Penyakit Berjangkit-Demam Campak
Tingkatian 3 Syafie
Nama ahli kumpulan:
1) NurFatihah Binti Adul Aziz (ketua)
2) Nur Dini Aqilah Binti Mohd Zahiar
3) Auni Halily Binti Ezry Halily
4) Nur Afiqah Binti Mohd Nizam
5) Siti NurZafirah Binti Mohd Hanif
Puan Salha Binti Sagimin
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan
ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Salha bt Sagimin yang
telah memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan e-book bagi pembelajaran
kali ini. Kami amat berbesar hati di atas kepercayaan cikgu bagi menyiapkan e-book
ini. Kami akan sedaya upaya untuk memenuhi harapan cikgu dalam melaksanakan
amanat dengan kemampuan dan kudrat yang kami ada. Kami akan sentiasa
berupaya mengajak semua ahli untuk memperkuatkan ukhuwah dan komitmen dalam
menyiapkan e-book ini melalui penglibatan dengan aktiviti terancang. Kita perlu
sentiasa berganding bahu dan membantu di antara satu sama lain dalam
menghadapi pelbagai gerak kerja mendatang.
Isi Kandungan
m/s 1 m/s 2 m/s 3 m/s 4
Pendahuluan Ciri-ciri demam Simptom atau gejala Langkah menagani
campak. demam campak
demam campak.
m/s 5 m/s 6 m/s 7 m/s 8
Langkah mengelakkan Karakter demam Komplikasi Penutup
demam campak campak demam campak
Pendahuluan
Penyakit berjangkit adalah fenomena sosial biologi. Dari zaman kuno hingga
sekarang, ia boleh wujud di mana-mana masyarakat. Ia disebabkan oleh
patogen berjangkit atau disebabkan oleh bahan toksik yang berbahaya bagi
manusia. Oleh kerana itu, ia telah membawa pelbagai pengaruh sosial,
ekonomi dan politik, dan sebagainya. Ia boleh mempengaruhi kesejahteraan
hidup manusia dan pembangunan negara, terutama dalam pembangunan
sumber manusia. Laporan ini merangkumi beberapa jenis penyakit berjangkit
yang biasa di Malaysia, penyebab penularannya, langkah-langkah kawalan
dan arah perkembangannya.
Demam Campak
Apa Itu Demam Campak?
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai
ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”)
cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya
program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-
kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-
kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini,
maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
01
CIRI-CIRI
Apakah ciri-ciri demam campak?
-Ciri-ciri Demam Campak:-
>Suhu badan menjadi tinggi
>Batuk, selesema, dan sakit tekak
>Mata berair dan sensitif kepada cahaya
>Sakit otot
* Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam,
bermula dibahagian muka dan kepala kemudian
merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
* Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
* Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya
sangat tinggi.
* Demam campak boleh menjangkiti orang lain
dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.
02 SIMPTOM-SIMPTOM
Apakah simptom-simptom demam campak?
Simptom-simptom Demam Campak
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut
dapat mengurangkan gejala:
~Panadol untuk mengurangkan demam.
~Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
~Berehat dan minum air yang cukup.
-Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang
sendiri.
- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah
supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4
hari selepas ruam timbul).
03
LANGKAH-LANGKAH
Apakah langkah-langkah untuk menangani dan
mencegah penyakit demam cmpak ini?
Langkah-langkah Menangani Demam Campak
Kekal di rumah dan elakkan ke tempat kerja, 1
sekolah atau tempat awam sehingga anda tidak
Elakkan bersentuhan dengan orang yang mudah
berjangkit.
2 terdedah kepada jangkitan, seperti bayi yang
terlalu muda untuk diberi vaksin dan orang yang
Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau mengalami sistem imun badan yang lemah
bersin. Buang semua tisu yang digunakan 3
dengan segera. Sekiranya anda tidak mempunyai
tisu, bersinlah ke celah siku anda, bukan ke 4 Pastikan tangan sentiasa dicuci dan
gunakan cecair pembasmi kuman(sanitiser) pada
tangan anda.
permukaan atau objek yang sering anda sentuh
Langkah-langkah Mencegah Demam Campak
Demam campak boleh dicegah melalui pemberian
suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella)
pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak
mereka mendapat imunisasi.-MMR adalah vaksin yang
selamat.-Jika anak anda terdedah kepada individu
dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi,
bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh
mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.
Karakter
Demam
Campak
Komplikasi Demam Campak
Komplikasi demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh
dengan sempurna.InsyaAllah.Namun kadangkala boleh terjadi komplikasi
yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan
dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
▪ Jangkitan pada telinga
▪ Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
▪ Jangkitan pada otak (encephalitis)
▪ Cirit birit Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
▪ Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran
pramatang.
Penutup
Sebagai menggulung segala yang telah dibentangkan , inilah sahaja yang
dapat kami kongsikan kepada kamu semua. Kami berharap kamu semua
telah mempelajari sesuatu yang baharu daripada kami. Sebelum mengakhiri
ingin kami sampaikan pantun 4 kerat,
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
SekianDi lain masa bersua lagi.