The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24119929, 2021-11-11 04:23:45

BUKU MAT PIBG 2021

BUKU MAT PIBG 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUN ,

JALAN DURIAN DAUN, 75400 MELAKA
MBB 2042 (EMAIL : [email protected] )

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-47, 2021

DIRASMIKAN OLEH:
DATUK NORAZIZE BIN HAJI ANUAL DPSM

PENGARAH HELAZ BUDI SDN BHD

TARIKH: 13 NOVEMBER 20
HARI: SABTU
MASA: 2.00 – 5.30 PTG
TEMPAT: HOTEL KINGS GREEN,
MELAKA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUN ,

JALAN DURIAN DAUN, 75400 MELAKA

MBB 2042 (Laman sesawang : [email protected] )

TEL/FAX : 062824820

___________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SKPDD-PIBG.100-7/1/7( )

Tarikh : 2 NOVEMBER 2021

Kepada,
Ibu bapa / penjaga
SK(P) Durian Daun
Melaka

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 / 2021

Berhubung dengan perkara di atas, Jawatankuasa PIBG sekolah telah menetapkan tarikh Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-47 bagi tahun 2021 seperti ketetapan berikut: -

Tarikh : 13 NOVEMBER 2021
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Hotel King Green, Melaka

2. Keprihatinan pihak tuan amat disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________________
(AMZAH BIN OSMAN)
Yang Dipertua PIBG,
SK (P) Durian Daun.

ATUR CARA

❖ 2.00 petang : Pendaftaran ibu bapa

❖ 2.45 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Puan Suhaili binti Abd Rasap, Guru Besar SKPDD
Ucapan Datuk Amzah bin Osman, YDP PIBG SKPDD
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
Penganugerahan Ikon Ibu bapa/ Guru
Mesyuarat Agung Kali ke-47/2021

❖ 5.30 petang : Bersurai

JAWATANKUASA KERJA

Penyambut Tetamu : Datuk Amzah bin Osman, YDP PIBG
Encik Ahmad Sufi bin Hasan, NYDP PIBG
Puan Suhaili binti Abd. Rasap, Guru Besar
Puan Umi Kalsom binti Haji Buang, GPK Pentadbiran
Puan Nor Aini binti Harun, GPK HEM
Encik Mohd Rahdi bin Ahmad, GPK Kokurikulum

Pendaftaran : Puan Noraini binti Aluwi
Puan Maizatul Aini binti Mohd Redzuan
Puan Fazilah binti Abu

Pengacara Majlis : Puan Rafidah binti Hamzah

Bacaan Doa : Encik Ahmad Sufi bin Hasan

Buku Program/ : Puan Hajah Azlia binti Janudin
Buku Mesyuarat Puan Aziawati binti Shamsudin
Cik Nor Fadhilah

Siaraya/Persiapan : Encik Mohd Rahdi bin Ahmad

Tempat Encik Abdul Rahim bin Shaikh Mohamad

Backdrop/Banner : Encik Mohd Hairul bin Tahir

Jurufoto : Encik Abul Khair bin Idrus

Sijil/ Plak/ : Puan Ang An Ni
Bunga Puan Hajah Halimah binti Yusof
Puan Mardiahna binti Mohd Diah
Puan Aslinda binti Asman

Jamuan : Puan Hajah Arija binti Abdul Ghapar
Puan Syamsinur binti Rosmi
Puan Norma binti Mat Saleh

Pencatat Ucapan : Puan Nurul Bahirah binti Anual
Puan Nor Adila binti Ismail
Puan Masni binti Ali

Pencatat minit/ : Puan Nurhaniah binti Haji Sood
Laporan

Teknikal : Encik Azrul Hisham bin Ali

En. Muhammad ‘Aizat bin Anwar Apandi

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK(P) DURIAN DAUN KALI KE-47, 2021

********************************

1. Ucapan YDP PIBG, SK(P) Durian Daun, Melaka
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46
3. Perkara Berbangkit Minit Mesyuarat Agung kali ke-46
4. Membentang dan Menerima Penyata Tahunan PIBG 2020
5. Pembentangan Anggaran Kewangan 2021
6. Perbincangan Usul-usul
7. Perancangan PIBG 2021
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan YDP PIBG

UCAPAN PENASIHAT/ GURU BESAR: PUAN SARIMAH BINTI MERAIS

Mengucapkan salam dan kata- kata aluan..

