The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd nazri Ahmad, 2023-03-25 06:10:13

BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5

BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5

Keywords: BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5

Saiz sebenar 93 Nota Guru Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan melalui sistem penggiliran yang unik antara sembilan orang raja Melayu bagi tempoh lima tahun. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan. Institusi Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan yang penting sebagai tonggak perpaduan di negara kita. Kita sebagai rakyat haruslah menghormati dan menyanjungi institusi tersebut. 8.1.1 K8.1.6 Berdasarkan maklumat tentang kronologi pemilihan Yang di-Pertuan Agong, lengkapkan peta alir ini. Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Yang di-Pertuan Agong ialah tonggak perpaduan dalam negara kita. 1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. 2. Masa yang diberikan ialah 10 minit. 3. Nyatakan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan Agong. 4. Bentangkan hasil dapatan anda. AKTIVITI PAK-21 • Bantu murid memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. • Bimbing murid untuk menerangkan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak perpaduan. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui undian sulit oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja. Rajah Kronologi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama raja atau sultan yang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Surat pengesahan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dihantar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong. 1 2 3 4 Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah atau ikrar dan menandatangani surat sumpah memegang 5jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. (Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja) AKTIVITI(Peta Alir)


Saiz sebenar 94 Nota Guru Saiz sebenar 94 8.1.2 TAHUKAH ANDA? • Pada tahun 1896, Durbar ditubuhkan dan disertai oleh empat orang raja dari Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan (Negeri-negeri Melayu Bersekutu). • Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengurus segala urusan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 bagi menggantikan Durbar. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. Antara tugas utama Majlis Raja-Raja termasuklah melaksanakan pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum Pemilihan Yang di-Pertuan Agong • Majlis Raja-Raja memperkenankan tarikh Mesyuarat Pemilihan. • Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama Yang di-Pertuan Agong. • Majlis Raja-Raja melaksanakan proses pengundian bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Semasa Pemilihan Yang di-Pertuan Agong Selepas Pemilihan Yang di-Pertuan Agong Bilakah Majlis Raja-Raja ditubuhkan? Cepat Jawab Bimbing murid untuk memahami peranan Majlis Raja-Raja dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Nota Guru Proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja secara tertib menunjukkan betapa pentingnya institusi Yang di-Pertuan Agong untuk negara kita. Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. Majlis Raja-Raja (Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)


Saiz sebenar 95 Nota Guru Bantu murid memahami istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Saiz sebenar 95 8.1.3 TAHUKAH ANDA? Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan terlebih dahulu sebelum majlis istiadat pertabalan. Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dimasyhurkan dalam majlis istiadat pertabalan yang penuh gemilang di Istana Negara. Kedaulatan Yang di-Pertuan Agong jelas tergambar dalam istiadat pertabalan yang dilaksanakan. Kita harus menghargai keutuhan institusi Yang di-Pertuan Agong di negara kita. Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama pada majlis istiadat pertabalan. Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan. Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan. Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan yang disembahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Glosari Watikah: Surat tauliah atau surat kuasa. 5 Nota Guru 4 2 3 1 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Video pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. (Sumber: Istana Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia)


Saiz sebenar 96 Nota Guru Saiz sebenar 96 Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Cepat Jawab Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong menjalankan pemerintahan kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong merangkumi perundangan, eksekutif dan kehakiman. Bimbing murid memahami bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Nota Guru Glosari Bumiputera: Penduduk asli. Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia. Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. Yang di-Pertuan Agong memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.


Saiz sebenar 97 Kajian Gambar (Visual Study) 1. Bentukkan kumpulan. 2. Teliti gambar di sebelah dan nyatakan perasaan anda apabila melihat gambar tersebut. 3. Jelaskan kepentingan mengekalkan institusi Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan pelbagai sumber. 4. Bentangkan hasil dapatan. AKTIVITI PAK-21 Saiz sebenar 97 TAHUKAH ANDA? • Rang Undang-Undang disediakan oleh menteri dan dibahaskan di Parlimen. Setelah diluluskan, Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenan dan menurunkan Mohor Besar Persekutuan. Berdasarkan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dengan adil dan saksama. (Sumber: Istana Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia) Glosari Memperkenankan: Izin atau persetujuan yang diberikan oleh raja atau sesuatu pihak supaya arahan atau penguatkuasaan sesuatu undang-undang dapat dilaksanakan. 8.1.4 K8.1.7 Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen. Yang di-Pertuan Agong mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat.


Saiz sebenar 98 Nota Guru Saiz sebenar 98 Sebagai lambang kedaulatan negara, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mempunyai simbol keunikan tersendiri. Keunikan tersebut dapat dilihat melalui pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja yang digunakan sewaktu istiadat pertabalan, hari ulang tahun keputeraan rasmi, perasmian pembukaan parlimen dan istiadat tertentu. Bimbing murid mengenal pasti pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja. TAHUKAH ANDA? • Solek bermaksud ikatan pada tengkolok. • “Dendam Tak Sudah” bermaksud perjuangan raja-raja Melayu untuk memelihara kedaulatan negara. Nota Guru Tengkolok Diraja ✿ Tengkolok diraja berwarna hitam dan bersulamkan benang emas. ✿ Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah”. Keris Pendek Diraja ✿ Mata keris lama digunakan untuk menempa keris ini. ✿ Sarung keris diperbuat daripada gading yang bertatahkan emas. Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong Pakaian Kebesaran Diraja


