PENULISAN ESEI
TIDAK BERFORMAT
               SEMESTER 1
                                        OLEH :
             PN. NOR ABIDAH BT MOHAMAD KARUDIN,
                     SMK KUALA KUBU BHARU.
JUMLAH PERKATAAN
Jumlah DIBENARKAN :
antara 600 – 650 patah perkataan sahaja.
Jumlah kurang :
markah dipotong.
Jumlah lebih :
tidak dibaca. Jika tidak dibaca, markah untuk bahagian tersebut
tiada.
PENEKANAN PENULISAN
       PENDAHULUAN
                 ISI
        KESIMPULAN
PENDAHULUAN
HENDAK TULIS APA DALAM PENDAHULUAN?
     A1 : Menghurai gambaran umum tentang isu
     A2 : Memberi contoh yang sesuai
                                              telah memberi DEFINISI.
A3 / A4          : Mengemukakan aspek-aspek lain secara umum
                         PUNCA / KESAN / LANGKAH ATASI.
A5 (A.TERAKHIR)  : Memfokuskan ayat tugasan pada ayat terakhir.
                          PUNCA / KESAN / LANGKAH ATASI.
Remaja merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan gejala
vandalisme. Vandalisme merupakan salah laku negatif yang dikaitkan
dengan perbuatan merosakkan harta benda awam. Sebagai contohnya,
sesetengah daripada golongan remaja sering terlibat dengan perbuatan
menconteng dinding bangunan dengan gambar-gambar lucah, tandas
awam dilakar dengan lukisan porno, dan kemudahan-kemudahan awam
di tempat rekreasi pula dirosakkan. Perbuatan sebegini tentunya
mendatangkan kesusahan kepada pengguna kemudahan awam. Selain
itu, perbuatan ini memberikan imej yang buruk terhadap masyarakat di
negara ini. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak perlu memandangkan
isu ini sebagai satu isu yang perlu ditangani secara bersama-sama.
Faktor berlakunya perilaku negatif ini perlulah kita kenal pasti.
(85 pp)
Sejak dahulu lagi, peperangan berlaku di sana sini kerana pelbagai
faktor. Secara umumnya, peperangan berpunca daripada timbulnya
perasaan tidak puas hati dalam kalangan dua pihak atau lebih tentang
sesuatu isu. Oleh sebab tiada jalan penyelesaiannya, peperangan
merupakan jalan terakhir. Antara peperangan yang masih kekal dalam
ingatan sesetengah penduduk dunia ialah Perang Dunia Kedua, Perang
Teluk dan Perang Kongo. Pada masa ini, peperangan secara besar-besaran
pula masih berlaku dikebanyakan negara Arab, seperti di Palestin, Syria
dan Yaman. Puncanya tentulah kerana perebutan kuasa dan untuk
memperluaskan pengaruh. Pelbagai langkah untuk menangani kemelut dunia
ini cuba diambil alih oleh kuasa-kuasa besar dunia. Namun begitu, masalah
ini tetap tidak menemui jalan penyelesaian dan semakin menambahkan
konflik. Walau apa-apa pun puncanya, peperangan ternyata meninggalkan
pelbagai kesan negatif kepada rakyat dan negara yang terlibat.
Kebanyakan kaum di Malaysia mewarisi seni pertahanan
diri tertentu. Jika seni silat sinonim dengan orang Melayu,
wusyu popular dalam kalangan orang Cina, silambam pula
terkenal dalam kalangan masyarakat India.Walaupun begitu,
kini, sambutan orang ramai, khususnya generasi muda terhadap
seni tersebut kurang menggalakkan. Perkembangan dunia
hiburan ditambah pula dengan kesibukan individu mengejar
kebendaan adalah antara punca perkara ini terjadi.
Memandangkan seni pertahanan diri banyak faedahnya kepada
individu, maka langkah untuk menggalakkan anak muda
mempelajarinya perlu dilakukan.
