The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH YANG MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 950-16-aisyah, 2021-12-28 07:39:01

TOKOH YANG MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (2)

TOKOH YANG MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (2)

TOKOH YANG
MEMARTABATKAN BAHASA

MELAYU

PENULIS : AISYAH RADHIAH BINTI MAMAT

ASMAH HAJI
OMAR

LATAR BELAKANG ASMAH HAJI OMAR

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah.
Beliau merupakan pakar nahu Bahasa Melayu &
tokoh terkenal dalam bidang perancangan
bahasa.
Beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan
Fakulti Bahasa & Linguistik dan Timbalan Naib
Canselor di Universiti Malaya.

Pada tahun 2000 , beliau telah dianugerahkan
gelaran Doktor Persuratan daripada Universiti
Malaya.
Ini kerana sumbangan beliau yang begitu
besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik
di negara ini.
Beliau juga banyak menjalankan penyelidikan
tentang bahasa orang asli di Sabah dan
Sarawak.

Selain itu, beliau merupakan individu di Malaysia yang
paling lama memegang jawatan sebagai profesor.
Untuk pengetahuan, jawatan sebagai profesor
merupakan jawatan yang tertinggi di universiti dan
ianya mula dipegang oleh beliau sejak berusia 36
tahun hingga beliau bersara wajib pada usia
mencecah 65 tahun.
Beliau juga merupakan wanita Melayu Malaysia yang
terawal yang memperoleh PhD.

PERANAN ASMAH HAJI OMAR
DALAM MEMARTABATKAN BAHASA

MELAYU

Beliau telah menulis buku-buku dalam bidang
tatabahasa yang dijadikan sebagai rujukan masyarakat
hingga masa kini.
Antara buku yang dikeluarkan oleh beliau ialah Nahu
Melayu Mutakhir (1980), Morfologi-Sintaksis Bahasa
Melayu(Malaya) dan Bahasa Indonesia (1968) dan lain-
lain lagi.
Beliau juga turut menerbitkan buku mengenai
perkembangan sejarah dan genealogi bahasa Melayu
sebagai bahasa tua.

PEMIKIRAN ASMAH HAJI OMAR

Asmah Haji Omar (2002) menyatakan pengertian setia bahasa merujuk
kepada pengertian yang mematuhi pedoman-pedoman politik, sosial
atau budaya dalam penggunaan bahasa menurut situasi.
Setia bahasa tidaklah bermakna bahawa seseorang itu harus
menggunakan satu bahasa sahaja dalam kehidupan sehariannya dan
menyisihkan bahasa yang lain.
Setia bahasa dalam masyarakat berbilang bangsa & bahasa bermakna
menghormati kedudukan sesuatu bahasa sesuai dengan tempat yang
diberi kepadanya dalam dasar yang disetujui oleh masyarakat.
Asmah mengemukakan pemikirannya mengenai peraturan linguistik
adalah peraturan yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu
dalam penggunaan bahasa.

HASIL KAJIAN & PENULISAN

1.Nahu Melayu Mutakhir (1982)
2.Bahasa Melayu Saintifik (1987)
3.Aspek bahasa dan Kajiannya (1991)
4.Setia dan Santun Bahasa (2002)
5.Ensiklopedia Bahasa Melayu (2008)
6.Nahu Kemas Kini (2008)

CONTOH GAMBAR HASIL KARYA
ASMAH HAJI OMAR

TAMAT

SEKIAN, TERIMA KASIH

RUJUKAN :https://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic


Click to View FlipBook Version