The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menggali sejarah tentang Peranakan Baba Nyonya & Jawi Peranakan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURAIN HUSNA BINTI HUSAINI AMIR, 2024-06-12 21:56:43

E-Majalah WARISAN

Menggali sejarah tentang Peranakan Baba Nyonya & Jawi Peranakan

WARISAN Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia : Peranakan Baba Nyonya & Jawi Menggali Sejarah, Merayakan Warisan E-MajalahSenidanKebudayaan EdisiJun2024 Tinggi-tinggi pokok rambutan, Lebih tinggi pokok kelapa, Cantik-cantik gadis Kelantan, Lebih cantik Nyonya Melaka.


Dalam edisi ini, penghasilan e-majalah ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendalami sejarah, budaya, dan tradisi unik yang menjadi warisan berharga kepada negara kita. Dalam usaha kita menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia, e-majalah ini menyediakan pelbagai artikel yang meliputi aspek-aspek penting tentang Peranakan Baba Nyonya dan Jawi Peranakan. Kepada masyarakat Peranakan Baba Nyonya dan Jawi Peranakan, kami berharap e-majalah ini dapat menjadi satu penghargaan kepada usaha dan perjuangan generasi terdahulu dalam mempertahankan identiti dan warisan mereka. Semoga generasi muda hari ini dapat mengenali, menghargai, dan melestarikan warisan ini untuk masa hadapan. Harapan saya, semoga dengan penerbitan e-majalah ini, kita semua dapat lebih menghargai dan memahami kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Diharapkan juga agar e-majalah ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna dan inspirasi kepada semua pembaca dalam usaha kita mengekalkan dan memelihara warisan budaya bangsa. Akhir kata, saya mewakili pihak sidang editor yang lain ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan e-majalah WARISAN ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku sepanjang penerbitan e-majalah ini dijalankan. Tanpa sumbangan dan kerjasama kalian, edisi ini tidak akan dapat direalisasikan. Saya juga berharap agar para pembaca mendapat manfaat yang besar daripada pembacaan e-majalah WARISAN ini. Selamat membaca dan semoga kita terus teguh bersama dalam memelihara warisan budaya kita. Sekian, terima kasih. Tinta Editor Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya, kita berpeluang untuk menerbitkan e-majalah WARISAN edisi istimewa yang memfokuskan kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dengan tumpuan khusus kepada dua kumpulan etnik yang kaya dengan sejarah dan budaya, iaitu Peranakan Baba Nyonya dan Jawi Peranakan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung menyumbangkan tenaga dalam menghasilkan e-majalah ini. Berkat kerjasama dan penat lelah semua individu yang terlibat, akhirnya e-majalah WARISAN ini dapat diterbitkan. Ketua Editor : Nurain Husna 1


PENGENALAN EVOLUSI BABA NYONYA & JAWI PERANAKAN BAHASA DAN PERTUTURAN AGAMA YANG DIANUTI PEMAKAIAN TRADISIONAL ADAT PERKAHWINAN NILAI-NILAI MASYARAKAT PERANAKAN BABA NYONYA DAN JAWI MENGGALI KESAN POSITIF DAN CABARAN KEUNIKAN AMALAN BUDAYA 03 05 09 10 11 13 17 19 KANDUNGAN


APAKAH ITU PERANAKAN ? APAKAH ITU PERANAKAN ? Peranakan (Tulisan Jawi:ڤرانقن (ialah kelompok etnik di Asia Tenggara yang terkenal di Malaysia dan Singapura yang penyebarannya bermula dari Melaka. Ianya metafora bagi etnik yang mengamal seperti dilahirkan dengan cara hidup , budaya dan bahasa Pribumi Melayu atau Pribumi Borneo yang diamalkan oleh etnik Cina, India, eropah dan lain-lain lagi. Etnik peranakan yang terkenal ialah Baba Nyonya , Chetty , Jawi Peranakan , orang Kristang dan Peranakan Sino. PERANAKAN BABA NYONYA Baba Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Terdapat juga Cina Peranakan ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) bernama Baba Yaya . Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina atau Melayu tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka mengamalkan cara hidup Melayu dan Cina . Tambahan pula, mereka mengeji pendatangpendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatangpendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 3