Saya dengan ini menzahirkan rasa syukur walaupun dalam keadaan hari bekerja,
mesyuarat tetap dapat diadakan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran
semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru atas
komitmen yang diberikan dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46, 2020. Saya juga
mengharapkan komitmen daripada semua ibu bapa untuk bersama-sama dengan pihak sekolah.

Ibu bapa semua, perlu beri tumpuan sepenuhnya kepada anak- anak. Peranan ibu bapa
untuk mewujudkan pembelajaran di rumah dan dapat temani anak- anak ketika belajar. Pihak
sekolah juga mengharapkan penglibatan daripada ibu bapa dalam apa jua program sekolah.
Kebiasaan yang berlaku ibu bapa tidak dapat hadir ke sekolah ketika program dan aktiviti yang
pihak sekolah jalankan. Kerjasama ibu bapa amat diperlukan untuk membantu pihak sekolah
meningkatkan pencapaian murid- murid dan kemenjadian murid di sekolah ini.

Sekolah ini juga telah banyak menerima sumbangan daripada Datuk Amzah bin Osman
selaku YDP PIBG antaranya seperti peruntukkan kelas-kelas untuk keceriaan dan keselesaan
anak- anak dan program- program sekolah ini. Saya juga berharap pihak ibu bapa yang sudi untuk
menjadi ibu dan bapa angkat kepada setiap kelas di bawah KSIB. Banyak manfaat yang akan
diperolehi melalui kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Manfaat ini akan
kembali kepada anak-anak SK Perempuan Durian Daun.

Oleh itu, saya dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK PIBG
yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sekolah selama ini. Semoga segala usaha kita akan
memperolehi ganjarannya nanti, insya Allah..

Untuk itu, saya sudahi ucapan saya sekian terima kasih…

UCAPAN ENCIK ROSDIN BIN BABA, YDP PIBG SKPDD

Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang Berbahagia, Encik Mohammad bin Taib, Timbalan PPD
Melaka Tengah, Yang Berusaha, Puan Sarimah bt Merais, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan
Durian Daun, Yang Berbahagia Datuk Amzah bin Osman, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Perempuan Durian Daun, barisan AJK PIBG, guru-guru , para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian.

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat Allah Subhanawatallah kerana dengan izin dan kurniaanNya maka
dapat kita berkumpul bersama-sama dalam satu majlis Mesyuarat Agung PIBG yang ke-46 Sekolah
Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Terima kasih kepada Encik Mohammad bin Taib, Timbalan PPD
Melaka Tengah kerana sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat agung pada petang ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir pada petang ini,

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pada petang ini, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah
Kebangsaan Perempuan Durian Daun dapat dijalankan dengan baik. Saya mengucapkan tahniah kepada ibu
bapa yang hadir dan sanggup mengorbankan masa demi anak-anak .

Saya selaku pengerusi PIBG sekolah ini , mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Naib Yang
Dipertua iaitu Yang Berbahagia Datuk Amzah bin Osman, yang telah banyak memberi sumbangan dan idea
di beberapa buah sekolah kawasan Melaka . Semoga usaha murni beliau dapat meningkatkan pretasi murid-
murid di sekolah-sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pihak sekolah dan PIBG berharap program yang dirancang mendapat kerjasama dari ibu bapa supaya
program- program yang dijalankan oleh pihak sekolah boleh dilaksanakan dengan jayanya. Sumbangan ibu
bapa amat penting dalam memastikan kejayaan murid- murid di sekolah ini.Saya tidak mahu bercakap
panjang lebar kerana hari ini akan diadakan sesi pemilihan dan pelantikan AJK PIBG yang baharu. Semoga
barisan AJK yang baharu dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Akhirnya, terima kasih sekali lagi kerana sudi hadir pada petang ini. Saya sudahi dengan wabillahi
taufik walhidayah wasalamualaikum waramaturallahi wabarakatuh.

