The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummuanas75, 2024-06-01 08:55:07

TAJUK-TAJUK PENTING KARANGAN STPM

TAJUK-TAJUK PENTING KARANGAN STPM

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 1 TAJUKTAJUK PENTING BAHAGIAN C Penulisan Karangan 910/1 Disediakan oleh; Cikgu Zulkarnain Farihin


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 1: PUNCA-PUNCA PENCEMERAN ALAM SEKITAR Pendahuluan Pencemaran alam boleh ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti kebersihan air, udara dan bumi. Isu berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sentiasa dibincangkan kerana kesannya yang semakin membimbangkan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar namun masih gagal. Alam sekitar terus tercemar oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal. Isi 1 Pada pendapat saya, pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Sektor perindustrian telah berkembang pesat di negara kita. Kebanyakkan kilang yang didirikan tidak menggunakan penapis asap yang berkesan sehingga mengakibatkan pembebasan asap yang kotor dan beracun ke udara. Isi 2 Pencemaran udara di negara kita semakin kritikal berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik kenderaan sendiri. Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya, menyebabkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida yang banyak hingga mencemarkan kualiti udara. Isi 3 Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar, iaitu jerebu. Syarikat-syarikat besar cuba menjimatkan kos pelupusan bahan-bahan buangan dari ladang-ladang dengan membakar tanpa menghiraukan kesannya terhadap alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan juga melakukan pembakaran terbuka bagi bahan-bahan lebihan binaan seperti kayu, barangan getah, dan plastik. Isi 4 Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai turut mengakibatkan pencemaran air. Sisa-sisa domestik dari kawasan perumahan, hotel-hotel, premispremis kerajaan juga turut mencemarkan alam sekitar. Sisa-sisa yang terdiri dari minyak, bahan pencuci sangat berbahaya ini mengalir ke laut yang akhirnya menjejaskan hidupan akuatik. Dalam jangka masa yang lama, kesuluruhan ekosistem akan terjejas. Isi 5 Faktor semula jadi juga turut mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Fenomena alam semula jadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi, banjir besar dan sebagainya boleh berlaku pada bila-bila masa. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat. Sebagai contoh, apabila berlakunya letusan gunung berapi, secara tidak langsung akan mengakibatkan berlakunya jerebu. Jerebu akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Penutup Bumi yang indah ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kita seharusnya menjaga alam kurniaan Tuhan ini dengan sebaik mungkin. Keprihatinan kita untuk menghormati dan menjaga kelestarian alam sekitar amat perlu. Tragedi pencemaran Sungai Kim-Kim dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang perlu diambil iktibar oleh masyarakat dan pihak berkuasa agar peristiwa tragis berkenaan tidak berulang kembali. Penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan agar setiap pesalah dapat diadili dan menerima hukuman sewajarnya dengan kesalahan yang mereka lakukan. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan.


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 2: KESAN-KESAN PEMBALAKAN HARAM Pendahuluan Pembalakan haram ialah aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang. Pengusaha pembalakan haram ini akan mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui. Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram. Isi 1 Pembalakan haram mampu menyumbang kepada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Isi 2 Kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Isi 3 Pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita. Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula. Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. Selain peningkatan suhu, fenomena ini turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan perubahan suhu setempat. Isi 4 Pembalakan haram boleh menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat. Hutan merupakan tempat untuk membekalan makanan seperti sayursayuran, buah-buahan, dan binatang buruan akan berkurangan. Keadaan ini akan menggurangkan pencarian hasil-hasil hutan sehingga turut menjejaskan pendapatan mereka. Isi 5 Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air dalam tanih sekali gus menjejaskan bekalan air. Penutup Intihanya, kita harus berkolaboratif bagi membendung kegiatan ini daripada terus berleluasa. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Pembangunan yang keterlaluan sehingga mengorbankan hutan wajar dihentikan sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan sepertimana komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Seperkara lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 3: PUNCA-PUNCA PENYAKIT BERJANGKIT Pendahuluan Penularan wabak penyakit dikaitkan sebagai merebaknya sesuatu penyakit dalam kalangan masyarakat sehingga menimbulkan kegawatan yang melampau pula. Wabak penyakit yang sering melanda negara ini meliputi penyakit taun, malaria, denggi dan selesema burung dan virus COVID-19 yang mengorbankan banyak nyawa. Pelbagai punca yang menyebabkan wabak penyakit berjangkit ini berlaku. Isi 1 Amalan negatif masyarakat kita yang menyebabkan penyebaran wabak penyakit dikaitkan dengan sikap masyarakat yang tidak membersihkan kawasan persekitaran kediaman mereka. Ada pihak yang membiarkan sahaja kawasan longkang mereka bertakung untuk beberapa bulan sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang berbahaya itu. Pembiakan nyamuk ini telah membawa penyebaran demam denggi yang boleh meragut nyawa manusia apabila tidak menerima rawatan segera itu. Isi 2 Kekurangan ilmu kesihatan atau maklumat tentang penyakit turut menjadikan risiko penyebaran penyakit di negara ini terus meningkat saban tahun. Penduduk negara ini seolah-olah tidak mahu memahami amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang sesuatu penyakit yang melanda negara. Golongan sebegini berpendapat mereka tidak akan menerima penyakit berbahaya itu kerana tidak memahami kesan atau cara penyakit tertentu berjangkit kepada orang lain. Isi 3 Amalan membuang sampah merata-rata atau bukan ke dalam tong sampah telah menjadi kemelut ini meruncing. Sikap buruk ini menyukarkan pihak majlis perbandaran untuk mengutip sampah lalu menjadikan kawasan persekitaran lebih bersih begitu sukar. Apabila perkara ini berlanjutan sudah pasti terdapat longgokan sampah di kawasan perumahan yang menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat yang menyebarkan wabak penyakit itu. Isi 4 Penyebaran wabak penyakit di Malaysia boleh disebabkan oleh sikap pengusaha premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan terutamanya dalam penyediaan makanan. Mereka tidak memastikan pekerja sihat dan bersih serta kawasan premis makanan mereka dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis virus penyakit berbahaya. Kejadian keracunan makanan kerap berlaku di kawasan premis makanan bersama-sama wabak taun kerana semua ini dikaitkan dengan tahap kebersihan yang rendah. Isi 5 Kawasan rekreasi yang tidak dijaga kebersihannya - pembuangan sampah yang tidak diselenggara dengan baik - berlaku pencemaran - menjadi tempat pembiakan nyamuk / lalat / tikus - vektor-vektor tersebut menjadi penyebar penyakit berjangkit - seperti denggi, kepialu, kencing tikus dan sebagainya - orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut mudah terdedah kepada jangkitan penyakit tersebut. Penutup Wabak penyakit berlaku akibat kesilapan manusia sendiri dalam menjalani kehidupan harian mereka. Jika kita masih enggan mengakui perkara ini semakin mudahlah masyarakat kita dilanda pelbagai wabak penyakit pada masa depan. Pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah tegas dalam mengekang penularan wabak penyakit tanpa kompromi itu. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang menekankan pentingnya usaha gigih kerajaan dalam menyelesaikan kemelut ini.


