The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrlsuhaidasufaat, 2022-06-14 01:27:00

COMANGO : CABARAN DAN TAFSIRAN TERHARAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

E- FOLIO : MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN: SESI 2 :
2021/2022

E – FOLIO : KUMPULAN 6

COMANGO :
CABARAN DAN TAFSIRAN TERHARAP

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PENSYARAH : ENCIK HIDAYAT BIN SHAFIE

PELAJAR : 14DTP19F1006
14DTP19F1024
NURUL SUHAIDA BINTI SUFA’AT
MOHAMMAD NUR AIDEL PUTRA BIN
MOHD ZAIDI

ISI KANDUNGAN

COMANGO : CABARAN DAN TAFSIRAN TERHARAP
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BIL TOPIK MUKA SURAT
1
1 PENGENALAN 2
2 HAK ASASI MANUSIA 3
3 KEGIATAN SUBVERSIF 4
4 KONTRAK SOSIAL 5
5 ISU PENDIDIKAN 6
6 PERPADUAN KAUM 7
7 KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI
8
AGAMA RASMI
8 KEISTIMEWAAN 9

WARGANEGARA 10
9 KEDUDUKAN BAHASA 11

MELAYU SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN
10 KESIMPULAN
11 PENGHARGAAN

PENGENALAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

mPeernlegmanbdaugna. agni merupakan satu dokumen yang
semua susunan peraturan dan undang

undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintah

dan pentadbiran sesebuah negara. Selain itu,

perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa

pemerintahan. bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak

rakyat. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan, la mengandungi 183

perkara, ia adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.

Perlembagaan. Malaysia juga merupakan satu dokumen

undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan

kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan

Kemerdekaan tahun 1957. Tujuan Perlembagaan

Persekutuan dapat menjamin keutuhan dan kedaulatan

negara, dapat menjadi garis panduan pembentukaan

undang-undang. Selain itu, dapat mewujudkan kestabilan

negara. Tujuan Perlembagaan Persekutuan juga

menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara dan

memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

MUKA SURAT ‫ ׀‬1

HAK ASASI MANUSIA

Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh
dipisahkan dan kebebasan yang layak bagi setiap insan
sebagai seorang manusia. Hak-hak tersebut menjamin
maruah dan harga diri insan manusia serta
menggalakkan kebaikan insani. Hak asasi manusia
berbentuk sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling
bergantung. Asas bagi setiap hak asasi manusia ialah
kefahaman bahawa setiap insan manusia mempunyai
maruah dan harga diri. Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu telah mendokumenkan hak-hak asasi manusia
yang patut dimiliki oleh setiap insan manusia di dalam
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) untuk
memastikan maruah dan harga diri manusia adalah
dihormati dan dilindung.

MUKA SURAT ‫ ׀‬2

KEGIATAN SUBVERSIF

Kegiatan subversif ialah kegiatan yang dijalankan oleh
individu atau pertubuhan yang menggunakan cara yang
salah di sisi undang-undang atau perlembagaan
bermaksud untuk menghancur dan membinasakan
ketenteraman yang ada dengan cara meracuni pemikiran
rakyat supaya menggulingkan kerajaan. Kemerdekaan
dicapai dalam keadaan darurat. Dalam keadaan subversif
begitu jelas dengan ancaman pihak komunis pada era 40-
an lalu yang bergiat di dalam hutan dan melancarkan
serangan.

MUKA SURAT ‫ ׀‬3

KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial ialah persetujuan dicapai sebelum
merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan
India, masing-masing menerusi parti yang mereka wakili,
iaitu UMNO, MCA dan MIC.Sama ada bersetuju atau
tidak. kontrak sosial ialah persetujuan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum. bukan hanya pemimpin atau
kumpulan elit tertentu.

MUKA SURAT ‫ ׀‬4

ISU PENDIDIKAN

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai
dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British,
mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris, dimana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini
mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman
penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan
yang positif. Terutama untuk perpaduan dan pelaksanaan yang
mempunyai banyak kelemahan kerana British pada masa itu hanya
mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja.

MUKA SURAT ‫ ׀‬5

PERPADUAN KAUM

Isu berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan
budaya di negara ini seperti pengenalan tulisan jawi dan
ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak
mencerminkan betapa pentingnya usaha lebih serius
serta konstruktif dalam mengurus masyarakat berbilang
bangsa. Sebagai negara moden yang melakar masa
depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri
sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus
globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu
ditangani sebaik mungkin. Malaysia perlu dikenali bukan
hanya Makmur dari segi ekonomi dan pembangunan,
malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian
agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat Bersama
dalam suasana aman serta harmoni.