Saiz sebenar 99 Saiz sebenar Gandik Diraja (Pemeles) ✿ Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong memakai gandik diraja sewaktu istiadat pertabalan dan istiadat kebesaran diraja. ✿ Gandik diraja diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan permata berlian. Muskat ✿ Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. ✿ Muskat diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam dan disulami dengan benang emas. Pending Diraja ✿ Pending diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan bertatahkan permata delima. ✿ Pending dijadikan hiasan pada tali pinggang atau bengkung. Kalung Diraja ✿ Kalung diraja diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan permata berlian. ✿ Kalung dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


Saiz sebenar 100 Cogan Agama ✿ Cogan Agama diperbuat daripada perak dan berhulu besar. ✿ Ayat-ayat suci al-Quran diterapkan pada batang dan hulunya. Cogan Alam ✿ Cogan Alam diperbuat daripada perak. ✿ Di sekeliling bulatan terdapat lambang 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu. Keris Panjang Diraja ✿ Mata keris ditempa dengan besi waja yang diambil dari sembilan buah negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja. ✿ Hulu keris hingga ke sarungnya disaluti emas. Alat Kebesaran Diraja Saiz sebenar 100


Saiz sebenar 101 Kita harus berbangga dengan pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja yang melambangkan keagungan institusi Yang di-Pertuan Agong. Namakan dua alat kebesaran diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Cepat Jawab Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja ✿ Ketiga-tiga alat ini merupakan senjata Melayu lama. ✿ Keris Panjang dan Sundang Diraja disaluti dengan perak dan berukir pada hulu dan sarungnya. Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak Berambu ✿ Pada puncak Payung Ubur-ubur Kuning diletakkan anak bulan dan bintang berwarna kuning raja. ✿ Tombak Berambu mempunyai mata berlok tiga. Cokmar ✿ Cokmar diperbuat daripada perak dan mempunyai kubah di hulunya. ✿ Cokmar merupakan alat perang pada zaman dahulu. 8.1.5 Hasilkan pohon bergambar pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja. AKTIVITI Saiz sebenar 101


Saiz sebenar 102 Saiz sebenar Seramai 16 orang Yang di-Pertuan Agong telah dipilih secara bergilir sebagai Ketua Utama Negara sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Bersemayamnya baginda di atas takhta kerajaan berjaya membawa kestabilan dalam negara kita hingga kini. Nyatakan sultan yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Cepat Jawab Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Ogos 1957 – April 1960 Negeri Sembilan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah April – September 1960 Selangor Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail September 1960 – September 1965 Perlis 1 2 3 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin September 1965 – September 1970 Terengganu 4 5 Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim September 1975 – Mac 1979 Kelantan 6 7 8 Daulat Tuanku Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah September 1970 – September 1975 Kedah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah April 1979 – April 1984 Pahang Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail April 1984 – April 1989 Johor


Saiz sebenar 103 8.1.1 K8.1.8 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mulai Januari 2019 Pahang Saiz sebenar 103 16 Almarhum Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Disember 2011 – Disember 2016 Kedah 14 Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah April 1989 – April 1994 Perak 9 Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman April 1994 – April 1999 Negeri Sembilan 10 11 Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Disember 2001 – Disember 2006 Perlis 12 13 Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Disember 2006 – Disember 2011 Terengganu Sultan Muhammad V Disember 2016 – Januari 2019 Kelantan 15 (Sumber: Laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja) Apakah kepentingan taat setia kepada raja dan negara bagi anda? Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj April 1999 – November 2001 Selangor Dengan menggunakan TMK, senaraikan Yang di-Pertuan Agong mengikut kronologi dalam bentuk kreatif. AKTIVITI


Saiz sebenar 104 Warnakan batang aiskrim secara kreatif. Saiz sebenar No Bimbing murid untuk membuat bingkai gambar Istana Negara. ta Guru Lekatkan batang aiskrim menjadi bingkai. Lekatkan kad manila di belakang bingkai tersebut. Masukkan gambar Istana Negara ke dalam bingkai tersebut. Bingkai gambar Istana Negara yang telah siap. Lekatkan reben di belakang kad manila dengan pita pelekat. Alatan dan Bahan batang aiskrim gunting kad manila gambar Istana Negara pita pelekat reben Cara Membuat: 1 3 5 4 6 2 BINGKAI GAMBAR ISTANA NEGARA pen penanda jom buat


Saiz sebenar 105 KEMBALI IMBAS Unit ini memberikan pemahaman tentang institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak kedaulatan negara. Unit seterusnya akan membincangkan identiti negara, iaitu Jata Negara. Saiz sebenar 105 Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong • Baginda ialah Ketua Utama Negara. • Baginda memayungi Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. • Yang di-Pertuan Agong yang dipilih akan dimasyhurkan melalui istiadat pertabalan. • Baginda melafazkan dan menandatangani surat sumpah memegang jawatan. • Alat kebesaran diraja digunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. • Meliputi pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja. • Majlis Raja-Raja dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. • Majlis Raja-Raja memainkan peranan utama dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong. • Ketua agama Islam. • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. • Memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malaysia. • Memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen. • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. • Melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia. • Memperkenankan Rang Undang-Undang. • Mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat. Ketua Utama Negara Majlis Raja-Raja Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong


Saiz sebenar 106 Nota Guru A. Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. Kemudian, tulis huruf pertama daripada setiap jawapan dalam kotak yang diberikan. 1 Malaysia mengamalkan ______________ Raja Berperlembagaan. 2 ______________ Yang di-Pertua Negeri turut menganggotai Majlis Raja-Raja. 3 Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah __________ Angkatan Tentera Malaysia. 4 ____________ Yang di-Pertuan Agong diwujudkan apabila negara mencapai kemerdekaan. 5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang ______________ dan saksama. B. Tulis nama pakaian kebesaran diraja dan alat kebesaran diraja yang berikut: FIKIR DAN JAWAB Banyakkan halaman ini.