ISU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN TAJUK FOKUS 4: SEBAB-SEBAB FILEM SERAM DIMINATI Pendahuluan Kejayaan filem Munafik 2 mendapat kutipan 48 juta menandakan sambutan masyarakat terhadap filem seram semakin menggalakkan. Filem seram merupakan satu genre filem yang menguasai pasaran filem dunia dan sekali gus mampu mempengaruhi perkembangan industri tempatan. Mempunyai sejarah yang panjang dalam industri perfileman dunia, filem seram adalah genre yang popular di kalangan khalayak. Isi 1 Minat terhadap filem seram mungkin lahir kerana filem bergenre seram sering memaparkan konsep dan elemen seram itu berdasarkan budaya serta kepercayaan setempat. Sebagai contoh jika di Malaysia, representasi elemen seram kebiasaannya berdasarkan budaya atau kepercayaan serta mitos masyarakat Melayu seperti pontianak yang dipercayai adalah jelmaan wanita mati ketika melahirkan anak. Isi 2 Mereka yang kaki filem seram sebenarnya gemarkan aktiviti yang mencabar adrenalin. Golongan peminat filem seram ini memilih cara dengan menonton filem bukannya aktiviti fizikal. Memang ada sebilangan orang sengaja menonton filem seram kerana ingin mencari sensasi dan meningkatkan adrenalin. Ada yang sengaja mencabar rakan rakan mereka duduk menonton movie sama sama kerana hendak tahu siapa lagi berani. Dorongan adrenalin itu dinikmati karena kita merasa takut dan pada masa yang sama rasa tenang. Isi 3 Filem seram diminati kerana membantu masyarakat merungkaikan perasaan ingin tahu masyarakat tentang alam ghaib. Masyarakat mempunyai keinginan yang tinggi tentang alam ghaib seperti wujudnya hantu dan jin. Contohnya, filem “Susuk” lakonan Umi Aida memaparkan watak utama Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu susuk untuk menjadi terkenal. Isi 4 Masyarakat tertarik dengan filem seram kerana jalan cerita filem tersebut yang banyak menonjolkan unsur-unsur pengajaran. Kebiasaannya, watak-watak yang digambarkan menggunakan sihir, minyak pengasih, menggunakan susuk, dan sebagainya akan mendapat pembalasan di hujung cerita kerana perbuatan tersebut menyalahi hukum-hukum agama. Dengan ini, timbul keinsafan dalam diri penonton untuk tidak menggunakan jalan yang salah demi menjatuhkan orang lain. Isi 5 Perkembangan filem seram di Malaysia telah menggalakkan ramai anak-anak muda lepasan kolej dan universiti berminat melibatkan diri sebagai tenaga kerja di belakang tadbir. Hal ini dikatakan demikian kerana penglibatan tersebut akan membuka ruang kreativiti seni reka dan teknologi baru seperti penataan cahaya, penataan bunyi dari sudut pengarahan. Secara tidak langsung, masalah pengangguran dalam kalangan belia dapat dikurangkan. Penutup filem merupakan salah satu medium yang penting dalam mencorak personaliti masyarakat di samping faktor rakan sebaya, keluarga dan persekitaran. Filem-filem seram yang keterlaluan boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan seperti adanya kuasa ghaib yang divisualkan dan mempunyai kuasa luar biasa boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh serta mempercayainya. Unsurunsur seram, tahyul, dan ganas yang berlebihan perlulah ditapis terlebih dahulu oleh agensi yang bertanggungjawab dalam penapisan filem ini.


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 5: SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI PILIHAN MASYARAKAT Pendahuluan Aliran perubatan selain perubatan moden yang diguna pakai di klinik dan hospital sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun pihak swasta. Perubatan alternatif bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan. Antara contoh perubatan alternatif yang popular ialah rawatan menggunakan bomoh, akupuntur, bekam, urut, dan sebagainya. Semakin banyak pusat rawatan alternatif diwujudkan di bandar-bandar dan kampung kerana mendapat sambutan daripada orang ramai. Isi 1 Keberkesanan dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik, kritikal, kes kecemasan atau dianggap tiada harapan untuk sembuh. Sesetengah rawatan alternatif dapat menyelesaikan penderitaan pesakit terutamanya penyakit-penyakit yang wujud akibat buatan orang. Rawatan bagi penyakit sebegini hanya boleh disembuhkan melalui bomoh. Bukti rawatan menyebabkan timbul keyakinan dalam kalangan orang ramai tentang keberkesanan rawatan alternatif. Isi 2 Kaedah rawatan alternatif lebih selamat, berkesan dan semula jadi. Perubatan alternatif yang menggunakan teknik urutan nyata berbeza daripada rawatan moden yang merawat melalui teknik pembedahan. Oleh itu, masyarakat lebih serasi dengan rawatan alternatif bagi mengubati penyakit berkaitan saraf kerana tiada proses pembedahan. Kesannya pula adalah baik dan mujarab untuk mengubati penyakit berkaitan saraf seperti patah, , lumpuh, dan strok. Isi 3 Kesan penyembuhan memakan masa yang lebih pantas melalui perubatan alternatif. Rawatan alternatif tidak menggunakan cara pembedahan dan tiada kesan luka. Rawatan penyakit kronik seperti kanser tidak menggunakan teknologi tinggi seperti laser dan kemoterapi. Rawatan alternatif hanya menggunakan ubat-ubat tradisional berasaskan alam semulajadi. Isi 4 Kos rawatan menggunakan rawatan alternatif lebih murah berbanding dengan rawatan moden. Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit menggunakan bahanbahan asli yang didapati daripada tumbuhan, akar kayu, dan daun-daun herba. Sebagai contohnya, herba yang digunakan untuk merawat penyakit seperti belalai gajah, pegaga, tunjuk langit, hempedu bumi, tongkat ali, kacip fatimah, dan sebagainya. Kos untuk ubatubatan juga lebih murah. Isi 5 Rawatan alternatif kurang kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden. Rawatan alternatif menggunakan ramuan asli bukan peralatan atau ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan. Rawatan moden banyak menggunakan ubatubatan yang diperbuat daripafa bahan kimia memberikan kesan yang tidak baik terhadap buah Penutup Terdapat banyak sebab yang mendorong masyarakat memilih rawatan alternatif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menaiktaraf perubatan altermatif tetapi perlu kawalan daripada Kementerian Kesihatan. Dengan ini diharapkan rawatan alternatif Malaysia terkenal di persada dunia, penggunaan meluas.


