BUKU PERATURAN PERKHEMAHAN 2023 PPS2-5 PJMS1134 ASAS REKREASI DAN KESENGGANGAN
PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN A. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH B. KESELAMATAN C. KEBERSIHAN D. PERATURAN AM E. PERATURAN SESI KEROHANIAN F. PERATURAN MAKANAN G.PERATURAN AKTIVITI AIR H.PERATURAN SUKANEKA I.PERATURAN SUKAN MINI J.PERATURAN AKTIVITI PADU ARAH K.PERATURAN SENAM TARI L.PERATURAN MALAM KEBUDAYAAN M.PERATURAN AKTIVITI RIADAH
A. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH 1.Pastikan bahagian-bahagian khemah mencukupi / lengkap sebelum mendirikan khemah. 2.Tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah. 3.Tidak dibenarkan makan di dalam khemah. 4.Tidak dibenarkan menyalakan lilin, lingkaran nyamuk, lampu gas atau sebarang bahan bakar dalam khemah. 5.Kain lembab atau basah hendaklah dijemur di ampaian dan tidak dibenarkan disimpan atau disidai di dalam atau di atas khemah. 6.Kasut dan stoking perlu diletakkan di luar atau di bawah khemah. 7.Sebelum meninggalkan khemah pastikan pintu ditutup.
B. KESELAMATAN 1.Keselamatan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua. 2.Penjagaan keselamatan dan kebersihan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua amnya dan ahli kumpulan khususnya. 3.Jika berlaku kebakaran hendaklah bertindak segera dengan memanggil semua yang ada di sekitar (berkumpul di dataran perhimpunan).
C. KEBERSIHAN 1.Kebersihan kawasan perkhemahan dan sekitar Kem adalah tanggungjawab bersama. 2.Peserta perkhemahan hendaklah memastikan tandas dan kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan bersih. 3.Dilarang membuang sampah di dalam tandas. 4.Bungkusan / kotak sabun, ubat gigi dan sebagainya hendaklah dibuang kedalam tong sampah. 5.Tidak menyidai pakaian basah di dalam dan di luar tandas. 6.Kain basahan hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di sekitar tandas. 7.TUALA WANITA hendaklah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.
D. PERATURAN AM 1.Sebarang penggunaan „handphone‟ adalah terhad . 2.Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sama ada peraturan bertulis atau lisan semasa menyertai perkhemahan. 3.Sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, laporkan segera kepada Kem Komandan/Penolong Kem Komandan. 4.Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan perkhemahan peserta perempuan dan sebaliknya. 5.Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran bertulis. 6.Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual atau melakukan aktiviti yang tidak mengikut jadual. 7.Semua pihak dalam perkhemahan DILARANG MEROKOK dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
SAMBUNGAN….. 8.Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 9.Segala bentuk PERJUDIAN dan MINUMAN KERAS diharamkan sama sekali. 10.Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing selepas jam 11 malam. 11.Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan.Pihak Pengurusan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada peralatan atau harta persendirian semasa perkhemahan diadakan. 12.Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 13.Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari Kem Komandan/Penolong. 14.Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh jawatankuasa Keselamatan.
E.PERATURAN SESI KEROHANIAN 1.Patuhi masa berkumpul yang ditetapkan oleh AJK Kerohanian. 2.Kumpul di tempat yang ditetapkan oleh AJK Kerohanian. 3.Pakai pakaian yang sesuai untuk hadir sesi kerohanian. 4.Beri kerjasama dan perhatian optimum kepada pensyarah dan AJK Kerohanian. 5.Tidak makan makanan dan membuat bising semasa sesi kerohanian dijalankan. 6.Hormat kepada pensyarah-pensyarah yang ada pada waktu tersebut.
F.PERATURAN MAKANAN 1.Mencuci tangan SEBELUM makan untuk mengelakkan keracunan makanan. 2.Berdoa dulu sebelum mulai makan. 3.Makan dengan senyap dan tidak berbicara. 4.Membuang sampah (bungkusan/kotak) di tempat yang ditetapkan. 5.Tidak membazirkan makanan yang dibekalkan. 6.Semua dikehendaki makan dan minum di dalam KHEMAH UTAMA sahaja. 7.Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8.Segala minuman keras diharamkan sama sekali. 9.Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan terutamanya FOODPANDA. 10.Tidak dibenarkan menambah makanan kecuali terdapat lebihan makanan. 11.Perbuatan mengambil makanan rakan adalah dilarang. 12.Dibenarkan membawa roti dan biskut masing-masing incase kelaparan.
