The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 40<br>SMK BELARA<br>19 MEI 2023<br>JUMAAT<br>8.30 PAGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86395637, 2023-05-17 21:12:08

BUKU MESYUARAT AGUNG 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 40<br>SMK BELARA<br>19 MEI 2023<br>JUMAAT<br>8.30 PAGI

0 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELARA 21200 KUALA TERENGGANU TERENGGANU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 40 / 2023 PADA : 19 MEI 2023 HARI : JUMAAT MASA : 8.15 PAGI TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI SMK BELARA PERASMIAN OLEH TUAN HAJI JELANI BIN SULONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU “Sepakat cakna menuju kecemerlangan”


1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Kandungan 1 2 Notis mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -40 Tahun 2023 2 3 Atur cara Program 3 4 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Belara kali ke -39 Tahun 2022 4 5 Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022/2023 9 6 Laporan Kewangan PIBG Tahun berakhir 31 Disember 2022 11 7 8 Usul- usul Ahli Jawatankuasa Senarai Nama Ajk PIBG SMK Belara sesi 2022/2023 14 14 9 Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2023/2024 15


2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELARA 21200 KUALA TERENGGANU Tel: 09-6152080 Fax: 09-6152335 FB: Pibg Smkbelara Ruj Kami : 100-9/1/4 ( 92 ) Tarikh : 02 Mei 2023 Ibu bapa dan Penjaga Pelajar-pelajar SMK Belara Guru-guru SMK Belara Tuan, Notis Mesyuarat Agung PIBG SMK Belara Kali Ke- 40 Tahun 2023 Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG SMK Belara kali ke-40 tahun 2023 akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 19 Mei 2023 Hari : Jumaat Pendaftaran : 8.15 pagi Tempat : Dewan Al –Bukhari, SMK Belara 2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG: 2.1 Melantik pengerusi mesyuarat 2.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke - 39 2.3 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG SMKB Tahun 2022/2023 2.4 Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022 2.5 Pemilihan Jawatankuasa Baru Sesi 2023/2024 2.6 Memilih dan melantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira 2.7 Membahaskan usul-usul (jika ada) 2.8 Ucapan Penangguhan 3. Pautan bagi borang pendaftaran kehadiran dan pautan bagi cadangan usul akan diberikan pada 11 Mei 2022 . Cadangan usul dan maklum balas kehadiran hendaklah diisi secara atas talian selewatlewatnya 15 Mei 2023. Kerjasama dan kehadiran tuan didahului dengan ucapan terima kasih . Sekian. ” Sepakat Cakna Menuju Kecemerlangan” ”ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD” ”MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( NUR ARIFAH BINTI MAT AMIN ) Setiausaha, PIBG SMK Belara, 21200 Kuala Terengganu.


3 MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BELARA KALI KE- 40 TAHUN 2023 TARIKH : 19 MEI 2023 HARI : JUMAAT TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI, SMK BELARA MASA : 8.15 PAGI ATUR CARA MAJLIS 8.15 pagi : Pendaftaran ibu bapa / penjaga / guru : Persembahan multimedia / kudapan (sarapan) : Ketibaan jemputan/perasmi 9.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis : Nyanyian lagu : Lagu Negaraku : Bacaan doa : Ucapan Tuan Pengetua SMK Belara : Ucapan Yang Dipertua PIBG, SMK Belara : Ucapan Perasmian : Penyampaian anugerah dan penghargaan : Penyampaian surat tawaran kelas KAA : Mesyuarat Agung PIBG kali ke -40 : Cabutan bertuah : Bersurai


