adat resam, kepahlawanan, budi, nasihat & sebagainya
lagi.
Olahraga pagi membuat keringat, Anak pondok umur muda,
Badan basah bagaikan berbusa, Didalam sebuah ruma kayu,
Wahai muda mudi yang penuh semangat, Orang-orang yang ramai berjaya,
Teruslah berkarya membangun bangsa.
Kerana hidup punya ilmu.
TAMAT
AISYAH RADHIAH BINTI MAMAT BM5