UCAPAN PERASMI TIMBALAN PPD MELAKA TENGAH
EN. MOHAMMAD BIN TAIB

Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang Berusaha, Puan Sarimah bt Merais, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Yang Dihormati, Tuan Haji Rosdin bin Baba,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Yang Dihormati, Datuk Amzah
bin Osman, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, guru-guru,
para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada
Tuhan kerana diberi kesempatan kepada kita untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG
SK Perempuan Durian Daun kali ke-46. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak
sekolah dan PIBG yang sudi menjemput saya menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan ucapan terima
kasih dengan kehadiran ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa mencerminkan
komitmen dan hubungan silaturrahim yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Saya cukup yakin dan percaya , kehadiran para ibu ibu, khasnya yang berada di hadapan
saya ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pihak
sekolah. Senario ini secara tidak langsung akan memudahkan pihak PIBG bekerjasama dan
membantu melancarkan pelaksanaan segala program dan aktiviti yang telah dirangka pihak
sekolah. Harapan saya, semoga kerjasama yang baik ini akan memberikan impak yang positif
kepada semua warga SK Perempuan Durian Daun.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Peranan utama PIBG ialah bertujuan untuk mewujudkan permauafakatan antara ibu bapa
dan guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community
partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi
Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasana, kemudahan dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.

Sesungguhnya, majlis pada petang ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa
dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan
anak-anak. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah.
Selain daripada membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG
pada petang ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama dalam apa jua perkara yang
dibangkitkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan
nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala
negatif terutama di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak
sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sewenang-wenangnya ke bahu guru dan pihak sekolah.

Oleh itu, sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah
untuk kebaikan anak-anak. Menjadi tanggungjawab kita untuk mempersiapkan generasi muda
dengan pelbagai kemahiran hidup yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa
dan negara kelak.

Tuan-tuan dan puan-puan ,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada petang ini dan saya juga ingin
mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang telah mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-46 dan semoga aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan. Saya, dengan
ini merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Perempuan Durian Daun kali ke- 46, 2020.

Sekian, terima kasih.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUN, MELAKA.

TAHUN 2020

TARIKH : 06 MAC 2020 (JUMAAT)
MASA : 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI PUTERI
PERASMI : ENCIK MOHAMMAD BIN TAIB,

KEHADIRAN TIMBALAN PPDMT SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH.
: 72 ORANG

1. UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG – DATUK AMZAH BIN OSMAN
1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa ke Mesyuarat

Agung PIBG, kali ke-46 tahun 2020.
1.2 Beliau memaklumkan sekali lagi bahawa, beliau mempengerusikan mesyuarat agung pada kali ini

kerana seperti yang telah dimaklumkan semasa ucapan YDP, Tn. Hj. Rosdin bin Baba terpaksa
meninggalkan mesyuarat ini kerana ada urusan penting di Perak.
1.3 Sekiranya ada pandangan dan cadangan yang ingin diberikan demi kebaikan anak-anak, bolehlah
dikemukakan dan akan dibincangkan bersama.

Tindakan: NYDP

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

2.1 Setiausaha telah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dan diterima sebulat suara
tanpa sebarang pindaan.

Cadangan : Encik Aman Shah bin Ahmad
Sokongan : Puan Norsidah

Tindakan: Setiausaha
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

Tindakan: Makluman

4. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA TAHUNAN PIBG 2019
4.1 Bendahari telah membentangkan Penyata Tahunan PIBG bermula dari 01 Januari 2019 hingga 31

Disember 2019 dan telah diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
Cadangan : Puan Masni binti Ali
Sokongan : Puan Hatini binti Hanapi
Tindakan: Bendahari

5. PEMBENTANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN PIBG BAGI TAHUN 2020
5.1 Bendahari telah membentangkan jumlah anggaran perbelanjaan PIBG bagi tahun 2020 iaitu sebanyak

RM8,700.00 dan akan dibincangkan pada mesyuarat JK PIBG akan datang. Butiran lanjut sila rujuk
lampiran Anggaran Perbelanjaan Tahunan 2020.