4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELARA 21200 KUALA TERENGGANU Tel: 09-6152080 Fax: 09-6152335 Ruj. Kami: SMKB:100-9/1/4 ( ) Tarikh : 2 September 2022 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BELARA KALI KE – 39 TAHUN 2022 Tarikh : 27 Ogos 2022 Hari : Sabtu Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Al Bukhari SMK Belara 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Encik Azmi bin Muda selaku pengerusi sementara bagi Mesyuarat Agung PIBG SMK Belara kali ke-39 mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa setelah dua tahun tidak dapat melaksanakannya secara bersemuka akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG atas sumbangan dan perkhidmatan yang diberikan walau pun dengan segala kekangan yang ada. Beliau juga berharap agar semua pihak dapat terus memberikan komitmen dalam memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-38 2.1 Puan Nur Arifah binti Mat Amin selaku setiausaha PIBG SMK Belara membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke -38 untuk diteliti,diterima dan disahkan dengan merujuk muka surat 4-8. 2.2. Encik Zulkifli bin Ghani mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 diterima tanpa sebarang pindaan dan disokong oleh Encik Muliadi bin Yatim. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -38 telah diterima sebulat suara tanpa pindaan. 2.3 Tiada perkara berbangkit. 3.0 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG SMKB Tahun 2021 dan 2022 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti PIBG bagi tahun 2021 dan 2022 untuk diteliti, diterima dan disahkan dengan meruju muka surat 9-10. 3.2 Puan Zaitulasmida mencadangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2021 dan 2022 diterima tanpa sebarang dan disokong oleh Puan Zawiyah Ibrahim.


5 Laporan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2021 dan 2022 telah diterima sebulat suara tanpa pindaan dan disahkan. 4.0 Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021 4.1 Pn. Faridah Rozaimah bt Ismail selaku bendahari PIBG SMK Belara membentangkan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2021. 4.2 Encik Muliadi Bin Yatim membuat pertanyaan tentang jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melaksanakan aktiviti PIBG bagi tahun 2021. 4.3 YB Yang Dipertua PIBG menjelaskan bahawa jumlah perbelanjaan secara keseluruhan tidak dinyatakan di dalam laporan kewangan tetapi ahli-ahli dapat membuat kiraan sendiri. 4.4 Encik Muliadi bin Yatim mencadangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 diterima tanpa pindaan.Cadangan disokong oleh Puan Siti Fatihah binti Mohamad . Penyata Kewangan diterima sebulat suara oleh majlis tanpa pindaan. 5.0 Pembubaran AJK Sesi 2021/2022 serta pemilihan Jawatankuasa Baru bagi Sesi 2022/2023 5.1 Pengerusi menjemput YDP PIBG, YB Haji Hilmi bin Dato’ Harun untuk membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022. 5.2 YDP PIBG YB Haji Hilmi bin Dato’ Harun membubarkan AJK sesi 2021/2022 dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan tugas yang telah dijalankan. 5.3 Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. 5.4 Puan Nur Arifah binti Mat Amin memaklumkan Mesyuarat AJK PIBG pada 14 Julai 2022 yang lalu mencadangkan agar AJK yang sedia ada dikekalkan kecuali AJK yang menarik diri dan AJK yang tidak mempunyai anak di SMK Belara. 5.5 Puan Nur Arifah mencadangkan bagi pemilihan ahli -ahli jawatan kuasa guru dan pemeriksa kira- kira dilantik oleh pihak sekolah . Cadangan ini disokong oleh En.Azmi bin Muda. Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli majlis. 5.6 Ahli jawatankuasa yang dipilih dan yang dilantik bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: Penasihat : En. Asa’ri bin Abdullah (Pengetua) Yang Di-pertua : YB Hj.Hilmi bin Dato’ Harun Naib Yang Di-pertua : En. Harun bin Isa Setiausaha : Pn. Nur Arifah bt Mat Amin Bendahari : Pn. Faridah Rozaimah bt Ismail@ Mohd Chitab Ahli Jawatankuasa : Pn. Nor Hayati binti Mamat (Penolong Setiausaha)