Saiz sebenar 107 Kita harus berbangga kerana mempunyai institusi Yang di-Pertuan Agong yang memayungi negara dengan kebijaksanaan baginda. Saiz sebenar CINTA AKAN NEGARA Masyarakat Memberikan taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.  Negara Negara menjadi lebih kukuh dan stabil apabila masyarakat mengamalkan sikap bersatu padu. (Sumber: Istana Negara) Diri Menghargai institusi Yang di-Pertuan Agong ialah salah satu cara kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada negara.


Saiz sebenar 108 UNIT 8 JATA NEGARA Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia. Jata Negara perlu dipelajari bagi memberikan pengetahuan dan pemahaman berkenaan salah satu identiti negara. Unit ini membincangkan sejarah Jata Negara, menyenaraikan lambang dan menerangkan makna lambang yang ada pada Jata Negara. Sinopsis (Sumber: Warta Kerajaan Malaysia, 20 September 1990) Tajuk 9: Identiti Negara Kita


Saiz sebenar 109 Nilai Teras Sivik Hormat-menghormati Bertanggungjawab Lambang Jata Negara pada beberapa dokumen pengenalan diri. (Sumber: Koleksi peribadi Ahmad Hishanuddin bin Ramli) Saiz sebenar 109 1. Sejarah Jata Negara. 2. Lambang pada Jata Negara. 3. Makna lambang pada Jata Negara. Apakah yang akan anda pelajari? 1. Memahami susunan dan konversi masa sejarah Jata Negara. 2. Memahami isu dan masalah masa lalu bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menghormati lambang kemegahan negara. A Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah KPS


Saiz sebenar 110 Setiap negara mempunyai lambang negara masing-masing. Jata Negara merupakan lambang rasmi kebesaran dan kedaulatan Malaysia. Jata Negara juga merupakan simbol perpaduan, kemegahan dan identiti rakyat Malaysia. Glosari Jata: Lambang kebesaran negeri atau negara. Wah, cantik sungguh binaan bangunan di Putrajaya ini! Tetapi, mengapakah hampir semuanya mempunyai lambang yang sama? Itulah Jata Negara. Selain pejabat kerajaan, Jata Negara juga terdapat pada pelbagai dokumen rasmi. Kita perlu menghormatinya. Kenali Jata Negara Cepat Jawab Mengapakah kita perlu menghormati Jata Negara?


Nota Guru Saiz sebenar 111 9.1.1 Bimbing murid menyatakan kepentingan menghormati Jata Negara. K9.1.4 TAHUKAH ANDA? Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kita perlu menghormatinya kerana Jata Negara merupakan identiti dan lambang kebesaran negara. Cikgu, mengapakah kita perlu menghormati Jata Negara?


Saiz sebenar 112 Glosari Bersekutu: Bersatu antara satu dengan yang lain supaya menjadi lebih kuat. Realistik: Menunjukkan keadaan yang sebenarnya. Jata Negara diperkenankan oleh raja-raja Melayu dan menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia. Jata Negara melalui beberapa perubahan dari semasa ke semasa. Sejarah Jata Negara Seronoknya kamu dapat menyertai lawatan ke Putrajaya. Saya dengar pada bangunan kerajaan terdapat banyak lambang Jata Negara. Bagaimanakah sejarah Jata Negara? 1 Memang seronok, Stephanie. Seperti yang diterangkan dalam buku ini, Jata Negara diperkenalkan pada tahun 1948 dengan memaparkan lambang lima bilah keris, lambang Pulau Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak, iaitu putih, merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong oleh dua ekor harimau. Di atas perisai tersebut, terdapat lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit berwarna kuning. Di bawah perisai terdapat cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris. 2 1948 Saiz sebenar 112


Nota Guru Saiz sebenar 113 Cepat Jawab Mengapakah Jata Negara diubah pada tahun 1963? (Sumber: Arkib Negara Malaysia, 2017. Persekutuan Tanah Melayu 1948: Asas Negara Merdeka. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia) Jata Negara ialah lambang kebesaran yang perlu dihormati dan dihargai supaya kedaulatan negara dapat dipertahankan. Nota Guru Memang seronok, Stephanie. Seperti yang diterangkan dalam buku ini, Jata Negara diperkenalkan pada tahun 1948 dengan memaparkan lambang lima bilah keris, lambang Pulau Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak, iaitu putih, merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong oleh dua ekor harimau. Di atas perisai tersebut, terdapat lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit berwarna kuning. Di bawah perisai terdapat cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris. Bimbing murid memahami sejarah Jata Negara. 4 Pada tahun 1965, Jata Negara mengalami sedikit perubahan dengan pengguguran lambang Singapura dan digantikan dengan lambang bunga raya. Jata Negara yang dapat kita lihat sekarang telah dikemas kini pada lambang negeri Pulau Pinang. Rekaan dua ekor harimau diubah kepada yang lebih realistik. Perubahan dilakukan pada lambang negeri Sarawak dan Sabah. Bintang pecah 14, bulan sabit, lima bilah keris, pokok melaka, empat warna, iaitu putih, merah, hitam dan kuning di dalam petak serta cogan kata dikekalkan. 1963 Saiz sebenar 113 1965 Betul, Alya. Pada tahun 1963, Jata Negara diubah selepas penubuhan Malaysia. Lambang Singapura, Sarawak dan Sabah diletakkan di sebelah bawah pada perisai tersebut. Lambang negeri Melaka diubah kepada pokok melaka. Cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” juga diubah kepada bahasa Melayu. 3 KINI 9.1.1 K9.1.4


Saiz sebenar 114 Jata Negara merupakan identiti negara. Lambang pada Jata Negara juga menjadi simbol perpaduan dan kebanggaan seluruh warganegara. Jata Negara berbentuk perisai yang disokong oleh dua ekor harimau. Reka bentuk ini juga mempunyai beberapa lambang yang lain. Setiap lambang dan warna mempunyai maksud yang tersendiri. Cepat Jawab Apakah makna lambang dua ekor harimau pada Jata Negara? Empat jalur warna di tengah-tengah perisai merujuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor, warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang. Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak, manakala warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan. Lambang dan Makna pada Jata Negara Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang bermaksud Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Dua ekor harimau yang melambangkan keberanian.