ISI
ISI
OBJEKTIF :
1) Cara mengenali TUGASAN SOALAN.
2) Huraian isi mesti menjawab TUGASAN SOALAN.
3) Kaitan tugasan soalan dengan rangka BORPIKA.
4) Bagaimanakah MEMULAKAN PERENGGAN isi?
TUGASAN SOALAN
(1) FAKTOR / PUNCA / SEBAB / MENGAPAKAH
     • Mengapa – impaknya – contoh
(2) KESAN / IMPLIKASI / IMPAK / KEBAIKAN / KEBURUKAN / MANFAAT /
FAEDAH / KESAN BAIK / KESAN BURUK
     • Mengapa – impaknya – contoh
(3) LANGKAH ATASI / CARA MENANGANI / USAHA / BAGAIMANAKAH
     • Bagaimana – impaknya – contoh (lebihkan yang ini)
     • Mengapa – impaknya (tak hurai pun ok)
     • Setiap isi utama mesti ada perkataan ini
       (perlulah, mestilah, haruslah, hendaklah, wajarlah)
CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN
             PERENGGAN ISI
• Bolehkah memulakan ayat dengan kata tugas?????? Boleh. Gunakan“Antara”
• Bolehkah memulakan dengan kata kerja?????? Tak boleh XXX
                         X//Memberikan mereka anugerah atau
 Antara faedah….()                       pengiktirafan …..(X)
Antara faktor…. ….()    //Meningkatkan kreativiti dan inovasi …….(X)
Antara usaha… ….()      Betulkan seperti ayat di bawah :
Antara kebaikan ….()
Antara keburukan….. ()  Kerajaan perlulah memberikan mereka
   Antara sebab ….()    anugerah atau pengiktirafan……. ….()
                         Para pengusaha mestilah meningkatkan
                              kreativiti dan inovasi…….. ….()
TUGASAN SOALAN : FAEDAH DAN MASALAH
     TEKNOLOGI MODEN KEPADA PERTANIAN
• Antara faedah penggunaan teknologi moden termasuklah dapat memajukan sektor pertanian
  dan mewujudkan industri berasaskan pertanian.
• Penggunaan teknologi moden boleh meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
• Dengan menggunakan teknologi moden juga, petani dapat menjalankan aktiviti pertanian
  secara komersial.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Walaupun begitu, penggunaan teknologi moden juga boleh menimbulkan masalah, iaitu
  pencemaran.
• Dari aspek yang lain pula, pengusaha terpaksa meminjam wang daripada institusi kewangan
  untuk menyediakan teknologi moden yang diperlukan.
• Selain itu, penggunaannya juga menyukarkan ……..
TUGASAN SOALAN : FAEDAH + USAHA
                       MEMAJUKAN INAP DESA
- Antara faedah inap desa termasuklah memberikan pendapatan kepada pengusahanya.
- Inap desa juga memberikan pilihan yang pelbagai untuk penginapan kepada
  pelanggan.
- Selain itu, pelanggan dapat menikmati suasana sebenar di kampung.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Memandangkan perkhidmatan inap desa mendatangkan kesan positif, beberapa usaha
  perlu dilakukan untuk memajukannya. Antaranya termasuklah mengadakan iklan di
  pelbagai sumber.
- Pengusaha inap desa juga perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada
  pelanggannya.
- Di samping itu, pengusaha inap desa hendaklah menjalankan usaha memajukan
  perniagaan mereka secara terancang.