JAWI PERANAKAN Jawi Peranakan merupakan masyarakat kacukan India - Melayu (India Muslim). Masyarakat ini terbentuk di zaman Malaya British apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Masyarakat ini dikenali kerana status dan kekayaannya, selain kerana menerbitkan akhbar bahasa Melayu pertama, Jawi Peranakan. 4


EVOLUSI BABA NYONYA & JAWI PERANAKAN Komuniti Peranakan Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Straits Chinese atau Peranakan Chinese, adalah kumpulan etnik yang unik hasil daripada percampuran budaya antara orang Tionghoa dan orang Melayu tempatan di kawasan Selat Melaka. Baba Nyonya 2 Semasa era kolonial British, komuniti Baba Nyonya sering mendapat manfaat daripada hubungan mereka dengan pemerintah kolonial dan peranan mereka dalam perdagangan. Mereka mengadaptasi beberapa aspek budaya Barat, termasuk dalam bidang pendidikan dan gaya hidup, tanpa meninggalkan identiti peranakan mereka. Ramai Baba Nyonya menjadi pedagang yang berjaya, profesional, dan pemimpin masyarakat. Orang Tionghoa mula berhijrah dan menetap di kawasan Selat Melaka sejak abad ke-15, terutama selepas pembukaan laluan perdagangan oleh Laksamana Cheng Ho. Mereka berkahwin dengan wanita tempatan Melayu, menghasilkan keturunan yang dikenali sebagai Peranakan atau Baba (untuk lelaki) dan Nyonya (untuk wanita). Komuniti ini mula berkembang di pusat-pusat perdagangan utama seperti Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura. BABA NYONYA 1 Pembentukan Awal (Abad ke-15 hingga ke-17) Pengaruh Kolonial dan Perubahan Sosial (Abad ke-19 hingga Awal Abad ke-20) 5


3 Dengan modernisasi dan urbanisasi, banyak tradisi dan bahasa Peranakan mula terhakis. Walau bagaimanapun, usaha untuk memulihara budaya Baba Nyonya semakin meningkat, dengan penekanan kepada pemeliharaan rumah tradisional, muzium, dan festival kebudayaan. Komuniti ini terus meraikan warisan mereka melalui acara-acara kebudayaan, perkahwinan tradisional, dan festival seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya. 4 Budaya dan warisan Baba Nyonya semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebahagian penting daripada identiti Malaysia yang berbilang budaya. Kerajaan dan organisasi bukan kerajaan menyokong pemuliharaan warisan ini melalui program pendidikan dan promosi pelancongan. Masyarakat Baba Nyonya moden terus meraikan warisan mereka sambil menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, menggabungkan tradisi dengan inovasi dalam cara mereka mengekspresikan identiti mereka. Modernisasi dan Asimilasi (Pertengahan Abad ke-20 hingga Kini) Revitalisasi dan Pengiktirafan Budaya (Era Kontemporari) 6


1 Orang India Muslim mula datang ke Melaka dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia seawal abad ke-15, sebagai pedagang dan mubaligh. Mereka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan, menghasilkan keturunan yang dikenali sebagai Jawi Peranakan. Komuniti ini berkembang pesat di pusatpusat perdagangan seperti Melaka, Pulau Pinang, dan Johor. JAWI PERANAKAN 2 Pada zaman kolonial British, komuniti Jawi Peranakan sering terlibat dalam perdagangan dan perniagaan, serta menjadi pentadbir dan profesional dalam kerajaan kolonial. Mereka mengadaptasi beberapa aspek budaya Barat, termasuk dalam pendidikan dan gaya hidup. Walaupun begitu, mereka tetap mengekalkan identiti Islam dan adat resam tempatan. Jawi Peranakan Peranakan Jawi, juga dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Jawi Pekan, adalah satu lagi kumpulan etnik yang unik di Malaysia, hasil perkahwinan campur antara orang India Muslim (biasanya dari India Selatan) dan orang Melayu tempatan. Pembentukan Awal (Abad ke-15 hingga ke-19) Pengaruh Kolonial dan Perubahan Sosial (Abad ke-19 hingga Pertengahan Abad ke-20) 7