PERPADUAN
KAUM

MUKA SURAT ‫ ׀‬6

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI
AGAMA RASMI

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam
perlembagaan Persekutuan Per 3 (1). Keadaan ini
memberi implikasi bahawa kedudukan Islam sebagai
agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya.
Walaupun agama lain bebas dianuti dan diamalkan tetapi
keu ikeudukannya tidak sama dengan agama Islam. Oleh
kerana kerasmiannya maka keutamaan diberikan kepada
agama Islam dalam perancangan-perancangan yang
dibuat umpamanya penerapan nilai-nilai Islam.Namun,
apa yang lebih penting yang perlu dilihat juga ialah
kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama
dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal
mengenali antara satu sama lain.

MUKA SURAT ‫ ׀‬7

KEISTIMEWAAN WARGANEGARA

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di
bawah Perkara 153 bertujuan memelihara hak-hak istimewa
orang Melayu dan diperluaskan kepada kaum bumiputera
Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini melibatkan simpanan khas
bagi orang Melayu dan bumiputera,beberapa kuota dalam
perlembagaan seperti pemegang jawatan dalam perkhidmatan
awam, pemberian biasiswaan lapangan ekonomi (pengeluaran
permit dan lesen) dan kebebasan bergerak antara
Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Mengikut Perkara 1(2)
dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah
negeri-negeri Persekutuan.

Sabah dan Sarawak adalah sebahagian yang sah dalam
Persekutuan dan dengan itu tidak boleh keluar dari
Persekutuan. Malah langkah memisahkan Sabah daripada
Malaysia adalah bertentangan dengan Perkara 7 dalam senarai
Perjanjian 20-Perkara yang menjadi asas pembentukan
Malaysia.

MUKA SURAT ‫ ׀‬8

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan
Negara sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
Malaysia. Namun pelaksanaan dan pengajarannya tidaklah
semudah yang dijangka. Perubahan demi perubahan yang
berlaku turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
pendidik. Dalam tempoh masa hampir sepuluh tahun negara
merdeka, perlembagaan telah membuat peruntukan yang telah
menyamatarafkan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan kesukaran
terhadap usaha mengembangkan dan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi yang tunggal bagi negara ini. Melalui peruntukan
ini jelas bahawa bahasa kebangsaan akan disaingi hebat oleh
bahasa Inggeris yang masih mendapat kedudukan yang tinggi
ini disebabkan terdapatnya golongan yang tidak berkeyakinan
terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menggantikan
peranan bahasa Inggeris sehingga menimbul kesulitan dalam
melaksanakan bahasa kebangsaan.

MUKA SURAT ‫ ׀‬9

KESIMPULAN

Perlembagaan Malaysia merupakan undang

undang tertinggi negara. Perlembagaan

Malaysia yang digubal menjadi garis panduan

dalam sistempemerintahan, sistem politik dan

pentadbiran negara di samping memberikan

Jaminan perlindungan kepada raykat.

Perlembagaan merupakan tunjang kepada

keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.

Permuafakatan sosial yang dipersetujui

sewaktu menggubal Perlembagaan

merupakan persetujuan yang telah diterima

oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu,

ketinggian Perlembagaaan seharusnya

dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan

kestabilan negara Malaysia.

MUKA SURAT ‫ ׀‬10

PENGHARGAAN

Disini saya ingin merakamkan sekalung
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
kepada Ustaz Hidayat bin Shafie kerana telah
banyak memberi ilmu serta nasihat-nasihat.
Pada kesempatan ini. kami juga
mengucapkan setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang
cemerlang dan khidmat bakti yang telah
dicurahkan kepada kami semua dalam
menjayakan E-Majalah ini. Kami juga
memohon maaf sekiranya mempunyai
kecacatan atau ketinggalan dalam E-Majalah
tersebut. Mungkin terdapat kesilapan yang
tidak disengajakan ketika dalam proses
mengarang E-Majalah ini Hanya Allah
subhanawata'ala sahaja yang mendapat
membalas segala budi dan bakti untuk
bersama berganding bahu dalam membantu
suatu kerja.

MUKA SURAT ‫ ׀‬11


Click to View FlipBook Version