The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bersama-sama kita berjaya. Success needs a process. Why not start now. together.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syarikat Cahaya Ilmu Sdn.Bhd, 2021-12-17 01:32:19

Bab 3: Analisis Penyata Kewangan

Bersama-sama kita berjaya. Success needs a process. Why not start now. together.

BAB 3: ANALISIS PENYATA
KEWANGAN

2

ISI KANDUNGAN

• Pengenalan sistem maklumat
• Penyata Kewangan
• Kawalan Kewangan
• Aktiviti Berasaskan Permainan

3

BAB 4 KEWANGAN

4.1 Pengurusan Kewangan

Maksud pengurusan kewangan:
• Penggunaan prinsip kewangan.
• Fungsi pengurusan kewangan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan.
• Perlu mengurus dan mematuhi prosedur kewangan perniagaan dengan berkesan.

Kaitan dengan bidang lain:

1. Pemasaran
• Membantu dari segi kewangan dalam merancang penetapan harga, promosi dan strategi pengedaran

prduk.
• Pengurus kewangan menilai pelan promosi, pengedaran dan harga produk yang kompetitif.

2. Pengeluaran
•Membantu dalam pembelian aset tetap
•Membuat analisis hasil dan kos untuk menghasilkan pembelian yang tepat.

3. Perakaunan
•Menyediakan rekod kewangan yang lengkap
•Memudahkan semakan kewangan dan ramalan belanjawan

4. Sumber manusia
• Berkaitan aspek gaji dan bonus pekerja, biasiswa, bengkel, kursus latihan atau seminar, kebajikan

pekerja dan alat memotivasikan pekerja.

Objektif kewangan
• Memaksimumkan harga saham di pasaran (syarikat awam)
• Menguruskan perniagaan berdasarkan kepentingan pemilik syarikat
• Memudahkan mendapat modal pelaburan daripada pemilik
• Mengambil tindakan memaksimumkan keuntungan syarikat

Pihak berkepentingan terhadap penyata
kewangan Pengguna luaran
1. Pemilik syarikat – melihat perkembangan kewangan syarikat
2. Para kreditor – menentukan kredit dan kemampuan membayar hutang
3. Agensi kerajaan – menentukan kadar cukai keuntungan perniagaan

Pengguna dalaman
1. Pengurusan atasan syarikat – maklumat diperlukan untuk menentukan pembiayaan aktiviti

syarikat, jenis aktiviti dan penentuan jumlah dividen pemegang saham.

4

2. Pengurusan bawahan syarikat – menilai keputusan yang selaras dengan matlamat syarikat.

1. Penyata pendapatan
• Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi
• Menunjukkan hasil operasi firma sepanjang tahun dan belanja yang akan dikenakan
• Menunjukkan kecekapan pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan
• Sebagai penghubung antara firma dengan pihak kepentingan seperti pelabur, pekerja, pemberi pinjaman,

dan pesaing.

1.1 Butiran yang terkandung dalam penyata pendapatan

1. Pusing ganti
2. Kos barang dijual
3. Belanja operasi
4. Pendapatan lain dan belanja lain
5. Untung sebelum cukai
6. Perolehan bersih

Contoh penyata pendapatan

SYARIKAT KENANGA PENYATA

PENDAPATAN
TAHUN BERAKHIR DISEMBER 31

(RM’000)

Jualan 2019 2020
Tolak: kos barang dijual 1506 1434
Untung kasar 1020 1000
Tolak 486 434
Belanjan operasi am dan pentadbiran
Pemasaran 140 60
Susut nilai 60 60
10 10

Jumlah belanja operasi 210 210

Pendapatan sebelum faedah dan cukai 276 224
Tolak: Belanja faedah 26 24

Pendapatan sebelum cukai 250 200
Tolak : (cukai 40%) 100 100
Untung bersih 150 120