G.PERATURAN AKTIVITI AIR -PERATURAN BERKAYAK 1.Berpakaian yang sesuai untuk berkayak.Gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning, oren atau merah kerana mudah dilihat / atau dikesan di laut. 2.Memakai jaket keselamatan sepanjang masa samada mereka tahu / tidak tahu berenang. 3.Setiap peserta perlu ada wisel dan guna sarung tangan jika perlu. 4.Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat „warming up‟. 5.Digalakkan sistem berpasangan „buddy system‟ lelaki dan perempuan dan tahap kebolehan berkayak serta berenang. 6.Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai jaket keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan. 7.Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta sewaktu berada dalam air. 8.Elakkan daripada mendekati batu karang, „whirpool‟, „tide‟, „rips‟, kapal, perahu dan lain-lain.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju. 9.Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum dibawa ke laut. 10.Alat-alat keselamatan/survival seperti tali,tiub kereta,pelambung dibawa bersama. 11.Bawa kotak pertolongan cemas dan pastikan bilangan kayak,pendayung dan jaket keselamatan mencukupi. 12.Bersihkan dan simpan semua alatan dengan sempurna. 13. Pastikan bilangan peralatan yang digunakannya mencukupi.
-PERATURAN PERTANDINGAN BERKAYAK (Perlumbaan kayak) 1.Dua ahli kumpulan mewakili kumpulan masing-masing untuk menyertai pertandingan secara bergilir-gilir. (Double kayak) 2.Ahli kumpulan perlu berkayak ke arah tempat tamat secara “Forward”. 3.Mereka perlu berkayak balik secara “Backward” ke tempat permulaan dan dua ahli kumpulan seterusnya akan diteruskan. 4.Kumpulan yang mana menggunakan masa paling singkat untuk membuat 3 kali pusingan akan mendapat markah yang tinggi. 5.Dalam ketiga-tiga pusingan ini,markah akan dinilai berdasarkan kerjasama kumpulan,kemahiran membuat teknik „forward „dan „backward‟ dan masa yang singkat.
-PERATURAN PERTANDINGAN BERKAYAK (angka 8) 1.Dua ahli kumpulan mewakili kumpulan masing-masing untuk menyertai pertandingan secara bergilir-gilir. (Double kayak) 2.Dua ahli kumpulan perlu membuat angka 8 secepat mungkin. 3.Selepas habis membuat angka 8, dua ahli kumpulan tersebut perlu berada di belakang kumpulan masing-masing. 4.Pertandingan diteruskan dengan dua ahli kumpulan yang seterusnya. 5.Setelah habis,markah tinggi diberikan kepada kumpulan yang habis lebih awal dan membuat angka dengan betul.
-PERATURAN PERTANDINGAN BERKAYAK (Terbalikkan kayak) 1.Setiap orang secara berpasangan perlu keluar dari kayak masing-masing untuk terbalikkan kayak. (Double kayak) 2.Selepas itu,mereka perlu terbalikkan kayak lagi seperti ke asal dan mereka perlu keluarkan air daripada kayak dengan menggunakan plastic/alatan lain. 3.Setelah keluarkan air daripada kayak,mereka perlu duduk di dalam kayak masingmasing. 4.Antara 3 kumpulan,kumpulan yang mana siap terlebih dahulu akan menang dalam pertandingan ini.
H.PERATURAN SUKANEKA ⚫ACARA: KERUSI MUZIK 1. Permainan dimulakan dengan meletakkan 6 buah kerusi dalam satu bulatan. 2. 3 kumpulan akan masing-masing menghantar 3 orang ahli kumpulan sebagai wakil dalam satu pusingan permainan. 3. 9 orang berdiri di hadapan kerusi dengan satu bulatan. 4. Semasa muzik bermula, setiap orang bergerak ( note! dilarang memotong barisan) dalam bentuk bulatan dengan mengikut cara pergerakan yang diberi. 5. Apabila muzik berhenti dengan tiba-tiba, setiap orang kena merebut kerusi yang baki dengan menduduk di atasnya. 6. Pusingan seterusnya mengulangkan prosedur dari 3 hingga 5 dengan tolak 2 kerusi setiap pusingan. 7. Permainan berakhir sehingga terdapat hanya satu orang pemain duduk di atas 1 kerusi. 8. Kerusi tidak boleh ditarik, ditolak atau dipindah daripada tempat asal. 9. Jika terdapat orang duduk di atas kerusi semasa muzik dimain, orang itu akan dikira „out‟. 10. Jika terdapat dua orang duduk di atas kerusi yang sama pada masa yang sama, orang yang mengambil ruang yang lebih besar pada kerusi dikira menang. Jika tidak dapat memutuskan sesiapa yang mengambil ruang yang lebih besar, pusingan tersebut akan dimain sekali lagi.
