Memakai pakaian dan peralatan perlindungan diri yang lengkap. Elakkan memakai barangan perhiasan. Menjaga tingkah laku seperti tidak bergurau senda dan bermain semasa berada di dalam bengkel. Mengikut langkah yang betul semasa menggunakan alatan dan bahan serta mengikut arahan pensyarah. Sebelum memasuki bengkel, pelajar perlulah diberikan peringatan supaya sentiasa bersedia bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Antara peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar ialah: Memastikan peralatan yang tajam diletakkan di rak simpanan. Memastikan peralatan tidak bersepah di atas lantai sebelum meninggalkan bengkel. Melaporkan kepada pensyarah setiap kali menggunakan peralatan bengkel. Melaporkan kepada pensyarah dengan segera sekiranya terdapat sebarang kerosakan dan kehilangan peralatan. Setiap bengkel perlu mempunyai peraturan keselamatan supaya dapat meningkatkan kecekapan bekerja dan juga mengelakkan kemalangan. Antara peraturan keselamatan bengkel ialah: Memastikan bahagian-bahagian mesin yang berbahaya dipasang alat pelindung. Memastikan mesin mempunyai suis keselamatan. Memastikan setiap mesin mempunyai pembumian yang sempurna untuk mengelakkan kejutan elektrik. Memastikan fius berada dalam keadaan yang selamat bagi mencegah beban elektrik yang melampau yang boleh menyebabkan kebakaran. Memastikan suis mesin dimatikan sepenuhnya sebelum melakukan penyelenggaraan dan pembersihan. Terdapat pelbagai jenis mesin di dalam bengkel kejuruteraan. Penggunaan mesin perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan kemalangan berlaku semasa penggunaan mesin tersebut. Antara peraturan penggunaan mesin ialah: Memastikan lantai bersih daripada sebarang minyak atau gris kerana ia boleh menyebabkan lantai licin dan mudah tergelincir. Memastikan bengkel mendapat cahaya yang terang, peredaran udara yang baik, ruang bergerak yang sesuai, dan dilengkapi dengan rak simpanan peralatan dan bahan yang tersusun dengan kemas. Setiap bengkel perlu mempunyai peraturan keselamatan supaya dapat meningkatkan kecekapan bekerja dan juga mengelakkan kemalangan. Antara peraturan keselamatan bengkel ialah: Peraturan Keselamatan Diri Peraturan Keselamatan Penggunaan Peralatan Bengkel Peraturan Keselamatan Mesin Peraturan Keselamatan Bengkel Unit Landskap Peraturan Keselamatan Bengkel