ALAMAT SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan
Tamparuli, W.D.T. 70, 89259, Tamparuli, Sabah, Malaysia
NAMA: ETHAN CHAN YIK MENG
KELAS: 3 ALPHA
TAJUK: KITAR SEMULA DI KEDIAMAN ENCIK LEE
1
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Objektif Kajian 5
4. Kawasan Kajian 6
5. Kaedah Kajian 7
6. Hasil Kajian 8 ~ 10
7. Rumusan 11
8. Rujukan 12
9. Lampiran 13
10. Jadual Kerja 14
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Tuhan kerana rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan
kajian lapangan ini dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Mak yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar
tanpa penat lelah sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan sempurna.
Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
memberikan sokongan serta dorongan untuk saya melaksanakan kajian ini. Ibu saya banyak
membantu saya mendapatkan maklumat tentang kajian ini.
Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas saya dan juga
rakan-rakan dari kelas 3 Beta yang telah membantu saya menyiapkan kajian ini.
Tanpa sokongan dan bantuan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan baik.
3
PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini diberikan oleh Guru Geografi saya iaitu Cikgu Mak dan merupakan
tugasan wajib untuk dijalankan oleh setiap pelajar kelas 3 Alpha.
Tajuk kajian lapangan saya adalah Kitar Semula di kediaman Encik Lee dan nama saya
Ethan Chan Yik Meng pelajar tingkatan 3 Alpha dan saya belajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tamparuli (SMKT). Saya telah melakukan kajian ini di kawasan sekitar pekan
Tamparuli. Saya diberikan tempoh masa 2 minggu bermula dari 22 Oktober hingga 5 November
2021 untuk melaksanakan kajian lapangan ini.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek
dan perkara-perkara seperti berikut:
1) Menjelaskan maksud amalan kitar semula
2) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
3) Mencadangkan cara-cara mengamalkan kitar semula di sekitar rumah
5
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih sebuah rumah kediaman di pekan Tamparuli sebagai kawasan kajian.
Kediaman ini terletak 809 Meter dari Jalan Pekan Tamparuli. Kediaman ini merupakan
kediaman saudara saya. Kawasan ini terletak di Jalan Lama Tamparuli, Route 22/A4/AH150.
Bentuk muka bumi di kawasan ini ialah tanah pamah. Pola petempatan di kawasan ini ialah
petempatan berselerak. Kawasan ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan saya
sendiri iaitu di Taman Harapan, Tamparuli, 89250 Tamparuli, Sabah yang terletak kira-kira 500
meter dari Kediaman Encik Lee. Kawasan yang berdekatan ini memudahkan proses kajian
untuk dijalankan.
Peta 1.0 Kediaman Encik Lee (yang bertanda )
6
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat tentang
kajian lapangan ini. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
Kaedah Pemerhatian
Saya menjalankan pemerhatian bersama ibu bapa saya tentang kawasan kajian yang kami lakukan
selama satu jam. Kami membuat pemerhatian tentang amalan kitar semula yang terdapat di
kediaman Encik Lee. Hasil pemerhatian ini kami telah catatkan dengan jelas.
Kaedah Temu Bual
Saya telah menemu bual salah satu ahli keluarga Encik Lee semasa menjalankan kajian lapangan
ini. Beliau juga merupakan ibu saudara saya iaitu Puan Kelly Chin Dalam temu bual ini, ibu
saudara saya menerangkan jenis-jenis kitar semula yang diamalkan oleh mereka dan saya sempat
mengambil gambar amalan kitar semula tersebut.
Kaedah Rujukan
Untuk kajian ini, saya juga turut merujuk beberapa bahan bacaan seperti buku teks Geografi
Tingkatan 3 untuk mendapatkan maklumat mengenai kitar semula. Selain itu, saya juga merujuk
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maksud yang lebih jelas mengenai kitar
semula. Akhir sekali, saya melayari Internet untuk mencari maklumat lanjut dan mengetahui lebih
jelas mengenai kawasan kajian.
