The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELANCARAN NILAM 2021 SMK DATO' SERI WAN MUHAMED pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlinaghadzi81, 2021-03-29 11:16:59

PELANCARAN NILAM 2021 SMK DATO' SERI WAN MUHAMED pdf

PELANCARAN NILAM 2021 SMK DATO' SERI WAN MUHAMED pdf

PELANCARAN NILAM 2021
SMK DATO’ SERI WAN MUHAMED

TARIKH: 24 MAC 2021

AGENDA PROGRAM

1. JAWATAN KUASA NILAM 2021
2. UCAPAN PERASMIAN
3. PROGRAM NILAM
4. AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH

TAHUN 2021
5. GAMBAR

JAWATANKUASA NILAM 2021

PUAN SALINA BINTI ZAINI PUAN HAMIDATON BINTI SUFIAN PUAN RISDALINA HAFIZAH BINTI SHADZALI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENGETUA PENYELARAS

MAZLINA BINTI ABDUL GHADZI FATIM NADIA BINTI ISHAK
SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA

UCAPAN PERASMIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kami
warga sekolah SMK Dato’ Seri Wan Muhamed dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran NILAM
tahun 2021 secara atas talian . Matlamat utama NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah membina tabiat
membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum
iaitu menjadikan pelajar banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM ialah rekod membaca, pengesahan pembacaan dan seterusnya
pengiktirafan. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Guru mata
pelajaran atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar. Pengiktirafan diberi kepada
pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Seiring dengan peredaran zaman, pada tahun ini juga, Sistem perekodan NILAM yang dikenali sebagai
IQ NILAM telah dilaksanakan secara atas talian.Sistem ini boleh diakses oleh murid pada bila-bila masa, walau
di mana berada. Untuk pengetahuan semua, hasrat, niat serta matlamat Program NILAM begitu murni sekali
iaitu untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan
pelajar-pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah
langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang.
Membaca boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan kita
mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan
berteknologi tinggi.

Bersempena dengan pelancaran NILAM SMK Dato’ Seri Wan Muhamed pada tahun ini, saya amat
berharap guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan warga sekolah dapat melibatkan diri secara langsung dengan
mengamalkan budaya membaca walaupun di rumah seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
oleh pusat sumber sekolah.

Semoga warga SMK Dato’ Seri Wan Muhamed akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam
menghadapi transformasi pendidikan. Sempena dengan majlis ini, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-
guru untuk berkunjung ke PSS dan gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS dengan sebaik
mungkin bagi memenuhi objektif program NILAM. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacita dan
bangganya merasmikan Majlis Pelancaran Nilam SMK Dato’ Seri Wan Muhamed bagi tahun 2021

Sekian, terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.

(HAMIDATON BINTI SUFFIAN)
PENGETUA

SMK DATO’ SERI WAN MUHAMED.



VIDEO PERASMIAN OLEH PUAN HAMIDATON
PEGETUA SMK DATO’ SERI WAN MUHAMED

Apa itu NILAM?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah
agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang
berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang
berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim
daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan
pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan
semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu
kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat
membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

rogram NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK DATO’ SERI WAN MUHAMED adalah seiring dengan
matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;

) Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.

) Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif

Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK DATO’ SERI WAN MUHAMED adalah
ebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid
kan dapat:

. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca.

Bahan Bacaan

Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan

Buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber.
Buku Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam
bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari koleksi
sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan awam, perpustakaan
bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan
di storan digital dan juga dari internet.

Bahan bukan buku Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada
buku seperti artikel, jurnal, majalah, komik, laporan, risalah, poster, brosur

AKTIVITI PUSAT SUMBER smk dato’
seri wan muhamed TAHUN 2021

Jejak Literasi Pelancaran
maklumat maklumat nilam

Forum PUSAT SUMBER SMK Bicara
buku DATO’ SERI WAN buku
MUHAMED

Tokoh nilam Pengucapan Buku
tahun 2021 awam/Kemahiran skrap

berkomunikasi

GAMBAR







TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version