Nota Guru Saiz sebenar 115 9.1.2 9.1.3 K9.1.5 Bimbing murid memahami lambang dan maksud pada Jata Negara. Nyatakan kepentingan Jata Negara sebagai identiti negara. Setiap lambang dan warna pada Jata Negara mewakili sesuatu maksud. Lambang-lambang ini menjadikan Jata Negara unik dan bermakna. AKTIVITI Secara berkumpulan, lukis jata kumpulan anda yang mempunyai lambang, warna dan cogan kata tersendiri di atas kad manila. Persembahkan jata kumpulan anda secara kreatif. Di bahagian kanan perisai, terdapat sebatang pokok melaka yang mewakili negeri Melaka. Di bahagian kiri perisai, terdapat sebatang pokok pinang dan jambatan yang mewakili negeri Pulau Pinang. Negeri Sarawak dan negeri Sabah dilambangkan dengan jata negeri masing-masing. Di antara kedua-dua lambang tersebut terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan negara kita. Cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” yang bermaksud semangat permuafakatan akan mempererat perpaduan antara rakyat di Malaysia.


Saiz sebenar 116 9.1.3 K9.1.6 Lambang dan makna pada Jata Negara perlulah difahami agar kita dapat menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Penghayatan cogan kata pada Jata Negara mengukuhkan lagi keharmonian dalam masyarakat. Cogan kata pada Jata Negara ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi. “Bersekutu Bertambah Mutu” membawa maksud yang penting kepada seluruh rakyat Malaysia. Cogan kata ini menyeru seluruh warganegara untuk bermuafakat dan bekerjasama bagi melahirkan negara yang sejahtera dan gemilang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati serta mengamalkan cogan kata Jata Negara. Bersekutu Bertambah Mutu Gambar menunjukkan cogan kata pada Jata Negara. Secara berkumpulan, kaji cogan kata tersebut. 1. Dengan merujuk pelbagai sumber, kumpulkan maklumat berkenaan dengan kepentingan menghayati dan mengamalkan cogan kata pada Jata Negara. 2. Catatkan dapatan maklumat secara kreatif di atas kertas atau menggunakan multimedia. 3. Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda. AKTIVITI


Saiz sebenar 117 KEMBALI IMBAS Kenali Jata Negara • Lambang rasmi kerajaan Malaysia • Sebagai identiti negara • Lambang kedaulatan • Simbol perpaduan Unit ini memberikan pemahaman tentang sejarah serta kepentingan Jata Negara. Unit seterusnya murid akan mempelajari dan memahami sejarah serta kepentingan bendera kebangsaan. Lambang dan Makna Lambang pada Jata Negara • Setiap lambang dan warna mempunyai maksud tersendiri. Empat warna mewakili Negeri-negeri Melayu Bersekutu Mewakili negeri Melaka Mewakili negeri Pulau Pinang Mewakili negeri Sarawak, bunga kebangsaan dan negeri Sabah Melambangkan keberanian Cogan Kata “Bersekutu Bertambah Mutu” Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan serta agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Lima bilah keris mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Sejarah Jata Negara 1963 1965 KINI 1948


Saiz sebenar 118 Surih Jata Negara di bawah dalam buku latihan dan jawab semua soalan. FIKIR DAN JAWAB 1 Jata Negara dapat dilihat pada ___________________. (a) bangunan kerajaan (b) rumah kediaman (c) pasar raya 2 Lambang bulan sabit dan bintang berwarna kuning bermaksud ___________________. (a) Islam agama Persekutuan Malaysia (b) permuafakatan antara rakyat (c) melambangkan keberanian 3 Bunga raya melambangkan ____________________. (a) bunga perpaduan (b) bunga kerajaan (c) bunga kebangsaan 4 Cogan kata Jata Negara ialah _____________________. (a) “Muafakat Membawa Berkat” (b) “Bersedia, Berkhidmat, Berbakti” (c) “Bersekutu Bertambah Mutu” 5 Mengapakah kita perlu berbangga dengan Jata Negara? (a) Lambang kebesaran negara (b) Lambang kepatuhan negara (c) Lambang kesetiaan negara Nota Banyakkan halaman ini. Guru


Saiz sebenar 119 Mengetahui dan menghayati kepentingan Jata Negara dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Kita perlu berbangga dengan Jata Negara. Perpaduan dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang. (Sumber: Koleksi peribadi Ahmad Hishanuddin bin Ramli) CINTA AKAN NEGARA Saiz sebenar 119 Diri Berbangga dengan identiti negara membolehkan kita mempunyai semangat patriotik yang jitu dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Masyarakat Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan cogan kata Jata Negara dapat melahirkan generasi yang bersatu padu dan cemerlang. Negara Generasi yang bersatu padu dan cemerlang dapat memacu negara ke arah yang terbilang.