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 6: PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU Pendahuluan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Bahasa Melayu diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Namun begitu, masih ramai pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik, terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan. Terdapat pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan seseorang pelajar tidak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Isi 1 Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran lisan harus bermula dengan penguasaan aspek tatabahasa yang baik terutama dari segi pembinaan ayat yang gramatis. Idea yang hendak disampaikan menjadi kurang berkesan apabila penguasaan aspek tatabahasa kita lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana menyampaikan idea secara lisan tidak sama dengan menulis. Kemahiran lisan memerlukan kita bercakap secara spontan. Isi 2 Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina, Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, dan sebagainya. Pelajar Melayu pula dipengaruhi oleh dialek-dialek daerah apabila bercakap secara lisan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Isi 3 Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan am. Akibatnya, penyampaian mereka tersekat-sekat kerana kurang keyakinan. Mereka selalu kehilangan idea kerana tidak pernah membaca. Isi 4 Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar tidak diajar untuk berkomunikasi secara lisan dengan betul. Mereka diajar caracara untuk lulus dengan cemerlang daa Isi 5 Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas. Komunikasi menjadi tidak lancar. Keadaan ini menyebabkan mereka kehilangan idea untuk mengulas sesuatu perkara kerana tidak dapat menyampaikan isi perbincangan dengan bahasa yang lancar. Isi 6 Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan. Pelajar terbawa-bawa dengan bahasa daripada laman sosial seperti “Facebook”, “WhatApps”,dan sebagainya. Penggunaan media sosial yang terlalu kerap telah mempengaruhi pelajar sehingga tidak tahu membezakan yang betul dan yang salah semasa berkomunikasi Penutup Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu baku sangat penting. Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan imej negara.


ISU KEMASYARAKATAN TAJUK FOKUS 7: PUNCA HUBUNGAN KELUARGA SEMAKIN RENGGANG Pendahuluan Pada masa dahulu, hubungan kekeluargaan lebih erat dan akrab berbanding pada masa ini. Semua anggota keluarga saling mengenal dan mengambil berat antara satu sama lain. Akibat arus pemodenan, hubungan kekeluargaan tampaknya semakin renggang. Banyak faktor yang menjadi punca kerenggangan hubungan kekeluargaan. Isi 1 Pada pendapat saya, hubungan sesebuah keluarga semakin renggang disebabkan ahli keluarga sibuk bekerja dan melakukan urusan masing-masing. Ibu bapa turun awal pagi balik lewat petang, anak-anak pula sibuk bersekolah atau mengikuti pelbagai program yang adakan di sekolah. Akibatnya, ahli keluarga jarang berjumpa untuk berbual-bual, makan bersama, bersenam dan lain-lain lagi. Isi 2 Perbezaan taraf hidup menyebabkan ada ahli keluarga yang tergamak menyisihkan ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga yang berjaya sehingga hidup mewah dan berjawatan tinggi selalu menyisihkan ahli keluarga yang bekerja sebagai buruh dan petani. Keadaan ini disebabkan mereka tidak mahu orang lain melihat keturunan mereka yang bekerja sebagai kuli atau tidak setaraf dengan mereka. Isi 3 Kerenggangan hubungan ahli keluarga juga disebabkan oleh pergaduhan berebutkan harta pusaka terutamanya tanah pusaka. Perebutan harta menyebabkan ada ahli keluarga yang menjauhkan diri daripada keluarga. Terdapat ahli keluarga yang menyimpan dendam terhadap ahli keluarga yang lain hingga ada yang nekad berpatah arang berkerat rotan dengan darah daging sendri.’ Isi 4 Kehidupan pada zaman moden menyebabkan ada dalam kalangan ahli keluarga yang tidak pandai bersosial dengan orang lain terutamanya ahli keluarga sendiri. Golongan ini takut dikatakan sombong kerana mereka tidak tahu cara memulakan perbualan apabila berdepan dengan ahli keluarga. Oleh itu, mereka tidak suka menziarahi ahli keluarga yang lain kerana segan atau rimas dengan situasi sebegitu. Isi 5 Punca hubungan keluarga semakin renggang kerana mereka terpaksa tinggal berjauhan dan jarang berjumpa. Setelah hidup berumah tangga ada ahli keluarga yang terpaksa berhijrah ke daerah, negeri, atau negara lain. Apabila sudah mempunyai ahli keluarga sendiri mereka fokus untuk membangunkan keluarga sendiri menyebabkan mereka tidak ada masa balik ke kampung untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain. Penutup Generasi pada masa sekarang tidak sepatutnya mengetepikan hubungan kekeluargaan hanya semata-mata untuk mengejar status, darjat dan kebendaan. Usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan merupakan usaha yang murni dan dituntut oleh agama. Walau apa pun yang terjadi dalam sesebuah keluarga, didikan agama dan moral harus ditancapkan ke dalam jiwa anak-anak agar mereka mengamalkan sikap-sikap yang terpuji. Ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, seperti kata pepatah, ‘bapa borek, anaknya rintik’. Anak-anak sebagai bakal pewaris kepimpinan negara harus dikuatkan jati dirinya dan diberikan tarbiah sebagai penyuluh supaya mereka dapat terus berjalan pada jalan yang terang dalam menghadapi masalah keluarga.


