The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 950-16-aisyah, 2024-03-20 06:42:45

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BY AISYAH RADHIAH

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH BY AISYAH RADHIAH

Keywords: BUKU LOG KRS

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU NAMA : AISYAH RADHIAH BINTI MAMAT OPSYEN : BAHASA MELAYU 5 NO MATRIK : P21083880 AMBILAN : JUN 2022 PENSYARAH : DR. CHE KAMARUDDIN BIN PENASIHAT CHE MAMAT


ISI KANDUNGAN TOPIK ISI KANDUNGAN 1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1.0 Pendaftaran Ahli Dan Kumpulan Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.1 Kuasa Penganjur Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.2 Struktur Unit Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.3 Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.4 Tanggungjawab Pegawai Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.5 Pakaian Seragam Ahli Dan Pegawai Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.6 Takwim Dan Rancangan Aktiviti Kadet Remaja Sekolah (Krs) 1.7 Pengurusan Badan Unit Beruniform Secara Sistematik Dan Terancang Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2 SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.1 Sejarah Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.1.1 Sejarah Pengasas Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.1.2 Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.1.3 Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Di Malaysia 2.2 Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.2.1 Tujuan Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.2.2 Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.2.3 Perlembagaan Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.2.4 Lambang Dan Cogan Kata Kadet Remaja Sekolah (KRS)


ISI KANDUNGAN TOPIK ISI KANDUNGAN 2.2.5 Bendera Dan Lagu Pertubuhan KadeT REMAJA SEKOLAH (KRS) 2.3 Struktur Dan Organisasi Kadet Remaja SEKOLAH (KRS) 2.3.1 Struktur Dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/ Negeri/Daerah/IPGM/IPGK Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.3.2 Struktur Dan Organisasi Peringkat SEkolah Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.3.3 Fungsi Majlis Tadbir Kadet Remaja Sekolah (KRS) 3 ORIENTASI KURIKULUM 3.1 Kurikulum TKRS 3.2 Perancangan Program 3.3 Skim Latihan 4 LAPORAN MINGGUAN KADET REMAJA SEKOLAH


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN : > Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. > Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. > KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. > Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. > Yuran Keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap seorang ahli.


KAD KEAHLIAN TKRS DAN KRS


KUASA PENGANJUR KADET REMAJA SEKOLAH : Penganjur dibahagikan kepada empat peringkat iaitu - Peringkat Kebangsaan - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri - Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah - Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah - Guru Besar Dan Guru-guru Pembimbing Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. - Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/ Negeri/ Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. - Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. - Latihan tambahan untuk dijalankan pada hari lain boleh diadakan dengan merujuk Guru Besar dan memaklumkan kepadanya sebelum ianya berlangsung. Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki. - Jika peralatan adalah bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin mestilah bertanggungjawab bagi tujuan rujukan dan pemeriksaan. Menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/ maklumat dan sebagainya yang berkaitan dengan pertubuhan berkenaan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing. Mengenalpasti murid/ pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin sekolah atau wakil bagi sekolah tersebut.


STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/ Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Plantun. PLATUN Setiap platun dianggotai oleh seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.


STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEKSYEN Setiap seksyen pula dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.


PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BUKU LOG Merupakan buku catatan rasmi. Buku tersebut mestilah mengandungi fakta yang dipelajari dan dialami oleh pelajar itu sendiri sebagai seorang anggota KRS. Ianya juga perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS/ Jurulatih Jemputan. FUNGSI BUKU LOG Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus agar cekap dan bersifat produktif dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seseorang anggota. JENIS BUKU LOG Penulisan Log Pelajaran (Latihan Mingguan) Penulisan Log Harian (Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan) TUJUAN PENULISAN BUKU LOG Ø Pengurusan Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri. Ø Rujukan/ Kerjaya Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS. Ø Kepimpinan Pengalaman dan pelajaran yang dicatat boleh kekal dalam ingatan. Dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan. Sebagai rujukan dan panduan.


PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) KANDUNGAN BUKU LOG Biodata Penghargaan Pendahuluan Nota Penulisan Jadual Kursus Jadual Penulisan Harian (disertakan foto) Penulisan Pelajaran Nota Lagu Nota Pertolongan Cemas Kreativiti Carta/ Rajah Lampiran Autograf Ulasan Penilaian LAPORAN Komponen-komponen yang terdapat di dalam laporan Tajuk Negeri Daerah Nama persatuan/ kelab tempat Tarikh Ketua Penasihat Bilangan ahli persatuan Bilangan penceramah jemputan Bilangan penasihat Kekuatan aktiviti Kelemahan Cadangan penambahbaikan Senarai nama jurulatih, penceramah Peserta aktiviti yang terkini Gambar-gambar semasa aktiviti Tandatangan/ Tarikh


TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN - Memberi nasihat, panduan dan bimbingan. - Memastikan keselamatan ahli. - Manjaga kebajikan ahli, menguruskan dan menyimpan rekod-rekod. SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Ø PENGETUA/ GURU BESAR - Komandan KRS/ TKRS - Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS/ TKRS Sekolah. Ø PENOLONG KANAN KOKURIKULUM - Timbalan Komandan KRS/ TKRS - Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Timbalan Komandan KRS/ TKRS. Ø PEMIMPIN PEGAWAI PLATUN - Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai. KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KRS - Setelah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus.


TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Ø KENAIKAN PANGKAT KAPTEN KRS - Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program aktiviti peringkat negeri/ kebangsaan. - Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Ø KENAIKAN PANGKAT MAJOR KRS - Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/ aktiviti peringkat negeri/ kebangsaan. - Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. - Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN KRS PAKAIAN PEGAWAI


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN DAN PERALATAN ISTIADAT KRS (LELAKI) PAKAIAN DAN PERALATAN ISTIADAT KRS (PEREMPUAN)


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN DAN PERALATANPEGAWAI LELAKI-No.2 (Bush Jacket) PAKAIAN DAN PERALATANPEGAWAI LELAKI-No.2 (Bush Jacket)


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN DAN PERALATANPEGAWAI PEREMPUAN-No.2 (Bush Jacket) PAKAIAN DAN PERALATANPEGAWAI PEREMPUAN-No.2 (Bush Jacket)


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Persediaan untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah dan Sekolah, Perujian dan Pertauliahan Pangkat Kadet, Perkhemahan, Rombongan/ Program Perdana, Perancangan Aktiviti Perjumpaan Mingguan iaitu 18 kali perjumpaan, Perbincangan Guru Penasihat, Pembinaan Modul. RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Sejarah Kadet Remaja Sekolah (KRS) SEJARAH PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan eorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung IbrahimJohor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains HuluSelangor, Ulu Yam.


SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. WanMohd Zahid Mohd Nordin.


SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan. Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA PUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)


SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DI MALAYSIA Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah. Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.


PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah. pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan keskes juvana. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati danmengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan kefahaman. kesedaran dan kepekaanmengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untukbertindak sewajarnya. TUJUAN PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


LAMBANG DAN COGAN KATA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Pengertian logo 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmudan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


LAMBANG DAN COGAN KATA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Bendera KRS Warna hijau yang mendominasi bendera di atas melambangkan : Tunas muda/ remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/ TKRS. Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah


kurikulum kadet remaja sekolah (krs)


Click to View FlipBook Version