CONTOH ISI KABUR
         //Faktor tekanan hidup dan masalah individu merupakan punca utama
berlakunya masalah ini. //Kehidupan moden kian sibuk, penuh ketegangan
dan persaingan. //Banyak orang menghadapi tekanan hidup seperti
kekecewaan, iri hati, dan kerunsingan fikiran. Sebagai akibatnya, seseorang
mudah mengalami perubahan emosi dan psikologi. //Keadaan ini akan
mendorong seseorang ketagihan dadah dan alkohol atau hilang
pertimbangan akal. //Jadi ikatan keluarga menjadi renggang. //Keluarga
yang kurang kemesraan mudah mencetuskan perbalahan keluarga. Untuk
melepaskan perasaan geram dan tekanan jiwa, ahli keluarga yang dewasa
mungkin akan menganiayai ahli keluarga yang lemah. Tindakan ini akan
mencetuskan keganasan dalam rumah tangga.
CONTOH ISI JELAS 1
         Antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga termasuklah
tekanan dalam kehidupan. Kehidupan pada zaman moden dipenuhi dengan
kesibukan, ketegangan dan persaingan. Sehubungan dengan itu, banyak
orang menghadapi kekecewaan, iri hati, dan kerunsingan fikiran disebabkan
oleh tekanan yang sedemikian. Sebagai contohnya, tekanan kehidupan akan
mendorong seseorang ketagihan dadah dan alkohol atau berjudi. Mereka
juga mudah mengalami perubahan emosi dan psikologi. Apabila keadaan
sedemikian berlaku mereka hilang pertimbangan akal untuk melayani ahli
keluarga dengan baik. Oleh itu, ikatan kekeluargan menjadi renggang.
Keluarga yang kurang kemesraan akan mudah mencetuskan perbalahan.
Untuk melepaskan perasaan geram dan tekanan jiwa, ahli keluarga yang
dewasa mungkin akan menganiayai ahli keluarga yang lemah. Tindakan ini
akan mencetuskan keganasan dalam rumah tangga.
CONTOH ISI JELAS 2
    Teknologi penghasilan tenaga daripada bahan bio juga wajar kita
pertingkatkan. Sumber ini lebih khusus untuk kegunaan mesin berenjin
diesel. Sumber bahan api ini mudah didapati kerana ia boleh diproses
daripada hasil tanaman tempatan, seperti kelapa sawit, pokok kenaf dan
pokok jarak yang sesuai ditanam di negara ini. Sumber bahan api ini juga
boleh dihasilkan daripada ikan keli, iaitu seperti yang dibuat oleh
Vietnam sewaktu harga minyak tinggi di pasaran dunia. Jika kita
menemukan teknologi yang canggih, mungkin bahan api ini dapat kita
hasilkan pada kos yang rendah dengan kualiti yang baik. Untuk biodiesel
daripada kelapa sawit contohnya, kita sudah memulakannya sejak tahun
2011, dan sekarang ini percampuran minyak sawit dalam diesel sudah
mencapai tahap 10%. Hasilnya amat membanggakan.
CONTOH ISI JELAS 3
    Langkah lain yang juga perlu dilaksanakan termasuklah menjaga
pemandirian flora dan fauna dengan mengawal peningkatan gas rumah
hijau. Flora dan fauna ada kaitannya dengan hutan. Semua unsur yang
menggerakkan ekosistem adalah kait-mengait, saling mempengaruhi dan
saling memerlukan. Pengekalan semua unsur ini dalam konteks
kelestarian hutan amat perlu. Kadang-kadang, walaupun hutan ada tetapi
atas sebab-sebab tertentu, maka ada flora dan fauna yang terpupus. Oleh
itu, flora dan fauna itu tidak seharusnya “diusik” kerana ia akan
menjejaskan yang lain, dan akhirnya seluruh ekosistem akan terganggu.
Flora dan fauna perlu dikekalkan supaya kitaran ekosistem terus berjalan
dengan baik dan persekitaran kekal sempurna.
KESIMPULAN
KESIMPULAN (RCH)
     RUMUSAN UMUM + CADANGAN + HARAPAN
         Hakikatnya, kenaikan harga barangan mempunyai kaitan yang
erat dengan faktor luaran, iaitu faktor yang tidak berkaitan dengan
penuruan kadar bekalan atau peningkatan jumlah permintaan.