ISU KEMASYARAKATAN TAJUK FOKUS 8: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TINGGAL DI RUMAH PANGSA ATAU PANGSAPURI Pendahuluan Rumah pangsa merujuk kepada rumah yang bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. Manakala pangsapuri merupakan rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas serta dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan yang selesa. Kediaman sebegini boleh ditemui di kawasan pinggir bandar dan di sekitar ibu kota. Terdapat kebaikan dan keburukan rumah pangsa dan pangsapuri. Kebaikan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri Isi 1 Kebaikan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana lokasi yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah kota dan berhampiran dengan tempat kerja. Kebanyakkan rumah pangsa/ pangsapuri.tedapat akses mudah untuk ke tempat-tempat strategik seperti hospital, sekolah, pusat membeli belah dan pusat hiburan. Lokasi yang strategik ini dapat memjimatkan masa orang ramai. Mereka dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Isi 2 Masyarakat memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana kemudahan yang lengkap. Kebanyakkan rumah jenis ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat kecergasan, kolam renang, taman permainan, trek berjoging, dan sistem parkir kereta yang canggih dan selamat yang diselia selama 24 jam. Kemudahankemudahan ini memberi keselesaan kepada penghuni. Isi 3 Rumah pangsa/ pangsapuri mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Penghuni mempunyai keyakinan terhadap dalam aspek keselamatan kerana kebanyakkan rumah jenis ini dilengkapi dengan sistem kawalan kad pintar. Penghuni atau pelawat perlu mengesahkan kad pintar di pintu pagar. Kad pintar juga diperlukan untuk mengaktifkan lif. Sebahagian besar rumah pangsa memiliki jeriji pada pintu masuk masuk apartmen. Terdapat pondok jaga dan pengawal keselamatan yang bertugas dari semasa ke semasa. Dengan ini, keselamatan penghuni lebih terjamin Isi 4 Penghuni memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana bersifat lebih privasi. Hal ini dikatakan demikian kerana lokasi sesetengah kediaman yang jauh daripada kesibukan kota memberi kesan privasi kepada penghuni. Kedudukan rumah yang tidak berhadapan secara langsung dengan rumah-rumah lain memberi keselesaan kepada penghuni, khususnya kepada mereka yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Penghuni tidak perlu risaukan orang yang suka ambil tahu hal orang lain. Isi 5 Pembinaan rumah pangsa/ pangsapuri di bandar-bandar besar dapat mengatasi masalah kekurangan tanah. Pembinaan rumah jenis ini dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah terutamanya di bandar-bandar besar. Dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan ruang dan kos pembinaan rumah/ bangunan kediaman. Kerajaan juga dapat mendirikan lebih banyak rumah jenis ini memandangkan trend penghijrahaan belia dari desa ke kota semakin meningkat.


Keburukan tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri ISI 6 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri menghadapi kesukaran untuk membuat kerjakerja pengubahsuaian rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang yang terhad membataskan kerja-kerja pengubah suaian rumah. Oleh itu, jika mereka tidak puas hati dengan susun atur bilik atau ingin menambahbaik ruang dalam rumah, mereka terpaksa membatalkan niat untuk mengubahsuai kerana ruang amat terhad untuk meletakkan bahan binaan dan alatan. Isi 7 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri berkemungkinan akan menghadapi masalah ketidakselesaan dengan karenah penghuni lain. Lokasi rumah yang saling berhimpitan menimbulkan ketidakselesaan apabila ada penghuni yang tidak menghormati penghuni lain. Oleh itu, penghuni perlu perlu menjaga tingkah laku/ tatatertib supaya tidak menganggu ketenteraman penghuni yang lain. Isi 8 Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri tiada interaksi antara jiran kerana bentuk rumah yang tidak berhadapan antara satu sama lain. Keadaan ini akan membataskan interaksi antara jiran. Penggunaan kad pintar untuk masuk ke kawasan kediaman turut membataskan pergaulan. Orang yang memiliki kad pintar itu sahaja yang boleh masuk ke kawasan kediaman. Isi 9 Remaja yang menjadi penghuni rumah pangsa/ pangsapuri mudah terjebak dalam gejala sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan yang terhad membataskan pergerakan penghuni. Ruang rumah yang sempit memberi tekanan kepada ahli keluarga penghuni. Kesannya, gejala melepak dan vandalisme yang tidak terkawal banyak berlaku. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja menimbulkan bermacam-macam masalah seperti bersekedudukan tanpa ikatan sah dan penyalahgunaan dadah. Isi 10 Rumah bertingkat seperti rumah pangsa/ pangsa puri telah menghalang aktiviti harian penghuni terutamanya bagi penghuni yang tinggal di tingkat paling atas. Mereka tidak dapat melakukan aktiviti seperti berkebun tidak dapat dilakukan kerana tiada ruang yang sesuai. Ruang rumah yang sempit menghalang mereka untuk bersenam. Jika kerajaan menyediakan kemudahan seperti padang dan taman, orang ramai akan berebut menggunakannya kerana bilangan penghuni yang ramai. Penutup Pembinaan rumah pangsa/ pangsapuri memang perlu terutama di kota metropilitan seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Georgetown. Akan tetapi, pihak pembinaan tidak boleh terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Ruang tangga dan koridor perlu diperbesar agar penghuni lebih selesa bergerak. Kemudahan lain seperti lif, taman permainan, dan padang juga perlu diperluas dan diperbanyak agar semua penduduk dapat menggunakan kemudahan tersebut.