Saiz sebenar 120 BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA UNIT 9 Bendera kebangsaan ialah lambang kemegahan sesebuah negara. Mengetahui dan memahami identiti bendera kebangsaan dapat memupuk rasa bangga terhadap negara. Unit ini akan membincangkan sejarah, nama, maksud warna dan lambang serta etika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan. Kibaran bendera kebangsaan melambangkan kebanggaan rakyat Malaysia. (Sumber: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Noor Emy Liana binti Daud, Muslim bin Haji Tamsir, Danish Irfan bin Muslim) Tajuk 9: Identiti Negara Kita Saiz sebenar 120 Sinopsis


Saiz sebenar 121 1. Sejarah bendera kebangsaan. 2. Nama bendera kebangsaan. 3. Makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan. 4. Etika penggunaan bendera kebangsaan. Bertanggungjawab Nilai Teras Sivik 1. Meneroka bukti sejarah bendera kebangsaan. 2. Mengembangkan kreativiti berdasarkan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan. 3. Membuat imaginasi secara visual tentang etika penggunaan bendera kebangsaan. Apakah yang akan anda pelajari? A Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah KPS Saiz sebenar 121


Saiz sebenar 122 Bendera kebangsaan merupakan identiti negara dan menjadi lambang kemegahan rakyat. Bendera kebangsaan menjadi simbol penyatuan setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai warganegara yang patriotik, kita perlu mengetahui dan memahami sejarah penciptaan bendera kebangsaan negara kita. Siapakah yang mereka cipta bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? Cepat Jawab TAHUKAH ANDA? Sebanyak 373 penyertaan diterima dalam pertandingan mereka cipta bentuk bendera Saiz sebenarPersekutuan Tanah Melayu. 122 Pada tahun 1949, Majlis Perundangan Persekutuan menganjurkan pertandingan mereka cipta bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. 1 Pada tahun 1949, keputusan akhir diumumkan dalam akhbar The Malay Mail. Tiga rekaan bendera dipilih pada peringkat akhir. 2 Bendera rekaan Encik Mohamed bin Hamzah Encik Mohamed bin Hamzah dilahirkan di Singapura pada 5 Mac 1918. Beliau mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993. • Rekaan Encik Mohamed bin Hamzah, iaitu seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor dipilih sebagai rekaan yang terbaik. • Mengandungi 11 jalur berwarna biru dan putih. • Terdapat bulan sabit dan bintang pecah lima. 3 Sejarah Bendera Negara Kita


Saiz sebenar 123 Memahami sejarah dan kronologi penciptaan bendera kebangsaan membolehkan kita menghargai kreativiti serta usaha pemimpin terdahulu. 7.2.1, 7.2.2 7.2.3 K7.2.6 TAHUKAH ANDA? Rekaan Encik Mohamed bin Hamzah dipilih kerana mengandungi unsur-unsur perlambangan agama Islam, raja dan perpaduan. Saiz sebenar 123 9.2.1 (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) Bandingkan bendera kebangsaan rekaan Encik Mohamed bin Hamzah dengan bendera kebangsaan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Reka bentuk yang dipinda • Beberapa pindaan dibuat terhadap rekaan bendera Encik Mohamed bin Hamzah. • Jalur warna biru ditukar kepada warna merah. • Mengandungi 11 jalur berwarna merah dan putih. 4 Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1950 • Pada April 1950, rekaan bendera Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. • Mengandungi 11 jalur. • Terdapat bintang pecah 11. 5 Bendera Malaysia sejak tahun 1963 • Pada 26 Mei 1950, pertama kali bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di pekarangan Istana Sultan Selangor. • Pada 16 September 1963, bendera kebangsaan mengandungi 14 jalur. • Terdapat bintang pecah 14. 6 AKTIVITI


Saiz sebenar 124 Saiz sebenar Bendera kebangsaan ialah lambang identiti negara dan menjadi kebanggaan rakyat. Kita perlulah mengetahui nama dan memahami maksud nama bendera kebangsaan Malaysia. Bilakah bendera kebangsaan kita dinamakan Jalur Gemilang? Cepat Jawab Siapakah yang tahu nama bendera kebangsaan kita? Jalur Gemilang Bendera Kita Nama Jalur Gemilang diberi kerana bendera kita mempunyai 14 jalur. Jalur bermaksud satu haluan yang sama untuk menuju kegemilangan bangsa dan negara. Cikgu bangga mendengar perbualan anda semua. Bukan sahaja tahu tentang sejarah dan makna nama Jalur Gemilang, tetapi tahu juga akan kepentingan mengibarkan bendera kebangsaan. 1 4 7 2 Saya tahu, cikgu. Nama bendera kebangsaan kita ialah Jalur Gemilang. Nama ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena dengan hari kemerdekaan negara yang ke-40 pada 31 Ogos 1997. 3 Bagus maklumat anda. Tetapi, mengapakah bendera kebangsaan ini dinamakan Jalur Gemilang?


Saiz sebenar 125 • Bimbing murid memahami kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang. • Bimbing murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan bersemangat. Saiz sebenar 125 Apakah kepentingan mengibarkan bendera kebangsaan? Jalur Gemilang ialah nama bendera kebangsaan. Menyanjungi dan menghormati Jalur Gemilang menjadi tanggungjawab semua warganegara. Lagu Jalur Gemilang. Nota Guru Nyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat sambil mengibarkan bendera kebangsaan Malaysia. JALUR GEMILANG Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kautawan Lautan luas telah kauredah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur Gemilang … di bawah naunganmu Jalur Gemilang … kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur Gemilang … megah kami terasa Jalur Gemilang … kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah Jalur Gemilang! Lagu: Suhaimi Mohd Zain Lirik: Syed Indera Syed Omar 9.2.2 K9.2.5 Betul, Ah Chong. Mengibarkan bendera kebangsaan menjadi bukti kita sayang dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Gemilang pula bermaksud bercahaya dan cemerlang. Kita sebagai murid perlu belajar dan berusaha untuk memajukan negara. Walau di mana-mana kita berada, kita harus berbangga untuk mengibarkan bendera kebangsaan kita. 5 6 AKTIVITI


