The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwa@ppdks, 2020-08-10 10:48:37

Kertas Kerja Ceramah CPR dan HM 2020

Kertas Kerja Ceramah CPR dan HM 2020

BENGKEL PDPC STEM
RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR) DAN HEIMLICH MANOEUVRE

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED MOHAMED AL BUKHARY
2020

1. PENDAHULUAN

Pada abad ke-21 yang mencabar ini, kemahiran STEM memainkan peranan penting dalam memastikan
murid disediakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai bagi berhadapan dunia luar.
Pendidikan STEM mampu melahirkan murid yang berdaya saing, dan kompetitif bagi persediaan dengan
dunia yang serba mencabar.

Sehubungan dengan itu, Penyelaras Tingkatan 4 dan Panitia Sains SMK SMAB menganjurkan Bengkel
PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre, yang merupakan suatu program
STEM dan kesihatan bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan murid dalam ilmu berkaitan bantuan
kecemasan. Di samping itu, bengkel ini juga mampu membimbing murid dalam menyediakan mereka
dengan ilmu dan pengetahuan berkaitan kesihatan yang berguna untuk mereka pada masa akan datang.

2. OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan murid dengan pengetahuan tentang Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan
Heimlich Manoeuvre

2.2 Mendedahkan murid dengan kemahiran bantuan kecemasan secara praktikal
2.3 Mendedahkan murid dengan skop kerjaya dalam bidang kesihatan

3. PENGISIAN PROGRAM

3.1 Perkongsian tentang Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre
3.2 Demonstrasi dan amali

4. ANJURAN

Panitia Sains SMK Syed Mohamed Al-Bukhary

5. SASARAN PESERTA

KELAS JUMLAH
4 Asakir 28
4 Jauzi 29
4 Hauqal 19
4 Khaldun 32
4 Yasmin 24
JUMLAH 132

1

6. TARIKH / HARI
5 Februari 2020, Rabu

7. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi En Mohd A’sri bin Abdul Ghani
Pengetua

Naib Pengerusi 1 En Mohamad Zahir bin Hashim
Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 Encik Omar bin Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 Puan Maizatul Akmam binti Cha
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras Puan Siti Salwa binti Ahmad
Guru Kanan Sains dan Matematik

Penyelia Pn NoorZehan binti Zainudin
Ketua Panitia Sains

Ahli Jawatankuasa Semua ahli panitia sains

8. TENTATIF Perkongsian tentang CPR dan Heimlich Manoeuvre
Demonstrasi dan amali
RABU Penyampaian Sijil
2.30 petang
3.00 petang
4.00 petang

9. ANGGARAN PERBELANJAAN Jumlah
RM 60.00
PERBELANJAAN RM 6.00
RM 66.00
Bil Perkara
1. Makanan (RM60 x 10 pemudahcara)
2. Sijil

JUMLAH

2

10. PENUTUP

Justeru adalah menjadi harapan besar pihak Panitia Sains SMK Syed Mohamed Al-Bukhary agar minat
mempelajari sains dapat diwujudkan di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary ini. Walaupun pelaksanaannya
terhad tetapi diharapkan ianya dapat memberi kesan yang baik kepada murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….………… …………………………
(NOOR ZEHAN BINTI ZAINUDDIN) (SITI SALWA AHMAD)
KETUA PANITIA SAINS GURU KANAN SAINS dan MATEMATIK

Diluluskan oleh :

……………………………………….
(MOHD A’SRI BING ABDUL GHANI
Pengetua
SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY

3

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Aras 1, Blok A , Hospital Alor aetar
Lebuhraya Darulaman
05100 Alor setar
KEDAH

19 JANUARI 2020

Tuan,

MEMOHON KEPAKARAN KEMAHIRAN BANTUAN KECEMASAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Panitia Sains SMK Syed Mohamed Al-Bukhary akan
menganjurkan satu Bengkel PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre
seperti berikut:

Tarikh : 5 Februari 2020 (Rabu)
Tempat : Dewan Iltizam
Masa : 2.30 petang- 4.00 petang

Peserta : Murid-murid Tingkatan 4 (seramai 132 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
membenarkan pegawai dari Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar (atau yang berdekatan) yang
mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan juga
melakukan demonstrasi untuk murid kami sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka dalam
mata pelajaran Sains. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Siti Salwa Binti Ahmad di talian 017-
5103319.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

4

5


Click to View FlipBook Version