• Abdul Said bin Omar dikenali sebagai
Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said.
• Beliau dilahirkan pada tahun 1773 dan
berasal daripada suku Semelenggang.
• Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak
1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning.
• Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka.
• Beliau bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan mengadakan
pakatan dengan orang Melayu dari wilayah yang lain untuk
menentang British.
• Antaranya termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau,
Pembesar Seri Menanti, Penghulu Gemenceh, Dato’ Kelana Sungai
Ujong, Penghulu Remai dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu
Muar.
• Pakatan ini berjaya mengumpul kira-kira 4000 orang hulubalang
Melayu untuk menentang British.
• Pada tahun 1831, dalam Perang Naning Pertama, Dol Said dan
pengikutnya berjaya mengalahkan British.
• Permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu lain tidak kekal
lama. British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut.
• Dalam Perang Naning Kedua pada tahun 1832, Yamtuan Rembau
dan pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said.
• British berjaya menakluki Taboh pusat pentadbiran Naning dan
menyatukan Naning dengan Melaka.
• Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar
Negeri Sembilan (1833-1861).
• Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai
Yamtuan Seri Menanti.
• Beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana
menggugat kedaulatan bangsa.
• Beliau bimbang British akan meluaskan kuasa ke wilayah di
sekitarnya.
• Beliau memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato’ Kelana
yang disokong oleh pasukan tentera British.
• British berjaya mengalahkan angkatan Yamtuan Antah di Paroi dan
Bukit Putus.
• Pada tahun 1876, baginda berunding dengan Gabenor Negeri-
negeri Selat, William Jervouis. Melalui rundingan tersebut, British
melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
• Nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh dan dikenali sebagai
Dato’ Bahaman.
• Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang
Kaya Indera Segara.
• Beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip
cukai dan pembinaan balai polis oleh tanpa pengetahuannya.
• Pada tahun 1891, beliau melancarkan gerakan
menentang British dengan bantuan Tok Gajah (Imam
Perang Rasul) dan Mat Kilau.
• Pada tahun 1894, Dato’ Bahaman dan pengikutnya
menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
• British bertindak balas menghantar Kolonel Walker dan
Berjaya menawan semula Jeram Ampai.
• Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke
Kelantan dan Terengganu. Peristiwa ini menandakan
berakhirnya Perang Pahang.
• Nama asalnya Libau.
• Rentap bermaksud “penggoncang dunia”.
• Beliau lahir pada tahun 1800.
• Beliau juga digelar Raja Ulu dan Raja Darat
• Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai
• Skrang dan Sungai Saribas.
• Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun.
• James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban.
• Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga
Skrang. Dalam serangan ini Alan Lee, pegawai James Brooke
terkorban.
• Pada tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rentap di Sungai
Lang. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok.
• Pada tahun 1857, Charles Brooke menggempur Rentap di Bukit
Sadok. Rentap berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke.
• Pada tahun 1858, Charles Brooke menggempur kubu Rentap di
Bukit Sadok buat kali kedua.
• Pada tahun 1861, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit
Sadok buat kali ketiga.
• Rentap berundur ke Entabai, beberapa tahun kemudian beliau
meninggal dunia.
• Rentap merupakan pejuang sejati dan gagah berani. Beliau tidak
pernah gentar menghadapi kekuatan tentera James Brooke
sehingga titisan darah yang akhir. Semangat juang Rentap harus
dicontohi oleh generasi muda pada masa ini supaya bersemangat
waja dan sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan
negara tercinta.
• Sharif Masahor ialah pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang.
• Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1849.
• Beliau berasal dari Kampung Igan.
• Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di
bawah pentadbiran Brooke.
• Beliau mahu mengusir James Brooke dan mengembalikan kuasa
pembesar tempatan yang terjejas.
• Pada tahun 1860, Sharif Masahor mengadakan pakatan sulit
dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur dan Pengiran Temenggung
Hashim Jalil dari Sadong untuk menggulingkan Dinasti Brooke di
Kuching.