Saiz sebenar 126 Nota Guru 9.2.3 Apakah makna bulan sabit pada bendera kebangsaan kita? Cepat Jawab Setiap warna dan lambang pada bendera kebangsaan mempunyai makna yang tertentu. Sebagai warganegara yang cinta akan negara, kita perlu mengetahui, menghayati dan menghormati setiap makna tersebut. Menghayati maksud dan lambang pada bendera kebangsaan menjadikan kita sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab terhadap keharmonian serta kemajuan negara. Warna Putih • Melambangkan kesucian dan keikhlasan. • Melambangkan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab. Warna Merah • Melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran. Warna Biru Tua • Melambangkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. • Bersatu padu dan berusaha memajukan ekonomi. Bimbing murid memahami makna dan lambang pada bendera kebangsaan. Warna Kuning • Melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara. • Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan. Bulan Sabit • Melambangkan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Kenali Identiti Jalur Gemilang Bintang Pecah 14 dan 14 Jalur • Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Saiz sebenar 127 Cepat Jawab Alatan dan Bahan Cara Membuat: lidi Lakaran bendera kebangsaan palet putik kapas cat air Bimbing murid menghasilkan capan bendera kebangsaan dengan kemas. CAPAN BENDERA KEBANGSAAN 1 Saiz sebenar 127 Nota Guru gam Gunakan putik kapas untuk mewarnakan lakaran bendera kebangsaan. 3 Lekatkan lidi pada hasil capan. Capan bendera kebangsaan yang telah siap. 2 jom buat


Saiz sebenar 128 Bendera kebangsaan dalam bentuk gegantung, kedudukan bulan sabit dan bintang mestilah diletakkan menghala ke atas dan jalur membujur di bahagian bawah. Bendera kebangsaan yang dipamerkan atau dilukis pada dinding mestilah diletakkan bulan sabit dan bintang di bahagian kiri apabila dipandang dari hadapan. Apabila dijadikan latar belakang tempat berucap, bendera kebangsaan mestilah diletakkan lebih tinggi dan di belakang orang yang berucap. Sekiranya bendera diarak sebaris semasa perarakan, bendera kebangsaan hendaklah mendahului bendera-bendera lain. (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2017) Mengapakah kita perlu menghormati bendera kebangsaan negara kita? 9.2.4 K9.2.6 Bendera kebangsaan ialah lambang kedaulatan dan kebesaran negara. Mengibarkan bendera kebangsaan dapat menyemarakkan semangat patriotik. Kita hendaklah menghormati bendera kebangsaan pada setiap masa. Terdapat beberapa etika penggunaan bendera kebangsaan yang perlu kita patuhi. Hormat Bendera Harmoni Negara 1 2 3 4 1 1 14 BAHAGIAN ATAS BAHAGIAN BAWAH UNIT


Saiz sebenar 129 Nota Guru Bimbing murid melakukan simulasi ketika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan dengan betul. TAHUKAH ANDA? Bendera yang koyak dan lusuh perlu dilupuskan secara tertib. Caranya adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup. Bendera kebangsaan merupakan simbol perpaduan setiap warganegara walaupun mereka berada di luar negara. Sebagai tanda hormat dan bangga terhadap bendera kebangsaan, masyarakat perlulah mengetahui serta mengamalkan etika penggunaannya dengan betul. Mengapakah bendera kebangsaan dijadikan sebagai lambang perpaduan? Individu yang melanggar etika penggunaan bendera kebangsaan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Masyarakat perlulah mengetahui dan mematuhi etika tersebut termasuklah etika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan. Glosari Etika: Garis panduan yang harus dipatuhi. Berkabung: Tanda bersedih atas kemangkatan raja atau peristiwa tertentu. Saiz sebenar 129 Nota Guru 9.2.4 K9.2.7 Simulasikan etika menaikkan dan menurunkan bendera kebangsaan di sekolah anda. 1 Berpakaian kemas. 2 Pastikan bendera tidak meleret ke tanah. 3 Pastikan bendera berada dalam keadaan baik. 4 Pastikan tali bendera kuat dan tidak mudah putus. 5 Bendera hendaklah dinaikkan dan diturunkan secara perlahan-lahan dengan tertib. 6 Semasa berkabung, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dan kemudian diturunkan semula ke separuh tiang. 7 Apabila bendera sampai ke bawah, bendera hendaklah ditatang atau diletakkan di bahu. Bendera separuh tiang. Etika Menaikkan dan Menurunkan Bendera Kebangsaan AKTIVITI


Saiz sebenar 130 Nota Guru Bimbing murid mereka cipta bentuk bendera dan nama kumpulan. Bendera kebangsaan merupakan identiti sesebuah negara yang merdeka. Kita harus mengenali dan menghormati bendera negara lain demi keamanan sejagat. Mengenali bendera kebangsaan negara lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang pada peringkat global. Kerja Berkumpulan (Team Project) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan perlu mereka cipta bentuk, menamakan dan menghuraikan makna lambang pada bendera kumpulan masing-masing. 3. Bentangkan hasil tugasan kumpulan anda. AKTIVITI PAK-21 Nota Guru Bendera Kebangsaan Negara Asia Tenggara Saiz sebenar 130 Malaysia Thailand Singapura Indonesia Myanmar Brunei Darussalam Kemboja Timor Leste Laos Vietnam Filipina


