INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NUR HAZWANI BINTI ZULKIFLI
ANGKA GILIRAN 2020192310134
NOMBOR KAD PENGENALAN 011025-01-1560
KUMPULAN PPISMP (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Isi kandungan
Bil. Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Alat-alat berfikir CoRT1 2-9
2.1 plus, minus, interesting (PMI)
2.2 consider all factors (CAF)
2.3 consequence and sequal (C&S)
2.4 aims, goals, objectives (AGO)
2.5 first important priorities (FIP)
2.6 alternatives, possibilities, choices (APC)
2.7 other point of view (OPV)
3.0 Rumusan 9
Rujukan 10
1.0 PENGENALAN
Kemahiran belajar merupakan suatu kecekapan atau keupayaan yang menjadi satu
perkara yang mesti dikuasai oleh setiap pelajar. Dengan itu, pelajar dapat
mengaplikasikannya dalam mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara
kendiri dengan baik. Cara belajar yang efektif dan berkesan merupakan satu
gabungan dari kepelbagaian strategi dan kemahiran belajar. Setiap kemahiran dan
strategi tersebut mestilah bersesuaian dengan konteks, suasana, tempat dan masa
yang tertentu. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada
gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang digunakan oleh
pelajar untuk memperoleh maklumat dan hasil kajian. Terdapat banyak keperluan dan
kepentingan kemahiran belajar. Antaranya melatih pelajar memproses maklumat
secara pantas, memupuk disiplin kendiri setiap pelajar, membantu pelajar mencari
dan memperoleh maklumat dari pelbagai sumber dan banyak lagi. Hewitt (1973)
menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dalam
mencapai skor yang baik adalah disebabkan mereka mempunyai masalah dalam
kaedah pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, dalam merealisasikan kemahiran belajar, pelajar
harus tahu mengenai alat-alat berfikir. Alat berfikir adalah alat yang membantu
meningkatkan kemahiran berfikir seperti dapat berfikir dengan lebih berkesan, dapat
mengelakkan keputusan atau tindakan yang terburu-buru serta dapat menyampaikan
idea yang lebih baik, jelas dan lebih mudah difahami. Antara alat berfikir yang boleh
digunakan ialah pengurusan grafik (GO), peta minda, soalan dan penyoalan dan juga
CoRT 1. Peta minda merupakan satu lakaran grafik dengan tajuk, atau isi utama yang
diletakkan dibahagian tengah kemudian dikembang dan dicambahkan di
sekelilingnya. Soalan dan penyoalan pula merujuk kepada alat rangsangan untuk
memperoleh maklumat, memahami sesuatu dan menilai bakat serta kebolehan
seseorang. Seterusnya, pengurusan grafik atau dipanggil sebagai Grafik Organiser
(GO) merupakan satu bentu lakaran atau ilustrasi.
Alat CoRT1 adalah Cognitive Research Trust. Ia diasaskan oleh Edward de
Bono pada tahun tahun 1970-an. Penggunaan CoRT1 berperanan menggalakkan
seseorang berfikir secara lateral thinking iaitu meluaskan pandangan dan vertical
thinking iaitu melihat secara mendalam. Ciri-ciri pemikiran lateral antaranya ialah
1
brainstorming bermaksud idea dari sumbangsaran, terdapat perubahan anjakan
paradigma dan melibatkan proses intuisi, evolusi dan idea yang dihasilkan mestilah
idea yang baru dan asli. Alat CoRT1 juga merupakan instrumen yang akan
diaplikasikan untuk meningkatkan kualiti pemikiran individu dalam berhadapan situasi
yang memerlukan jalan penyelesaian. Menurut Poh Swee Hilang (2009), alat CoRT1
berfungsi memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, kritis dan
konstruktif.