Perolehan Per syer RM3.00 RM2.40

5

2. Kunci kira-kira
• Menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti firma pada satu tarikh yang ditentukan
• Persamaan : aset = liabiliti + ekuiti pemilik
• Aset ialah harta yang dimiliki oleh firma dan disenaraikan mengikut kecairan
• Kecairan ialah tahap mudahnya aset bertukar kepada tunai

2.1 Butiran yang terkandung dalam kunci kira-kira
1. Aset semasa
2. Aset tetap
3. Liabiliti semasa
4.Liabiliti jangka panjang
5.Ekuiti pemilik
5.1 Saham biasa
5.2 Saham keutamaan
5.3 Pendapatan tertahan

Contoh kunci kira-kira:

KUNCI KIRA-KIRA SYARIKAT KENANGA
PADA 31 DISEMBER
(RM’000)

ASET 2019 2020
Aset Semasa
Tunai 22 26
Sekuriti boleh pasar 60 66
Akaun belum terima 295 240
Inventori 265 200
Jumlah aset semasa 642 532

Aset Tetap 1050 980
Aset tetap kasar 337 327
Tolak: susut nilai terkumpul
713 653
Aset tetap bersih 1355 1185
Jumlah Aset

LIABILITI & EKUITI PEMILIK
Liabiliti semasa

6

Akaun belum bayar 150 120
Nota belum bayar 50 50
Belanja terakru 125 95

Jumlah liabiliti semasa 325 265
Hutang jangka panjang 380 330
Jumlah liabiliti 705 595
Ekuiti pemilik
Saham biasa RM2.00 par, 50,000 saham diterbitkan 100 100
Lebihan dibayar 290 290
Pendapatan tertahan 260 260
Jumlah ekuiti pemegang saham 650 590

Jumlah liabiliti dan Ekuiti 1355 1185

3.0 Penyata aliran tunai
• Mengenal pasti sumber kewangan firma
• Tujuan wang dibelanjakan contoh aktiviti pelaburan dan pembiayaan firma
• Kemasukan tunai seperti operasi, peningkatan pinjaman dan modal serta perolehan.
• Jumlah sumber kewangan bersamaan dengan jumlah penggunaan kewangan.

Contoh penyata aliran tunai

Penyata aliran tunai
Syarikat KENANGA Bhd
Berakhir pada 31 Disember 2020

Sumber (RM’000)
Daripada operasi
Pendapatan bersih 116 487
Susut nilai 49 863
Cukai tertunda 3 110
Jumlah 169 460
Tambahan pinjaman jangka panjang 50 438
Terbitan saham biasa 50 000
Penjualan aset-aset lain 3 741
JUMLAH SUMBER 273 639
Penggunaan
Tambahan dalam aset tetap 175 123
Dividen tunai 66 322
Pertambahan dalam modal kerja 32 194
JUMLAH PENGGUNAAN 273 639

NISBAH KEWANGAN

7

1.0 Nisbah kecairan
• Nisbah kecairan adalah nisbah yang mengukur keupayaan nicbah yang mengukur keupayaan syarikat menjelaskan

liability semasa apabila dituntut.
• Nisbah yang terlibat ialah nisbah semasa dan nisbah cepat.

1.1 Nisbah semasa
• Nisbah ini menunjukkan sejauh mana syarikat mampu membayar hutang-hutang jangka pendek sekiranya

asset-aset semasa ditunaikan.
• Firma boleh memenuhi tuntutan semasanya apabila aset semasa adalah bersamaandengan nilai liabiliti

semasa atau nilai nisbah bersamaan dengan 1.

• Formula
• Nisbah semasa = Aset semasa

Liabiliti semasa

• Nisbah semasa Syarikat Kenanga ialah

2020 2019

RM642 000 RM532 000

RM325 000 RM265 000

= 1.98:1 2:1

• Analisis kecairan Syarikat Kenanga menurun sedikit daripada 2:1 pada tahun 2019 kepada 1.98:1 pada
tahun 2020 kerana aset semasa ialah 1.98 kali lebih banyak daripada liabilit semasa.