Tindakan: Bendahari
6. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2018/2019
6.1 NYDP, Datuk Amzah bin Osman telah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan

terutamanya kepada YDP, Tn. Hj. Rosdin bin Baba yang telah mengumumkan untuk melepaskan
jawatan beliau dalam ucapannya sebentar tadi. Terlalu banyak jasa beliau dalam menerajui barisan JK
PIBG selama 6 tahun dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam PIBG SKPDD ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2019 kerana
memberi perkhidmatan yang terbaik di sekolah ini dan hanya Allah yang dapat membalas segala jasa
baik itu. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, beliau telah membubarkan semua Jawatankuasa
PIBG bagi sesi 2018/2019 dengan rasminya.

Tindakan: NYDP

7 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA

7.1 Majlis sebulat suara telah melantik Datuk Amzah bin Osman sebagai Pengerusi Sementara bagi
mempengerusikan mesyuarat agung ini seterusnya.
Tindakan: Makluman

8. PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2020/2021

8.1 Pelantikan telah dijalankan bagi jawatan YDP, NYDP dan AJK ibu bapa sahaja. Barisan

Jawatankuasa PIBG SKPDD bagi sesi 2020/2021 yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Yang Dipertua PIBG : Datuk Amzah bin Osman

Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Ahmad Sufi bin Hassan

AJK PIBG (Ibu bapa) : 1. Puan Masni binti Ali

2. Encik Abdul Rahim bin Shaik Mohamed

3. Encik Abul Khair bin Idrus

4. Puan Norma binti Mat Salleh

5. Puan Maizatul Aini binti Mohd Reduan

6. Puan Mardiahna binti Mohd Diah
7. Puan Radziah binti Senudin
8. Puan Aslinda Asmah
9. Puan Noraini binti Aluwi
10. Puan Syamsidur binti Rosmi

Tindakan: Makluman

9. PELANTIKAN 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA

9.1 2 orang pemeriksa kira-kira yang perlu dilantik, iaitu seorang wakil guru dan seorang wakil ibu bapa.
Wakil guru akan diputuskan oleh Guru Besar manakala ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju
melantik Encik Aman Shah bin Ahmad sebagai pemeriksa kira-kira PIBG bagi sesi 2020/2021 mewakili
ibu bapa.
Tindakan: Makluman

10. PERBINCANGAN USUL-USUL

10.1 Puan Norma binti Mat Salleh
i. Makanan di kantin perlu mesra pelajar iaitu sediakan makanan yang tidak pedas dengan harga
yang berpatutan.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar
Daripada pemantauan yang dijalankan oleh guru besar, tidak ada murid yang membangkitkan isu
makanan pedas ini mahupun harga makanan yang dijual. Mungkin hanya sebahagian kecil murid
sahaja yang menghadapi masalah ini.

ii. Sediakan mesin air minuman untuk pelajar ‘top up’ air di sekolah.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar
Pihak sekolah mahupun PIBG tidak berkemampuan untuk menyediakan mesin ini, namun usaha yang
boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah menyediakan tong besar air mineral untuk murid-murid
yang memerlukannya. Sekiranya ada ibu bapa yang ingin memberi sumbangan pihak sekolah amat
mengalu-alukannya.

iii. Sediakan ‘box’ di dalam kelas untuk setiap pelajar menyimpan buku.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar

Murid-murid memang tidak digalakkan meninggalkan buku di dalam meja kerana dikhuatiri akan
hilang. Jika almari atau rak tambahan disediakan ini akan menyebabkan ruang belajar murid
menjadi sempit.

Catatan: Puan Norma binti Mat Salleh berpuas hati dengan semua jawapan yang dijelaskan.

10.2 En. Mohd Hafiez bin Abdullah
i. Kurangkan subjek setiap hari supaya tidak membebankan beg pelajar.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar
Ibu bapa digalakkan memastikan murid-murid membawa buku mengikut jadual waktu harian.

ii.‘Junk food’ & lain-lain keperluan yang tidak berkaitan untuk pelajar tidak perlu dijual di
sekolah.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar
Pihak sekolah memang sentiasa memantau dan tidak membenarkan makanan segera dijual di kantin
namun, ada kalanya terdapat dalam kalangan ibu bapa yang menyambut hari lahir anak mereka dan
memberi makanan tersebut kepada murid-murid.

