The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1400-24-rafidah, 2022-04-27 09:19:16

Tugasan 3_BMMB1134_Rafidah

Tugasan 3_BMMB1134_Rafidah

A QUICK INFORMATION GUIDE

How Technology
is Changing
Education

A look at the importance of technology
in teaching and learning

Kandungan

Definisi komunikasi
Halangan-halangan komunikasi
Definisi keterampilan berbahasa
Isu-isu dalam keterampilan berbahasa

Definisi dan konsep komunikasi

Dean (1953) mentakrifkan komunikasi sebagai cara untuk
menyampaikan buah fikiran dan perasaan kepada
khalayak orang ramai dan termasuk juga sebagai proses
penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain.

Sebuah proses pemindahan maklumat dan pemahaman daripada satu
pihak kepada satu pihak yang lain.
Sebagai medium untuk seseorang mengekspresikan idea, perasaan,
keinginan serta emosi.

Halangan komunikasi

Merupakan gangguan yang menyukarkan
mesej disampaikan kepada pendengar
dalam proses komunikasi.
Melalui halangan komunikasi, mesej yang
ingin disampaikan telah disalahertikan
maksudnya.

Halangan komunikasi

1.GANGGUAN SARAF PENERIMA

Kerosakan pada bahagian otak (belahan otak kiri) yang mengandungi bahasa
iaitu disebut sebagai Afasia.
Gangguan afasia biasanya terjadi pada orang yang mengalami penyakit stroke,
amnesia dan penyakit berkenaan dengan otak yang lain.
Afasia menyebabkan seseorang untuk mengalami kesukaran dalam kemahiran
berbahasa iaitu sama ada bertutur, mendengar, membaca dan menulis.
Pesakit afasia kehilangan kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran
dengan menggunakan perkataan serta menunjukkan ekspresi berbahasa
(Cahyaningtiyas, 2019).

Gejala pesakit afasia:

1. Tidak mampu bertutur secara spontan.
2.Tidak mampu membentuk kata-kata.
3.Tidak mampu menyebut nama benda atau objek.
4.Mengalami kesukaran untuk memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain.



Halangan komunikasi

2. GANGGUAN EMOSI

Kecerdasan emosi seseorang mempengaruhi proses
komunikasi seseorang.
Dengan kecerdasan emosi yang baik, individu tersebut akan
mudah memahami mesej dan perasaan orang lain.
Jika tidak memiliki kecerdasan emosi, individu akan
mengalami kesukaran untuk mengurus emosi dalam
komunikasi.
Kecerdasan emosi yang baik mendorong kepada
peningkatan keyakinan seseorang dalam komunikasi
(Maizatul Haizan Mahbob & Noor Afzaliza Nazira Ibrahim,
2017).
Justeru, keadaan emosi seseorang mempengaruhi cara
individu tersebut mentafsir mesej dan berinteraksi dalam
sebuah komunikasi

Halangan komunikasi

3. GANGGUAN LUARAN

Ditakrifkan sebagai gangguan secara lansung
dan nyata.
DIpengaruhi oleh keadaan persekitaran individu
yang sedang berkomunikasi tersebut.
Misalnya: kebisingan bilik, kekurangan cahaya,
jarak yang berlebihan di antara penyampai dan
penerima serta tempat yang kotor.
Justeru, gangguan ini berpotensi untuk
menghilangkan fokus penyampai dan seterusnya
mesej sebenar tidak tersampai dengan penerima.

Keterampilan berbahasa

Kecekapan dan kemahiran menggunakan bahasa
secara lisan atau tulisan.
Merangkumi empat keterampilan iaitu, keterampilan
mendengar, keterampilan menulis, keterampilan
membaca.

Isu-isu
keterampilan

berbahasa

1.Isu bahasa

Penyampai menggunakan bahasa asing, iaitu bahasa yang tidak difahami oleh pendengar.
Pendengar tidak dapat mentafsir mesej yang ingin disampaikan oleh penyampai.
Mendorong kepada berlakunya perselisihan faham.
Buktinya dapat dilihat melalui situasi murid yang mengambil subjek bahasa asing:

1. Murid akan mengalami keresahan dan kebimbangan kerana perlu mempelajari bahasa baru.
2. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami bahasa asing tersebut.
3. Jika murid tidak memahami bahasa yang digunakan oleh penyampai, maka murid berpotensi
unt untuk salah tafsir mesej yang ingin disampaikan.
Sumber: Zarina Zakaria et al. (2007).

Isu budaya

Berkaitan dengan cara interaksi kaum-kaum
yang berlainan
Contoh: intonasi dan perkataan yang digunakan.
Contoh: Orang Sarawak kebiasaaanya
menggunakan 'bah' setiap kali dihujung ayat.
Orang lain beranggapan bahawa 'bah'
mempunyai unsur kasar.

Isu media sosial

Menggunakan bahasa rojak di media sosial khususnya
generasi muda.
Contoh: Menggunakan perkataan yang disingkatkan seperti
'otw', iaitu on the way.
Tidak semua orang dapat mentafsir perkataan yang telah
disingkatkan tersebut.
Mudah mendorong kepada perselisihan faham di dalam media
sosial.



Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan dengan jelas bahawa terdapat pelbagai
halangan dan rintangan untuk berkomunikasi dengan baik, iaitu seperti gangguan saraf
penerima, gangguan emosi serta gangguan luaran. Justeru, halangan-halangan ini
perlulah dibendung selagi boleh demi membantu meningkatkan kemahiran
berkomunikasi seseorang individu. Selain itu, isu-isu keterampilan berbahasa juga
perlu diambil cakna oleh pelbagai pihak khususnya pihak pendidik agar pihak pendidik
dapat menekankan tentang isu ini dan seterusnya mendedahkan cara yang sebetulnya
dalam menjaga keterampilan berbahasa. Hal ini bertujuan supaya negara dapat
melahirkan generasi yang mementingkan keterampilan berbahasa pada masa
hadapan.

Sekian,

terima kasih.

Rujukan

Cahyaningtiyas, I. A. (2019). Penggunaan ekspresi berbahasa pada penderita afasia motorik transkortikal.
Seminar Nasional Bahasa dan Sastera, 3(2), 509-517.

Maizatul Haizan Mahbob & Noor Afzaliza Nazira Ibrahim. (2017). Kecerdasan emosi, komunikasi non-verbal
dan keterampilan peribadi para pekerja dalam konteks komunikasi keorganisasian. Jurnal komunikasi, 33(1),
368-382.

Zarina Zakaria, Azizah Rajab, Norfazila Sayuti & Nur Al-Huda Hashim. (2007). Kajian tahap keresahan di
kalangan pelajar bahasa asing terhadap mata pelajaran bahasa asing. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Dean, H. H. (1953). Effective communication: A guide to reading, writing, speaking and listening. Prentice Hall.

Lailetay Abdul Rahman. (2019, April 24). Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa. Berita Harian.


Click to View FlipBook Version