ISU PENDIDIKAN TAJUK FOKUS 9: USAHA MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN KEPENTINGANNYA Pendahuluan Pembelajaran sepanjang hayat telah lama diamalkan di negara-negara maju. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasikan dan mengupayakan individu menguasai ilmu dan menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat untuk meluaskan pengalaman hidup. Pembelajaran sepanjang hayat menjadi asas penting untuk membina masyarakat dan negara yang bertamadun tinggi dan maju. Bagi mencapai status negara maju, pembelajaran sepanjang hayat menjadi satu kemestian di dalam usaha kerajaan menterjemah pelbagai inisiatif serta memastikan transformasi negara mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi mencapai kenyataan. Usaha menggalakkan PSH Isi 1 Strategi penting adalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah ini dapat meluaskan akses PSH melalui penggunaan sistem berasaskan web dan perkakasan mobil yang boleh diakses pelajar bila-bila masa, secara dalam talian. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini memasukkan elemen sidang video, sidang audio, nota multimedia, Web 2.0 (interaksi dan pengukuhan maya, Facebook dan media sosial) serta lain-lain bagi menyediakan pembelajaran fleksibel kepada warga industri yang mengikuti PSH, selari perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Isi 2 Agensi PSH akan dapat menyalurkan program yang mempunyai permintaan industri dan berimpak tinggi dilaksanakan kepada golongan sasaran, di samping mendapat faedah pemindahan kepakaran dan kemahiran kepada pengajar terbabit. Dalam usaha membantu masyarakat menyertai PSH, kerajaan perlu menyediakan dana dan ia hendaklah disokong mekanisme pembiayaan bagi golongan pekerja yang terbabit dengan program berkenaan. Agensi yayasan negeri, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan parti politik dicadangkan mewujudkan dana dan pinjaman kepada golongan sasar. Untuk membantu menggalakkan majikan membenarkan pembabitan pekerja di dalam program PSH, dicadangkan insentif pengecualian cukai dan kemudahan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur dan kemudahan diperuntukkan kepada majikan yang menyokong agenda program itu. Isi 3 Kerajaan perlu memberi penekanan kepada kesinambungan dan pengiktirafan PSH dengan memperkukuhkan kerangka sedia ada (P&P, tadbir urus, syarat kemasukan dan penilaian program) dengan mewujudkan Pusat Nasional Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan program PSH. Pusat itu akan menyelaras aktiviti jaminan kualiti dan pengiktirafan program membabitkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta memastikan masyarakat dan industri yakin dengan penawaran program PSH. Isi 4 Hubungan strategik di antara agensi pembelajaran sepanjang hayat dan industri berkaitan dapat memberi faedah bersama menerusi perkongsian program, kepakaran, kemudahan infrastuktur, pemindahan kemahiran dan teknologi. Faedah yang didapati oleh industri adalah peluang peningkatan kemahiran pekerja di samping menjadikan kolaborasi ini sebagai salah satu sumbangan atau tanggungjawab social


kepada komuniti. Agensi PSH akan dapat menyalurkan program pembelajaran sepanjang hayat yang mempunyai permintaan industri dan berimpak tinggi untuk dilaksanakan kepada golongan sasaran disamping mendapat faedah pemindahan kepakaran dan kemahiran kepada pengajar yang terlibat. Isi 5 Dalam usaha membantu masyarakat menyertai program pembelajaran sepanjang hayat, pihak kerajaan perlu menyediakan dana untuk terlibat di dalam aktiviti dan program pembelajaran sepanjang hayat. Pendanaan ini juga haruslah disokong dengan mekanisma pembiayaan bagi golongan pekerja yang terlibat dengan program. Agensi Yayasan Negeri, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan antarabangsa dan parti politik dicadangkan untuk mewujudkan dana dan pinjaman kepada golongan sasaran yang berkaitan. Selain itu, untuk membantu menggalakkan majikan membenarkan penglibatan pekerja di dalam program pembelajaran sepanjang hayat, dicadangkan insentif pengecualian cukai dan kemudahan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur dan kemudahan diperuntukan kepada majikan yang menyokong agenda program pembelajaran sepanjang hayat. Kepentingan PSH Isi 6 PSH akan meningkatkan minat seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Ilmu yang diperoleh akan menjadikan seseorang lebih yakin dengan pekerjaan mereka. Sesetengah pekerja yang sudah kehilangan minat, belajar sesuatu yang baru dapat menyemarakkan semangat mereka dan membantu mereka menjadi termotivasi lagi untuk mencapai matlamat kerjaya mereka. Ilmu baharu yang dipelajari akan menjadikan kita lebih positif dan kreatif. Isi 7 PSH akan melahirkan masyarakat yang berilmu yang mampu meningkatkan ekonomi negara. Perubahan persekitaran baharu dunia di era globalisasi mencorakkan ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi. Ekonomi berasakan pengetahuan menjadi keutamaan bagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara. Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa ini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau pengguna teknologi. Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan sesebuah negara itu ialah rakyat. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara. Penutup Pembelajaran sepanjang hayat mestilah dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya dan gaya hidup bagi membolehkan masyarakat menyesuiakan diri dengan arus globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini. Kerajaan menekankan agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang merupakan agenda utama negara dalam memastikan masyarakat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran dan perkara ini disokong oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020. Ini adalah tonggak dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara kompetitif dan ada kelebihan bersaing, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan telah menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan yang relevan dengan kehendak industri.


ISU SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK FOKUS 10: NOVEL CARONAVIRUS ATAU COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Pendahuluan Novel Caronavirus bermula di Wuhan, China dinamakan sebagai COVID-19. Virus ini merupakan sejenis virus yang lazimnya akan menjangkiti saluran pernafasan. Novel Caronavirus ini merupakan spesies virus baharu yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini boleh merebak saksama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini sama seperti jangkitan selsema yang lain, bezanya pesakit akan mengalami komplikasi yang lebih teruk terutamanya bagi golongan yang lemah imunisasi badan. Sehingga Mac 2021, jumlah pesakit yang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia melebihi 115 juta orang dengan jumlah kematian melebihi 2 juta orang. Malaysia mencatat kes melebihi 300,000 dengan 1141 kematian. Isi 1 Kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 yang dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga Februari 2022. Matlamat imunisasi Covid-19 ini untuk memutuskan rantaian wabak penyakit. Kedua, adalah untuk melindungi kita semua daripada terus dicengkam wabak dan ketiga untuk mengembalikan semula ekonomi negara serta kehidupan normal seluruh rakyat. Vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar yang dibuktikan melalui sains perubatan. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan, vaksin dibina untuk mencegah sesuatu penyakit. Bagi Covid-19, vaksin ini ditemui dan dibina oleh beberapa syarikat pengeluar dan semuanya dihasilkan berlandaskan kajian bahawa vaksin yang kita berikan kepada rakyat adalah berkesan, selamat dan stabil. Isi 2 Kita harus mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan. Sekiranya kita berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini, kita harus sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan. Kita mesti mengelakkan diri dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan. Kita juga harus tidak mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. Isi 3 Orang ramai perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat. Sekiranya anda baru pulang daripada manamana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut Isi 4 Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan diri kita menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan. Asasnya ialah semakin dekat kita dengan orang yang telah dijangkiti COVID-19 semakin tinggi peluang untuk kita terkena jangkitan. Jarak satu meter ini disokong WHO dan majoriti negara menggunakan jarak ini sebagai jarak minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk Malaysia.