14 3 Seiring dengan perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara moden, banyak elemen tradisional Jawi Peranakan mula berubah atau hilang, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Proses urbanisasi dan globalisasi menyaksikan banyak daripada mereka berpindah ke bandar-bandar besar dan mengamalkan cara hidup moden. Namun, masih terdapat usaha untuk mengekalkan warisan budaya Jawi Peranakan melalui sambutan perayaan dan acara kebudayaan. 4 Terdapat usaha yang semakin meningkat untuk memulihara dan mengiktiraf warisan Jawi Peranakan sebagai sebahagian penting daripada identiti kebudayaan Malaysia. Program pendidikan, muzium, dan acara kebudayaan dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap warisan ini. Komuniti Jawi Peranakan terus mengekalkan elemen-elemen budaya mereka sambil menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, menggabungkan tradisi dengan inovasi dalam kehidupan seharian. Modernisasi dan Asimilasi (Pertengahan Abad ke-20 hingga Kini Revitalisasi dan Pengiktirafan Budaya (Era Kontemporari) 8


Kaum Baba Nyonya menggunakan bahasa Melayu dengan pengaruh dialek Hokkien. Bahasa mereka dikenali sebagai "Baba Malay" atau "Peranakan Malay" yang menggabungkan elemen-elemen bahasa Melayu dan Hokkien serta beberapa istilah Portugis dan Belanda. Tidak dinafikan bahawasanya Bahasa Baba mempunyai loghat Bahasa yang teramat unik. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan dari bahasa Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain. Mereka juga banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orangorang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam. BAHASA DAN PERTUTURAN Kaum Jawi Peranakan menggunakan bahasa Melayu, tetapi dengan pengaruh dari bahasa Tamil dan Arab. Mereka juga menggunakan tulisan Jawi dalam banyak aspek kehidupan, termasuk dalam pendidikan agama dan urusan harian. Kaum ini samasekali tidak boleh berbahasa Tamil walaupun asal usul mereka dari negara India malah menganggap ianya bahasa asing walaupun dilihat nada atau lenggok percakapan mereka adalah mirip dengan bahasa Tamil. Mereka bertutur dalam loghat Melayu Utara yang sangat pekat dengan menggunakan beberapa istilah tersendiri yang bukan dari bahasa dari India mahupun bahasa Melayu.Memang tidak dinafikan ramai yang terhibur mendengar telatah mereka ketika berbicara. Malah adayang berasa gerun untuk berbicara bersama masyarakat ini kerana tutur kata mereka tegas walaupundalam nada yang lembut. Antara perkara yang mencuit hati oleh masyarakat ini adalah mereka sangat bersungguh-sungguh dalam bertutur kata sehinggakan ketika berbual mereka akan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah berulang kali bagi menunjukkan kesungguhan mereka bercerita. Antaranya istilah yang seringkali dituturkan oleh mereka adalah seperti "haprak"yang bermaksud lekeh ,"merudum" bermaksud terjatuh dengan teruk,"cempera" bermaksud sangat berselerak atau kecoh dan "lokoih“ bermaksud basah. JAWI PERANAKAN BABA NYONYA