Catatan: En. Mohd Hafiez bin Abdullah berpuas hati dengan semua jawapan yang dijelaskan.
10.3 Pn. Norfazylah Ismail, Pn. Azlina Abu Samah dan Pn. Nooraishah Abu.

i. Mencadangkan agar pihak koperasi sekolah dapat menjual baju kokurikulum dan baju sukan
berlengan panjang.

Jawapan: Puan Sarimah binti Merais ~ Guru Besar
Semua tempahan yang hendak dibuat perlu dalam kuantiti yang banyak dan ini akan melibatkan kos
yang tinggi dan lambakan stok lama. Harga baju juga akan meningkat dan mungkin akan
membebankan penjaga. Murid-murid dibenarkan menggunakan ‘inner’ atau sarung lengan
berwarna hitam.

Catatan: Semua pencadang berpuas hati dengan jawapan yang dijelaskan.

10.4 Usul daripada pihak pentadbir.
10.4.1 Sumbangan PIBG dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM80.00 bagi setiap keluarga.

Ulasan:
Puan Sarimah menjelaskan bahawa banyak aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan
PIBG dan memerlukan dana yang lebih. Semua sumbangan digunakan untuk kepentingan murid-
murid juga. Pelbagai program yang telah dirancang oleh unit kurikulum, HEM dan kokurikulum
juga.
Ibu bapa boleh membuat 2 kali bayaran sekiranya tidak mampu iaitu RM40.00 bagi penggal pertama
dan bakinya dibayar pada penggal kedua.

Keputusan:
Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir dan bayaran sumbangan ini adalah
untuk sesi persekolahan 2021 nanti.

10.4.2 Usul-usul lain yang dipersetujui untuk dikekalkan adalah seperti berikut:
i. Sumbangan Program Kecemerlangan Sekolah - Lembaran kerja/ kertas peperiksaan dan
lain-lain bagi setiap murid dikekalkan RM10.00.
ii. Sumbangan aktiviti Pendidikan Islam - Kem Bestari Solat, Kem Cemerlang Jawi dan
Khatam Quran Perdana bagi setiap murid dikekalkan RM15.00.
iii. Sumbangan aktiviti sekolah bagi unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum bagi setiap
murid dikekalkan RM20.00.
iv. Sumbangan Insuran Pengawal Keselamatan bagi setiap murid dikekalkan RM5.00.
v. Sumbangan Program Propensi semua murid tahun 6 dikekalkan RM100.00.

Tindakan: Makluman

10.5 Usul daripada PIBG
i. Bagi memotivasikan calon-calon UPSR, sedikit insentif boleh diberikan kepada calon-
calon yang berjaya dengan cemerlang seperti berikut iaitu, 6A ~ RM300.00, 5A ~
RM200.00 dan 4A ~ RM100.00.

Jawapan: Datuk Amzah bin Osman ~ YDP

Memandangkan kedudukan kewangan PIBG yang tidak seberapa , beliau telah bersetuju dan

mengumumkan bahawa insentif bagi murid-murid yang cemerlang dalam UPSR pada tahun 2020 ini

adalah seperti berikut iaitu, 6A~ RM500.00, 5A ~ RM300.00 dan 4A~ RM200.00. Ini

merupakan sumbangan peribadi beliau.

Tindakan: YDP

11. HAL-HAL LAIN

11.1 Datuk Amzah bin Osman
11.1.1 Beliau memaklumkan bahawa semasa perbincangan usul yang dijawab oleh Guru Besar, beliau telah

menghubungi sahabatnya memohon sumbangan sebuah mesin penapis air coway dan sahabatnya telah
bersetuju untuk memberi sumbangan tersebut dengan nilai RM4,000.00 dan sekiranya tidak
mencukupi, beliau akan menambah sebuah lagi.

Tindakan: YDP

11.1.2 Bagi membasmi kemiskinan di sekolah, beliau telah bercadang untuk menjadikan 4 orang murid
miskin yang penjaganya berpendapatan bawah RM500.00 sebulan di SKPDD ini sebagai anak angkat.
Beliau akan menanggung semua perbelanjaan persekolahan mereka termasuk pakaian, perbelanjaan
harian dan yuran mereka.