Isi 5 Kita harus membiasakan diri dengan amalan Bekerja dari Rumah (BDR). Ketika penularan COVID-19, bekerja dari rumah membantu mengurangkan risiko jangkitan melalui kurangnya kontak langsung antara pekerja dengan mereka yang berpotensi menjadi pembawa virus. Keadaan ini ditambah dengan penyebaran wabak ini yang juga boleh berlaku bagi mereka yang tidak mempunyai tanda-tanda awal jangkitan. Penjarakan sosial (social distancing) dapat dijalankan dan hal ini akan dapat memutuskan rangkaian COVID-19 dan menjadi antara mekanisma kawalan. Penutup Semua rakyat Malaysia seharusnya mengikuti arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM dan pakar kesihatan yang diiktiraf dari masa ke semasa dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini. Usah kita terperangkap dengan berita dan nasihat palsu di media sosial atau promosi ubatan dan makanan tambahan yang meragukan. Kita harus terus menjaga kesihatan, kebersihan diri, kerap mencuci tangan, menggunakan topeng muka semasa keluar dari rumah, menggelakkan tempat yang dikunjungi ramai orang, menjaga jarak sosial dan lain-lain bagi memastikan kita sama-sama berusaha memutuskan rantaian jangkitan virus ini.


ISU KEMASYARAKATAN TAJUK FOKUS 11: KEPENTINGAN TAMAN REKREASI Pendahuluan Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu langkah bijak. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul. Isi 1 Taman rekreasi merupakan syurga bagi kanak-kanak yang dahagakan kebebasan. Umum mengetahui bahawa dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehingga menyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan perumahan menjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan melepaskan perasaan mereka sebagai kanak-kanak. Hidup kanakkanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman rekreasi. Isi 2 Taman rekreasi menjadi tempat berkumpul ahli keluarga dan jiran tetangga pada masa lapang atau pada hujung minggu. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman ini dan sementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut menunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat. Mereka akan saling mengenali dan bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai perkara. Isi 3 Taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak kejiranan. Majlis seperti majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah terbuka boleh dijalankan di kawasan taman rekreasi itu. Kawasannya yang luas dan selalunya di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan untuk semua pihak datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama kos majlis mampu dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan hotel. Isi 4 Taman rekreasi boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah bekerja. Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di sekitarnya memberi satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di pejabat. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan seseorang itu memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupannya. Isi 5 Taman reakreasi akan mencantikkan dan menceriakan lagi persekitaran sesuatu kawasan perumahan. Kawasan perumahan akan lebih menarik kalau mempunyai taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut terhasil dengan kewujudan taman ini. Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan suasana nyaman mastih wujud di kawasan perumahan tersebut. pokok pokok yabng ditanam di sekitar tamanrekreasi juga mampu melahirkan suasana yang aman dan damai bagi orang orang yang beristerihatstelah penat bekerja .taman rekreasi juga mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat yangingin bersenam , berjoging dan melakukan senaman ringan di waktu pagi dan petang Penutup Kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi wajib dibina oleh pemaju perumahan.Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju perumahan tidak berdolak-dalih dalampembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana sudah agak lama isu ini dibiarkan tanpadiberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju perumahan seharusnya menggunakan taman rekreasisebagai unsur penting dalam mengiklankan projek perumahan mereka.


ISU PENDIDIKAN TAJUK FOKUS 11: BULI DI SEKOLAH: PUNCA, KESAN, DAN LANGKAH Pendahuluan Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam. Gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Punca berlakunya kes buli di sekolah. (huraian tidak boleh umum, perbincangan harus berfokus kepada bagaimana punca yang dinyatakan menyebabkan pembuli melakukan buli ke atas mangsa. Huraian yang umum tidak akan mendapat markah) Isi 1 Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini. Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli. Isi 2 Kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Isi 3 Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif. Isi 4 Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko amatlah bahaya. Kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti membuli. Isi 5 Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.


Kesan buli ke atas mangsa Isi 6 Kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Isi 7 Mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Isi 8 Gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Isi 9 Kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan kecacatan seumur hidup serta kematian. Pembuli yang kejam biasanya menggunakan objek tajam seperti pisau, sterika panas, dan memukul mangsa dengan objek keras seperti kayu sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Banyak kes yang mengakibatkan kematian sehingga pembuli diadili di mahkamah. Langkah pencegahan kes buli di sekolah (huraian tidak boleh umum, huraian mesti membincangkan bagaimana langkah yang dicadangkan itu dapat mengatasi buli sahaja) Isi 11 Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Isi 12 Para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguhsungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Isi 13 Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.


Isi 14 Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling motivasi kepada pelajar yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Dengan ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Isi 15 Peranan media massa amat penting sebagai wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. Penutup Kesimpulannya, masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana jika gejala ini menjadi semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.


TEKNIK MENULIS KARANGAN TINGKATAN ENAM LANGKAH 1: MEMBACA SOALAN Amalan berbudi bahasa amat penting dan perlu menjadi budaya rakyat negara ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. 2013 LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN Apabila memilih soalan untuk dijawab, calon harus tentukan mengecam tiga perkara penting dalam soalan iaitu, tema, isi utama, dan tugasan. Tema Amalan berbudi bahasa Isu utama Generasi muda yang berbudi bahasa Tugasan Langkah-langkah melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa LANGKAH 3 : MEMBINA RANGKA PENDAHULUAN UNSUR PELENGKAP UNSUR PERSOALAN JAWAPAN PERSOALAN Tema Amalan berbudi bahasa Definisi Apakah makna amalan berbudi bahasa? (ikut pemahaman calon) - Sentiasa amalkan budaya sopan santun - Bercakap dengan nada lemah lembut - Menghormati dan memuliakan orang lain tanpa mengira umur, pangkat, darjat, agama, dan bangsa. Isu utama Generasi muda yang berbudi bahasa Situasi sebenar yang boleh dikaitkan/ contoh/ isu semasa - Semakin diabaikan oleh generasi muda - Tidak menghormati orang tua - Suka bercakap kasar tanpa rasa malu Tugasan Langkah-langkah melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa


LANGKAH 4 : MENULIS PENDAHULUAN Amalan berbudi bahasa merupakan budaya yang mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam diri setiap individu. Orang yang mengamalkan amalan berbudi bahasa sentiasa bercakap dengan nada yang lemah lembut. Mereka akan menghormati dan memuliakan orang lain tanpa mengira umur, pangkat, darjat, agama, dan bangsa seseorang. Walau bagaimanapun, generasi muda masa kini semakin mengabaikan amalan berbudi bahasa dalam pergaulan sehari-harian mereka. Mereka tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga tidak berasa malu mengujarkan kata-kata yang kasar dan kesat di khalayak ramai. Oleh itu, langkah-langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa akan dihuraikan demi kepentingan bersama. (96 patah perkataan) LANGKAH 5 : MEMIKIRKAN ISI KARANGAN (BERDASARKAN TUGASAN) Langkah-langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa 1. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak 2. Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid-murid. 3. Pihak sekolah harus mengiktiraf murid yang mengamalkan amalan berbudi bahasa melalui anugerah 4. Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat. 5. Generasi perlu mendalami ilmu dan ajaran agama masingmasing.