JAWI PERANAKAN Apakah agama yang dianuti oleh kaum Jawi Peranakan? Agama yang dianuti oleh kaum Jawi Peranakan ialah Islam. Walaupun rata-rata orang India Islam beragama Islam, namun pendapat mazhab yang mereka terima berbeza dengan orang Melayu di Pulau Pinang dan Jawi Peranakan. Bagi orang India Islam, mereka tahu tentang mazhab Hanafi manakala rata-rata orang Jawi Peranakan dan Melayu Pulau Pinang pula tahu tentang mazhab Hambali. Generasi sekarang tidak lagi mengekalkan kepercayaan agama seperti perayaan mandi Safar dan lawatan ke kuil seperti Nagor, Tokkoya dan lain-lain. Tambahan pula, terdapat kepercayaan bahawa ahli keluarga yang meninggal dunia pada hari Selasa akan membawa petanda yang tidak menyenangkan, dan pada malam Jumaat pula, kemenyan dibakar supaya malaikat dapat membawa makanan kepada keluarga mereka dan agama lain. Sehubungan dengan itu, perayaan keagamaan yang disambut oleh masyarakat ini adalah setanding dengan perayaan orang Melayu di Pulau Pinang seperti hari raya Aidilfitri, Haji dan sebagainya. Oleh itu, Jawi Peranakan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Mereka membantu mengembangkan pendidikan Islam, seni, dan budaya Islam di rantau ini. BABA NYONYA Apakah agama yang dianuti oleh kaum Baba Nyonya? Kaum Baba Nyonya percaya kepada agama tradisional Cina dan menyambut Tahun Baru Imlek dan Pesta Tanglung, sambil mengamalkan adat istiadat kolonial Melayu dan Barat. Kebanyakan Baba Nyonya yang mempraktikkan agama Tionghoa tradisional, yang merupakan campuran dari Buddhisme, Taoisme, dan Konfusianisme. Mereka sering kali menyembah dewa-dewa Tionghoa dan nenek moyang mereka. Dari segi agama, kebanyakan mereka masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, tetapi ramai yang telah memeluk agama lain seperti Kristian yang sangat popular dalam kalangan remaja baik Katolik maupun Protestan, terutama sekali dari pengaruh misionaris Barat yang datang ke Asia Tenggara pada masa kolonial. Bagi mereka yang menganut agama Buddha, pada setiap pagi sebelum melakukan pekerjaan, kaum Baba akan sembahyang terlebih dahulu. Justeru, mereka juga melakukan upacara penyembahan nenek moyang ketika ulang tahun kematian mereka bagi menghormati jasa baik nenek moyang mereka. Oleh itu, dengan kehadiran Baba Nyonya telah menunjukkan kepelbagaian agama di Malaysia. Mereka mewakili satu aspek penting dari komuniti Cina yang mengekalkan kepercayaan tradisional sambil mengintegrasikan elemen budaya Melayu. AGAMA YANG DIANUTI 10


Kebaya Nyonya biasanya dipadankan dengan kain sarong atau kain batik dengan motif khas Peranakan. Kain ini sering mempunyai corak yang kompleks dan berwarna-warni, selaras dengan kebaya. Kerawang atau hiasan berlubang juga sering menjadi bagian dari kebaya ini, memberikan sentuhan tambahan pada sulaman dan desain keseluruhan.Ciriciri ini menjadikan Kebaya Nyonya sebagai pakaian tradisional yang unik dan khas, mencerminkan warisan budaya Peranakan yang kaya dan berwarna-warni. Bagi pemakaian kaum Baba pula iaitu untuk kaum lelaki adalah sangat mudah yang mana mereka mengenakan baju yang di panggil sebagai Lokchuan. Baju in merupakan baju panjang dan longgar yang kebiasaanya berwarna gelap dan dipadankan dengan seluar yang longgar. Kebaya Nyonya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh perempuan Baba Nyonya. Ini adalah blaus panjang yang dibuat dari kain ringan seperti voile atau sutra. Blaus ini biasanya berwarna terang dan dihiasi dengan sulaman rumit dan halus,seringkali bermotif bunga. Pemakai Kebaya Nyonya sering menghiasi kebaya mereka dengan aksesori seperti kerongsang (brooch) yang besar dan rantai emas atau perak di bahagian pinggang. Ini menambah kemewahan dan kesan tradisional pada kebaya. Nyonya juga mengenakan sepatu yang dihiasi dengan manik-manik berwarna-warni. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BABA NYONYA BAJU LOKCHUAN BAGI KAUM BABA BAJU KEBAYA BAGI KAUM NYONYA BAJU KEBAYA BAGI KAUM NYONYA 11