Sehubungan dengan itu, faktor-faktor luaran ini haruslah kita tangani
secara bersama-sama oleh peniaga dan pengguna. Oleh itu, gerakan
secara serentak oleh pelbagai pihak tidak harus dibuat sambil lewa
dalam usaha kita untuk menurunkan harga barang. Oleh sebab kenaikan
harga barang membawa kesan buruk kepada rakyat dan turun naik
ekonomi negara, maka masalah ini wajar ditangani secara berkesan
KESALAHAN STRUKTUR
CONTOH AYAT SALAH
//Banyak faktor yang menyebabkan rakyat negara ini meminati makanan segera. //Faktor
tersebut adalah kesibukan yang membelenggu kehidupan kebanyakan anggota masyarakat
zaman ini lantaran hambatan tugas.
Ayat betul : Antara faktor tersebut ialah kesibukan anggota masyarakat dalam mengurus
kehidupan dan kerjaya mereka.
//Faktor yang seterusnya ialah budaya yang menitikberatkan makanan segera telah menjadi
lambang kemegahan masyarakat.
Ayat betul : Selain itu, masyarakat menjadikan makanan segera sebagai lambang kemegahan.
JANGAN TULIS BEGINI.
  SEMUA INI SALAH!!!
• //adalah / ialah disebabkan…           kata pemeri + KK (X)
• //adalah / ialah menyebabkan….         Kata pemeri + KK (X)
• //bertindak mengabaikan…               KSN
• //Namun, ada antara                    Namun begitu
• // Seterusnya, …..                     Proses (X)
• //Hal ini demikian kerana…             Hal ini dikatakan demikian kerana….
• //memaparkan berita tentang…           Siapa ? Memapakarkan….
• //hal yang telah mereka berikan…       KGND 3 – ayat pasif
• //hal yang telah pihak berkuasa berikan….. KGND3 – ayat pasif
• //hal yang telah diberikan oleh kita…  KGND1 – ayat pasif
• //hal yang telah diberikan oleh saya   KGND1 – ayat pasif
• //membantu mencorakkan peribadi                     KSN
• //Malah, golongan tua juga…                         Awal ayat
• //Jika membeli di dalam talian…                     memberi apa?
• //Oleh itu, dapat mengelakkan daripada…             siapa ? dapat
• //Pada masa kini,….                                 Pada masa ini….
• //Selain dari / daripada….                          Selain sahaja
• // seseorang individu…                              Lewah
• // ramai di kalangan penjawat awam….                Dalam kalangan…
• // faktor yang menyebabkan…                         Lewah
• //ramai anak-anak                                   Lewah
• //saling bantu-membantu / saling sayang-menyayangi  Lewah
PENANDA WACANA YANG TIDAK BOLEH
• //Seterusnya …
• //Akhir sekali
• //Akhir sekali jelaslah bahawa
• //Justeru
• //Justeru itu
• //Langkah seterusnya
• //Faktor terakhir ialah…
• //Lalu
• //Lantas
• //Sehubungan itu…
PENANDA WACANA YANG TIDAK BOLEH
• //Hal ini kerana
• //Ini kerana
• //Selain daripada itu
• //Sejak dari itu
• //Malah..
• //Malahan…
• //Lantaran..
• //Oleh kerana itu
• //Namun,….
KATA HUBUNG BERPASANGAN YANG TEPAT
• Baik…atau / ataupun….
• Baik…mahupun….
• Bukan sahaja…tetapi juga…
• Bukan sahaja…malahan… Perkara itu bukan sahaja meningkat, malahan tidak….
• Semakin…semakin…           Kes ini semakin hari semakin meningkat.
• Biar…jangan…
• Makin…makin…
• Sama ada…atau/ataupun
• Sungguhpun…namun….
SEKIAN, TERIMA KASIH