PENGIMPLEMENTASIAN TEKNIK BORPIKA LANGKAH 6 : MERANGKA ISI 1 ISI HURAIAN APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak Tidak bercakap kasar di depan anak-anak Percakapan ibu bapa akan ditiru oleh anakanak mereka Anak-anak sentiasa bersopan santun apabila bercakap Menegur anak jika berkelakuan tidak sopan Anak-anak tidak sedar kata-kata mereka boleh menyakiti hati orang lain Anak-anak akan berhati-hati apabila bercakap Menekankan amalan berbudi bahasa di rumah Amalan berbudi bahasa harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil Akan menjadi amalan mereka selama-lamanya LANGKAH 7 : MENULIS ISI 1 Pada pendapat saya, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Ibu bapa tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa kasar di hadapan anak-anak kerana mereka terdorong untuk meniru percakapan orang tua mereka. Dengan ini, anak-anak akan sentiasa bersopan santun apabila bercakap. Ibu bapa juga harus menegur anakanak mereka jika berkelakuan tidak sopan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak tidak sedar bahawa kata-kata mereka boleh menyakiti hati orang lain. Hasilnya, mereka akan lebih berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan. Amalan berbudi bahasa harus dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan sentiasa berbudi bahasa walaupun mereka berjauhan dengan ibu bapa. 107 patah perkataan


LANGKAH 8 : MERANGKA ISI 2 ISI HURAIAN APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid-murid. Prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan diberikan penekanan Murid-murid perlu diberikan pendedahan tentang adab dan tatasusila Tahu memberi salam, meminta maaf, dan sebagainya Elemen budi bahasa menjadi salah satu aspek penilaian kokurikulum Murid-murid akan belajar cara-cara menjaga perlakuan dan tatasusila Susana akan menjadi lebih harmoni dan ceria LANGKAH 9 : MENULIS ISI 2 Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan muridmurid. Prinsip Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan harus dimasukkan dalam sukatan pelajaran semua jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murd-murid perlu diberikan pendedahan tentang adab dan tatasusila bangsa Malaysia. Hasilnya, mereka akan tahu memberikan salam, memohon maaf, dan merendah diri semasa bergaul dengan orang lain. Seterusnya, elemen budi bahasa perlu menjadi salah satu aspek yang dinilai dalam memberikan markah kokurikulum supaya pelajar sedar akan kepentingannya. Dengan ini, susana semasa perjumpaan kokurikulum akan menjadi lebih ceria dan harmoni. 90 patah kata


LANGKAH 10 : MERANGKA ISI 3 ISI HURAIAN APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA Pihak sekolah harus mengiktiraf murid yang mengamalkan amalan berbudi bahasa melalui anugerah Anugerah Pelajar Cemerlang – aspek penilaian amalan berbudi bahasa Amalan berbudi bahasa harus menjadi amalan pelajar sepanjang masa berada di sekolah Mendapat pengiktirafan dan penghargaan hasil daripada kelakuan yang baik Memberi penghargaan kepada murid-murid yang menolong rakan dan guru Mendorong murid supaya lebih bersemangat melakukan kebaikan Amalan bantumembantu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim LANGKAH 11 : MENULIS ISI 3 Pihak sekolah harus memberikan pengiktirafan terhadap murid-murid yang sentiasa menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai rutin harian mereka. Salah satu aspek yang perlu menjadi kriteria penilaian calon yang mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang ialah aspek budi bahasa. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menjaga peradaban dan tatasusila baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Hasilnya, mereka akan mendapat pengiktirafan dan penghargaan berkat kelakuan yang baik dan keperibadian yang terpuji. Muridmurid yang melakukan kebaikan dan perlakuan terpuji harus dijadikan ikon atau suri tauladan kepada muridmurid lain. Dengan ini, murid-murid lain akan lebih bersemangat untuk melakukan amalan terpuji. Secara tidak langsung kita dapat memupuk budaya bantu membantu dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan murid di sekolah. 111 patah perkataan


LANGKAH 12 : MERANGKA ISI 4 ISI HURAIAN APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Program Latihan Khidmat Negara perlu diteruskan dan diperkasakan pengisian Membina keperibadian mulia dan terpuji dalam kalangan generasi muda Lahirnya modal insan yang berbudi bahasa dan bersemangat waja Hari Belia Negara perlu disambut di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti Generasi muda dapat membina keyakinan diri dalam pelbagai aspek Lahirnya generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi berbudi perkerti mulia LANGKAH 13 : MENULIS ISI 4 Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat agar mereka lebih peka tentang kepentingan amalan berbudi bahasa. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan diperkasakan pengisiannya dengan modul yang bermanfaat. Modul Fit4Life, Service Learning, Malaysiaku, dan Kerohanian mampu membina keperibadian mulia dan terpuji dalam kalangan generasi muda yang mengikuti PLKN. Natijahnya, kita dapat melahirkan modal insan yang bukan sahaja cintakan negara tetapi berkeperibadian mulia dan bersemangat waja. Hari Belia Negara perlu diraikan secara menyeluruh di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina keyakinan diri para belia. Hasilnya, generasi muda yang bukan sahaja berilmu malahan berbudi pekerti mulia dapat dilahirkan di negara kita. 109 patah perkataan


LANGKAH 14 : MERANGKA ISI 5 ISI HURAIAN APA BAGAIMANA MENGAPA IMPAKNYA Generasi perlu mendalami ilmu dan ajaran agama masingmasing. Ajaran agama mengajar seseorang supaya berkelakuan baik dan terpuji Memberikan kesedaran kepada generasi muda supaya bersikap terbuka dan bersederhana Tahu membezakan baik dan buruk setiap perbuatan yang dilakukan Menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing Generasi muda terdorong untuk melakukan kebaikan secara sukarela Lahirnya generasi yang mudah membantu orang yang memerlukan LANGKAH 15 : MENULIS ISI 5 Generasi muda harus mendalami ilmu dan ajaran agama masing-masing untuk membina adab dan keperibadian diri. Umum mengetahui bahawa ajaran agama mengajar seseorang supaya berkelakuan baik dan terpuji. Generasi muda yang sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan akan sentiasa sedar akan kesilapan dan kertelanjuran diri. Mereka tahu membezakan membezakan baik atau buruk setiap perbuatan yang mereka lakukan. Generasi muda juga harus menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk melakukan kebaikan secara sukarela. Mereka mudah membantu orang yang memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. 86 patah perkataan