Bagi kaum wanita terdapat 2 jenis baju yang selalu dipakai iaitu baju kurung dan baju kebaya. Keduadua jenis baju ini akan dipakaikan dengan kain sarung atau kain batik yang motif kainnya lebih modern. Kaum wanita juga mengenakan selendang yang merupakan kain panjang yang diletakkan padan bahu atau dililit pada leher sebagai hiasan. Wanita Jawi Peranakan juga menggunakan berbagai aksesori seperti gelang, kalung, anting-anting, dan cincin yang terbuat dari emas atau perak dan dihiasi dengan batu permata serta mengenakan sepatu manik. Rambut biasanya disanggul atau diikat rapi, dan sering dihiasi dengan bunga segar atau aksesoris rambut tradisional. Bunga ini ditempatkan di sekitar sanggul, menambah aroma harum dan penampilan yang anggun. Pakaian tradisional ini sering dipakai dalam acara pernikahan, di mana kedua mempelai mengenakan pakaian yang serasi dengan hiasan yang indah. Pakaian ini juga sering digunakan dalam berbagai upacara adat dan keagamaan. Pakaian tradisional Jawi Peranakan mencerminkan identitas budaya yang kaya dan keberagaman yang dihasilkan dari perpaduan dua budaya besar, yaitu Melayu dan India. Mereka mempertahankan keunikan masing-masing budaya sembari menciptakan gaya yang harmonis dan khas. Bagi kaum lelaki Jawi peranakan mereka mengenakan baju melayu yang terdiri daripada dua bahagian utama iaitu baju dan seluar panjang. baju ini biasanya memiliki potongan yang longgar. dipadukan dengan celana panjang dan kain samping yang dikenal sebagai samping atau kain sarong. Songkok atau Kopiah merupan Penutup kepala tradisional lelaki Muslim yang sering dipakai dalam acara formal atau keagamaan. Terdapat dua jenis baju yang sering dipakaikan oleh kaum ini. antaranya adalah baju cekak musang yang emiliki kolar (kerah) yang tegak dan berbutang lima atau lebih. Butang ini biasanya hiasan yang cantik dan terbuat dari logam atau batu permata. Yang kedua adalah baju teluk belanga yang memiliki kolar bulat tanpa butang, lebih sederhana dan umumnya dipakai dalam kegiatan sehari-hari atau acara yang kurang formal. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM JAWI PERANAKAN 12


BABA NYONYA Proses perkahwinan bermula apabila pihak pengantin lelaki membawa rombongan merisik dengan membincangkan tarikh untuk majlis perkahwinan dan membuat jemputan yang dipanggil “anteh sireh” iaitu jemputan melalui wang yang mengandungi kacang, limau dan sirih. Persiapan perkahwinan akan dilakukan dengan menukar cadar dan langsir serta menyembur wangi-wangian pada bilik pengantin. Baba Nyonya yang mempunyai adat perkahwinan yang unik dan menarik. Majlis perkahwinan mereka berlangsung selama dua belas hari. Pada kebiasaannya mereka berkahwin setelah berusia dua puluh tahun keatas. Kebanyakan jodoh dipilih oleh ibu bapa namun lama- kelamaan mereka memilih pasangan sendiri mengikut perubahan peredaran zaman Sekiranya keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, rombongan meminang akan dihantar yang diketuai oleh 'Mueynang'. Upacara Chim Pang adalah upacara pertemuan pertama antara pengantin perempuan dan lelaki . Setelah keduanya bertemu untuk pertama kali, mereka akan duduk berhadapan dan berlangsung upacara Choon Tok iaitu upacara makan sebagai suami isteri. Akhir sekali, kedua-dua keluarga dari pihak lelaki dan perempuan akan makan bersama sebagai satu proses untuk menjalinkan hubungan yang baik antara mereka. PERKAHWINAN 13