Bagi jawatankuasa yang lain, beliau akan mengagihkan beberapa orang murid yang boleh
dijadikan juga anak angkat. Program Ziarah Kasih juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu
daripada program PIBG di bawah Biro Kebajikan yang mana sekiranya ada ahli yang sakit ajk biro ini
akan menziarahinya dan doakan kesembuhannya.

Tindakan: YDP & JK PIBG

11.1.3 Beliau juga berhasrat untuk menjadikan semua kelas di sekolah ini sebagai kelas yang kondusif
sebagaimana kelas abad 21 yang terdapat di SK Cheng. Menurut kontraktor yang membuat ubah suai
kelas tersebut, sebuah kelas memerlukan perbelanjaan sebanyak RM700.00 dan kita hanya mempunyai
6 kelas sahaja lagi yang perlu diubah suai menjadi kelas abad 21. Beliau akan berbincang perkara ini
dengan kontraktor tersebut.
Tindakan: YDP

11.1.4 Beliau mensasarkan supaya pada tahun ini, ada calon-calon UPSR yang akan mendapat 6A

memandangkan hampir kesemua permintaan daripada pihak sekolah untuk murid-murid telah dan

akan dipenuhi seperti LCD untuk semua kelas, bilik darjah yang kondusif dan sekiranya berkeperluan

beberapa orang guru tuisyen juga akan dibayar untuk membantu murid-murid tahun 6. Di

samping itu, guru-guru tahun 6 di sekolah ini juga merupakan guru yang mahir dan pakar dalam

bidang masing-masing diharapkan hasrat beliau ini akan tercapai.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru

11.1.5 Beliau memohon supaya dialog prestasi perlu dilaksanakan sekurang-kurang 3 kali setahun untuk
murid tahun 6 dan tahun 5. Murid-murid tahun 5 adalah sebagai pelapis supaya apabila memasuki
tahun 6 kelak mereka telah digerakkan untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa boleh menyatakan
apakah masalah anak-anak mereka. Semua masalah perlu dirungkaikan demi kejayaan dan
kecemerlangan SKPDD.
Tindakan: Pentadbir

11.1.6 Beliau mahu salah seorang daripada jawatankuasa menguruskan tempahan uniform PIBG untuk semua
jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021. Uniform ini perlu dipakai setiap kali menghadiri
mesyuarat.
Tindakan: YDP

11.1.7 Beliau memohon supaya pihak sekolah menyediakan sudut pidato secepat mungkin bagi
merealiasasikan 6 apsiasi pelajar yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
untuk melahirkan murid yang berupaya membentuk jati diri, berpengetahuan dan mampu memimpin
serta boleh bercakap dikhalayak ramai dengan penuh yakin menggunakan pelbagai bahasa
terutamanya komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid boleh menggunakan pentas ini pada
masa rehat dan sebagainya.
Tindakan: Pentadbir

11.1.8 Beliau bersetuju untuk menyumbangkan sebuah televisyen yang akan digunakan bagi memaparkan
segala info tentang sekolah kepada ibu bapa. Pihak sekolah perlu menyenaraikan semua kejayaan
sekolah atau sebarang maklumat kepada ibu bapa melalui TV Info ini.

Tindakan: YDP & Pentadbir

12. UCAPAN PENANGGUHAN – Datuk Amzah bin Osman
12.1 Beliau telah berjanji tidak akan mengganggu guru atau pengurusan pihak sekolah tetapi beliau hanya

mahu kemenjadian mesti diwujudkan di sekolah ini. Beliau tidak mahu berkompromi untuk 5A
dalam UPSR tetapi hanya mahu 6A untuk murid-murid tahun 6 pada tahun ini.