LANGKAH 16 : MERANGKA KESIMPULAN Pendirian calon Rakyat Malaysia memang terkenal melalui amalan berbudi bahasa Cadangan perlu berusaha untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Harapan Diharapkan lahirnya generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia Peringatan Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak manapun kekayaan kita, tanpa budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita. LANGKAH 17 : MENULIS KESIMPULAN Kesimpulannya, rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan berbudi bahasa yang terpuji. Oleh itu, semua pihak perlu berusaha dan bekerjasama untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Mudah-mudahan, kita mampu melahirkan generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak manapun kekayaan kita, jika tiada budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita.


KARANGAN LENGKAP Amalan berbudi bahasa merupakan budaya yang mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam diri setiap individu. Orang yang mengamalkan amalan berbudi bahasa sentiasa bercakap dengan nada yang lemah lembut. Mereka akan menghormati dan memuliakan orang lain tanpa mengira umur, pangkat, darjat, agama, dan bangsa seseorang. Walau bagaimanapun, generasi muda masa kini semakin mengabaikan amalan berbudi bahasa dalam pergaulan sehari-harian mereka. Mereka tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga tidak berasa malu mengujarkan kata-kata yang kasar dan kesat di khalayak ramai. Oleh itu, langkah-langkah untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa akan dihuraikan demi kepentingan bersama. Pada pendapat saya, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. Ibu bapa tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa kasar di hadapan anak-anak kerana mereka terdorong untuk meniru percakapan orang tua mereka. Dengan ini, anak-anak akan sentiasa bersopan santun apabila bercakap. Ibu bapa juga harus menegur anakanak mereka jika berkelakuan tidak sopan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak tidak sedar bahawa kata-kata mereka boleh menyakiti hati orang lain. Hasilnya, mereka akan lebih berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan. Amalan berbudi bahasa harus dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan sentiasa berbudi bahasa walaupun mereka berjauhan dengan ibu bapa. Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan muridmurid. Prinsip Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan harus dimasukkan dalam sukatan pelajaran semua jenis kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murd-murid perlu diberikan pendedahan tentang adab dan tatasusila bangsa Malaysia. Hasilnya, mereka akan tahu memberikan salam, memohon maaf, dan merendah diri semasa bergaul dengan orang lain. Seterusnya, elemen budi bahasa perlu menjadi salah satu aspek yang dinilai dalam memberikan markah kokurikulum supaya pelajar sedar akan kepentingannya. Dengan ini, susana semasa perjumpaan kokurikulum akan menjadi lebih ceria dan harmoni.


Pihak sekolah harus memberikan pengiktirafan terhadap murid-murid yang sentiasa menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai rutin harian mereka. Salah satu aspek yang perlu menjadi kriteria penilaian calon yang mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang ialah aspek budi bahasa. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menjaga peradaban dan tatasusila baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Hasilnya, mereka akan mendapat pengiktirafan dan penghargaan berkat kelakuan yang baik dan keperibadian yang terpuji. Muridmurid yang melakukan kebaikan dan perlakuan terpuji harus dijadikan ikon atau suri tauladan kepada muridmurid lain. Dengan ini, murid-murid lain akan lebih bersemangat untuk melakukan amalan terpuji. Secara tidak langsung kita dapat memupuk budaya bantu membantu dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan murid di sekolah. Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat agar mereka lebih peka tentang kepentingan amalan berbudi bahasa. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan dan diperkasakan pengisiannya dengan modul yang bermanfaat. Modul Fit4Life, Service Learning, Malaysiaku, dan Kerohanian mampu membina keperibadian mulia dan terpuji dalam kalangan generasi muda yang mengikuti PLKN. Natijahnya, kita dapat melahirkan modal insan yang bukan sahaja cintakan negara tetapi berkeperibadian mulia dan bersemangat waja. Hari Belia Negara perlu diraikan secara menyeluruh di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina keyakinan diri para belia. Hasilnya, generasi muda yang bukan sahaja berilmu malahan berbudi pekerti mulia dapat dilahirkan di negara kita. Generasi muda harus mendalami ilmu dan ajaran agama masing-masing untuk membina adab dan keperibadian diri. Umum mengetahui bahawa ajaran agama mengajar seseorang supaya berkelakuan baik dan terpuji. Generasi muda yang sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan akan sentiasa sedar akan kesilapan dan kertelanjuran diri. Mereka tahu membezakan membezakan baik atau buruk setiap perbuatan yang mereka lakukan. Generasi muda juga harus menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk melakukan kebaikan secara sukarela. Mereka mudah membantu orang yang memerlukan tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Kesimpulannya, rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan berbudi bahasa yang terpuji. Oleh itu, semua pihak perlu berusaha dan bekerjasama untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.


Mudah-mudahan, kita mampu melahirkan generasi muda yang berilmu dan berkeperibadian mulia demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Setinggi manapun ilmu kita, segah manapun pangkat kita, sebanyak manapun kekayaan kita, jika tiada budi bahasa, orang ramai tidak akan menghormati kita. 653 patah perkataan


CATATAN CIKGU ZUL Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) STPM, Bahagian C, iaitu Penulisan Karangan memperuntukan markah sebanyak 50% kepada calon. Calon yang mahu mendapat Gred A haruslah mendapat markah dalam lingkungan 35 hingga 50%. Penulisan karangan di Tingkatan Enam amat berbeza dengan penulisan karangan semasa berada di Tingkatan Lima. Pelajar perlu menghuraikan isi karangan dengan matang sesuai dengan tahap umur pelajar yang berada dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun. Penggunaan bahasa yang bombastik dan peribahasa tidak banyak membantu calon memperoleh markan. Kesalahan sintaksis, fakta, dan semantik dalam ayat yang dibina akan menjejaskan markah calon secara keseluruhannya. Semoga modul ini mendatangkan manfaat kepada anda. SEMOGA BERJAYA Yang Ikhlas Berkongsi Ilmu Cikgu Zulkarnain Farhin Abdullah @ Philip Seli Sibu, Sarawak.


Click to View FlipBook Version