Alas meja merupakan salah satu daripada simbol kepercayaan adat berkahwinan kaum Baba Nyonya. Mereka percaya bahawa alas meja baharu yang dijahit dengan sembilan jambak bunga yang digunakan di rumah baharu pengantin akan memberi kebahagian kepada pasangan pengantin baharu itu selama-lamanya. Baba Nyonya juga menjahit corak burung jenjang pada kain kerana burung jenjang adalah simbol panjang umur bagi mereka. Salah satu barangan penting dalam adat perkahwinan Baba Nyonya talah Kamcheng. Kamcheng ialah sejenis balang porselin bertutup yang dipenuhi dengan corak corak vang melambangkan awet muda, panjang umur, kebahagiaan dan kesucian.Kamcheng digunakan untuk membawa makanan dan manisan ke bilik pangantin untuk menjamu pengantirn sepanjang tempoh 12 hari perkahwinan mereka Bakul siah juga digunakan untuk membawa barangbarangan seperti makanan, hadiah, dan hantaran perkahwinan untuk pengantin. Bakul yang bertutup ini biasanya diperbuat daripada kayu, buluh, atau rotan kemudiannya dibalut dengan kertas tebal ataupun kulit.Bakul ini akan diwarnakan dengan warna merah dan hitam dan kemudiannya dilukiskan dengan motif bertuah dengan menggunakan warna emas untuk menyimbolkan kemakmuran dan kekayaan. Obiek-oblek dalam sesebuah upacara perkahwinan Baba dan Nyonya memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana setiap objek melambangkan simbol dan makna yang tertentu yang berkaitan dengan adat dan budaya Baba dan Nyonya. OBJEK DAN SIMBOL 14


E R K A H W I N A N Adat resam perkahwinan dalam kehidupan masyarakat Jawi Peranakan adalah bermula dengan merisik. Upacara ini akan disempurnakan oleh ibu bapa kepada mapelai. Upacara merisik hanya akan dilakukan oleh ibu bapa mapelai setelah mereka merasakan bahawa anak lelaki mereka telah bersedia untuk berkahwin. P J A W I P E R A N A K A N 15


Masyarakat Jawi Peranakan India Muslim amat mementingkan taraf kekayaan kedua-dua belah pihak pengantin. Oleh itu, pemilihan calon diurus oleh ahli keluarga dan bukan diuruskan oleh pengantin itu sendiri. para tetamu yang hadir juga terdiri daripada yang setaraf sahaja. Kemeriahan sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Jawi Peranakan India Muslim bermula pada malam berinai atau dikenali sebagai Mehndi. Lazimnya majlis berinai diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan, di rumah keluarga masing-masing. Majlis akad nikah dilakukan di rumah pengantin perempuan atau dalam masjid bertujuan bagi mengambil berkat.Dalam majlis akad nikah, Imam yang mewakilkan wali perempuan menjadi jurunikah. Selesai akad nikah, upacara membatalkan air sembahyang dilakukan di mana pengantin lelaki akan menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan. Ibu mapelai kemudiannya akan menyuap susu yang dicampur dengan pisang (biasanya pisang ini akan dilenyek sehingga lumat) ke mulut pasangan pengantin. Peranakan India Muslim dilihat amat terpengaruh dengan adat istiadat India, iaitu sewaktu upacara kalungan thali. Atchatai, iaitu beras yang dicampur kunyit serta bunga disusun di atasnya ditaburkan kepada pengantin sebagai tanda restu. Sewaktu pengantin disandingkan, upacara menepung tawar disempurnakan oleh keluarga pengantin perempuan dan pengantin lelaki dengan adat bersuap-suapan bersama sedikit nasi kunyit diletakkan pada jari pengantin perempuan. 16