Tindakan: Pentadbir dan guru-guru tahun 6

12.2 Bagi ibu bapa pula, beliau memohon supaya sentiasa menyokong dan datang ke sekolah serta beri
semangat kepada anak-anak agar mengikuti segala program yang dianjurkan pihak sekolah dengan
bersungguh-sungguh. Beliau mengharapkan kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat dijalinkan agar
segala usaha yang beliau rancang dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya. Beliau hanya ingin
menumpang gembira sekiranya murid-murid di sekolah ini berjaya dengan cemerlang.
Tindakan: Pentadbir

12.3 Akhirnya, sekali lagi beliau mendoakan agar majlis pada hari ini diberkati dan memohon maaf
sekiranya ada ucapan beliau yang menginggung perasaan semua yang hadir. Beliau telah
menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG, kali ke-46 pada pukul 6.20 petang.

Tindakan:YDP

Tarikh disediakan : 09 Mac 2020

Disediakan oleh ,

________HALIMAH____
(HALIMAH BINTI YUSOF)
S/U PIBG Sesi 2018/2019
SKPDD

KEWANGAN

KEWANGAN

KEWANGAN

KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN 2021

Pengurusan Akademik / Kurikulum

BIL. PROGRAM JUMLAH CATATAN
1. Hari Anugerah Kecemerlangan (RM)
1000

2. Program Solat Hajat 300
3. Anugerah Bintang PBD 500
4. Perjumpaan Ibu Bapa 200
2000
JUMLAH

Pengurusan HEM

BIL. PROGRAM JUMLAH CATATAN

1. Kecerian Kelas (RM)
2. Program Motivasi 600
3. Program 3K 300
4. Sambutan Hari Raya 400
5. Sambutan Hari Kanak-kanak 400
300
JUMLAH 2000

BIL. PROGRAM Pengurusan Kokurikulum CATATAN

1. Sukan Tahunan JUMLAH
2. Merentas Desa (RM)
3. Perkhemahan 1000
4. Bulan Kebangsaan 200
5. Program Keusahawanan 600
200
JUMLAH 500
2500

Jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan = RM6,500.00
Jumlah baki terkini akaun sehingga September 2021 = RM11,520.88
Lebihan pendapatan sebanyak RM5,020.88

JAWATANKUASA PIBG SK (P) DURIAN DAUN, MELAKA
SESI 2020 / 2021

PENASIHAT : PN. SUHAILI BT ABD RASAP ~ GURU BESAR
YANG DIPERTUA
N. YANG DIPERTUA : DATUK AMZAH BIN OSMAN
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA : EN. AHMAD SUFI BIN HASAN
BENDAHARI
NAIB BENDAHARI : PN. NURHANIAH BINTI HJ. SOOD
AJK IBU BAPA
: PN. HJH AZLIA BINTI JANUDIN

: EN. AZRUL HISHAM BIN ALI

: EN. ALIAS BIN IBRAHIM (TELAH BERPINDAH)

: EN. ABDUL RAHIM BIN SHAIKH MOHAMED

: EN. ABUL KHAIR BIN IDRUS

: PN. NORAINI BINTI ALUWI

: PN. MASNI BINTI ALI
: PN MARDIAHNA BINTI MOHD DIAH
: PN MAIZATUL AINI BINTI MOHD REDZUAN
: PN SYAMSINUR BINTI ROSMI
: PN ASLINDA BT ASMAN
: PN NORMA BINTI MAT SALLEH

AJK GURU : PN. UMI KALSOM BT HJ BUANG ~ GPK PENTADBIRAN
: PN. NOR AINI BT HARUN ~ GPK HEM
PEMERIKSA : EN. MOHD RAHDI BIN AHMAD ~ GPK KOKURIKULUM
KIRA-KIRA : PN. HJH ARIJA BT ABD GHAPAR
: PN. NURUL BAHIRAH BT. ANUAL

: EN. AMAN SHAH BIN AHMAD ~ IBU BAPA
: PN. ANG AN NI ~ GURU

BILANGAN AHLI 2021

MURID-MURID : 191 ORANG

GURU-GURU : 16 ORANG

IBU BAPA/PENJAGA :

KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
KEHADIRAN

BIL NAMA JAWATAN 2020 9/4 2021 15/10 JUM
Penasihat 24/7 Bil 1 31/7 Bil 3
Bil 1 Bil 2 4
4
1 Pn. Sarimah binti Merais/ / /// 4
Pn. Suhaili binti Abd Rasap 4