1.2 Nisbah cepat

• Nisbah ini menguji kemampuan syarikat membayar hutang dengan lebih ketat.
• Nisbah ini juga mengira nisbah tanpa mengambil kira aset kurang cair iaitu inventori

• Formula nisbah cepat Aset semasa – Inventori

Liabiliti semasa

8

• Nisbah cepat Syarikat Kenanga ialah

2020 2019
RM642 000 – RM265 000 RM532 000 – RM200 000

RM325 000 RM265 000

= 1.16:1 1.25:1

• Analisis: Nisbah Cepat Syarikat Kenanga telah berkurangan daripada 1.25:1 pada tahun 2019 kepada
1.16:1 pada tahun 2020. Ini menggambarkan pengurangan kedudukan kecairan syarikat.

2.0 Nisbah kecekapan

• Menunjukkan kecekapan pengurus dalam mengurus aset firma
• Kumpulan nisbah kecekapan termasuklah purata masa kutipan, pusing ganti akaun belum terima, pusing

ganti inventori, pusing ganti aset tetap dan pusing ganti jumlah aset.

2.1 Purata masa kutipan

• Tempoh kutipan purata adalah masa diambil untuk mengutip balik bayaran daripada pelanggan yang
membeli dengan kredit. Ia digunakan untuk menilai kecekapan syarikat dalam pengurusan kredit. Ia juga
menilai keberkesanan dasar kredit syarikat.

• Formula Akaun belum terima

Jualan sehari 2019
2020

RM295 000 RM240 000

(RM1506 000)/360 (RM1434 000)/360

= 70.5 hari = 60.25 hari

• Analisis : Pada tahun 2019 Syarikat Kenanga mendapat bayaran tunai daripada pelanggannya dalam masa
60 hari berbanding pada tahun 2020 mendapat bayaran dalam masa 70.5 hari. Ini menunjukkan terdapat
kelewatan dalam kutipan hutang.

9

2.2 Pusing ganti akaun belum terima

• Mengukur bilangan akaun belum terima dikutip dalam setahun

• Formula Jualan bersih

Akaun belum terima

2020 2019

RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM295 000 RM240 000

= 5.1 kali = 5.9 kali

• Analisis : Pada tahun 2020, (360/5.1) iaitu 70.59 hari sekali pusingan sementara tahun 2019 ialah (360/5.9).

• 61.02 hari. Ini menunjukkan pusingan kutipan hari semakin berkurangan daripada 5.9 kali ke 5.1 kali.

10

2.3 Pusing ganti inventori

• PGI digunakan untuk mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan
inventori syarikat itu. PGI tinggi bererti inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan
yang baik (tetapi perlu berbanding dengan pesaing-pesaing dalam industry yang sama.).

• Formula Kos barang dijual

Inventori

• 2020 2019

RM1020 000 RM1000 000
--------------- -----------------
RM265 000 RM200 000

= 3.85 kali = 5 kali

• Analisis : Pada tahun 2019, pusing ganti inventori Syarikat Kenanga ialah 5 kali (setiap 2.4 bulan[ 12/5],
inventori di stok kembali) sementara pada tahun 2020 pusing ganti inventori ialah 3.85 kali (inventori
digantikan setiap 3.1 kali[12/3.85])

2.4 Pusing ganti aset tetap
• menilai kecekapan syarikat dalam menggunakan jumlah asset syarikat untuk menjanakan jualan.



• Formula Jualan bersih

Aset tetap

2020 2019

RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM713 000 RM653 000

= 2.11 kali = 2.20 kali

• Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 2.20 kali pada tahun 2019 kepada 2.11 kali

pada tahun 2020. Pertambahan dalam aset tetap adalah lebih tinggi berbanding dengan pertambahan

dalam jualan bersih.