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1
2.1 PLUS, MINUS, INTERESTING (PMI)
Plus, minus, interesting bermaksud kebaikan, keburukan dan menarik. PMI
merupakan satu cara melihat idea dari segi tiga perspektif iaitu baik, buruk dan
tidak baik dan tidak buruk tetapi difikirkn menarik. PMI berkait dengan
penggunaan sikap berfikiran terbuka. Disamping seseorang memutuskan
untuk suka atau tidak pada suatu idea, seseorang itu perlu mencari sisi yang
baik (P-PLUS), buruk (M-MINUS), dan perkara yang menarik (I-
INTERESTING) tentang suatu idea tersebut. Perkara yang menarik tentang
sesuatu idea tersebut tidak semestinya melihat kepada sisi baik sahaja, boleh
jadi sisi yang buruk itu menjadi perkara menarik berkenaan idea tersebut. Ini
kerana ia diambil kira berdasarkan isi yang sepatutnya diperhatikan. PMI
dalam pengajaran karangan adalah berfokus untuk meluaskan fikiran pelajar
tentang suatu tajuk atau sebarang permasalahan yang dikemukakan oleh guru
dengan cara mempertimbangkan secara khusus dari aspek kebaikan,
keburukan dan perkara-perkara yang menarik mengenai masalah atau tajuk
teresebut. Daripada penjelasan itu, dapat disimpulkan bahawa alat PMI sesuai
digunakan untuk mencari isi-isi yang berkaitan dengan tajuk karangan.
Kaedah dan Langkah menggunakan alat ini adalah menyenaraikan
semua yang baik, kemudian menyenaraikan semua yang buruk, seterusnya
menyenaraikan semua yang menarik. Penggunaan alat ini dapat melatih
seseorang meluaskan pemikiran dan pandangan terhadap suatu situasi dan
mengelakkan daripada beremosi agar dapat mengembangkan idea dan
cadangan. Pelajar juga diberi peluang untuk berfikir dengan cara setiap pelajar
2
diarah untuk mengenalpasti, mengklasifikasi, membuat banding beza serta
mentafsir setiap idea dan pandangan yang diutarakan oleh kawan-kawan yang
lain. PMI digunakan untuk meluaskan sudut pendapat dan pandangan. Ia
membantu dalam mengerahkan minda kesemua arah yang penting dan
berfungsi sebagai alat membantu penilaian.
2.2 CONSIDER ALL FACTORS (CAF)
Consider all factor bermaksud ambil kira semua faktor. Jika PMI adalah reaksi
terhadap sesuatu idean, CAF pula merupakan pencarian tentang situasi
sebelum mengemukakan idea. CAF merupakan satu cara berfikir yang
mempertimbang serta mengambil kira factor-fakrot lain. Cara ini sebenarnya
untuk melihat dan meneliti pemikiran orang lain. Dengan itu, seseorang dapat
melihat sebarang factor yang tertinggal. CAF secara asasnya berkaitan
dengan tindakan, keputusan, perancangan, penilaian dan diikuti dengan
konklusi. CAF juga bertujuan meninjau semua aspek situasi dengan lengkap
dan menyeluruh. Kebiasannya, orang menganggap bahawa mereka sudah
mempertimpangkan semua faktor yang terlibat, tetapi hakikatnya
pemtimbangan yang diambil adalah terhad kepada satu faktor sahaja. CAF
mengalihkan perhatian dari kepentingan fakor untuk melihat faktor-faktor lain
secara menyeluruh seperti faktor yang mempengaruhi diri sendiri, orang lain
serta masyarakat secara umum.
3
Kaedah penggunaan alat ini adalah menyenaraikan semua faktor yang
berkaitan, pertimbangkan semua faftor dan membuat kesimpulan apakah hasil
selepas pertimbangan wajar dibuat. Pengaplikasian alat ini membolehkan
pelajar terbiasa dan terdidik untuk berfikir serta meneliti setiap aspek dan
sudut secara menyeluruh. Dengan itu, pelajar memperoleh manfaat dari kesan
penggunaanya iaitu mengelakkan pelajar daripada terlupa memikirkan akan
semua faktor penting bagi setiap tajuk perbincangan.
2.3 CONSEQUENCE AND SEQUEL (C&S)
Consequence and sequel bermaksud kesan dan akibat daripada kesan
mengikut jangka masa. Sekiranya sebelum ini CAF adalah cara berfikir
tentang situasi sebelum mengemukakan idea, C&S pula membawa konsep
berfikir kehadapan. C&S adalah satu cara yang memikirkan kesan dan akibat
yang berkemungkinan berlaku atas suatu Tindakan yang diambil. Ianya
berfokuskan terus kepada masa depan. Terdapat beberapa peringkat jangka
masa bagi suatu akibat. Sama ada segera, jangka masa pendek (1-2 tahun),
sederhana (2-5 tahun) atau jangka masa panjang (5 tahun keatas). Antara
prinsip-prinsip alat C&S ini ialah kesan yang dijangka akan berlaku perlu jelas,
kesan membawa kebaikan untuk semua, kesan yang mengandungi risiko dan
kesannya tidak menyalahi jangka masa yang sepatutnya.