• Beliau mengajak orang Melayu dan Dayak menyertai pakatan
tersebut.
• Sharif Masahor menggunakan jalan laut untuk menyerang Kuching
dari arah barat.
• Dato’ Patinggi Abdul Gapur pula melancarkan serangan dari arah
timur.
• Brooke mematahkan serangan ini menggunakan kapal perang dan
senjata moden.
• Kedua-dua tokoh ini telah dibuang negeri oleh Brooke.
• Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hassan bin Munas.
• Beliau lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan.
• Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan
di Makkah.
• Beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff,
Ketua Jajahan Pasir Puteh.
• Beliau menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada
tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah.
• Beliau bersemangat jihad menentang British.
• Pada 29 April 1915, Tok Janggut mengadakan
mesyuarat di Kampung Tok Akib bagi
memboikot pengenalan cukai oleh British.
• Tok Janggut merancang menyerang Pasir
Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji
Said, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol.
• British menyerang Tok Janggut yang berkubu
di Kampung Dalam Pupuh Saring.
• Dalam pertempuran tersebut Tok Janggut
terkorban.
• Mat Salleh atau Mohammad Salleh dilahirkan di
Inanam Sabah.
• Beliau berketurunan Bajau dan Suluk.
• Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang mengambil
alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan
pembesar tempatan kehilangan kuasa.
• Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan SBUB,
namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap
Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.
• Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat
pentadbiran British di Pulau Gaya. Beliau membina kubu di
Ranau.
• Pada bulan November 1897, Mat Salleh menyerang Ambong.
• Pada tahun 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat
Salleh di Menggatal. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah
Tambunan.
• Walau bagaimanapun, SBUB tidak menepati janji dan
mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1899.
• Pasukan tentera SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh,
Tambunan secara besar-besaran.
• Pada tahun 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di
Tambunan.
• Mat Sator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang
bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar.
• Beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan.
• Beliau turut dikenali sebagai Mat Jator.
• Memperjuangkan kedaulatan tanah air.
• Beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat
Salleh pada tahun 1900.
• Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama
Tambunan berhampiran kubu Mat Salleh di Tibabar.
• Kubu ini dibina bertujuan melambatkan serangan British.
• Pada tahun 1900, British berusaha menamatkan kebangkitan
Mat Sator dan Mat Salleh.
• Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron.
• Pada bulan April 1900, Mat Sator berjaya menawan Kudat.
• Namun begitu, British menyerang balas yang menyebabkan
beliau terkorban.
• Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan
Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari
daerah Luwuk, Sulawesi.
• Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan
Perak yang mentadbir Pasir Salak.
• Dato’ Maharaja Lela bangkit menentang British
kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan,
pengambilan hak mengutip cukai dan Residen
British yang mencabuli adat resam orang Melayu.
• Pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah
R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian
Pangkor. Namun begitu, usahanya gagal.
• Rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah
dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan
J.W.W. Birch.
• Pada 2 November 1875, J.W.W. Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat
Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk
menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
• Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’ Maharaja Lela dan
pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch.
• J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November 1875.
• Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.
• Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri.
• Ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul
Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
atau Haji Abdul Rahman Limbong.
• Keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu.
• Beliau lahir pada tahun 1868 dan meninggal
dunia di Makkah pada tahun 1929.
• Haji Abdul Rahman Limbong menentang pengenalan
pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-
undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak.
• Haji Abdul Rahman Limbong memohon Lesen Wakil
(pleader) untuk menjadi wakil kepada tertuduh.
• Beliau bertindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu
Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan.
• Kegagalan pihak peguam cara (pendakwa) dan hakim menjelaskan
pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan
ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan.
• Akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada
Haji Abdul Rahman Limbong.
• Apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, British menangkap beliau atas
tuduhan menghasut.
• Beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah.