The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fahmiariff34, 2021-12-10 21:56:35

NOTA INTERAKTIF

WAMUS-R

nota interaktif
wAMUS-R





SIFAT
AMANAH

AMANAH

MAKSUD :

Amanah dari segi bahasa bermaksud melaksanakan
tanggungjawab. Ia bermakna seseorang individu mempunyai sifat
yang melakukan tanggungjawab yang diarahkan dengan sebaiknya.

CONTOH :

Menjaga rahsia, melaksanakan perintah orang tua, melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh guru

SIFAT
KHIANAH

KHIANAH

MAKSUD :

Khianah dari segi bahasa bermaksud khianat. Manakala dari segi
istilah, khianah bermaksud tidak melaksanakan sebarang amanah

atau tanggungjawab yang diberikan. Rasulullah SAW tidak
mempunyai sifat seperti ini.

CONTOH :

Mungkir janji, tidak menepati masa, tidak melaksanakan
tanggungjawab



SIFAT
TABLIGH

TABLIGH

MAKSUD :

Tabligh dari sudut bahasa bermaksud Menyampaikan. Ia bermakna
sifat seseorang yang menyampaikan sesuatu perkara tidak kira
baik atau buruk kepada orang lain. Namun, baginda nabi hanya
menyampaikan perkara yang baik-baik sahaja

CONT
OH :

Rasulullah menyampaikan dakwah kepada umat baginda iaitu kita
dengan cara yang berhikmah.

SIFAT
QITMAN

QITMAN

MAKSUD :

Qitman dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan. Ia
bermaksud tidak menyebarkan sebarang pengetahuan kepada
sesiapa dan hanya menyimpan ilmu tersebut untuk kegunaan diri

sendiri

CONTOH :

Tidak berkongsi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan, tidak
menyebarkan berita yang diamanahkan



SIFAT
SIDDIQ

SIDDIQ

MAKSUD :

Siddiq bermaksud jujur atau benar. Sifat siddiq merupakan sifat
pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim
Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.



CONTOH :

Rasulullah SAW diberi gelaran Al-Amin dalam masyarakat Mekah

SIFAT
KAZZIB

KAZZIB

MAKSUD :

Kizzib pada dasarnya bermaksud berkata dusta. Berkata dusta di
sini bermaksud sentiasa berbohong, tidak jujur dan tidak berkata

benar. Sifat Kizzib ini berada pada orang yang gagal dan
mempunyai keimanan yang lemah.

CONT

OH :

Membuat panggilan palsu, berbohong dan menipu



SIFAT
FATHONAH

FATHONAH

MAKSUD :

Fathonah dari sudut bahasa ialah bijaksana, berakal dan pandai.
Seseorang yang bersifat bijaksana ini mampu berfikir sebelum
melaksanakan sesuatu tindakan. Rasulullah SAW mempunyai sifat
bijaksana.

CONT
OH :

Rasulullah SAW menggunakan jalan yang berbeza semasa
perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah

SIFAT
BALADAH

BALADAH

MAKSUD :

Baladah dari segi bahasa bermaksud bodoh. Manakala dari segi
istilah, baladah bermaksud jahil untuk sesuatu tugasan. Sifat

orang baladah ini, dia tidak bertanyakan kepada orang yang lebih
mahir daripadanya.

CONTOH :

Jahil ilmu, sombong


Click to View FlipBook Version