Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan MELUR LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS SIANTAN MELUR KENANGA KESIDANG CEMPAKA TERATAI Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang
BENDERA MALAYSIA Maksud pada bendera Malaysia: 14 jalur melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan negeri-negeri di Malaysia.. Warna merah melambangkan keberanian. Warna kuning melambangkan warna diraja. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna putih melambangkan kesucian. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Bendera Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Maksud pada bendera: Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
Bendera Pandu Puteri Dunia Maksud pada bendera: Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
BAHAGIAN C
SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Robert Stephenson Smyth Baden-Powell Di satu perhimpunan pengakap di Crystal pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang 8pengakap perempuan9 yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama <Girl Guide= dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa lama untuk membawa impak. Pada tahun 1810, adik Baden-Powell iaitu agnes, mengadaptasikan buku 8Scouting for Boys9 untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.
SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Robert Stephenson Smyth Baden-Powell Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Robert Stephenson Smyth Baden-Powell Olave St. Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell merupakan isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan <Girl Guides= dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai <Girl Scouts=. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau <Girl Guides9. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau <Chief Guide=. Beliau telah diberi gelaran <World Chief Guide9 Pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteri Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930.
Sejarah World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Penubuhan dan Matlamat: WAGGGS ditubuhkan secara rasmi pada 1928 dalam Persidangan Pandu Puteri Sedunia di Hungary. Ia merupakan organisasi dunia yang menyelia pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap uteri di seluruh dunia. Berpusat di London, United Kingdom, WAGGGS memberi tumpuan kepada pembangunan gadis dan wanita muda melalui pendidikan tidak formal dan kesedaran global. WAGGGS mempunyai lebih 10 juta ahli dari 152 negara menjadikannya organisasi sukarela terbesar yang khusus untuk pembangunan wanita muda.
Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri atau World Thinking Day disambut pada 22 Februari setiap tahun. Tarikh ini dipilih kerana ia merupakan hari lahir Lord Baden-Powell (pengasas pergerakan Pengakap) dan Lady Olave Baden-Powell (Ketua Pandu Puteri Dunia yang pertama). Hari ini mula diperkenalkan dalam Persidangan Pandu Puteri Sedunia ke-4 di Amerika Syarikat pada tahun 1926. Sejarah Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri (World Thinking Day) Penubuhan: Matlamat Sambutan Mengukuhkan persahabatan antarabangsa antara ahli Pandu Puteri di seluruh dunia. Meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap projek-projek amal untuk membantu gadis dan wanita muda. Menggalakkan ahli merenung peranan mereka dalam masyarakat dan bagaimana mereka boleh memberi impak positif.
STRUKTUR ORGANISASI
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PENAUNG DIRAJA PENAUNG DIRAJA PENAUNG DIRAJA SEMUA YANG DIPERTUA CAWANGAN PENAUNG DIRAJA PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN AHLI EX-OFFICIO PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PESURUHJAYA LATIHAN PESURUHJAYA PROGRAM PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER PESURUHJAYA GUILD PESURUHJAYA PANDU PUTERI KELIP-KELIP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH YANG AMAT BERBAHAGIA DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG JULIANA ZAINIRA BINTI ZAIMON JULIANA ZAINIRA BINTI ZAIMON HARYANI BINTI MOHAMED JURIAH BINTI MOHAMED AZLUL ADILAH BINTI ZAGHLOL DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH ALIZA ALEXANDER SLEVARATNAM SALIM AZIZAH BINTI ABDUL MAJID SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY PARAMESYVARY A/P PERMUAL CRYSTAL WONG WAI CHIN BENDAHARI KEHORMAT SETIAUSAHA KEHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG ZAHRIDAH HANUM BINTI MAZLAN PROF MADYA DR. JANICE NGA LAY HUI AFNIZAN ABDULLAH
Persatuan Pandu Puteri Cawangan