6 : En.Nodin bin Ahmad (Penolong Bendahari) Pn. Zarah binti Abdul Aziz En. Ahmad Biami bin Yusof Pn. Norazni bt Awang Tn. Hj.Abdul Fatah bin Harun Tn. Hj.Ahmad bin Putih En. Anuar bin Mohammad En. Mohd bin Omar Pn.Zawiyah binti Ibrahim 6.0 Memilih dan melantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira 6.1. Dua orang Pemeriksa Kira-kira yang dicadangkan dan dilantik ialah: Pemeriksa Kira-kira 1 : En. Mohd Zulkefli bin Mohd Pemeriksa Kira-kira 2 : Pn. Wardiana bt Abdul Wahab 7.0 Membentang dan Membahaskan Usul 7.1 Pengerusi membuka cadangan usul daripada ibu bapa dan penjaga. 7.2 Puan Nur Arifah memaklumkan mesyuarat jawatankuasa PIBG Kali kedua sesi 2021/2022 bertarikh 14 Julai 2022 telah mengusulkan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 bagi setiap keluarga dikekalkan. Usul disokong oleh En.Ahmad Biami bin Yusof dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 7.3 Mesyuarat jawatankuasa tersebut juga mengusulkan sumbangan bagi Kecemerlangan Akademik calon STPM adalah sebanyak RM50.00 dan calon SPM juga adalah sebanyak RM50.00 setiap keluarga . Encik Shahrul Faizal mencadangkan agar usul ini diterima dan cadangan disokong oleh En.Norhisyambin Mahamat. Usul diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa sumbangan RM50.00 bagi kecemerlangan calon SPM dan STPM akan dapat memupuk satu perasaaan keterlibatan ibu bapa dan penjaga dalam memastikan kecemerlangan anak masing-masing. 7.4 Encik Abdul Ghafur mencadangkan agar kelas-kelas tambahan turut diadakan bagi pelajarpelajar kelas belakang. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa kelas-kelas tambahan diadakan kepada semua pelajar SMK Belara sama ada pelajar. 7.5 Encik Anuar bin Mohamad mencadangkan agar sijil dalam bidang kokurikulum diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan dalam acara-acara yang telah disertai. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa sijil-sijil akan disediakan oleh guru-guru dan akan diserahkan kepada pelajar setelah dikumpul supaya tidak berlaku kehilangan sijil.


7 7.6 Puan Zumaizon binti Nong meminta agar sekolah membaik pulih tandas-tandas yang rosak untuk kemudahan pelajar. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa segala baik-pulih kemudahan tandas telah dimaklumkan kepada pihak jabatan dan tertakluk kepada peruntukan kewangan. 7.7 Puan Rosazilawati binti Aladdin meminta agar pihak sekolah memaklumkan dalam kumpulan Whatsapp kelas pelajar-pelajar jika sekolah mengambil cuti peristiwa. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa segala maklumat berkenaan aktiviti sekolah termasuk cuti peristiwa disebar-luaskan melalui kemudahan aplikasi Whatsapp tingkatan masing-masing. Flyers juga turut diedarkan agar segala makluman sampai kepada ibu bapa penjaga dengan sebaik mungkin. 7.8 Encik Mohd Norsuki bin Ismail memohon agar membenarkan pelajar yang tinggal di asrama pulang ke rumah dua minggu sekali. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa peraturan kebenaran pulang bermalam atau kebenaran keluar pada hujung minggu bagi pelajar yang tinggal di asrama adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM bagi asrama sekolah harian. Walau bagaimanapun, ibu bapa penjaga dibolehkan membawa makanan atau keperluan lain kepada anak jagaan masing-masing. Tuan Pengetua turut menjelaskan bahawa ibu bapa dan penjaga boleh berjumpa dengan Pengetua jika berkeperluan untuk membawa anak jagaan pulang dengan alasan yang munasabah. 7.9 Puan Zuraidah binti Yusof mencadangkan agar “ Vending Machine “ditambah jumlahnya untuk kemudahan pelajar. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa sebarang penambahan “Vending Machine” di sekolah adalah tertakluk kepada kebenaran pihak JPN dan sekolah boleh membuat permohonan kepada jabatan. 7.10 Puan Nor Hazliza binti Rani mencadangkan agar kelas tambahan kepada pelajar diadakan pada hari Sabtu. Pengetua SMK Belara memaklumkan bahawa sekolah terikat dengan peraturan bekerja pada Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Oleh demikian, tiada kelas tambahan diadakan secara rasmi pada minggu-minggu berkenaan. 7.11 Puan Nurul Syakilla memohon agar sekolah dapat menaik taraf sistem audio di Dewan AlBukhari. Pengetua SMK Belara menjelaskan bahawa permohonan untuk menaik taraf sistem audio boleh dikemukakan oleh pihak sekolah tetapi segala keputusan akan ditentukan oleh pihak JPN. 7.12 Puan Asmah binti Harun mencadangkan agar kemudahan penapis air ditambah bagi kemudahan pelajar dan guru. YB Hj Hilmi menjelaskan pihak PIBG akan menambah satu lagi kemudahan penapis air untuk kegunaan pelajar dan guru.


