Oleh :
Puan Nor Abidah Karudin,
SMK Kuala Kubu Bharu.
RAGAM BAHASA
• Beberapa bentuk bahasa yang khas
• digunakan dalam karangan atau percakapan
• untuk menguatkan maksud percakapan dan
mempertajam pemahaman pendengar atau
pembaca.
BAHASA SINDIRAN
• Maksud tidak disebut dengan tepat tetapi dikiaskan
kepada perkara yang lain.
• Orang yang baik itu tidak mengkhianati kawannya.
• Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus di
sini.
BAHASA MENGGIAT
• Susunan kata seolah-olah bahasa sindiran tetapi tidak
mengandungi kiasan.
• Untuk bergurau / mengusik tetapi boleh menjadi
bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan orang yang
berkenaan malu.
• “Hai, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita!”
• “Eh, dah jadi orang besar, mana boleh naik motosikal lagi!”
BAHASA MENGEJEK
• Susunan kata yang mengata pihak tertentu dengan
ejekan dan disertai dengan aksi.
• Tujuannya menampakkan kelemahan pihak yang diejek
supaya menjadi kelihatan bodoh dan menjadi bahan
ketawa.
• Pihak yang diejek berasa malu dan marah.
• “Lihatlah tuan-tuan, beginikah orang yang ingin menjadi
pemimpin kita?”
BAHASA TERBALIK
• Mempunyai maksud yang bertentangan dengan perkara
yang diperkatakan.
• Orang yang berkenaan tetap memahami.
• Panjat lagi, panjat pokok jambut tu. Kalau tak cukup tinggi
panjat pokok kelapa tu!
BAHASA MERAJUK
• Seakan-akan bahasa terbalik tetapi maksudnya tidaklah
terbalik.
• Perasaan kecil hati disebabkan perkara yang dirasakan
menghina dan tidak patut dilakukan.
• Apalah ada pada saya, rupa tak elok, harta pun tiada.
• Kita ni melukut di tepi gantang, masuk tak menambah,
keluar tak berkurang.
BAHASA TEMPELAK
• Menempelak seseorang kerana tidak mahu mematuhi
nasihat yang diberikan.
• Perkara yang dinasihati benar-benar terjadi.
• Tujuannya untuk menyedarkan orang yang berkenaan.
• Inikah suami yang kau kata baik dan bertimbang rasa
dulu?
BAHASA HERDIK
• Susunan kata seperti tempelak tetapi untuk menunjukkan
kesalahan pada masa itu juga.
• Perkataan agak kasar dan nada mengejek.
• Kalau tak mahu buat kerja, buat apa duduk di sini?
• Inilah muka orang tak tahu malu! Menipu orang sana sini.
BAHASA BESAR / MELAMPAU
• Menggambar sesuatu secara berlebih-lebih daripada
yang sepatutnya sehingga sukar diterima akal.
• Banyak dalam sastera dan lirik lagu.
• Perkataan melampau tetapi maksudnya bukanlah
bersungguh-sungguh.
• Manis tak terkira-kira seperti lautan air madu
• Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
BAHASA KECIL / MERENDAH
• Menyifatkan sesuatu perkara itu kecil.
• Inilah sedikit buah tangan yang tidak sepertinya.
• Makanlah apa-apa yang ada, ni alas perut saja.
BAHASA NAIK
• Susunan kata untuk menggambarkan sesuatu peristiwa
daripada tahap rendah, naik ke tahap yang tinggi, dan
seterusnya ke tahap yang semakin tinggi.
• Dahlah makan minum kita sediakan, pelajaran kita
berikan, nak kahwin kita uruskan. Takkanlah nafkah anak
isterinya pun nak kita tanggung?
BAHASA TURUN
• Menggambarkan sesuatu peristiwa dari tahap puncak,
kemudian menurun dari satu tahap ke satu tahap,
sehingga tahap yang rendah.
• Mengandungi unsur menggelikan hati, sama ada
disengajakan atau tidak.
• Kasihan guru itu, dah banyak tugas di sekolah, kena pula
laksanakan kerja kursus, menanda kerja kursus,
memantau kerja kursus, sehingga pelajar menggelarnya
Cikgu Kerja Kursus.
PERTANYAAN INGKAR
• Susunan kata berbentuk pertanyaan tetapi jawapannya
diketahui oleh orang yang bertanya.
• Gaya percakapan bertujuan untuk menguatkan
benarnya jawapan yang sudah diketahui.
• 2 jenis pertanyaan :
– Pertanyaan tidak perlu dijawab.
– Pertanyaan dijawab sendiri oleh penanya.
– Adakah jalan lain untuk kita berjaya, sekiranya kita
tidak mahu berusaha?
BAHASA SERUAN / KELUHAN
• Bahasa untuk melahir perasaan mengeluh.
• Penutur tidak menghabiskan kata-kata tetapi ucapannya
difahami oleh audiens.
• Oh, kalaulah ibuku masih hidup!
• Hai, nasib, badan sakit duit pun tak ada!
• Allah, tak dapat aku nak ceritakan, susahnya!
BAHASA BERULANG
• Mengulang perkataan, frasa atau ayat untuk menguatkan
maksud.
• Wang! Wang! Ya, wang yang kita perlukan sekarang.
• Ini malam! Ini malam! Jangan lupa! Jangan lupa!
Pertunjukan yang baik sekali.
BAHASA BERTIMBAL
• Susunan kata yang menghadapkan dua fikiran yang
pendek dan dekat-dekat.
• Dua fikiran itu bertentangan.
• Kebanyakan terdapat dalam peribahasa.
• Orang lari jangan dikejar
• Makin murah makin menawar
• Alah membeli menang memakai
BAHASA JENAKA
• Menggunakan satu perkataan dengan dua makna untuk
berjenaka / bergurau.
• Kambing mati engkau makan atau tidak?
• Burung terbang sepuluh ekor, ditembak mati seekor.
Berapa ekorkah yang tinggal?
• Setinggi-tinggi manusia berapa kaki?
BAHASA BUKAN
• Menggunakan kata nafi “bukan”
• Bertujuan untuk menyatakan maksud yang
bertentangan dengannya.
• Bukan dia tak tahu.
• Bukan main lagi belajarnya.
Sekian……