The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohd nazri Ahmad, 2019-04-15 22:10:31

PENDEKAR SAKTI

PENDEKAR SAKTI

PENDEKAR SAKTI

Pendekar Sakti di dalam keadaan amat genting saat ini, antara hidup dan mati, lawannya
kini bukan calang-calang, Pendekar Lenting Gunung Tahan. Di tambah pula dengan
kecederaan jarinya akibat tertusuk duri limau purut semasa isterinya menyuruh beliau
mengambil daunnya untuk dibuat tomyam untuk makan malam nanti.

Konco-konco Pendekar Lenting mengunci mati pergerakan Pendekar Sakti. Di saat
mata keris Pendekar Lenting hampir menikam pusatnya yang dalam itu, tiba-tiba..

"Binatang apa keris di kaki?". Pendekar Sakti menjerit.

Pendekar Lenting terhenti kerana memikirkan soalan teka teki Pendekar Sakti. (biasa
la, hero mana boleh mati)

"Mana aku tau?". balas pendekar lenting.

"Kalau kau nak tau, kau tengok dalam semak sana". Kata pendekar sakti sambil
menuding jari ke semak yang dimaksudkannya itu.

Ketika Pendekar Lenting bersama konco-konconya terus mencari binatang tersebut
yang bersembunyi di dalam semak yang ditunjuk oleh Pendekar Sakti, maka dengan senang-
lenang la Pendekar Sakti melarikan diri.

"Hampeh punya Pendekar Sakti..macam mana aku nak kabo ke boss ni?". Ujar
Pendekar Lenting di dalam hati.

"Apa lagi? Pergi cari binatang apa yang ada dalam semak tu?nanti boss tanya apa nak
jawab? dah la Pendekar Sakti terlepas, soalan teka-teki pun tak dapat jawab". Pendekar Lenting
mengarahkan konco-konconya.

Setibanya di kubu rahsia, Pendekar Lenting pun menceritakan segalanya kepada
Pendekar Sailang, ketua samseng Kumpulan Hitam Seputar Alam.

"Celaka punya pendekar sakti". Dengus Pendekar Sailang, lalu menampar nyamuk di
pipinya, maka kurang la sekor nyamuk tiruk di kampung itu.

"Abis tu ada kau jumpa apa-apa binatang kat situ? Serangga ke, mergastua ke, flora dan
fauna?". Soalnya kepada Pendekar Lenting

"Ada encik boss, selain kuman dan bakteria, aku jumpa ayam jantan kat semak tu".
Jawab Pendekar Lenting dengan penuh yakin.

"Bodoh punya samseng, takkan la jawapan teka-teki tu ayam jantan? Itu nama dia taji,
Ta Alif Jim Ya, TAJI, bukannya keris”. Marah Pendekar Sailang.

“Pendekar sakti ni pun satu, lain kali bagi teka-teki, bagi la soalan yg spesifik sikit,
keris tujuh luk ke sembilan luk?, ni soalan umum sangat". Pikir Pendekar Sailang di dalam hati
sambil mengurut-ngurut janggut.

"Bukan ke boss? Abis tu apa jawapannya boss?" Soalan bodoh daripada Pendekar
Lenting kepada Pendekar Sailang, soalan yang boleh menimbulkan kemarahan di dada
Pendekar Sailang.

"Kau tanya aku balik? Apa guna aku bayar gaji kau mahal-mahal ha?, siap potong
KWSP ngan SOCSO lagi. Sekarang ni aku nak kau cari Pendekar Sakti, bawa dia hidup-hidup
ke sini". Arah Pendekar Sailang kepada Pendekar Lenting, dengan iringan surat arahan kerja.

“Kan aku dah kata, kan dah kena marah” (Kata penulis cerita ni)

"Buat apa nak hidup boss? Bagi saya anta terus la ke alam barzakh". Pendekar Lenting
mengengam tangannya.