8 8. Hal-hal lain 8.1 Tiada hal - hal lain diutarakan. 9. Ucapan Penangguhan 9.1 YB Hj Hilmi bin Dato’ Harun selaku YDP PIBG bagi tahun 2021/2022 merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah serta barisan AJK PIBG bagi tahun 2021/2022. 9.2 YB Yang Dipertua turut memanjatkan rasa kesyukuran atas kehadiran ibu bapa penjaga dalam mesyuarat yang menjadi satu petanda bahawa pengurusan PIBG SMK Belara berada pada landasan dan lingkaran yang betul dalam melaksanakan sesuatu urusan melibatkan perbincangan dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa penjaga. 9.3 YB YDP PIBG dan barisan AJK PIBG 2022/2023 berjanji dengan izin Allah akan berusaha melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. YDP turut mengalu-alukan cadangan daripada ahli persatuan untuk memperbaik dan melakukan nilai tambah kepada perkembangan yang positif. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada jam 12 : 50 tengah hari . Disediakan oleh, Disahkan oleh, ( NUR ARIFAH BINTI MAT AMIN ) (HILMI BIN HARUN) Setiausaha, Yang Dipertua, PIBG SMK Belara PIBG SMK Belara 21200 Kuala Terengganu 21200 Kuala Terengganu


9 LAPORAN PENGURUSAN AKTIVITI PIBG SMK BELARA SEPTEMBER 2022/2023 BIDANG Bil AKTIVITI Tarikh Pengurusan PIBG 1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2022/2023 26/02/2023 2 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 2022/2023 10/05/2023 6 Sarana Sekolah 1 Hari Pendaftaran tingkatan 1, 2023 16/03/2023 2 Mesyuarat Agung PIBG 19/05/2023 3 Hari Pelaporan Akademik 26/09/2022 4 Hari Anugerah Nov 2023 5 Hari Sukan Sekolah Jun 2023 6 Hari Penetapan Target SPM 11/05/2023 Akademik 1 Kursus Penyelenggaraan Jentera PVMA 14/09/2022 2 Kem Teknik menjawab Bahasa Melayu 30/09/2022 3 Kem Kecemerlangan Sains pertanian 26-27/10/2022 4 Kem Top 100 SPM 10-12/11/2022 5 Kem Jaringan Smart Score A+ Sains Tulin 27-29/10/2022 6 Kem Elektif Votek 23/10/2022 7 Kem Jaringan Skor A Tasawwur Islam 05/11/2022 8 Program Restu Ilmu 2022 SPM 05/01/2023 9 Kem Pecutan Akhir Pengajian Perniagaan Sem 1& U1 04/01/2023 10 Hari Penetapan Target Tingkatan 1-5 05/02/2023 Keselamatan, Pembangunan Fizikal dan Keceriaan Sekolah 1 Pembelian kerusi dan meja pelajar di Dewan Al Bukhari April 2023 2 Pemasangan 6 unit kipas di bilik kelas Jan 2023 3 Aktiviti keceriaan bilik disiplin April 2023


10 Disediakan oleh; (NUR ARIFAH BINTI MAT AMIN), Setiausaha PIBG, Kuala Terengganu 4 Aktiviti keceriaan bilik rapi diri Mei 2023 Disiplin/Sahsiah / Pembangunan Insan 1 Program Solat Hajat STPM dan SPM 02/02/2023 2 Majlis Apresiasi Pelajar T6 05/02/2023 3 Mini Showcase reka bentuk teknologi TS 25 12/2/2023 4 Majlis Apresiasi Pengawas,PRS dan PSS 17&22/02/2023 5 Program Khidmat Masyarakat pelajar tingkatan 6 11/04/2023 6 Majlis Iftar Jamaie 06/04/2023 7 Program Ihya Ramadhan 04/2023 8 Program Khatam Al Quran 18 /04/2023 9 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya 16/05/2023 10 Operasi Ponteng Operasi Berkala 11 Perjumpaan bersama ibu bapa Sepanjang tahun 12 Pemberian sagu hati persaraan guru Tarikh persaraan 13 Ziarah Kasih Sepanjang tahun Kokurikulum 1 Kejohanan merentas desa Peringkat Daerah 17/05/2022 2 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum 27/08/2022 3 Pemberian insentif kepada pelajar atlet merentas desa 06/02/2023