2.4 Pusing ganti jumlah aset
• Mengukur nisbah kecekapan dan keupayaan pengurus firma menggunakan semua aset untuk tujuan jualan

11

Formula Jualan bersih

Jumlah aset

2020 2019

RM1506 000 RM1434 000
--------------- -----------------
RM1355 000 RM1185 000

= 1.11 kali = 1.21 kali

• Analisis: Pusing ganti jumlah aset tetap berkurangan daripada 1.21 kali pada tahun 2019 kepada 1.11 kali
pada tahun 2020. Pertambahan dalam jumlah aset adalah lebih tinggi berbanding dengan pertambahan
dalam jualan bersih.

3.0 Nisbah keberuntungan
• Nisbah ini mengukur kemampuan syarikat menghasilakan keuntungan dan pulangan daripada
keuntungan dan pulangan daripada jualan dan pelaburan.
• Memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan pengurus mengurus setiap peringkat operasi firma.

3.1 Margin untung kasar

• peratus keuntungan yang diperolehi melalui jualan selepas ditolak kos barang dijual.
• Terdapat dua kos iaitu kos berubah dan kos tetap

Untung Kasar = Jumlah Jualan – Kos barang Dijual

Formula Untung kasar

Jualan Bersih

2020 2019

RM486 000 RM434 000

RM1506 000 RM1434 000

= 32.27% =30.26%

• Analisis : Syarikat Kenanga mendapat untung kasar sebanyak 30.26% daripada jualan bersih pada tahun

2020 dan ini bertambah kepada 32.27% pada tahun 2014.

12

3.2 Margin untung bersih
• mengukur peritus keuntungan bersih selepas ditolak kos barang dijual, faedah, cukai dan belanaja

operasi. Ia jua menilai kecekapan syarikat dalam pengurusan perbelanjaan operasi.

Formula Perolehan bersih

Jualan Bersih

2020 2019

RM150 000 RM120 000

RM1506 000 RM1434 000

= 10.00% =8.4%

• Analisis : Syarikat Kenanga mendapat untung kasar sebanyak 8.4% daripada jualan bersih pada tahun
2019 dan ini bertambah kepada 10.00% pada tahun 2020.

3.3 Pulangan atas jumlah aset (ROTA)
• Mengukur keupayaan firma menggunakan jumlah aset untuk mendapat pulangan

Formula Perolehan bersih

Jualan Aset

2020 2019

RM150 000 RM120 000

RM1355 000 RM1185 000

= 11.1% =10.1%

• Analisis : pulangan di atas jumlah aset telah bertambah sebanyak 1% daripada 10.1% pada tahun 2019
kepada 11.1% pada tahun 2020

3.4 Pulangan atas ekuiti (ROE)
• Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilikatau pemegang saham bagi setip ringgit yang dimilikinya

dalam syarikat.

13

• Formula Perolehan bersih

Ekuiti pemilik

2020 2019

RM150 000 RM120 000

RM650 000 RM590 000

= 23.1% =20.3%

Analisis: Pemilik saham Syarikat Kenanga mendapat pulangan ke atas pelaburan mereka sebanyak 20.3% pada
tahun 2019 dan bertambah kepada 23.1% pada tahun 2020.

4.0 Nisbah penggearan

• Mengukur sejauh mana firma menggunakan pinjaman untuk membiaya aktiviti dan keupayaan membayar
hutang.

4.1 Nisbah hutang
• Mengukur sejauh mana aset dibiaya oleh hutang

Formula Jumlah liabiliti

Jumlah aset

2020 2019

RM705 000 RM595 000

RM1355 000 RM1185 000

= 52% =50.2%

• Analisis : Nisbah hutang Syarikat Kenanga telah bertambah daripada 50.2% pada tahun 2019 kepada 52%
pada tahun 2020.

4.2 Nisbah liputan belanja faedah

• Nisbah mengukur keupayaan firma untuk membayar faedah daripada pendapatan

14

• Formula Pendapatan sebelum faedah dan cukai

Belanja faedah 2019
2020

RM276 000 RM224 000

RM26 000 RM24 000

= 10.6 kali =9.3 kali

• Analisis : Nisbah perlindungan bunga bertambah daripada 9.3 kali pada tahun 2019 kepada 10.6 kali pada
tahun 2020.