Menelusuri Warisan Kaya Komuniti Baba Nyonya dan Jawi Peranakan Baba Nyonya: Gabungan Tradisi yang Unik Pemeliharaan Warisan Budaya Komuniti Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Peranakan Cina, merupakan contoh harmoni antara budaya Cina dan Melayu. Komitmen mereka untuk memelihara warisan unik ini dapat dilihat dalam setiap aspek kehidupan mereka, dari upacara perkahwinan yang meriah hingga pakaian tradisional seperti kebaya Nyonya dan baju lokchuan. Perayaan seperti Tahun Baru Cina dan festival Peranakan disambut dengan penuh semangat, memperlihatkan kekayaan budaya mereka. Keluarga dan Kekeluargaan Keluarga adalah pusat kehidupan masyarakat Baba Nyonya. Mereka mengutamakan ikatan kekeluargaan yang kuat, menekankan penghormatan kepada orang tua dan nenek moyang. Anak-anak diajar untuk taat dan menghormati ahli keluarga yang lebih tua, dengan tinggal bersama dalam keluarga besar sering menjadi kebiasaan. Bahasa Bahasa peranakan yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya adalah campuran Bahasa Melayu dengan dialek Cina seperti Hokkien dan Kantonis. Bahasa ini bukan sahaja digunakan dalam perbualan harian, tetapi juga dalam adat resam dan budaya mereka. Agama dan Kepercayaan Kebanyakan masyarakat Baba Nyonya menganut agama Buddha dan Taoisme, dengan beberapa unsur kepercayaan Melayu turut diserap. Praktik keagamaan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka, dari upacara keagamaan hingga ritual harian. NILAI-NILAI MASYARAKAT PERANAKAN BABA NYONYA DAN JAWI 17


Jawi Peranakan: Warisan Budaya dan Keagamaan Agama dan Spiritual Agama Islam adalah pusat kehidupan masyarakat Jawi Peranakan. Amalan keagamaan seperti solat, puasa, dan sambutan hari-hari besar Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sangat dihargai dan dijunjung tinggi oleh komuniti ini. Pemeliharaan Budaya Masyarakat Jawi Peranakan menggabungkan elemen budaya Melayu dan India-Muslim dalam kehidupan seharian mereka. Ini dapat dilihat dalam pakaian tradisional seperti baju kurung dan sarung, serta muzik, tarian, dan upacara tradisional yang mereka amalkan. Bahasa dan Identiti Bahasa utama yang digunakan oleh masyarakat Jawi Peranakan adalah Bahasa Melayu, dengan penambahan beberapa kosakata dari bahasa Arab atau Tamil. Bahasa ini mencerminkan identiti unik mereka dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan budaya dan tradisi mereka. Keluarga dan Komuniti Nilai-nilai kekeluargaan dan hubungan sosial sangat kuat dalam masyarakat Jawi Peranakan. Komuniti sering berkumpul untuk acara-acara keagamaan dan sosial, memperkukuh ikatan komuniti dan mempererat hubungan antara ahli. Pertemuan keluarga besar dan acara komuniti adalah perkara biasa dalam kehidupan mereka. Pendidikan dan Pengetahuan Pendidikan sangat dihargai dalam masyarakat Jawi Peranakan, baik dalam bidang ilmu pengetahuan umum mahupun agama. Pendidikan agama Islam diberi penekanan khusus, dengan ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama untuk memperdalam pengetahuan dan amalan agama. Komuniti Baba Nyonya dan Jawi Peranakan menunjukkan bagaimana asimilasi budaya boleh menghasilkan identiti yang unik dan kaya. Nilai-nilai yang menghargai pelestarian tradisi, keluarga, agama, dan komuniti terus diwarisi dan dipelihara, mencerminkan keindahan dan kekuatan kepelbagaian budaya Malaysia. 18


MENYEMAI WARISAN BUDAYA DI MALAYSIA : KEUNIKAN KOMUNITI PERANAKAN BABA NYONYA DAN JAWI MENGGALI KESAN POSITIF DAN CABARAN KEUNIKAN AMALAN BUDAYA budaya, memperlihatkan betapa pentingnya integrasi budaya dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Selain itu, keunikan budaya Baba Nyonya dan Jawi tidak hanya memperkukuhkan identiti mereka, tetapi juga memperkayakan kepelbagaian budaya Malaysia. Makanan Baba Nyonya seperti laksa, cendol, dan kuih-muih tradisional menambah warna dalam kepelbagaian kulinari Malaysia. Sementara itu, seni dan muzik Jawi seperti ghazal dan qasidah memberikan sumbangan yang berharga kepada warisan seni negara. Keunikan amalan budaya mereka membawa banyak manfaat, namun tidak terlepas daripada cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha mengekalkan identiti dan amalan budaya mereka. Budaya Baba Nyonya dan Jawi Peranakan mengekalkan identiti yang tersendiri melalui pakaian tradisional, masakan, dan adat resam. Contohnya, kebaya Baba Nyonya dan seni bina rumah Peranakan serta adat perkahwinan Jawi yang memadukan elemen budaya Melayu dan India. Ini membantu memastikan warisan budaya mereka tidak hilang dan terus dihargai. alaysia, negara yang terkenal dengan Mkepelbagaian etnik dan Komuniti peranakan Baba Nyonya dan Jawi adalah contoh yang menonjol tentang bagaimana perkahwinan campur antara pedagang asing dan penduduk tempatan telah menghasilkan budaya unik yang mempengaruhi landskap budaya Malaysia.