11 PENYATA PENERIMAAN & PEMBAYARAN DANA KECEMERLANGAN SPM BAGI TAHUN 2022 BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 RM RM Baki pada 1 Januari 2022 Tambah: Penerimaan 1 Sumbangan Murid 3950.00 Jumlah Penerimaan 3950.00 Tolak:Pembayaran 1 Kem Kecemerlangan BI 200.00 2 Kem Jaringan Skor A+ Tasawwur 100.00 3 Kem Jaringan Skor A+ Sains Tulen 300.00 4 Kem Kecemerlangan Pertanian 360.00 5 Kem Teknik Menjawab BM 325.00 6 Kem Skor A+ Sains Tambahan 150.00 1000.00 Jumlah Pembayaran 2435.00 Baki pada 31 Disember 2022 1515.00 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN PIBG BAGI TAHUN 2022 BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 RM RM Baki pada 1 Januari 2022 10466.45 Tambah: Penerimaan 1 Sumbangan Murid 39545.00 2 Sumbangan Mesyurat Agung PIBG 2000.00 3 Sumbangan MAIDAM 9000.00 4 Sumbangan Kelab Guru 1150.00 Sumbangan Lawatan 1000.00 Sumbangan Kem Pertanian 800.00


12 Hibah 25.00 Cash Back Takaful 40.70 53560.70 Jumlah Penerimaan 64027.15 Tolak:Pembayaran 1 Pengurusan & Aktiviti PIBG 9034.11 2 Pengurusan Van PIBG 5193.10 3 Penapis Air Coway 994.00 4 Bayaran balik MAIDAM(STPM) 3000.00 5 Sumbangan Kem Teknik Menjawab PA STPM 318.00 6 Sumbangan Kem Teknik Menjawab P.Perniagaan 315.00 7 Sumbang Cenderahati Guru STPM 300.00 8 Sumbangan Makan Pelajar Amali Sains Tulen SPM 200.00 9 Sumbangan Sambutan Hari Raya 5000.00 10 Sumbangan Merentas Desa 710.00 11 Sumbangan Mercu Tanda STEM 500.00 \12 Program Genggam Gemilang STPM 350.00 13 Banner SPM 64.00 14 Sumbangan Program Restu Ilmu 300.00 15 Sumbangan Solat Hajat 153.00 16 Hadiah Persaraan & Pertukaran Guru 843.00 17 Sumbangan Olahraga 1064.00 18 Sumbangan Baik pulih Rel Pagar 600.00 19 Sumbangan Perkhemahan Perdana 600.00 20 Sumbangan Tenpin Bowling Tingkatan 6 300.00 21 Banner Permuafakatan Akademik 212.00 22 Sumbangan Mikrofon Dewan Sekolah 320.00 23 sumbangan Sirkit Silat Kebangsaan 200.00 24 Sumbangan Lawatan Dabong & P.Pinang 800.00 25 Sumbangan Kursus Pernyelenggaran Jentera PVMA 350.00 26 Sumbangan Kem Elektif-Votek 350.00 27 Sumbangan Lawatan PPKI 350.00 28 Sumbangan Kem Pengawas 750.00 29 Sumbangan Prog. Pemilihan Pelakon Video MBBMBI 306.00 30 Sumbangan Program "Aku Nok Sijil" 100.00 31 Sumbagan Kem Teknik Manjawab BM 125.00 32 Sumbangan Kem Skor A SainsTambahan 150.00 33 Sumb. Kem Smart Skor A+ Sains Tulen 399.00 34 Kem Top 100 SPM 1000.00