7
HASIL KAJIAN LAPANGAN
Berdasarkan buku teks Geografi Tingkatan 3 Bab 11, kitar semula bermaksud memungut
dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Manakala kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka pula memberikan definisi kitar semula sebagai kaedah atau teknik memproses
bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Terdapat tiga
elemen untuk kitar semula iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar
Semula). Elemen ini juga dikenali sebagai 3R. Elemen Reduce (Kurangkan) bermaksud amalan
mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi. Gunakan
sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja. Reuse (Guna semula) adalah tindakan penggunaan
semula barangan secara berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu
barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran. Elemen terakhir iaitu Recycle (Kitar
semula) bermaksud amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk
yang sama jenis atau baharu semula. Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan
memudahkan proses kitar semula. Hasil daripada maklumat di atas, saya mendapat tahu bahawa
terdapat beberapa amalan kitar semula yang diamalkan oleh ahli keluarga di Kediaman Encik Lee.
Hasil daripada temu bual dan lawatan kawasan kajian, saya mendapati bahawa keluarga
Encik Lee mengamalkan elemen Recycle (Kitar semula) di mana mereka menggunakan tayar-tayar
kereta yang lama untuk dijadikan tempat untuk menanam bunga dan tumbuh-tumbuhan seperti di
Gambar 1.0 dan Gambar 2.0. Amalan ini sangat baik kerana ia dapat mengurangkan sisa buangan
domestik, mencegah pencemaran alam dan juga mengelakkan pembaziran. Halaman rumah juga
menjadi indah dan ceria atas usaha kitar semula ini. Selain itu, wang juga dapat dijimatkan kerana
kita tidak perlu lagi membeli pasu-pasu bunga. Amalan kitar semula menggunakan tayar lama ini
semakin popular di kalangan mereka yang gemar menanam bunga.
Gambar 1.0 Gambar 2.0
8
Selain daripada menggunakan tayar-tayar lama, keluarga Encik Lee juga mengamalkan
amalan Reuse (Guna semula) di mana mereka tidak mensia-siakan sumber alam semula jadi iaitu
air hujan. Hasil dari temu bual dengan ibu saudara saya iaitu Puan Kelly Chin, mereka mengumpul
air hujan dengan menggunakan tangki air seperti di Gambar 3.0. Air hujan ini digunakan untuk
menyiram pokok buah-buahan, bunga dan juga tanaman lain di kawasan rumah mereka. Mereka
juga menggunakan air hujan ini untuk mencuci kereta dan juga untuk membersihkan kawasan
rumah. Kediaman Encik Lee juga terdapat kolam ikan seperti di Gambar 4.0 di mana pada hari
hujan, air hujan akan mengalir ke dalam kolam ikan tersebut. Dengan itu, air di kolam ikan ini
diganti dengan air yang bersih secara semula jadi dan mereka juga menggunakan air kolam tersebut
untuk menyiram tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Menurut ibu saudara saya, air kolam ikan
tersebut juga boleh menjadi baja semula jadi. Kegunaan semula air hujan memberikan banyak
kepentingan kerana mengelakkan pembaziran sumber air dan memberi kita sumber air altenatif.
.
Gambar 3.0 Gambar 4.0
Di samping itu, ibu saudara saya juga turut mengamalkan amalan Reduce (Kurangkan) di
mana keluarga Encik Lee biasanya akan membeli produk isian semula untuk membantu
mengurangkan penggunaan sumber. Antara produk-produk isian semula yang mereka
menggunakan adalah seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi dan lain-lain seperti di Gambar
5.0. Amalan ini juga dapat membantu menjimatkan kos pembelian. Ibu saudara juga memberitahu
mereka sentiasa membeli makanan dan barangan kegunaan harian mengikut keperluan sahaja
untuk mengelakkan pembaziran.
9
Gambar 5.0
Akhir sekali, keluarga Encik Lee juga mengumpul surat khabar yang telah dibaca, majalah-
majalah dan buku-buku yang tidak digunakan lagi serta kotak-kotak kosong. Barang-barangan ini
akan dihantar ke pusat kitar semula oleh Encik Lee.