⚫ACARA :CARI GETAH DALAM TEPUNG 1. Setiap peserta mestilah beratur mengikut kumpulan di tapak permulaan. 2. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke arah meja yang mempunyai pinggan yang mengandungi tepung dan getah. 3. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. 4. Peserta hanya dibenarkan mengambil satu getah pada satu masa dengan mulut tanpa menggunakan tangan mereka. 5. Setiap peserta hanya mempunyai masa sehingga 30 saat untuk mencari getah dalam tepung. 6. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya secara bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu 6 hingga 7 minit. 7. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
⚫ACARA: PIJAK BUTA 1.Terdapat 3 pusingan.Satu pusingan 4 kumpulan, 4 orang pijak belon dan 4 orang memberi petunjuk jalan.(2 orang dalam satu kumpulan terdiri daripada individu A dan B, 4 kumpulan bersaing dalam satu pusingan)-total 12 kumpulan 2. Satu pusingan hanya 2 minit. 3. Watak seseorang individu ditentukan menggunakan kaedah cabutan bertuah. 4. Kumpulan yang akan bertanding dalam setiap pusingan juga ditentukan secara cabutan bertuah. 5. Pastikan mata ditutup rapat dengan menggunakan pelitup muka. 6. Salah seorang dalam setiap kumpulan akan bertanggungjawab dalam memberi petunjuk jalan(sahaja)kepada kawannya.(A) 7. (B) tidak dibenarkan untuk memegang tangan kawan, hanya dibenarkan untuk berdiri belakang individu A. 8. (A) memijak belon (belon dibiarkan bergerak secara berselerak) tersebut dengan hanya menggunakan kaki. 9. Setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk memijak satu belon sahaja. 10. Bahasa yang digunakan semasa memberi petunjuk jalan hanya BAHASA MELAYU. 11. Individu yang tidak berjaya memijak belon dalam jangka waktu tersebut akan diberi 0 mata dan dikira „out‟ dalam pertandingan . 12. Markah yang tertinggi adalah pemenang(masa) dan tiada hadiah diberi hehehehehe. 13. Belon dibenarkan untuk melepasi garisan petak tetapi meningkatkan tahap cabaran bagi pemain tersebut.
⚫ACARA; TIUP BOLA KE DALAM CAWAN AIR 1. Peserta tidak dibenarkan mengalihkan kedudukan cawan kertas. 2. Peserta meniup bola memasuki cawan air seterusnya. 3. Setiap peserta diberi 1 minit untuk meniup bola, setelah sampai 1 minit peserta perlu berhenti meniup dan markah akan diberi melalui tempat cawan bola tersebut berada. Cawan kedua -1 mata Cawan ketiga -2 mata Cawan keempat -3 mata Cawan kelima -4 mata Cawan keenam -10 mata 4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk jatuh dua kali, markah akan diperoleh melalui tempat cawan bola tersebut berada sebelum jatuh. 5. Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan untuk mengalihkan bola pingpong tersebut. 6. Ahli kumpulan dibenarkan menolong peserta mengutip bola yang telah jatuh serta menambah air ke dalam cawan gelas mengikut kesesuaian.
⚫ACARA; TIUP BELONG YANG MENGANDUNGI TEPUNG SEHINGGA PECAH 1) Permainan ini perlu terdiri daripada 8 atau 10 peserta dalam sekumpulan dan perlu mengadakan 2 atau 3 kumpulan serta diberi 3 paket belon yang mengandungi tepung kepada setiap kumpulan. 2) Setelah meniup wisel setiap peserta boleh mula meniup belon itu sehingga pecah. Jika peserta berjaya pecah satu belon, peserta boleh sambung meniup dan pecahkan dengan belon yang seterusnya sehingga habiskan semua 3 paket belon yang diberi. 3) Jumlah masa yang diberi kepada setiap kumpulan adalah 10 minit sahaja. 4) Kumpulan yang mana pecahkan bilangan belon yang banyak dalam masa 10 minit itu dianggap sebagai pemenang permainan ini. 5) Tidak boleh menggunakan sebarang objek tajam untuk pecahkan belon. 6) Ahli kumpulan tidak boleh menolong rakan sekumpulan untuk pecahkan belon rakan. Setiap peserta haruslah pecahkan belon masing-masing sendiri. Jika didapati ahli sekumpulan menolong rakan untuk pecahkan belon, maka belon itu tidak diambil kira sebagai markah.