4
Kaedah dan langkah penggunaan alat ini ialah memikirkan apakah
cadangan tersebut ada kemungkinan akan berjaya?, apakah risiko yang
mungkin dihadapi?, apakah kesan serta-merta untuk jangka masa Panjang
dan jangka masa pendek? dan apakah cadangan tersebut membawa
kebaikan?. Penggunaan alat ini membantu melatih pelajar tentang teknik
berfikir, meramal serta menjangka suatu perkara dan akibat yang akan
menyusul selepas suatu cadangan dijalankan. Alat ini turut membantu
seseorang melihat jauh kedepan sebelum membuat sebarang penilaian.
2.4 AIMS, GOALS, OBJECTIVES (AGO)
Aims, goals, objectives membawa maksud tujuan, matlamat dan objektif.
Kegunaan alat ini dapat menghalakan perhatian kepada tujuan seseorang
melakukan sesuatu. Ada ketika waktu dimana seseorang akan melakukan
sesuatu untuk mencapai sesuatu tujuan, matlamat dan objektif. Bertitik tolak
dari itu, segala perbuatan dan tindak tanduk semestinya ditujukan kearah
mencapai matlamat dan tujuan yang betul berasaskan objektif yang jelas. Alat
ini membantu seseorang tahu dengan jelas apa yang cuba dicapai dalam
berfikir. prinsip AGO antaranya ialah objektif yang telah ditetapkan lebih
mudah dicapai, objektif mungkin berbeza antara individu walaupun dalam
situasi yang sama, objektif perlu menghampiri, benar dan boleh dicapai dan
banyak objektif tetapi keutamaan berbeza.
5
Langkah menggunakan alat ini ialah memikirkan apa AGO rancang dan
bagaimana cara untuk memastikan ia tercapai? Tujuan bagi alat berfikir ini
adalah memandu pelajar berfikir untuk sentiasa menumpukan perhatian serta
fokus kepada tujuan asal suatu perkara agar matlamat dan objektif tercapai
akhirnya. Sehubungan dengan itu, pelajar dapat menghindarkan diri daripada
melakukan sesuatu yang tidak berkaitan dengan perbincangan dan tidak lari
daripada matlamat yang hendak dicapai.
2.5 FIRST IMPORTANT PRIORITY (FIP)
First important priority bermaksud keutamaan mengikut kepentingan. FIP
merupakan suatu proses pemilihan idea, factor-faktor objektif dan akibat yang
paling mustahak dan penting. Apa yang seseorang anggap paling penting,
berkemungkinan diletakkan ditahap paling bawah dalam senarai keutamaan
bagi sesetengan orang yang lain. FIP memfokuskan secara terus kepada
penilaian dalam memilih kepentingan berdasarkan keutamaan. Sekiranya
seseorang tidak dapat menggunakan alat ini, bermakna seseorang itu hanya
berkemampuan untuk membuat pertimbangan idea daripada gambaran dan
skop yang kecil sahaja dan tidak secara teliti dan menyeluruh.
Kebolehan alat ini dapat melatih pelajar berfikir secara bijak dengan
melakukan perkara-perkara mengikut kepentingan dan keutamaan. Jadi,
6
pelajar tidak akan membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak
berkaitan dan berkenaan. Justeru itu, FIP dapat mengelakkan seseorang
memikirkan perkara-perkara yang kurang penting dan tidak penting.
2.6 ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES (APC)
Alternatives, possibilities, choices bermaksud alternatif, kemungkinan dan
pilihan. APC merupakan alat yang digunakan melalui proses yang sengaja
mencari alternatif supaya dapat mengubah keadaan sedia ada. Ia merupakan
satu cara menumpukan perhatian secara langsung untuk meneroka kesemua
alternatif, pilihan atau sebarang bentuk kemungkinan. APC juga merupakan
penawar kepada reaksi daripada emosi. Alat ini membuka ruang kepada
terbitan idea baruyang lebih mudah dilakukan sekiranya ada usaha untuk
mencarinya.