Walaupun keunikan budaya Peranakan Baba Nyonya dan Jawi membawa banyak manfaat dan kekayaan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, mereka juga tidak terlepas daripada pelbagai cabaran. Seterusnya, dalam usaha mengekalkan keunikan budaya, ketegangan antara budaya boleh berlaku. Perbezaan adat resam dan kepercayaan boleh menimbulkan konflik jika tidak diuruskan dengan baik. Keperluan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran moden kadangkala bertentangan dengan keperluan untuk memelihara amalan tradisional, menyebabkan ketegangan dalam komuniti. Globalisasi dan perubahan sosial yang pesat boleh menyebabkan generasi muda tidak berminat untuk meneruskan tradisi budaya mereka. Amalan budaya yang tidak lagi relevan dengan kehidupan moden mungkin akan dilupakan dan hilang. Oleh itu, usaha berterusan diperlukan untuk memastikan budaya Baba Nyonya dan Jawi terus relevan dan dihargai. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti ini ialah ancaman penjajahan budaya. Pengaruh budaya asing, terutamanya dari barat, boleh mengikis identiti budaya asli. Generasi muda yang terdedah kepada gaya hidup moden mungkin memandang rendah terhadap amalan tradisional, menyebabkan penurunan dalam pengekalan budaya. Kepelbagaian budaya yang dibawa oleh komuniti ini juga menyumbang kepada kesejahteraan sosial. Amalan budaya yang pelbagai menggalakkan sikap saling menghormati dan memahami antara kaum. Perayaan dan tradisi yang disambut bersama-sama mengeratkan hubungan masyarakat dan mencipta suasana harmoni. Keunikan budaya komuniti Baba Nyonya dan Jawi di Malaysia memperlihatkan betapa pentingnya silang budaya dalam membentuk masyarakat yang majmuk. Walaupun terdapat cabaran yang perlu dihadapi, dengan usaha yang berterusan untuk memelihara dan mempromosikan budaya ini, Malaysia dapat terus menikmati kekayaan warisan budaya yang unik dan berharga. 20


Warisanmelayuwarisan berzaman, Menjadi lambang keutuhan bangsa, Budayamelayu bercirikan keunikan bangsanya, Walaupunmasa bergantimasa,zaman bergantizaman, Mempertahankan budaya sebagaiwarisan berzaman adalah dituntut. Masyarakat terdahulumembangunkan adat, Menjadiwarisan kepada generasimendatang, Jika tidakmenjadi amalan, Hilanglah ia dimakanmasa. Generasimoden generasi pewaris, Warisan dahulu jadikanwarisan, Budaya yang baikmestilah dijaga , Bijak dalammenimbangtara perlu dalammenilainya. Masyarakatmelayumasyarakatyang unik, Hidup bermajmuk di negara Malaysia tercinta, Kepelbagaian budaya dikongsi bersama, Menjadiwarisan bangsa Malaysia yangmerdeka. 21 Karya Puisi : Adat danWarisan


SIDANG EDITOR NIK AZMA AUNIE ANIS SYAFIA NURAIN HUSNA NUR HADIRAH NORUL AIEN NUR SHAMIESHA BALQIS NURUL MURIQAH NURIN IRDINA 22


HUBUNGI KAMI Tel : 03-41437100 Emel : [email protected] Laman web : www.WarisaN.com Facebook : Warisan_MY Instagram : Warisan_MY


Click to View FlipBook Version