"Kau boss ke aku boss? Lagi pun aku nak tau apa jawapan teka-teki tu, kalau dia dah
mati mcm mana dia nak bagi jawapan?. Harap misai aje lenting. Kau tau tak kawan aku si
Ridler dari bandar Gotham pun tak tau apa jawapannya, padahal dia tu dengan teka-teki tak
dapat dipisahkan, ibarat lagu dan irama, dia baru je whatapps aku ni. Aku tak kira, arahan tetap
arahan, kalau tidak potong gaji, paham?"

"Paham boss"

"Nasib baik paham, kalau tak dah menyusahkan aku pulak nak lukis peta minda nak
bagi kau paham. Terpaksa la aku menunjukkan kepandaian guna rumus sin kos kuasa dua darab
tan tan tut keladi we we. Sudah, gerak sekarang!"

Sementara itu di rumah Pendekar Sakti..

Selepas makan malam lauk tomyam, Pendekar Sakti duduk berfikir di pergola di
hadapan rumahnya sambil menghirup air kopi. (sori ye, merokok membahayakan kesihatan -
Pendekar Sakti tak isap rokok sebab bulan lepas dia dah kena batuk berdarah akibat tabiat
merokoknya yang macam naga, sebiji macam gambar tekak kat kotak rokok tu)

Kepala otaknya ligat memikirkan jawapan teka tekinya yg dia sendiri tersoal tanpa
sengaja.

"Susah jugak teka-teki aku tu ye?aku sendiri pun pening. Ke sebab kesan duri limau
purut ni? Dia punya denyut pun lain macam. Boleh pulak la klinik 1Malaya tutup hari ni. Nasib
baik la aku ada spare panadol sepapan. Ke berpenunggu pokok limau purut tu? Ishhh!..syirik
tu, aku ni dah la jahat, nak tambah dosa syirik pulak"

Slurppp...gedeguk..gedeguk..(bunyi hirupan air pendekar sakti)

"Nasib baik la sedap tomyam tu, kira berbaloi la jugak. Nasib baik jugak tak kena tikam
dengan Pendekar Lintang tadi, kalau tidak mesti mati kempunan tomyam. Eh!?, daripada aku
pikir pasal teka-teki dengan limau purut tu baik aku pikir strategi bagaimana nak tewaskan
Pendekar Sailang dan konco-konconya. Nampaknya aku kena la cari rakan sekutu ni. Letak
nama Persatuan Liga Kebenaran, ngam jugak nama tu…"

"Dah la tu bang, jangan dfikirkan sangat,". Tegur Mak Jun, isteri Pendekar Sakti.

"Ish..awak ni, tanjat boboi. Kenapa awak ni? Anak-anak dah tidur ke?"

"Ishh..apa la awak ni, baru pukul 9.57 minit malam, awal lagi, dorang tengah tengok
Gegar Vaganza tu, Qu-puteh, Qu-puteh, barulah puteh!. Dah la, jangan difikirkan sangat,
peserta pujaan awak giliran yang pertama ni, jap lagi nak perform tu"

"Mana boleh tak pikir, ni antara hidup dan mati saya ni awak tau?.

"Takde mana matinya la. Awak tau tak, kafein yg awak minum dalam kopi tu lebih
lama tersimpan dalam badan awak berbanding panadol tu. Dah la, dah stat dah cerita saya tu,
malas saya layan awak, nanti anak-anak dah tido saya wicet awak". Sambil berlari ke arah tv..

"Ish..apa la cerita pasal panadol pulak bini aku ni? Aku tengah pening pikir pasal
dendam kesumat. Sapa la aku nak ajak join dalam persatuan aku ni ye?".

Tengok kontek dlm phone

DRAF

Paiman – sibuk buat kuih
Suratman – kena potong kaki kencing manis – manis dlm senyuman – berangan
Suparman – kuat
Chun Li – takde sebab pun – bagi ada pompuan kasi semangat

Berguru ilmu memisahkan molekul
- nitrogen dlm udara - ludah beku
- hidrogen dlm udara - ilmu terbang
- oksigen dlm udara - berbola api
- h2o dlm air - bernafas dlm air


Click to View FlipBook Version