2 Datuk Amzah bin Osman YDP / ///

3 En. Ahmad Sufi bin Hassan NYDP PIBG / ///
/ ///
4 Pn. Umi Kalsom binti Haji Buang GPK
Pentadbiran

5 Pn. Nor Aini binti Harun GPK HEM / /// 3
GPK / 4
6 En. Mohd Rahdi bin Ahmad Kokurikulum / /// 4
Setiausaha / 4
7 Pn. Nurhaniah bt Hj. Sood Naib Setiausaha / /// 4
Bendahari / 1
8 Pn. Hjh. Azlia bt. Janudin Naib Bendahari / /// 2
AJK(Ibu bapa) / 4
9 En. Azrul Hisham bin Ali AJK(Ibu bapa) / /// 3
AJK(Ibu bapa) / 2
10 En. Alias bin Ibrahim AJK(Ibu bapa) / OOO 4
AJK(Ibu bapa) / 2
11 En. Abd Rahim bin Shaikh AJK(Ibu bapa) / / OO 2
Mohamed AJK(Ibu bapa) / 1
AJK(Ibu bapa) / 1
12 En. Abul Khair bin Idrus AJK(Ibu bapa) / /// 4
AJK(Guru) O 3
13 Pn. Noraini binti Aluwi AJK(Guru) 20 O/ /

14 Pn. Masni binti Ali O/O

15 Pn. Maizatul Aini binti Mohd ///
Redzuan

16 Pn. Aslinda binti Asman O/O

17 Pn. Syamsinur binti Rosmi / OO

18 Pn. Mardiahna binti Mohd Diah OOØ

19 Pn. Norma binti Mat Saleh OOO

20 Pn. Hjh. Arija bt. Abd Ghapar ///

21 Pn. Nurul Bahirah bt Anual ///

JUMLAH 15 16 14

/ - HADIR O - TIDAK HADIR BERSEBAB Ø - TANPA SEBAB TB – TIDAK BERKENAAN B - BERSARA

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 2021

BIL NAMA JAWATAN
1. PUAN SUHAILI BINTI ABD RASAP PENASIHAT / GURU BESAR
2. PUAN UMI KALSOM BINTI HAJI BUANG GPK PENTADBIRAN
3. PUAN NOR AINI BINTI HARUN GPK HEM
4. ENCIK MOHD RAHDI BIN AHMAD GPK KOKURIKULUM

5. PUAN RAFIDAH BINTI HAMZAH GURU TAHUN 1 AISYAH/ GURU SPBT
6. PUAN HAJAH FAZILAH BINTI ABU
7. PUAN MIZAN ZALINA BT JAMIAN GURU TAHUN 2 FATIMAH/ GURU
8. PUAN NURHANIAH BINTI HAJI SOOD SAINS & RBT
9. CIK NUR FADILAH BT MOHAMMED NOOR GURU TAHUN 3 KHADIJAH /
10. PUAN ANG AN NI GURU BAHASA INGGERIS
11. PUAN HAJAH HALIMAH BINTI YUSOF GURU TAHUN 4 MARYAM/ GBKLD/
12. PUAN HAJAH AZLIA BINTI JANUDIN GURU BAHASA ARAB
13. ENCIK MOHD HAIRUL BIN TAHIR GURU TAHUN 5 NUSAIBAH/ GURU
14. ENCIK AZRUL HISHAM BIN ALI BAHASA INGGERIS
15. PUAN HAJAH ARIJA BINTI ABDUL GURU TAHUN 6 SUMAYYAH/
16. PUAN NURUL BAHIRAH BINTI ANUAL GURU DISIPLIN
17. PUAN NORA’ASYIKIN BINTI MULUP
18. PUAN AZIAWATI BINTI SAMSUDIN GURU BAHASA MELAYU
19. PUAN HAPSAH BINTI YUSOF
GURU DATA/ GURU BAHASA
MELAYU

GURU MEDIA/ GURU PSS

GURU PENYELARAS ICT/ GURU PJK/
GURU 3K

GURU PRASEKOLAH

GURU PEMULIHAN KHAS

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU AM RENDAH

PEMBANTU PENGURUSAN MURID


Click to View FlipBook Version