MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN AZHAR (298370) PEMBELAJARAN ABAD KE-21 EDISI SESI A231
PENGHARGAAN Pembelajaran Abad Ke-21 i ISI KANDUNGAN 1 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 2 ELEMEN PAK21 3 STRATEGI PdP PAK21 4-5 ALATAN DAN APLIKASI BANTU MENGAJAR TEORI PEMBELAJARAN 8-11 REFLEKSI 12-13 RUJUKAN 14 6-7
Pembelajaran Abad Ke-21 PENGHARGAAN 1 Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana memberi kesihatan yang baik kepada saya sepanjang menyelesaikan penulisan buku ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Dr Farah Mohamad Zain kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang kursus SGMT2013 21st Century Learning Tools . Saya juga ingin berterima kasih kepada ibubapa saya yang menjadi tulang belakang saya sepanjang pengajian saya di Universiti Utara Malaysia. Saya ingin menzahirkan rasa berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dalam program ISMP (Teknologi Maklumat) yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan buku ini untuk kebaikan ramai. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada diri saya sendiri yang sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai rintangan dan halangan sepanjang menyiapkan buku ini.
DEFINISI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 Pembelajaran Abad Ke-21 Pada era digital ini , landskap pendidikan juga tidak terlepas dalam melalui fasa evolusi dan transformasi. Pendidikan abad 21 ini adalah merupakan satu pendekatan baharu dalam sistem pendidikan dalam usaha untuk memenuhi tuntutan dan mengharungi cabaran pendidikan yang semakin mencabar. Pembelajaran abad ke-21 lebih menekankan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid dan menggalakkan murid supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Abad Ke-21 juga tidak hanya tertumpu kepada penyampaian informasi sahaja, tetapi pembentukan sahsiah dan modal insan pelajar kepada individu yang mampu meniti masa depan dengan baik. Terdapat beberapa elemen yang menjadi tunjang kepada perlaksanaan PAK21 iaitu critical thinking, creative, collaboration, communication dan satu nilai iaitu moral and ethics atau lebih dikenali sebagai 4C1M 2
Pembelajaran Abad Ke-21 Creative Critical Thinking Collaboration Communication Moral & Ethic ELEMEN Pemikiran kritis (critical thinking) bermaksud keupayaan pelajar untuk menaakul sesuatu informasi, menilai hujah dan mengambil keputusan yang logik melalui data yang dianalisis. Melalui pendekatan Pembelajaran Abad ke-21, pelajar diajarkan untuk berfikir secara kritis supaya pelajar dapat menganalisis dan menyelesaikan pelbagai masalah pada masa hadapan. Elemen pemikiran kritis sangat penting dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Kreatif (creative) bermaksud kebolehan pelajar untuk menjana idea, menyelesaikan masalah dan mencari solusi yang inovatif. Elemen kreatif sangat penting dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 kerana segala inovasi, pembaharuan serta idea yang baik datang daripada pemikiran yang kreatif. Pelajar-pelajar perlu diterapkan dengan sifat kreatif untuk memupuk kemahiran berfikir secara meluar. 3 Kolaboratif (Collaboration) adalah kemampuan seseorang pelajar untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan juga guru. Dari sudut pandang pendidikan, kolaboratif ini adalah suatu keboleh pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama-sama dengan rakan-rakan dan guru. Pelajar-pelajar perlu diterapkan dengan elemen kolaboratif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Komunikasi (communication) adalah keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, guru, sekolah dan juga masyarakat. Hal ini termasuklah kebolehan untuk menyampaikan idea, menerangkan fakta, berbincang dengan rakan-rakan serta kemahiran penggunaan media untuk berkomunikasi dengan pelajar lain. Kemahiran ini sangat penting untuk diterapkan kepada pelajar. Nilai murni dan etika (moral and ethics) adalah suatu nilai yang ingin diterapkan dalam diri pelajar melalui pendekatan Pembelajaran Abad ke-21. Hal ini adalah untuk membetuk sahsiah dan moral pelajar yang baik dan melahirkan warganegara yang berdisiplin.
