PRAGMATIK
Oleh :
Pn. Nor Abidah Karudin,
SMK Kuala Kubu Bharu.
KONSEP PRAGMATIK
• Ialah cabang ilmu linguistik
• yang mengkaji makna ujaran
• berdasarkan konteks budaya sesuatu
masyarakat
• ataupun penggunaan bahasa dalam
konteks yang sebenar.
PERIBAHASA
• Susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas,
mempunyai makna tertentu, mengandungi
pengajaran.
• Zaaba, 2 jenis :
– 1 lapis / selapis (bidalan & pepatah) - makna tersurat.
– 2 lapis (perumpamaan & kiasan) - tersurat & tersirat.
BIDALAN
• Kata-kata umum yang sudah lama dipakai
orang.
• Terdapat teladan dan pengajaran.
• Bidalan menggunakan perkataan yang
menunjukkan peringatan seperti :
jangan, hendaklah, usah, biar,
kalau dan ingat.
BIDALAN
• Rajin bekerja, mudah belanja.
• Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali.
PEPATAH
• Hampir menyamai bidalan.
• Memberatkan rangkai kata yang berkerat-kerat
• Cara pengucapan satu per satu.
• Kurang menitikberatkan pengajaran & teladan.
• Alah biasa tegal biasa.
• Hati hendak, semua jadi.
• Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
PERUMPAMAAN
• Membandingkan sesuatu perkara dengan atau kejadian
lain.
• Menggunakan kata bandingan.
– Bagai tikus membaiki labu.
– Seperti belut pulang ke lumpur.
• Tidak menggunakan kata bandingan.
– Ukur baju di badan sendiri.
– Siapa makan lada dialah terasa pedas
SIMPULAN BAHASA
• Rangkai kata tersimpul dengan susunan khas
• 2 patah perkataan
• Makna berlapis / 2 lapis (makna tersurat & tersirat)
• Terhasil drp :
– Kisah2 masyhur - Kepercayaan orang ramai
– Kejadian di persekitaran kita - Kebiasaan / resaman bhs
• Pak Kaduk, makan sumpah, kucing bertanduk,
PERBILANGAN
• Bentuknya sama seperti bidalan dan pepatah
• Disusun berangkap seperti puisi
• Setiap rangkap ada 2 baris atau lebih
• Disebut satu persatu seperti membilang
• Memperkatakan tentang adat istiadat, undang-undang,
peraturan masyarakat.
PERBILANGAN
• Yang mencincang, memapas
• Yang membunuh, membangunkan
• Yang menjual, memberi balas
KIASAN
• Memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya
kepada perkara lain.
• Ada yang sebut bandingan, ada yang tidak sebut.
• Manis seperti lautan madu
• Bibirnya bak delima merekah
• Mat Jenin
• Pelanduk dua serupa
KIASAN
• Tujuan kiasan : • Jenis kiasan :
– Menambah kejelasan – Kiasan asal
– Mencantikkan bahasa – Kiasan berpindah
– Mengelakkan – Kiasan permanusiaan
– Kiasan berkacau
memperkatakan perkara
kurang elok
– Menguatkan maksud
KIASAN ASAL
• Menerangkan sesuatu perkara dengan
menggunakan sesuatu yang lain sebagai
perbandingan.
• Menggunakan kata bandingan....bagai, macam,
umpama
• Pahit bagai hempedu
• Matanya merah seperti biji saga
KIASAN PERMANUSIAAN
• Memberikan sifat manusia kepada objek (mengorangkan
objek)
• Daun nyiur melambai-lambai
• Anggerik pun mengilai
• Jari-jemari ombak menggeletek kaki senja
KIASAN BERKACAU
• Kiasan yang menimbulkan kekeliruan disebabkan fakta-
fakta yang bertentangan antara satu sama lain.
• Jika diikutkan hati, budak itu kutelan hidup-hidup
(marah)
• Ketika terserempak dengan lembaga itu, mahu aku
masuk ke perut ibuku (takut).
KIASAN BERPINDAH
• Tidak menggunakan kata-kata perbandingan.
• Kata yang hendak dibandingkan terus digandingkan
dengan perkara atau benda yang hendak dibuat
perbandingan.
• 7 jenis :
- Kiasan sandar - Kiasan terus
- Kiasan berangkap - Kiasan berbunga
- Kiasan pemanis - Kiasan melompat
- Kiasan melarat
KIASAN SANDAR
• Susunan kata yang menyandarkan sesuatu perkara.
• Perlakuan individu disandarkan kepada benda lain
yang mempunyai persamaan dengan perkara yang
hendak dikiaskan.
• Perkataan kedua merupakan unsur alam (haiwan dan
tumbuhan)
• Diam ubi
• Mandi kerbau
• Nyawa-nyawa ikan
KIASAN TERUS
• Menyatakan sesuatu perkara dengan dikaitkan terus
kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang
berbeza daripada makna asal perkataan itu sendiri.
• Ayam tambatan – makna deno dan makna kono berbeza
• Kutu embun
• Pisau pencukur
• Harimau berantai
KIASAN BERANGKAP
• Menunjukkan perbandingan secara berirama atau
mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang
diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
• Terima kasih daun keladi, kalau boleh hendak lagi.
• Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
• Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
KIASAN BERBUNGA
• Menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan
perkataan yang berbunga dan indah.
• Pendengar seolah-olah melihat lukisan yang cantik.
• Benih kemajuan (HASIL YANG BAIK)
• Canai fikiran (PROSES BERFIKIR)
• Tangga kejayaan (PROSES UNTUK BERJAYA)
• Hancur luluh hatinya. (BENAR2 KECEWA)
KIASAN PEMANIS
• Menyebut sesuatu maksud dengan diisyaratkan sahaja
kepada perkataan yang berlainan maksud.
• Tujuannya untuk mengelakkan daripada menyebut
sesuatu yang tidak baik.
• Berlapik
• Ke sungai kecil atau besar
• Berbadan dua
• Penyakit orang baik-baik
• Datang bulan
KIASAN MELOMPAT
• Menyatakan sesuatu dengan melangkah satu tingkat
daripada susunan yang sepatutnya.
• Memasak nasi (memasak beras untuk dijadikan nasi)
• Mencucuk atap (mencucuk daun untuk dijadikan atap)
• Menggali perigi (menggali tanah untuk dijadikan perigi)
• Menjahit baju (menjahit kain untuk dijadikan baju)
KIASAN MELARAT
• Kiasan yang menyimpang daripada maksud asal.
• Mengarang surat
• Lautan air mata
• Muka bumi