• firma mampu membayar belanja faedah walau pun meningkatkan hutang.

5.0 Nisbah pasaran
• Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi

menunjukkan pelabur sanggup mempayar lebih begi setiap ringgit nilai buku saham tersebut.
• Menunjukkan perhubungan antara prestasi firma dengan harga saham di pasaran.

• Firma yang berprestasi baik dapat meraih harga saham yang tinggi.

5.1 Nisbah harga perolehan
• Menunjukkan kesanggupan pelabur membayar keupayaan firma untuk mendapatkan keuntungan.

Formula Harga sesaham

Perolehan sesaham

5.2 Nilai buku sesaham
• Harga saham dibahagikan dengan nilai buku sesaham untuk mendapatkan nisbah nilai buku/harga saham.

Formula Ekuiti pemilik

Bilangan unit saham

5.3 Kadar hasil dividen
• Menunjukkan kadar pulangan pelabur daripada sumber dividen pada harga saham di pasaran semasa.
• Kadar yang tinggi adalah lebih baik

Formula Dividen sesaham

Harga saham

15

Sumber dana mengikut jangka masa panjang
• Merujuk kepada pembiayaan ekuiti dan hutang yang melebihi 10 tahun.

1. Bon
• Merupakan sekuriti jangka panjang
• Dikeluarkan oleh pihak swasta atau awam
• Menjanjikan pembayaran semula prinsipal dan kadar faedah yang tetap bila tempoh matang
• Jenis bon: bon kerajaan, bon korporat, bon biasa, bon boleh tukar, bon kekal, bon kupon sifar, bon
pendapatan.

2. Ekuiti
• Pelaburan pemilik
• Saham biasa menunjukkan pemilikan syarikat dan tiada tempoh matang
• Hak pemegang saham: hak mengundi, hak ke atas aset, hak ke atas pendapatan

3. Saham keutamaan
• Aset kewangan tiada tempoh matang dan dibayar dengan kadar faedah yang tetap
• Menggabungkan ciri-ciri saham biasa dan bon
• Dividen saham utama di bayar terlebih dahulu berbanding saham biasa
• Jenis saham keutamaan: saham keutamaan biasa, saham keutamaan boleh tukar, saham keutamaan
penyertaan, saham keutamaan terkumpul.

4. Hutang jangka panjang
• Pembiayaan pinjaman daripada pihak bank dan dibayar balik bersama faedah dalam tempoh melebihi
lima tahun
• Jumlah pinjaman bergantung jumlah modal keseluruhan perniagaan.
• Amaun pinjaman adalah besar dan memerlukan cagaran kerana risiko yang besar.

5. Pinjaman berjangka
• Pinjaman yang diberikan dalam tempoh lima hingga 10 tahun
• Pembiayaan bertujuan membeli peralatan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan bernilai
ekonomi.


Pembiayaan jangka pendek
• Merujuk kepada pembiayaan dalam tempoh satu tahun.

1. Overdraf
• Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.
• Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan
• Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.

16

2. Pemfaktoran
• Satu urus niaga yang melibatkan pembelian akaun belum terima oleh syarikat pemfaktor
• Pemfaktoran terdiri daripada institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran
• Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum terima dan aktiviti
pengutipan hutang.
• Pemfaktoran mengambil kira semua kos dalam memberi pembiayaan kepada firma
• kos yang terlibat ialah kos rizab, yuran dan faedah.

3. Penerimaan jurubank (BA)
• Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import, dan perniagaan dalam
negeri
• Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh dan masa
tertentu oleh pihak bank

4. Trust receipt
• Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara
• Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran
• Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil

5. Pinjaman berjangka
• Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat
• Mengenakan kadar faedah mengikut bulanan
• Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.