STRATEGI PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 KAEDAH PERLAKSANAAN Pembelajaran Abad Ke-21 4 FLIPPED CLASSROOM Flipped classrom merujuk kepada kaedah model pembelajaran yang mempunyai waktu pembelajaran yang tidak terhad didalam kelas sahaja. Proses pembelajaran berlaku didalam dan diluar bilik darjah. Masa pembelajaran yang lebih fleksible. SEBELUM KELAS SEMASA KELAS SELEPAS KELAS Guru akan menyediakan bahan-bahan pra-pembelajaran kepada pelajar seperti nota dan video. Pelajar mendapat akses dan pendedahan awal oleh guru berkaitan pembelajaran yang bakal berlaku. Pelajar melakukan prapembelajaran sebagai persediaan awal sebelum proses pembelajaran langsung di dalam bilik darjah. Guru berperanan sebagai pemudahcara semasa kelas berlangsung. Murid-murid bebas mengajukan soalan, melakukan diskusi dengan rakan-rakan dan memberikan idea semasa kelas. Guru mestilah memantau tahap kefahaman murid semasa proses pembelajaran berlaku. Fasa ini amat penting kepada kefahaman pelajar. Selepas sesi kelas, murid dapat membuat refleksi terhadap pembelajaran yang berlaku. Murid-murid dapat menganalisis tahap kefahamaman masing-masing. Guru memberikan latihan sebagai pemangkin kepada pemahaman sedia ada pelajar. Pelajar boleh membuat pencarian data di laman media sosial sebagai pengukuh pengetahuan sedia ada diluar bilik darjah.
KELEBIHAN FLIPPED CLASSROOM Pembelajaran Abad Ke-21 5 Mengasah kemahiran ‘collaboration’ antara pelajar semasa pelajar membuat perbincangan dan aktiviti bersama semasa kelas berlaku meningkatkan kreativit pelajar apabila pelajar belajar di dalam kelas kerana perlaksanaan PAK21 lebih menumpukan dan berpaksikan murid Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis kerana dapat memberi ruang dan peluang untuk pelajar merancang sendiri waktu pembelajaran. Selain itu, pelajar boleh membuat refleksi sendiri selepas kelas.
Pembelajaran Abad Ke-21 6 ALATAN DAN APLIKASI BANTU MENGAJAR Aplikasi Seesaw adalah sebuah aplikasi pengurusan pembelajar yang efisien untuk guru. Aplikasi ini sangat mudah untuk dicapai oleh guru dan pelajar tanpa perlu dimuat turun. Antara ciri dan dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini adalah muatnaik kerja, video, lukisan, nota dan memuatnaik sebarang pautan. Photo: Memuatnaik gambar pembelajaran Drawing: Memuatnaik lukisan pembelajaran Video: Memuatnaik video pembelajaran Photo: Memuatnaik linkpembelajaranVideo: Memuatnaik sebarang pautan pembelajaran Photo: Memuatnaik notapembelajaranFUNGSI APLIKASI SEESAW
KELEBIHAN SEESAW Meningkatkan Kreativiti melalui aktiviti yang ada seperti melukis Pembelajaran Abad Ke-21 7 Meningkatkan Kolaborasi pelajar kerana pelajar dapat melakukan aktiviti bersamasama Mudah diakses di Internet Meningkatkan pemikiran kritis pelajar kerana terdapat aktiviti-aktiviti yang mencabar boleh diberikan kepada pelajar
Pembelajaran Abad Ke-21 8 TEORI PEMBELAJARAN tpack Technological Pedagogical Content Knowledge atau lebih dikenali sebagai TPACK adalah teori yang diperkenalkan Punya Mishra dan Matthew J. Koehler pada tahun 2006. TPACK diwujudkan selari dengan perkembangan teknologi. Teori TPACK ini mempunyai tiga elemen utama yang menjadi tunjang kepada keberhasilan teori ini. Melalui teori TPACK ini, setiap guru mestilah mempunyai 3 kemahiran utama yang terdapat dalam elemen TPACK ini iaitu Pedagogical Knowledge (Kemahiran Pedagogi), Content Knowledge (pengetahuan fakta) dan Technological Knowlegde (kemahiran teknologi). Setiap elemen ini perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) berlangsung. Penguasaan 3 elemen utama ini bermaksud guru telah mencapai fasa Technological Pedagogical Content Knowledge iaitu guru dapat menggunakan teknologi sebagai medium menyampaikan pengetahuan berdasarkan fakta dan silibus yang ditentukan melalui cara-cara pengajaran yang betul.