Saiz sebenar 131 Sejarah Bendera Negara Kita Reka bentuk diilhamkan oleh Encik Mohamed bin Hamzah. Pertama kali bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor. Jalur Gemilang Bendera Kita Nama Jalur Gemilang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari kemerdekaan negara yang ke-40, iaitu pada 31 Ogos 1997. Hormat Bendera Harmoni Negara Memastikan kedudukan bendera betul sebelum dipamerkan. Etika menaikkan dan menurunkan bendera juga perlu dipatuhi. Bendera Kebangsaan Negara Asia Tenggara Kita hendaklah menghormati bendera kebangsaan negara lain demi keamanan sejagat. Kenali Identiti Jalur Gemilang Merah - Keberanian dan kegigihan. Putih - Kesucian dan keikhlasan. Kuning - Kesetiaan kepada raja dan negara. Biru tua - Perpaduan rakyat. Bulan sabit - Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Bintang - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan pecah 14 dan 14 jalur KEMBALI IMBAS Unit ini memberikan pemahaman tentang kepentingan bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan. Murid akan mempelajari dan memahami lagu kebangsaan dalam unit seterusnya. Saiz sebenar 131 Malaysia Thailand Singapura Indonesia Myanmar Brunei Darussalam Kemboja Timor Leste Laos Vietnam Filipina


Saiz sebenar 132 FIKIR DAN JAWAB B Nyatakan etika penggunaan bendera kebangsaan. Saiz sebenar 132 Biru Tua: Merah: Kuning: Putih: A Tulis maksud warna pada bendera kebangsaan. C Hasilkan sebuah puisi yang bertemakan bendera kebangsaan. 1 2 3 4 1 1 14 BAHAGIAN ATAS BAHAGIAN BAWAH UNIT Banyakkan halaman ini. Nota Guru


Saiz sebenar 133 Mengetahui sejarah, makna dan lambang pada bendera kebangsaan mendorong kita untuk mendaulatkan identiti negara. Kita mestilah berbangga melihat Jalur Gemilang berkibar di Malaysia dan di persada antarabangsa. CINTA AKAN NEGARA Masyarakat Masyarakat yang memahami dan menghayati makna, warna dan lambang Jalur Gemilang akan sentiasa menghormati bendera kebangsaan walau di mana-mana mereka berada. Mengibarkan Jalur Gemilang dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. (Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan) Negara Bendera kebangsaan perlu dihormati sebagai lambang kemegahan negara. Diri Menghormati bendera kebangsaan merupakan satu cara untuk kita menunjukkan rasa cinta akan negara.


Saiz sebenar 134 UNIT 108 LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA Nilai Teras Sivik Bertanggungjawab Hormat-menghormati (Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan) Lagu kebangsaan perlu dipelajari supaya kita dapat mengenali identiti negara. Unit ini akan membincangkan sejarah dan nama lagu kebangsaan Malaysia, menerangkan lirik dan maksud lagu Negaraku, menjelaskan etika nyanyian lagu kebangsaan serta menghuraikan peranan lagu kebangsaan untuk membentuk jati diri. Sinopsis Tajuk 9: Identiti Negara Kita


Saiz sebenar 135 Semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan murid dapat dipupuk melalui nyanyian lagu kebangsaan. 1. Sejarah penciptaan lagu kebangsaan Malaysia. 2. Nama lagu kebangsaan Malaysia. 3. Lirik dan maksud lagu Negaraku. 4. Etika menyanyikan dan mendengar lagu kebangsaan. 5. Peranan lagu kebangsaan untuk membentuk jati diri. Apakah yang akan anda pelajari? 1. Meneroka bukti sejarah penciptaan lagu kebangsaan Malaysia. 2. Membuat imaginasi berdasarkan perasaan tentang lirik dan maksud lagu Negaraku. 3. Membuat imaginasi secara visual ketika bernyanyi dan mendengar lagu kebangsaan. A Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah KPS


Saiz sebenar 136 Farah, setiap kali perhimpunan rasmi, kita mesti menyanyikan lagu Negaraku. Baru hari ini saya tahu sejarah terciptanya lagu kebangsaan kita. Mei Yee, hebat sungguh usaha pemimpin dan individu terdahulu yang mempersiapkan negara kita menuju hari kemerdekaan. Saiz sebenar 136 AKTIVITI Secara berkumpulan, kaji sejarah lagu sekolah anda dengan menggunakan pelbagai sumber. Cepat Jawab Di manakah pertama kali lagu Negaraku diperdengarkan? Negaraku ialah lagu kebangsaan Malaysia. Lagu kebangsaan merupakan simbol kedaulatan dan perpaduan sesebuah negara. Sejarah penciptaan lagu kebangsaan negara kita bermula pada tahun 1957. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita haruslah mengetahui sejarah lagu kebangsaan. Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia


Nota Guru Saiz sebenar 137 Mengetahui sejarah lagu kebangsaan dapat memupuk sikap bangga terhadap kebijaksanaan pemimpin negara. Nota Guru Bimbing murid memahami sejarah lagu kebangsaan Malaysia dan mengkaji sejarah lagu sekolah. Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, kita perlulah menghayati lagu kebangsaan Malaysia supaya kita lebih berbangga dan menghargai negara. Saiz sebenar 137 (Sumber: Arkib Negara Malaysia, 2013. Citra Merdeka 1957–2007. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia) Lagu kebesaran negeri Perak. 9.3.1 9.3.2 K9.3.7


Saiz sebenar 138 Hasil daripada lawatan tersebut, kami tahu akan sejarah lagu kebangsaan Malaysia. 2 Sebelum merdeka, apakah pula lagu kebangsaan kita? 4 Sebelum kita memulakan latihan koir, apakah yang anda peroleh daripada lawatan ke Pameran Sejarah Lagu Kebangsaan minggu lepas? 1 AKTIVITI PAK-21 Main Peranan (Role-Play) Berdasarkan dialog di atas, lakonkannya. Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan yang menjadi identiti negara tersebut. Lagu kebangsaan sesebuah negara lazimnya mempunyai nama rasmi yang tersendiri. Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia Saiz sebenar 138 Patriotisme: Perasaan cinta yang kuat terhadap negara. Glosari 3 Betul kata kamu, Amirtha. Melalui lawatan tersebut, kini saya tahu lagu Negaraku dicipta pada tahun 1957 bersempena dengan tahun kemerdekaan negara kita.