6. Kredit dagangan
• Kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pembekal kepada peniaga bertujuan melariskan jualan.
• Merupakan liabiliti semasa bagi pihak peniaga
• Pembeli bersetuju dengan syarat kredit yang ditetapkan oleh pembekal dalam bentuk a/b bersih c
• melambangkan kadar diskaun, b melambangkan tempoh diskaun dan c melambangkan tempoh kredit.

7. Nota janji
• Satu bentuk pinjaman jangka pendek daripada pihak perniagaan dan bukannya badan kewangan
• Merupakan satu dokumen yang mengandungi satu janji oleh pihak peminjam akan membayar sejumlah
wang kepada pemberi pinjam.
• Nota janji diterbitkan oleh perniagaan yang kukuh dan ternama yang boleh diyakini oleh pelabur
(pemberi pinjaman) dan tanpa ada cagaran
• Nota janji diterbitkan pada harga diskaun iaitu nilai muka setelah ditolak dengan faedah pada tarikah
matang perniagaan akan membayar kepada pelabur.

1. Keperluan semasa
• Keperluan tunai membiayai aktiviti urus niaga harian
• Memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancar

17

• Contoh membayar baki hutang pembekal bagi mendapat bekalan seterusnya.

2. Jangka masa pendek
• Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun
• Melibatkan pembiayaan pengurusan modal kerja
• Contoh perbelanjaan pemasaran iaitu menyediakan promosi dan diskaun jualan untuk meningkatkan
kuantiti jualan pada tahun semasa

3. Jangka masa panjang
• Keperluan dana dalam membuat pelaburan modal
• Melibatkan jangka masa melebihi setahun
• Contoh membeli mesin yang berteknologi tinggi supaya kecekapan perniagaan setanding dengan
persaingan semasa.

Menyediakan bajet tunai
• Unjuran aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangka dalam tempoh masa yang singkat supaya

ramalan dapat dibuat dengan tepat
• Dapat menjangka defisit tunai supaya dapat membuat rancangan mendapat modal
• Lebihan tunai dapat melaburkan dana yang ada

1. Aliran masuk
• Ramalan aliran masuk berdasarkan unjuran jualan yang melibatkan jualan kredit dan jualan tunai
• Sumber aliran masuk yang lain ialah jualan aset tetap, pemulangan cukai pendapatan dan tuntutan insurans.

2. Aliran keluar
• Kegunaan tunai dalam sesebuah firma termasuklah akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran,

perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan dan faedah.

3. Aliran tunai bersih
• Perbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar setiap tempoh
• Aliran masuk yang besar berbanding dengan aliran keluar merupakan lebihan tunai
• Aliran keluar lebih besar daripada aliran tunai masuk merupakan kurang tunai

Langkah mengatasi kurangan tunai

• Membuat pinjaman tidak bercagar
• Memanjangkan tempoh bayaran akaun belum bayar
• Meminjam dengan menggunakan akaun belum terima
• Menjual sekuriti boleh pasar
• Membuat pinjaman jangka panjang jika ingin membuat pelaburan modal.

18

Contoh bajet tunai

Pengurus kewangan Rila Manufacturing sedang menyediakan bajet tunai bulan Oktober hingga Disember.
Perancangan tunai syarikat adalah berdasarkan beberapa andaian berikut:

1. Jualan sebenar dan ramalan adalah seperti berikut:

Bulan Jualan
Ogos (sebenar) RM200 000
September (sebenar)
Oktober (ramalan) 400 000
November (ramalan) 800 000
Disember (ramalan) 600 000
400 000

2. 20% daripada jualan dikutip dalam bulan jualan dibuat, 50% dikutip sebulan kemudian dan 30% dikutip dua
bulan kemudian

3. Dalam bulan Disember syarikat akan menerima RM60 000 dividen tunai daripada portfolio pelaburan
sahamnya

4. Pembelian barangan merupakan 70% daripada jualan, 10% daripada jumlah ini dibayar secara tunai, 70%
dibayar sebulan kemudian dan baki 20% dibayar dua bulan kemudian.