Pembelajaran Abad Ke-21 9 ELEMEN TPACK Pedagogical Knowledge Pengetahuan seseorang guru tentang strategi pengajaran dalam proses untuk menyampaikan pengetahuan kepada anak-anak murid. Strategi pengajaran ini amat penting untuk kualiti dan keberkesanan pembelajaran tersebut Pengetahuan seseorang guru tentang fakta pengajaran dalam silibus mengikut standard yang ditetapkan. Seseorang guru mestilah mengetahui segala sukatan pembelajaran subjek yang bakal diajar supaya dapat memaksimumkan ilmu yang dapat disampaikan Content Knowlegde Technological Knowledge Kemahiran seseorang guru dalam menggunakan teknologi dalam pendidikan membolehkan seseorang guru itu menggunakan teknologi sebagai medium pengajaran dan pemudahcaraan. Seseorang guru mestilah mempunyai asas dalam teknologi
Pembelajaran Abad Ke-21 10 Technological Content Knowledge Pedagogical Content Knowledge Technological Pedagogical Knowledge Seorang guru itu mempunyai kefahaman yang cukup mengenai konten dan menggunakan teknologi sebagai medium pengajaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Contoh: Guru matematik mengajarkan topik pembezaan menggunakan medium Google Meet Seorang guru itu mempunyai kefahaman yang mendalam dalam sesebuah subjek itu dan menggunakan strategi pengajaran yang tepat untuk menyampaikan ilmu. Contoh: Guru sejarah menggunakan teknik penceritaan dalam mengajar topik kolonilisme British kepada anak murid. Seorang guru itu mempunyai kemahiran dalam teknologi serta mempunyai strategi pengajaran yang baik untuk diaplikasikan melalui teknologi. Contoh: Seorang guru menggunakan strategi penghafalan dengan memuatnaik bahan pengajaran kepada pelajar melalui platform Google Classroom. Technological Pedagogical Contect Knowledge (TPACK) Seorang guru yang mempunyai kefahaman yang tinggi dalam fakta didalam subjek itu dan menggunakan teknologi sebagai medium pengajaran serta mempunyai strategi yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh: Seorang guru Kimia merakam video cara-cara mentitrasi menggunakan kaedah simulasi dalam pengajarannya untuk menerangkan cara mentitrasi dengan betul dan memuatnaik video tersebut dalam aplikasi Google Classroom supaya anak murid dapat mengulangkajinya
Pembelajaran Abad Ke-21 11 PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN ALATAN PEMBELAJARAN YANG DIPILIH Technological Knowledge Guru dapat menggunakan teknologi iaitu aplikasi Seesaw untuk menjadi medium pengajaran dan pembelajaran. Technological Pedagogical Knowledge Technological Content Knowledge Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) Guru dapat menggunakan aplikasi Seesaw untuk menyediakan fakta dan konten dengan memuatnaik bahan pengajaran di dalam aplikasi Seesaw. Guru dapat menggunakan aplikasi Seesaw untuk mempelbagaikan lagi strategi mengajar dengan fungsi-fungsi Seesaw yang menarik dan pelbagai. Guru dapat menggunakan aplikasi Seesaw sebagai medium pengajaran dengan strategi pembelajaran yang sesuai dan fakta pembelajaran yang berpatutan
Pembelajaran Abad Ke-21 12 REFLEKSI Bagaimana perancangan penghasilan e-buku ini? Pertama sekali, saya membuat kerangka awal penghasilan buku ini supaya semua perkara dapat dibuat mengikut perancangan yang telah dibuat. Saya mencari bahan melalui carian di internet dan mencatatnya supaya penghasilan buku ini mengikut kehendak soalan. Apakah yang berkesan semasa penghasilan e-Buku? Hampir kesemua perkara adalah positif semasa penghasilan buku ini. Penggunaan aplikasi Canva sangat memudahkan saya dengan penghasilan buku ini. Pelbagai fungsi di canva yang mudah untuk digunakan. Peruntukan masa yang panjang membolehkan saya membuat buku ini dengan baik. Apakah yang kurang berkesan semasa penghasilan e-Buku? Capaian internet yang lemah menjadi faktor utama terjejasnya penghasilan e-Buku ini. Perkara ini menjejaskan pencarian maklumat melalui internet dan juga penggunaan Canva kerana aplikasi ini memerlukan capaian internet untuk diakses. Bagaimanakah pembangunan e-Buku meningkatkan kemahiran kreativiti saya? Terdapat beberapa bahagian pada e-Buku yang memerlukan saya untuk membuat ilutrasi dan juga penghasilan grafik untuk memberikan kefahaman dan pengalaman yang baik kepada pembaca. Selain itu, saya juga perlu memilih warna, size, huruf yang bersesuain dengan tema buku ini. Tidak fapat dinafikan bahawa penghasilan buku ini dapat meningkatkan kreativiti saya.