⚫ACARA: ISI AIR DALAM BOTOL MENGGUNAKAN SPAN 1) Pemain berada dalam kumpulan ( 3 atau lebih) 2) Pemain akan berlari ke arah tempat yang berisi air dan memasukkan air kedalam botol yang disediakan dengan menggunakan span. 3) Perkara yang sama akan dilakukan oleh kawan dalam kumpulan yang sama sehingga giliran mereka berakhir. 4) Pemenang akan dikira berdasarkan air yang diisi sehingga penuh.
⚫ACARA :BAWA GELUNG GETAH MENGGUNAKAN STRAW 1. Satu kumpulan terdiri daripada 8 orang. (3 kumpulan) 2. Setiap ahli kumpulan akan berada dalan satu barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu. 3. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan diletakkan di mulut masing-masing. 4. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan oleh penyelaras permainan kepada ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. 5. Semua ahli dalam satu kumpulan pass getah sehingga peserta akhir. 6. Peserta akhir perlu meletakkan getah tersebut di dalam container yang disediakan menggunakan straw. 7. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit. 8. Kumpulan yang pass getah dengan bilangan yang paling banyak, ahlinya akan mendapat 10 markah seorang, kumpulan yang kedua akan mendapat 8 markah manakala kumpulan terakir akan mendapat 5 markah setiap ahli kumpulan.
⚫ACARA :HANTAR GELUNG 1. Jika ramai pemain, pemain boleh beratur dalam satu garisan, jika tidak, pemain boleh beratur dalam satu bulatan. 2. Sebelum mula, pemain pertama akan memegang gelung. 3. Semasa bermula, pemain dibenarkan menghantar gelung dengan pelbagai cara. 4. Pemain TIDAK dibenarkan melepaskan tangan ahli pasukan. 5. Setiap pemain mesti melibatkan diri dalam proses menghantar gelung. 6. Apabila gelung disampaikan kembali kepada permain pertama barulah dikira satu pusingan. 7. Pasukan yang telah habis satu pusingan dalam tempoh masa paling pendek dikira menang.
I.PERATURAN SUKAN MINI - 1. Peserta perlu berada di tempat pendaftaran 10 minit SEBELUM acara dimulakan. 2. Peserta perlulah bersedia di lorong masing-masing selepas pegawai menyenaraikan nama wakil serta lorong anda. 3. Peserta digalakkan memanaskan badan dan dibenarkan mengurus blok permulaan masingmasing mengikut kesesuaian. 4. Peserta hendaklah peka pada arahan pegawai seperti •Ke Garisan (Kedua-dua belah tangan dan sebelah lutut hendaklah mencecah bumi, sementara kedua-dua belah tapak kaki berada di blok mula) •Sedia (Serta merta mengangkat lutut mereka dan hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja yang mencecah bumi) •Posisi ke garisan dan sedia, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki. 5. Setelah pegawai memukul pelepas, peserta boleh mula berlari. 6. Peserta tidak dibenarkan masuk dalam lorong peserta lain pada permulaan sehingga akhir. 7. Peserta yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat dikira pemenang. 8. Pemenang akan dikira mengikut masa yang diambil untuk mengakhiri garisan penamat. Acara Balapan: 1.Larian 100m, 200m, 400m (L) & (P)
1. Peserta perlu berada di tempat pendaftaran 10 minit SEBELUM acara dimulakan. 2. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang lagi pelari simpanan. 3. Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 1/2 stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4x400 meter. 4. Peserta hendaklah peka pada arahan pegawai pelepas: •Ke Garisan (Kedua-dua belah tangan dan sebelah lutut hendaklah mencecah trek, sementara kedua-dua belah tapak kaki berada di blok mula) •Sedia (Serta merta mengangkat lutut mereka dan hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja yang mencecah trek) •Posisi ke garisan dan sedia, sentuhan tangan atau kaki pelari dengan garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini adalah tidak dibenarkan . 5. Setelah pegawai memukul pelepas, pelari pertama boleh mula berlari. 6. Pelari kedua akan bersedia di garisan penamat untuk menerima baton, satu stagger yang akan disediakan. 7. Baton perlu berada di tangan peserta-peserta dari permulaan sehingga akhir, sekiranya jatuh akan dikira batal. 8. Pelari ketiga akan bersedia di garisan permulaan untuk menerima baton daripada pelari kedua. Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga ke garisan penamat. 9. Pelari akhir akan bersedia di garisan penamat, tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat bahawa pelari tidak menghalang atau menolak peserta lain. 10. Pasukan pemenang akan dikira mengikut masa yang diambil untuk mengakhiri garisan permulaan. 11. Larian ini dijalankan secara ulang-alik oleh 4 orang pelari. 1.Larian 4x100m, 4x200m (2L+2P)
Acara Padang: a)Lontar Peluru 1.Peserta perlu berada di khemah pendaftaran sebelum acara lontar peluru dimulakan. 2.Berat Peluru: 1) 4.000 kg /Perempuan 2) 5.000 kg/Lelaki 3.Pelontar masuk ke kawasan lontaran dari bahagian belakang bulatan apabila dipanggil oleh pegawai. 4.Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m. 5.Peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat, iaitu dalam kawasan sektor 40°. 6.Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat. 7.Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. 8.Peserta perlu keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat. Sekiranya peserta keluar dari bahagian hadapan bulatan, pelontar dikira batal.