5. Upah buruh dijangka adalah RM96 000 dalam bulan Oktober, RM76 000 pada bulan November dan RM56
000 pada bulan Disember.

6. Sewa sebanyak RM10 000 dibayar setiap bulan
7. Bayaran cukai sebanyak RM50 000 pada bulan Disember
8. Syarikat akan membeli sebuah peralatan baharu pada harga RM260 000 dalam bulan November
9. Bayaran prinsipal berjumlah RM40 000 akan dibayar pada bulan Disember
10. Syarikat menjangka akan membayar dividen tunai sebanyak RM40 000 dalam bulan Oktober
11. Baki tunai pada akhir September ialah RM100 000.
12. Syarikat ingin mengekalkan baki minimum tunai sebanyak RM50 000

Anggaran jualan (RM) Ogos Sept Okt Nov Dis
200 000 400 800 000 600 000 400 000
000

Jualan tunai 20% (RM) 40 000 80 000 160 000 120 000 80 000
Kutipan akaun belum terima (RM)
Terlewat sebulan 50% 100 200 000 400 000 300 000
000
Terlewat 2 bulan 30%
Jumlah kutipan jualan (RM) 60 000 120 000 240 000
Penerimaan dividen tunai (RM) 420 000 640 000 620 000
Jumlah penerimaan tunai (RM)
60 000
420 000 640 000 680 000

19

Penerimaan tunai (RM) Ogos Sept Okt Nov Dis
Anggaran belian 70% x Jualan 420 000 640 000 680 000
Pembelian tunai 10% 140 000 140 000 560 000 420 000 280 000
Bayaran akaun belum bayar 14 000 28 000 42 000
Terlewat sebulan 70% 56 000 28 000
Terlewat 2 bulan 20%
Bayaran upah buruh 98 000 196 000 392 000 294 000
Bayaran sewa 28 000 56 000 112 000
Bayaran cukai 96 000 76 000
Pembelian peralatan baharu 10 000 10 000 56 000
Bayaran prinspal atas pinjaman 10 000
Bayaran dividen tunai 260 000 50 000
Jumlah pembayaran tunai
Aliran baki bersih (penerimaan 40 000 40 000
tunai tolak pembayaran tunai 426 000 836 000
Campur: baki awal tunai 590 000
Tolak: faedah atas pinjaman
jangka pendek (6 000) (196 000) 90 000
Baki akhir tunai sebelum 100 000 94 000 50 000
pembiayaan
Pembiayaan yang diperlukan 1 520
Baki akhir tunai
Pinjaman kumulatif 94 000 (102 000) 138 000
152 000 (88 480)
94 000 50 000
- 152 000 50 000
63 520

Jenis-jenis risiko

Risiko tulen
• Merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami kerugian

dan terus berada dalam keadaan yang sama

Contoh risiko tulen:

• Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya
• Risiko kilang terbakar
• Risiko inventori di gudang hilang

Jenis-jenis risiko tulen

1. Risiko peribadi
• Risiko yang memberi kesan secara langsung kepada invidu

20

2. Risiko harta
• Risiko yang dihadapi oleh pemilik harta disebabkan harta rosak, musnah dan hilang disebabkan
kerugian langsung dan kerugian tidak langsung

3. Risiko liabiliti
• Merujuk risiko yang dihadapi oleh individu/organisasi di bawah undang-undang ekoran tindakannya

menyebabkan kecederaan anggota atau kemusnahan harta pihak lain.

Risiko spekulatif
• merujuk keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan
• kemungkinan: memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan yang sama.

Contoh risiko spekulatif

1. Risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur di pasaran saham
• Keuntungan modal jika harga saham naik
• Kerugian jika harga saham turun
• Tidak mengalami kerugian/keuntungan jika harga saham tidak berubah

2. Risiko yang dihadapi oleh organisasi jika strategi meletakkan harga yang tinggi
• Mungkin menghadapi keuntungan, kerugian dan pulang modal.