Pembelajaran Abad Ke-21 13 Apakah proses reka bentuk e-Book yang paling berharga untuk saya? Pemilihan fungsi-fungsi grafik di Canva yang sangat banyak membawa satu nilai yang tinggi kepada saya kerana saya dapat meningkatkan kretiviti saya dan juga menjadikan e-Buku ini lebih menarik untuk dibaca. Apakah yang saya pelajari tentang proses reka bentuk e-buku daripada menyertai projek? Perkara yang saya pelajari sepanjang penghasilan buku ini adalah pengurusan masa dan maklumat yang tepat. Saya perlu memastikan yang segala perkara yang dibuat dapat berjalan dengan lancar seperti perancangan. Selain itu, saya perlu memastikan penulisan saya ini bertepatan dengan fakta yang sebenar Apakah yang saya perlu ketahui lebih lanjut dalam melakukan projek e-buku? Saya perlu lebih mendalami dunia grafik secara lebih mendalam supaya buku saya lebih menarik dan sesuai dengan tema dan pembacaan. Selain itu, saya perlu belajar cara mengurus projek dengan lebih baik dan efisien supaya dapat meminimumkan kegagalan dan halangan sepanjang penghasilan projek Apakah cabaran sepanjang penghasilan e-Buku ini? Kekurangan maklumat di internet memerlukan saya untuk menanyakan orang yang berpengalaman dalam buku ini sebagai rujukan saya. Selain itu, jadual yang padat membantutkan penghasilan buku ini secara keseluruhannya.
Pembelajaran Abad Ke-21 14 Rujukan Aiman, C. (2021, February 26). Pembelajaran abad ke-21 - TCER.MY. TCER.MY. https://www.tcer.my/pembelajaran-abad-ke-21/ Mgbsim, S. (2017). PEMBELAJARAN ABAD KE-21. www.academia.edu. https://www.academia.edu/32686549/PEMBELAJARAN_ABAD_KE_21 Kurt, S. (2019, September 16). TPACK: Technological Pedagogical Content Knowledge Framework - Educational Technology. EducationalTechnology. https://educationaltechnology.net/technological-pedagogicalcontent-knowledge-tpack-framework/ Canada, M. H. (2021, May 13). What is TPACK theory and how can it be used in the classroom? McGraw Hill Canada. https://www.mheducation.ca/blog/what-is-tpack-theoryand-how-can-it-be-used-in-the-classroom/ Isnen, M. S. (2017, November 29). 47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).CIKGUSUHAIMIN. http://www.cikgusuhaimin.com/2017/11/47-aktivitipembelajaran-abad-ke-21-pak.html Syed, I. (Januari, 2022). Tahap Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru di Salah Sebuah Sekolah Menengah Daerah Langat. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/362144479_Tah ap_Pengajaran_dan_Pemudahcaraan_Guru_di_Salah_Sebua h_Sekolah_Menengah_Daerah_Langat