13 35 Sumbangan LADAP Guru 700.00 36 Bayaran balik Kelab Guru 400.00 37 Sumbangan Majlis Ihtifal KAA 700.00 38 Bayaran Balik Maidam STPM,SPM & PT3 9000.00 39 Kem Kecemerlangan Sejarah 300.00 40 Sumbangan Kem Pertanian 300.00 42 Kem Jaringan Skor A Tasawwur 360.00 43 Sumbangan Bulan Kemerdekaan 500.00 44 Sumbangan Kem Kepimpinan PRS 200.00 45 Sumbangan Kelab Guru 700.00 46 Bayaran Balik Sumbangan Kelab Guru 750.00 47 Sumbangan Bola Baling 200.00 48 Sumbangan Program LPT 480.00 49 Sumbangan Ziarah Cakna 375.00 50 Bayaran Balik Sumbangan Lawatan 1000.00 51 Caj Bank 8.50 Jumlah Pembayaran 51223.71 Baki pada 31 Disember 2022 12803.44 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh: FARIDAH ROZAIMAH BT. ISMAIL MOHD ZULKEFLI BIN MOHD WARDIANA BT .ABD. AHAB Bendahari Pemeriksa Kira-Kira I Pemeriksa Kira-Kira II PIBG,SMK .BELARA PIBG,SMK. BELARA PIBG,SMK.BELARA


14 SENARAI NAMA AJK PIBG SMK BLEARA SESI 2022/2023 Penasihat : En.Mohd Fadzli bin Yusof (Pengetua SMK Belara) Yang dipertua PIBG : YB Hj.Hilmi bin Dato’ Hj. Harun Naib Yang Dipertua : En.Harun bin Esa Bendahari : Cg Faridah Rozaimah bt Ismail Pen.Setiausaha : Cg Nor Hayati bt Mamat Pen.Bendahari : Cg Nodin bin Ahmad Ahli Jawatan kuasa : Cg Hj.Abd.Fatah bin Harun : Cg Zarah bt Abd Aziz : Cg Norazni bt Awang : Cg Ahmad Biami bin Yusof : En Mohd Noor bin Othman : Tn Hj Ahmad bin Putih : En Anuar bin Mohamad : En Mohd bin Omar : Pn Zawiyah bt Ibrahim : Pemeriksa Kira-kira 1 : Cg. Mohd Zulkefli bin Mohd Pemeriksa Kira-kira 2 : Cg. Wardiana bt Abdul Wahab MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BELARA KALI KE-40, TAHUN 2023 USUL AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa PIBG SMK Belara dalam mesyuarat Mesyuarat PIBG Kali Kedua bagi sesi 2022/2023 bertarikh 10 Mei 2023 mengusulkan: 1. Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dikekalkan kecuali bagi AJK yang tidak aktif dan tidak mempunyai anak di SMK Belara. 2. Sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 bagi setiap keluarga dikekalkan. 3. Sumbangan PIBG sekurang-kurangnya RM 10.00 bagi setiap ahli guru. 4. Sumbangan Kecemerlangan Akademik bagi pelajar SPM dan STPM sebanyak RM 50.00 bagi setiap keluarga dikekalkan.


15 PENASIHAT : EN.MOHD FADZLI BIN YUSOF ( PENGETUA SMK BELARA ) PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK BELARA SESI 2023/2024 1. Yang Di-pertua : ................................................................................. 2. Naib Yang Di-pertua : ................................................................................ 3. Setiausaha : .................................................................................. 4. Penolong Setiausaha : ................................................................................. 5. Bendahari : ................................................................................. 6. Penolong Bendahari : ................................................................................. 7. Ahli Jawatankuasa : 7.1 .............................................................................. 7.2 .............................................................................. 7.3 .............................................................................. 7.4 .............................................................................. 7.5 .............................................................................. 7.6 .............................................................................. 7.7 .............................................................................. 6.8 .............................................................................. 6.9 ............................................................................. 8.0 Pemeriksa Kira-kira : 8.1. ............................................................................... 8.2 ................................................................................


16


Click to View FlipBook Version