Definisi insurans
• Pengemblengan kerugian yang tidak disengajakan dan beban untuk menanggung kerugian di pindahkan

kepada syarikat insurans
• Syarikat membayar pampasan kepada pemegang polisi insurans yang mengalami kerugian
• Kerugian dibayar melalui tunai, pembaikan, penggantian dan memberikan perkhidmatan.

Prinsip insurans
1. Gantirugi
• Pampasan insurans setakat ganti rugi sahaja
• Pemegang polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang dilindungi
• Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans

1. Subrogasi
• Syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi insurans

2. Caruman
• Pemegang insurans mengambil beberapa syarikat insurans untuk melindungi harta yang sama
• Syarikat-syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi daripada jumlah ganti rugi
• Syarikat-syarikat insurans membayar gantirugi sama rata ke atas kerugian yang dialami

21

3. Limpah
• Nilai perlindungan insurans lebih besar daripada nilai harta yang sebenar.

4. Doktrin punca terdekat
• Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara langsung daripada risiko

yang diinsuranskan

5. Kepentingan boleh diinsuranskan
• Seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan untuk mendapat

perlindungan daripada menghadapi sebarang risiko.

6. Penuh percaya mutlak
• Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang diinsuranskan
• Penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans

Takaful
• Perkataan asal takaful ialah kafal bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara
• Takafala membawa maksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara
• Akta Takaful 1984 memberi definisi skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu-

membantu dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan dan pertolongan sekiranya perlu di
kalangan peserta dan mereka bersetuju menyumbang untuk tujuan tersebut.

Kepatuhan syariah

1. Gharar
• Bermaksud ketidakpastian
• Terdapat sesuatu yang disembunyikan dan boleh menimbulkan ketidakadilan serta penganiayaan kepada

pihak lain.
• Empat gharar : ketidakpastian dalam hasil, ketidakpastian dalam kewujudan, ketidakpastian dalam tempoh

kontrak dan ketidakpastian dalam perubahan hasil

2. Maisir
• Bermaksud perjudian
• Transaksi yang mengandungi unsur gharar secara tidak langsung melibatkan unsur perjudian
• Kemungkinan premium yang dibayar akan diganti dengan ganjaran kewangan yang besar atau kecil.
• Peserta membayar premium yang kecil mengharapkan ganjaran yang besar
• Peserta hilang wang premium apabila kerugian ingin dilindungi tidak berlaku syarikat insurans akan rugi

jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

3. Riba
• Syarikat insurans mengenakan faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman
• Unsur faedah dalam penjanaan untung yang digunakan pembayaran pampasan

22

• Pelaburan dan urusniaga syarikat insurans dalam instrumen kewangan mengamalkan perbankan
Konvensional yang mengamalkan aktiviti perniagaan mengamalkan riba.

4. Akad Jual beli
• Persetujuan bersama dikalangan peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat takaful) dalam

menjalankan peranan masing-masing.
• Peserta melanggan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful

syarikat takaful menjalankan peranan seperti mengurus perlindungan risiko dan pengagihan keuntungan.
5. Menanggung risiko bersama
• Peserta takaful yang mengalami risiko akan menerima bantuan daripada peserta lain dalam menghadapi

sebarang risiko
• Mengamalkan konsep kerjasama, tolong menolong dan bermuafakat pihak lain yang mengalami kerugian
6. Simpanan atau pelaburan
• Sumbangan peserta dalam takaful merupakan milik peserta
• Fungsi utama pelaburan untuk mendapatkan keuntungan
• Syarikat takaful pemegang amanah memastikan bidang dan kegiatan pelaburan selamat dan selaras dengan

syariah
• Bidang pelaburan termasuklah saham, hartanah, kemudahan pembiayaan, pelaburan dan simpanan bank.

23

LATIHAN

24

25

RUANGAN KOSONG

26

27

28

29


Click to View FlipBook Version