Penggunaan teknik dan kaedah melalui alat ini berperanan
mengelakkan pelajar daripada mempunyai pemikiran sehala sahaja. Hal ini
kerana, alat ini dapat melatih pelajar berfikir tentang beberapa perkara secara
serentak dan selari kemudian pelajar perlu menentukan pilihan yang terbaik
dan berkualiti. APC diaplikalikasikan untuk melihat perkara yang sama
daripada pelbagai sudut pendapat dan pandangan beberapa Tindakan yang
dapat dibuat.
7
2.7 OTHER PEOPLE’S VIEWS (OPV)
Other people view bermaksud pandangan orang lain. Ia merupakan satu cara
berfikir melalui proses mencari dan meminta pandangan serta pendapat dari
orang lain. Ini kerana, setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza dan
keutamaan yang berbeza berdasarkan kepada posisi masing-masing. Selain
itu, alat ini juga menjadi penghadang dari seseorang bersikap mementingkan
diri dengan cara melibatkan orang lain dalam berfikir dan membuat keputusan.
Situasi dalam berfikir banyak melibatkan orang lain. Walaupun mereka berada
dalam situasi yang sama, namun mereka mungkin melihat sesuatu perkara itu
dari sudut yang berbeza. Antara perkara penting yang harus diambil kira dalam
berfikir adalah kemampuan memberitahu bagaimana orang lain berpendapat
tentang suatu perkara.
Alat ini dapat melatih pelajar untuk berfikir dengan cara mengambil kira
serta menggunakan pandangan daripada orang lain sebelum membuat suatu
tindakan atau keputusan. Dari itu, pelajar dapat mengelakkan diri daripada
membuat keputusan yang salah atau yang terlalu memfokuskan diri.
8
3.0 RUMUSAN
Secara rumusannya, alat berfikir CoRT1 memberi 1001 manfaat kepada pengguna
dan pelajar khusunya. alat berfikir CoRT1 berperanan memandu dan mengawal emosi
Tindakan dalam apa jua perkara yang melibatkan rancangan, Tindakan, keputusan
atau peraturan yang sedang, sudah akan diambil. Kebijaksanaan penguasaan pelajar
dalam kemahiran berfikir menjadi lebih efektif dan berkesan melalui penggunaan alat
berfikir yang bertepatan dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, revolusi dan transformasi kaedah pembelajaran dan pengajaran
haruslah bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi dan teknologi kini. Bertitik
tolak dari itu, penggunaan alat berfikir CoRT1 boleh dijadikan sebagai satu strategi
dalam mengasah kemahiran belajar. Hal ini kerana, dalam apa jua perkara yang ingin
dilakukan, seseorang harulah memasang strategi bagi memastikan suatu objektif itu
dapat dicapai dengan baik sekali. Edaris (2004) mendefinisikan pengurusan strategik
secara amnya boleh dianggap sebagai ‘otak’ manakala perancangan strategik pula
dianggap sebagai ‘tulang belakang’ kepada pengurusan. Alat berfikir CoRt1 turut
memberi impak positif dalam kemajuan pembelajaran kendiri seperti menjadikan
seseorang berfikir secra tersusun dan sistematik serta memperluaskan persepsi.
Implikasi dari penggunaan alat ini juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
berfikiran aras tinggi sekaligus mengurangkan kesalahan dalam berfikir.
RUJUKAN
Absalom Abell Dosip, Wesley Yong Hua Zeng. (9 september, 2017). kemahiran
belajar. Retrieved from ajarblog.wordpress.com:
https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1
eveylyn anak Banu. (n.d.). Alat Berfikir CORT1 . Retrieved from slideshare.net:
https://www.slideshare,net/mobile/CrSangin/alat-berfikir-cort-1
nur syazana . (23 september , 2018). Alat-alat CoRT1. Retrieved from
blogspot.com: https://glorynenes.blogspot.com/2018/09/alat-alat-cort-
1-oleh-nur-syazana-binti.html
Nursa Umira Sazuki. (n.d.). alat berfikir. Retrieved from academia.edu:
https://www.academia.edu/11038517/ALAT_BERFIKIR
zulquarnain bin ali, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
(n.d.). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
menggunakan Alat Berfikir CoRT1. 2- panduan alat berfikir cort1.
10