Nota Guru Saiz sebenar 139 Ya, Riko. Selain itu, kita perlu menyanyikan lagu Negaraku dengan etika yang betul seperti berdiri tegak sebagai tanda menghormati lagu kebangsaan. 8 Betul, Ranjit. Apabila kita memahami dan menghayati maksud lirik lagu tersebut, perasaan cinta akan negara pasti dapat dipupuk. 7 Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menjiwai maksud lirik lagu kebangsaan. 6 Sebelum merdeka, lagu kebangsaan negara kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen. 5 Lagu kebangsaan yang dinyanyikan secara beramai-ramai mampu menyemarakkan patriotisme rakyat. Bagaimanakah nyanyian lagu kebangsaan dapat menyemarakkan semangat patriotik? Cepat Jawab Apakah nama lagu kebangsaan negara kita? Nota Guru Bimbing murid melakonkan dialog. Saiz sebenar 139 9.3.2 K9.3.6 K9.3.7


Saiz sebenar 140 Bimbing murid memahami dan menghayati maksud lirik lagu Negaraku. Mengapakah kita perlu menghayati maksud lirik lagu kebangsaan? Lagu kebangsaan memaparkan hasrat dan harapan rakyat terhadap sesebuah negara. Sebagai individu yang bangga dengan negara, kita perlu memahami dan menghayati lirik lagu kebangsaan Malaysia. AKTIVITI PAK-21 Peta Pemikiran (Thinking Map) 1. Berdasarkan penghayatan anda terhadap maksud lirik lagu Negaraku, gunakan peta pemikiran yang sesuai berdasarkan penyataan “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ...” 2. Bentangkan hasil tugas anda. Cepat Jawab Nyatakan lirik pada baris keempat dalam lirik lagu kebangsaan. Menghayati Maksud Lagu Kebangsaan Nota Guru Maksud Lirik Lagu Negaraku Menyeru rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama supaya hidup bersatu padu untuk mencapai kemajuan. Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja yang memerintah rakyat serta negara. Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Kita perlu menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara. Lagu Negaraku.


Saiz sebenar 141 Kita hendaklah mempunyai cita-cita dan berusaha untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Kita perlulah hidup bersatu padu dan saling menghormati kepelbagaian kaum serta agama yang wujud di Malaysia. Menghayati dan memahami maksud lirik lagu Negaraku mendorong kita untuk mencapai kemajuan, perpaduan serta mentaati raja agar negara Malaysia kekal sejahtera. Kita haruslah bersyukur kerana lahir di sebuah negara yang indah, aman dan merdeka. Kita harus berpegang teguh pada ajaran agama dan taat kepada perintah Tuhan. (Sumber: Sipadan.com) (Sumber: Koleksi peribadi Hasfalila binti Hassan) (Sumber: Malaysia Dateline, 23 Ogos 2019) 9.3.3 K9.3.7 Angkasawan Negara. (Sumber: Koleksi peribadi Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha)


Nota Guru Saiz sebenar 142 Lagu kebangsaan mempunyai beberapa etika ketika menyanyikannya. Etika ini perlu dipatuhi dan diamalkan agar matlamat untuk menyemai semangat patriotik serta membentuk jati diri masyarakat dapat dicapai. Sebagai penghormatan terhadap lagu kebangsaan, kita perlulah menyanyikan lagu ini dengan penuh etika dan penghayatan. Bimbing murid memahami dan menyanyikan lagu Negaraku dengan etika yang betul. Seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100 atau dipenjara tidak melebihi satu bulan jika didakwa atas kesalahan tidak menghormati lagu Negaraku. TAHUKAH ANDA? Suara dan Penghayatan Semasa Nyanyian ✓ Menyanyi secara jelas dan serentak. ✓ Menyebut lirik lagu dengan betul dan bersemangat. ✓ Menghayati lirik lagu. ✓ Tidak bermain-main semasa bernyanyi. 2 Bagi Murid yang Datang Lewat ke Sekolah ✓ Berhenti berjalan apabila mendengar nyanyian lagu kebangsaan. ✓ Hendaklah meletakkan beg di sisi kaki. ✓ Berdiri tegak. 3 Nyatakan kepentingan mengamalkan etika menyanyi dan mendengar lagu kebangsaan. Lakonkan etika menyanyikan lagu Negaraku dengan memasukkan watak murid yang datang lewat ke sekolah. AKTIVITI Etika Nyanyian Lagu Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) ✓ Bagi yang berkerusi roda, kepala mesti tegak. ✓ Mata memandang bendera. ✓ Kedua-dua tangan di atas paha. ✓ Kaki dirapatkan. 4 Kedudukan Fizikal Semasa Nyanyian ✓ Berdiri tegak. ✓ Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan ke bawah. ✓ Kedua-dua belah kaki dirapatkan. 1 9.3.4 K9.3.6


Click to View FlipBook Version