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Pahang Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff Kedah Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam Johor DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Perak YBhg. Cik Puan Sofie Louise Johansson Kelantan YM Dato’ Tengku Shireen binti Almarhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman Perlis Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumuddin Negeri Sembilan YAM Tengku Datin Seri Ramlah Azizah binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu YAM Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Jaafar Selangor
YBhg. Dato’ Sri Datuk Anggraini binti Sentiyaki WP Putrajaya YBhg. Puan Seri Datin Seri Dato’ Su Hashim Pulau Pinang YBhg. Dato’ Hajah Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud Sarawak YBhg. Dato’ Yeoh Soo Keng WP Kuala Lumpur Yang Berusaha Dr. Zanariah binti Ibrahim IPG KPM YBhg. Datin Seri Hajah Zainun binti Tun Abd Ghafar Melaka YAM Tengku Datin Seri Ramlah Azizah binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu Puan Kartini binti Datuk Haji Arif Sabah
Persatuan Pandu Puteri Kadet
Persatuan Pandu Puteri Tunas
Persatuan Pandu Puteri Kelip-kelip
BAHAGIAN D
DI SEKOLAH SEKOLAH RENDAH ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM
Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas Prinsip asas Pandu Puteri Tunas merupakan garis panduan utama dalam membentuk sahsiah dan jati diri ahli Pandu Puteri yang masih di peringkat awal biasanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Prinsip ini berfungsi sebagai asas kepada pendidikan moral, disiplin dan semangat kepimpinan dalam kalangan ahli muda. Tiga Prinsip Utama PPT Tanggungjawab terhadap Tuhan, Raja, dan Negara Ahli Pandu Puteri Tunas harus mempunyai kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan, sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing. Sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara dengan menghormati undang-undang serta menjaga keharmonian dalam masyarakat. Tanggungjawab terhadap Orang Lain Sentiasa menghormati ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling. Mengamalkan semangat tolong-menolong, bekerjasama dan berkasih sayang sesama ahli serta masyarakat. Menjadi seorang yang pemurah, penyayang, dan bertimbang rasa terhadap orang lain, termasuk menjaga alam sekitar dan haiwan. Tanggungjawab terhadap Diri Sendiri Mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berusaha menjadi insan yang berdisiplin, beradab, dan berilmu. Meningkatkan keyakinan diri serta belajar berdikari dalam melakukan sesuatu tugas. Menunjukkan akhlak yang baik, jujur, dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.
Persetiaan Pandu Puteri Tunas Dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara Saya Malaysia, menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas Undang-undang Pandu Puteri Tunas Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 1. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 2. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 3. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 5.
ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri hendaklah memperolehi lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan 1. Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu 2. Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan 3. Satu Lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15 4. Satu Lencana Kecekapan yang belum dicapai daripada elemen budaya dan kreativiti. 5.
ANUGERAH TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana yang berikut untuk untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topak II: Lencana Kecekapan Pereka Alat Mainan 1. Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga 2. Lencana Kecekapan Pemerhati3. Lencana Kecekapan Kesihatan4. Lencana Kecekapan Gera Up; dan5. Sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan berikut: 6. Stop The Violence (STV) Free Being Me (FBM); action On Confidence (ABC); atau Surf Smart.
ANUGERAH TOPAZ III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: Lencana Kecekapan Patriotisme1. Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian 2. Lencana Kecekapan Jurumasak3. Lencana Kecekapan Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15, 5. Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabrandan Kecergasan 4. Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi 5.
SKIM LENCANA KECEKAPAN
PRINSIP ASAS 4 TOPAZ I (4) TOPAZ II (6) TOPAZ III (4) SATU PILIHAN DARIPADA KUMPULAN BUDAYA & KREATIF DUA PILIHAN DARIPADA KUMPULAN SAINS & TEKNOLOGI SATU PILIHAN DARIPADA KUMPULAN CABARAN & KECERGASAN
LIMA ELEMEN LENCANA-LENCANA KECEKAPAN
CARA MENAMPAL LENCANA PADA SELEMPANG CARA MEMAKAI SELEMPANG
PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH
RUJUKAN