Selain amalan yang diamalkan oleh keluarga Encik Lee, terdapat juga amalan lain yang
boleh diamalkan di rumah kediaman yang saya ingin cadangkan. Berdasarkan maklumat dari
Internet dan buku teks, antara amalan yang boleh dilakukan ialah menggunakan teknologi seperti
e-mel atau aplikasi yang lain untuk menghantar surat atau dokumen. Cara ini dapat mengurangkan
penggunaan kertas. Ini adalah salah satu contoh amalan Reduce (Kurangkan). Seterusnya, kita
haruslah mengurangkan penggunaan beg plastik dengan membawa beg yang boleh digunakan
semula seperti beg mesra alam, beg kertas dan plastik biodegradasi semasa membeli barang.
Seperti yang kita tahu, plastik merupakan bahan yang mengambil masa yang lama untuk lupus dan
boleh menyebabkan timbunan sampah yang semakin banyak. Hal ini boleh menyebabkan
pencemaran dan meningkatkan kos penyelenggaraan di tapak pelupusan. Melalui jumpaan carian
di Internet, fakta ada menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan.
Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan petroleum yang
dijumpai melalui hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku
perkara yang tidak diingini kepada hidupan akuatik. Oleh itu, kita haruslah mengurangkan
penggunaan plastik atau sebaik-baiknya mengelakkan menggunakan beg plastik.
Kesimpulannya, dari kajian lapangan ini, saya mendapati bahawa amalan kitar semula
adalah sangat baik dan penting. Amalan-amalan kitar semula yang di sebut di atas boleh dijadikan
contoh kepada orang ramai. Kini, kita menghadapi isu-isu yang boleh menjejaskan alam sekitar
dan kehidupan seharian kita. Kita haruslah berusaha sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar
agar ia selamat didiami oleh generasi akan datang nanti.
10
RUMUSAN
Setelah saya menjalankan kajian lapangan ini, saya mendapati bahawa objektif saya telah
tercapai. Saya lebih memahami dan telah mengenal pasti amalan kitar semula di rumah kediaman
dan elemen-elemen kitar semula. Elemen Recycle (Kitar semula) merupakan amalan yang paling
banyak diamalkan oleh keluarga Encik Lee dengan menjadikan barang lama sebagai pasu bunga
dan juga menggunakan air di kolam ikan dari air hujan sebagai baja semula jadi dan menyiram
tumbuh-tumbuhan. Saya juga dapat mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula kepada alam
sekitar dan masyarakat.
Selain itu, saya juga dapat memupuk rasa kesedaran untuk mengambil berat terhadap isu-
isu pencemaran alam dan kepentingan amalan kitar semula. Saya berharap agar kajian yang telah
saya jalankan dapat memberikan manfaat dan pengetahuan mengenai kitar semula kepada rakan-
rakan yang membaca kajian saya. Kita perlulah berusaha dan memberi sokongan dan kerjasama
kepada pihak kerajaan yang sentiasa menyeru kepada rakyat agar sentiasa menjaga alam sekitar
dan mengelakkan pemcemaran alam.
11
RUJUKAN
1. https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html
2. Buku Teks Geografi Tingkatan 3
3. Puan Kelly Chin
4. Puan Chin Li Fa
5. Rujukan Komprehensif dan Efektif MASTERCLASS PT3 Geografi
6. Brody Darrel
7. Bradley Benedict
8. Muhammad Ruzairy
9. Amber Tan
10. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
12
LAMPIRAN
13
JADUAL KERJA
Tarikh Perkara Catatan
22 Oktober Menerima tugasan kajian Selesai
lapangan Geografi
23 Oktober Mengenal pasti tajuk dan Selesai
mencari maklumat serta
menentu kawasan kajian
24 Oktober Mengumpul maklumat Selesai
mengenai kawasan kajian dan
bertemu bual dengan
penduduk kediaman
26 Oktober Menulis Penghargaan Selesai
26 Oktober Menulis Pendahuluan Selesai
27 Oktober Menulis Objektif Kajian Selesai
27 Oktober Menulis Kawasan Kajian Selesai
28 Oktober Menulis Kaedah Kajian Selesai
31 Oktober Mula menulis Hasil Kajian Selesai
2 November Menyiapkan Hasil Kajian Selesai
3 November Menulis Rumusan Selesai
4 November Menyiapkan keseluruhan Selesai
kajian lapangan
4 November Hantar kajian Selesai
14