J.PERATURAN AKTIVITI PANDU ARAH 1. Peserta dibahagi kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 orang. 3. Permainan akan dimulakan dengan memberi cabutan kepada setiap kumpulan dengan menyatakan stesen-stesen yang perlu dikehendaki oleh kumpulan tersebut untuk mencari harta karun. 4. Contohnya, jika kumpulan 1 mendapat stesen 3, maka mereka perlu mencari harta karun dengan merujuk pada peta yang diberi. Diikuti kumpulan lain yang mendapat stesen berbeza. 5. Selain itu, setiap kumpulan tersebut akan diberi kompas serta peta mengikut stesen yang didapati oleh mereka. 6. Peta tersebut akan ditandakan dengan titik kawalan dan bearing bagi memudahkan pemain-pemain untuk mencari objek yang tersembunyi di tempat tertentu. 7. Sebuah kon diletakkan di setiap tempat di mana harta karun berada. 8. Pemain akan pergi ke stesen masing-masing untuk mencari benda yang tersembunyi di mana kon berada. (kepingan peta disembunyikan di dalam sampul surat) 9. Berikutnya, setiap kumpulan akan mencari harta karun di tempat-tempat (titik kawalan) yang mempunyai dalam peta itu sehingga mendapat setiap harta karun. 10. Seterusnya, kumpulan yang mendapat harta karun (kepingan peta) akan dikumpulkan semua kepingan peta tersebut untuk membentuk satu peta yang lengkap. 11. Kumpulan yang awal menyelesaikan aktiviti akan dikira sebagai pemenang.
Things to consider : 1.Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta. 2.Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya. 3.Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu, pusingkan badan perlahan-Iahan sehingga anak panah betul-betul menghala kepada objek yang tuju. 4.Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kompas, pusingkan dial sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.
K.PERATURAN SENAM TARI 1. Setiap orang perlu menepati masa dan tamatkan persembahan pada pada yang ditetapkan. 2. Peralatan atau alat-alat solek sila sediakan sendiri. 3. Tidak dibenarkan membuat bising semasa kumpulan yang lain sedang membuat persembahan. 4. Tidak dibenarkan membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama 5. Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan 6. Peralatan boleh digunakan mengikut persembahan tarian tetapi tidak boleh yang berbahaya.
L.PERATURAN MALAM KEBUDAYAAN 1. Setiap orang perlu menepati masa dan tamatkan persembahan pada pada yang ditetapkan. 2. Peralatan atau alat-alat solek sila sediakan sendiri. 3. Setiap kumpulan perlu memberi komen kepada kumpulan yang ditentukan masing-masing. 4. Tidak dibenarkan membuat bising semasa kumpulan yang lain sedang membuat persembahan. 5. Tidak dibenarkan membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama 6. Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan 7. Peralatan boleh digunakan mengikut persembahan tarian tetapi tidak boleh yang berbahaya.
M.PERATURAN AKTIVITI RIADAH 1. Semua orang perlu menepati masa yang telah ditetapkan. 2. Memberitahu Ajk Keselamatan atau Ketua Komandan sekiranya mendapati kurang sihat atau mempunyai masalah. 3. Menjaga keselamatan semasa aktiviti riadah dijalankan.
SEKIAN TERIMA KASIH Disediakan oleh, Pavithra Pavithra A/P Parmara guruparan AJK KESELAMATAN